10 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : PR Pantau Aksi Terlampau UMNO Di Permatang Pasir

Banyak pihak mengalu-alukan pengumumam tarikh pilihanraya yang jatuh pad bulan Ramadhan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

"Kita berharap di masa berkempen nanti tidak adalah unsur-unsur tunjuk punggung dan sebagainya seperti yang dilakukan pada masa-masa lalu oleh golongan UMNO. Kalau lakukan juga jelas mereka tidak menghormati kesucian bulan Ramadhan," jelas sorang pemimpin PAS Peringkat bahagian.

"Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang kerap kali melakukan dosa-dosa menabur janji malah mengamalkan politik wang dan rasuah projek. Kita berharap amalan sedemikian tidak akan berlaku di Permatang Pasir," tegasnya lagi.

Di dalam siri pilihanraya kecil yang berlansung dimana UMNO tewas di hampir kesemua pertandingan di Semenanjung, UMNO yang kecewa dan desperado telah menggunakan taktik yang begitu terlampau, agresif malah ke tahap lucah.

-puteri UMNO tidak segan silu menonggengkan punggung di khalayak ramai manakala pemudanya bertindak agresif dengan melemparkan batu disamping cercaan dan makian kepada pihak lawannya.

"Budaya sebegini semacam sudah menjadi kebiasaan pada golongan UMNO yang kecewa, diperburukkan dengan amalam politik wang oleh pemimpin-pemimpin mereka yang datang dari Kuala Lumpur," tambahnya lagi.

"Dan yang aneh, pihak Suruhanjaya Pilihanraya, Polis dan media UMNO hanya mencari kesalahan anggota Pakatan Rakyat dan membiarkan perlakuan provokasi dan tidak senonoh itu dilakukan oleh UMNO BN," ujarnya lagi.

Seorang pemimpin PKR menyatakan sudah masanya segala bentuk kerja yang tidak profesyenal dan salahlaku yang diamalkan oleh pihak-pihak yang terlibat itu dihentikan.

"Kali ini kita tidak akan biarkan. SPR, Polis dan media UMNO akan didakwa jika mereka bertindak pilih-kasih dan diskriminasi. Kita akan bentuk satu task force untuk memantaunya," ujar beliau.

Najib Altantuya Dikecam Kerana Fokus Merampas Selangor, Abaikan Pemulihan Ekonomi dan Wabak H1N1

Perdana Menteri, Datu Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini dikecam kerana menumpukan perhatian untuk merampas Selangor tetapi mengabaikan hal yang lebih penting iaitu pemulihan ekonomi negara dan menangani wabak H1N1.

Angkatan Muda Keadilan Selangor di dalam kenyataannya hari ini mendesak agar Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan kerajaan pimpinannya agar memberikan fokus khas kepada usaha memulihkan ekonomi negara dan wabak bencana H1N1 yang semakin amat membimbangkan. Justeru kenyataan beliau untuk merampas Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat dengan menggunakan ‘Formula Pekan’ yang tidak demokratik dan ‘pintas’ perlu dilupakan segera oleh UMNO/BN.

AMK Selangor jua melahirkan kebimbangannya dengan perkembangan situasi serangan bertali arus pihak pembangkang Selangor oleh UMNO/BN yang menggunakan seluruh jentera kerajaan pusat untuk merampas Selangor. Ianya hanya akan mengalihkan keutamaan yang perlu dihadapi negara sekarang iaitu pemulihan ekonomi negara dan usaha bersepadu menangani wabak H1N1 yang semakin amat membimbangkan.

Menurut AMK Selangor, usaha UMNO/BN untuk merampas Selangor melalui jalan tidak demokratik dan ‘pintas’ sebenarnya hanya akan membawa satu lagi ‘malapetaka’ kepada rakyat Selangor dan negara. Taktik politik kotor ini akan membawa ketidakstabilan ekonomi dan membimbangkan pelabur asing dalam usaha memulihkan kembali ekonomi negara kepada tahap yang diyakini dan memberangsangkan sebelum ini. Ini disebabkan Selangor adalah nadi utama ekonomi negara yang amat penting dan sangat strategik.

AMK Selangor tidak mahu melihat krisis politik rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO/BN seperti di Perak kembali berulang. Kini suasana politik di Perak masih belum stabil dan ianya memakan masa yang lama untuk dipulihkan. Justeru, jika pihak UMNO/BN berangan-angan untuk merampas kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat melalui jalan kotor dan pintas ianya hanya akan membawa satu lagi bencana politik dan ekonomi kepada negara.

Apa yang perlu diutamakan saat dan ketika ini ialah agar Perdana Menteri memberikan fokus dan komitmen yang tinggi kepada pemulihan dan pemerkasaan ekonomi negara. Malahan wabak H1N1 yang semakin membimbangkan juga perlu ditangani dengan baik dan komited. Kenyataan daripada WHO bahawa dianggarkan 5,500 sehingga 28,000 rakyat Malaysia akan maut disebabkan wabak H1N1 jika unjuran 20% daripada 27.7 juta penduduk Malaysia dijangkiti wabak maut ini. Apakah Perdana Menteri hanya akan fokus jika kematian sudah mencecah angka 10,000 orang ?.

Menurut Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut, dua perkara genting ini sebenarnya yang perlu diberi perhatian khusus dan mendalam oleh Perdana Menteri dan seluruh jentera kerajaan. Penggunaan jentera kerajaan yang memfokuskan kepada propaganda politik sempit semata-mata setiap hari hanya akan membuatkan negara kehilangan fokus yang perlu ditangani segera pada saat yang amat genting kini.

Negara kini sudah berada dalam keadaan kritikal untuk menangani persoalan ekonomi dan keselamatan kesihatan rakyat. Justeru, jangan dibawa satu lagi bencana politik dalam usaha UMNO/BN merampas kerajaan negeri Selangor melalui jalan ‘pintas’. Usaha ‘pintas’ ini hanya akan membuat negara ini dalam keadaan suasana tidak tenteram dan aman untuk rakyat keseluruhannya.

AMK Selangor katanya, membuat gesaan ini agar fokus dan keutamaan kini adalah untuk berhadapan dua cabaran besar global ini dalam bentuk bencana ekonomi dan wabak penyakit H1N1. Negara perlu segera kembali fokus kepada keutamaan yang amat mendesak dan genting kini. Apakah nilai dan ertinya kehidupan rakyat jika korban H1N1 semakin meningkat dan ekonomi negara jatuh merudum.

Akhirnya, AMK Selangor tidak mahu satu lagi bencana politik berlaku di Selangor dan negara ini. Yang pasti semuanya hanya akan menjejaskan kehidupan rakyat untuk menikmati suasana keamanan, keadilan dan ketenteraman. Marilah kita bersama-sama hadapi dua cabaran global ini yang akan menentukan jatuh dan bangunnya Malaysia pada masakini dan akan datang. Negara ini adalah amanah dan tanggungjawab semua.

Najib Altantuya Gagal Pikat Kaum India Di Batu Caves (updated)

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menyifat lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke Batu Caves sebagai gagal memikat perhatian masyarakat kaum India apabila hanya kira-kira 5 ribu orang sahaja hadir untuk bersua dengan pemimpin yang popular dengan slogan 1Malaysia itu, demikian lapor TVAntara.

Semalam Najib sekali lagi cuba membeli hati masyarakat india dinegara ini dengan menjejak langkah arwah bapanya, Tun Abdul Razak, 30 tahun yang lalu. Najib buat pertama kalinya memijak tanah Batu Caves dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri dengan niat ingin menawan kembali sokongan masyarakat India yang semakin menjauhi UMNO Barisan Nasional.

"Saya dapat feedback terutama sekali dari MIC, semalam yang datang tidak begitu ramai lebih kurang 4 hingga 5 ribu orang saja. Memang tidak ada sambutan macam 30 ribu atau 50 ribu orang. Sambutan tidak menggalakkan. Masyarakat India lebih mahukan kerajaan bantu mereka bukan hanya sekadar mendengar cakap perdana menteri saja. Masyarakat India kini sudah pandai tidak seperti 52 tahun dulu," ujar Manikavasagam.

"Pertama kali selepas 30 tahun seorang perdana menteri pergi ke Batu Caves. Dan beliau pergi ke sana untuk mendapatkan balik sokongan masyarakat India untuk kerajaan sedia ada," tambahnya lagi.

Seperti yang dijangka, Najib bersuara lantang menjanjikan pelbagai gula- gula politik antaranya dana sebanyak RM15 juta akan diperuntukkan untuk membantu kaum ini.

Najib juga merancang untuk menyediakan peruntukan kepada rumah anak- anak yatim Divine Life Society, selain berjanji untuk menjadikan pengurusan Batu Caves lebih kaya dengan mengisytiharkan kawasan itu sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka di negara ini.

"Perdana menteri kita Najib berjanji akan jadikan Batu Caves sebagai pusat kebudayaan. Ini pernah dijanjikan 10 tahun dulu oleh menteri besar yang lama Khir Toyo. Khir telah bagi tanah untuk wujudkan pusat kebudayaan tapi sehingga sekarang masih tidak ada apa- apa perkembangan. Sekarang Najib pula berjanji. Kita tidak mahu janji- janji, buat dulu," Manikavasagam berkata.

Manikavasagam menegaskan, Najib dan jentera kerajaannya kini terdesak meraih sokongan pengundi masyarakat India lantaran kelompok ini mula sedar dan mula menjauhi budaya pemerintahan korup yang sedang bernanah dalam UMNO Barisan Nasioanl kini.

"Saya rasa kerana masyarakat India sudah tolak kerajaan Barisan Nasional. Ini usaha- usaha beliau untuk memulihkannya tapi saya rasa rakyat sekarang sudah pandai. Saya ingat di pilihanraya Bukit Selambau, Kedah, 75 peratus masyarakat India masih sokong Pakatan Rakyat," katanya.

Ahli Parlimen Kapar ini juga berpandangan Najib akan melakukan apa sahaja cara bagi menawan hati kaum ini termasuk meniru gaya dan cara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berinteraksi dengan masyarakat india.

"Saya rasa perdana menteri kita tiru stail Datuk Seri Anwar kita. Ramai orang menggelarkan Datuk Seri sebagai Sivaji The Bos. Gaya ini memang datuk seri sahaja ada bukan Najib ada. Dulu dia tidak pernah sebut tapi untuk dapat sokongan masyarakat India balik, dia mula meniru cara datuk seri," kata beliau.

Manikavasagam juga diminta mengulas tinjaun atas talian Merdeka Centre yang mengatakan hampir 70 peratus masyarakat India berpuas hati dengan prestasi Najib memimpin negara ini.

"Saya rasa tak sampai satu tahun lagi. Kita pun tidak tahu prestasi dia macamana. 70 peratus saya rasa, i don't think so. Prestasinya belum lagi setahun atau belum lagi 2 tahun. Macam- macam slogan dan kini 1Malaysia. Bunyinya sedap. Tapi kita tidak tahu adakah berjaya bantu masyarakat India, i don't agreelah," sanggah beliau.

Sementara itu, bekas Naib Presiden MIC, Datuk SS Subramaniam sinis menyatakan tindakan Najib tidak lebih dari strategi mengumpul sokongan untuk berhadapan dengan pilihanraya umum tidak lama lagi.

"Ini gimik politik untuk Najiblah. Dia mahu tarik undi orang India, itu saja, tak ada apa- apa pun. Tidak ada kesan punya. Semua orang pun tahu. Ini hanya satu tindakan untuk menarik undi kaum India saja," ujarnya lagi.

"Memang masyarakat India sudah minta dari kerajaan sudah lama. Ini semua gimik politik. Ini sekadar untuk tarik undi saja. Kalau kerajaan hendak buat, sudah lama dulu dia buat. Dia hendak tarik undi saja. Mereka terdesak sebenarnya," kata Subramaniam.



Era Najib Altantuya : UMNO BN Perkuda SPRM Untuk Rampas Selangor

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan hanya menyiasat Adun yang didakwa menyeleweng, malah siasatan dijalankan ke atas semua Adun Pakatan Rakyat.

Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim berkata, tindakan ini dilihat sebagai satu arahan pihak tertentu yang berusaha merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Menurut Teng, ia juga akan menjejaskan kredibiliti wakil rakyat atau exco untuk terus berkhidmat kepada rakyat yang telah memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

“Saya rasa kesal khususnya sebagai Speaker, saya harap SPRM dapat memberi pengesahan dalam tempoh dua minggu sama ada saya ada kes atau tidak, saya tidak mahu ianya ditangguhkan bertahun-tahun sehingga orang membuat pandangan serong terhadap saya,”Katanya.

Teng berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabatnya di Shah Alam, pagi tadi.

Katanya, perkara ini tidak boleh ditangguhkan bertahun-tahun kerana ia akan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Speaker Dewan Negeri dan masyarakat akan memberi pandang negatif terhadapnya.

Beliau yang juga Adun Sungai Pinang kesal dengan tindakan SPRM melancarkankempen memancing bukti di Pejabat-pejabat Daerah dengan menyemak fail dan dokumen semua Adun Pakatan Rakyat.

“Terkilan dengan tindakan SPRM melancarkan kempen memancing bukti di pejabat daerah Selangor dengan mendapatkan dokumen dan fail-fail peruntukan kawasan DUN Pakatan Rakyat,”

Pada sidang media ini, Teng turut mengedarkan dokumen perbelanjaan terhadap peruntukan DUN Sungai Pinang sehingga 20 Julai tahun ini.

Katanya, jika berlaku penyelewengan terhadap perbelanjaan tersebut, nama yang tersenarai, boleh tampil membantu siasatan SPRM.

Teng menjelaskan, satu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) akan diadakan bagi menyemak dana semua ADUN, termasuk Barisan Nasional Selangor pada 25 hingga 28 Ogos ini.

BERITA KAMI YANG LAIN

SPRM Tak Ubah Seekor Lembu Gila



Era Najib Altantuya : Petunjuk Baru Kematian Teoh Ditemui

Hasil ujian awal yang dilakukan terhadap kesan yang ditemui di tangga antara tingkat 14 dan 15 bangunan Plaza Masalam mendapati ianya bukan darah tetapi satu bahan yang belum dikenalpasti.

Dikatakan bahan berkenaan berkemungkinan besar adalah cat anti karat.

Hasil berkenaan diperolehi melalui pemeriksaan bersama pakar kimia, pakar forensik dan pakar forensik dari luar yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor. Pemeriksaan ke atas kesan berkenaan turut disaksikan peguam dari kedua-dua pihak.

Dua pakar forensik yang dilantik kerajaan negeri untuk menjalankan pemeriksaan bersama berkenaan adalah Pakar Forensik Malaysia Hamidon Anan dan Pakar Forensik Somchai Chailermsooksant dari Central Institute of Forensic Science Thailand.

Peguam pemerhati kepada keluarga Teoh Gobind Singh Deo berkata, bagaimanapun ujian lanjut akan dilakukan dan laporannya akan dikemukakan oleh pakar secepat mungkin.

“Ahli kimia telahpun memberitahu kami secara awal bahawa mungkin ianya anti karat yang digunakan untuk cat dan sebagainya tetapi ahli kimia telah meminta sedikit masa untuk mengesahkan dan akan diberikan secara rasmi kepada kami menerusi laporan yang akan dikemukakan.

“Kemungkinan (hasil kajian boleh diperoleh esok), pakar kimia bekerja keras dan saya harap mereka akan mengemukakan laporan pada petang ini atau awal pagi esok,” katanya pada sidang media selepas mengikuti pakar kimia dan forensik menjalankan pemeriksaan terhadap kesan berkenaan.

Gobind berkata, sekiranya ujian lanjut mendapati ianya adalah darah berkemungkinan ujian DNA akan dilakukan.

Proses pemeriksaan berkenaan bermula dari jam 11.30 pagi dan berakhir jam 2.30 petang. Pemeriksaan terperinci juga telah dilakukan sekali lagi di tingkat 14, 15 dan 5 bangunan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya juga menemui petunjuk baru yang dipercayai boleh membantu dalam usaha mendapatkan gambaran yang jelas apa yang berlaku pada malam sebelum mayat Beng Hock ditemui.

Katanya, pakar kimia telah mengambil specimen petunjuk iaitu gentian benang dipercayai dari seluar Beng Hock yang dijumpai di koridor tingkat lima di mana mayatnya ditemui dan membawanya ke makmal untuk mejalankan analisa.

“Di tempat kejadian kami menemui gentian yang dipercayai dari seluar tetapi pakar kimia akan membuat ujian dan memaklumkan kepada kami laporan selepas membuat ujian gentian berkenaan bersama dengan seluar.


“Ianya merupakan bahan benang yang mungkin boleh menolong atau membantu kami dengan lebih mendalam bagaimana impak apabila beliau jatuh. Itu menjadi satu perkara yang penting,” katanya.

Menurutnya, satu laporan terperinci akan disediakan oleh pakar kimia pada hari ini atau esok untuk dikemukakan kepada koroner untuk inkues.

Terdahulu, Pakar forensik dan peguam hadir semula ke Plaza Masalam bagi mengambil kesan yang dipercayai darah yang ditemui di tangga antara tingkat 14 dan tingkat 15 semasa lawatan Mahkamah Koroner mengadakan lawatan ke Pejabat SPRM Jumaat lalu.

Tindakan berkenaan dibuat setelah Koroner Azmil Muntapha Abas membenarkan permohonan peguam pemerhati keluarga Teoh yang meminta supaya Pakar DNA Dr Seah Lay Hong dan pakar forensik ke tempat kejadian.

Dalam inkues yang berlangsung selama 30 minit sebelum ditangguhkan, Gobind turut memohon agar Koroner Azmil membenarkan pihak peguam termasuk peguam pemerhati Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Peguam untuk mengikuti proses berkenaan.

Koroner Azmil turut membenarkan permohonan Gobind membawa dua pakar forensik yang dilantik kerajaan negeri dari Central Institute Of Forensic Science Thailand Pol. Lt. Col. Somchai Chailermsooksant dan Dr Triyarith Temahivong untuk mengikuti proses berkenaan.

Dalam prosiding berkenaan Gobind memberitahu mahkamah selain kesan tompokan dipercayai darah itu, mereka turut menemui kesan yang mencurigakan di dalam pejabat SPRM.

"Perkara ini telah dibawa kepada perhatian pegawai penyiasat dan kami telah meminta supaya kawasan tersebut dikawal tetapi sehingga hari ini masih belum ada pemeriksaan dilakukan ke atas kesan-kesan tersebut.

"Kami berpendapat perkara ini cukup penting dan oleh itu pakar DNA dan pakar forensik perlu mengambil spesimen kesan-kesan ini untuk menentukan sama ada ia adalah kesan darah, dan jika ia adalah darah, sama ada ia darah si mati," katanya.

Peguam pemerhati kerajaan negeri Malik Imtiaz Sarwar turut menyokong permohonan berkenaan. Sementara itu, Hock Chuan tidak membantah supaya pemeriksaan berkenaan dilakukan.

Mahkamah dimaklumkan Hock Chuan bahawa polis telah mengawal tempat penemuan kesan berkenaan berikutan surat yang diterimanya daripada Malik lewat Jumaat lalu meminta berbuat demikian.

Hock Chuan memaklumkan bahawa hasil ujian terhadap kesan berkenaan boleh diperolehi hari ini. Prosiding disambung esok.

Sementara itu, di luar mahkamah, Peguam Kerajaan Negeri Selangor Malik Imtiaz Sarwar berkata, kedua-dua pakar dari Thailand itu akan membantu pihaknya meneliti kesemua dokumen yang diperolehi.

Katanya, kedua-duanya akan mengikut prosiding inkues dan mendengar keterangan pakar forensik kerajaan dan kemudiannya akan membuat keputusan sama ada akan memanggil Pakar Forensik Patalogi Dr Pornthip Rojana-sunand dan seorang pakar dari Australia atau tidak.

Ia bergantung kepada keterangan pakar forensik kerajaan.

Dr Pornthip Rojana-sunand dan seorang pakar dari Australia yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor bertindak sebagai perunding dalam membantu pihaknya meneliti dokumen berhubung laporan forensik yang dikemukan pakar forensik kerajaan. -TVA

Era Najib Altantuya : Usaha kawal Penjualan Arak Tanggungjawab Bersama - Yaakob

<Sistem Kawalan Kendiri Sosial adalah langkah terbaik kepada setiap individu, khususnya umat Islam dalam membantu usaha kerajaan mengawal penjualan minuman keras.

Exco Selangor, juga ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari berkata, walaupun enakmen dan akta kawalan penjualan dan pembelian arak sudah sedia ada, namun penguatkuasaan belum dijalankan sepenuhnya.

“Enakmen boleh kita buat, tetapi nasihat dan rundingan itu lebih berkesan, kita bagi nasihat dan pihak korporat sanggup bertanggungjawab, nampaknya sistem kawalan kendiri sosial ini berkesan,”Katanya.

Yaakob yang juga Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan berkata demikian pada majlis perhimpunan bulanan Majlis Bandaraya Shah Alam, hari ini.

Menurutnya, sistem kendiri ini sangat penting dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada penduduk setempat.

“Alhamdulillah semalam saya sudah buat semakan, arak-arak mahupun beer yang berada di rak-rak kedai serbaneka Seven Eleven sudah tidak ada lagi, “Katanya.

Yaakob menegaskan, arak adalah haram dalam Islam, tetapi penjualan minuman keras ini tiada halangan kepada masyarakat bukan Islam dan penjualannya mestilah dibuat dengan cara yang betul. -TVSelangor



Najib Altantuya Gagal Pikat Kaum India

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menyifat lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke Batu Caves sebagai gagal memikat perhatian masyarakat kaum India apabila hanya kira-kira 5 ribu orang sahaja hadir untuk bersua dengan pemimpin yang popular dengan slogan 1Malaysia itu, demikian lapor TVAntara.

Semalam Najib sekali lagi cuba membeli hati masyarakat india dinegara ini dengan menjejak langkah arwah bapanya, Tun Abdul Razak, 30 tahun yang lalu. Najib buat pertama kalinya memijak tanah Batu Caves dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri dengan niat ingin menawan kembali sokongan masyarakat India yang semakin menjauhi UMNO Barisan Nasional.

"Saya dapat feedback terutama sekali dari MIC, semalam yang datang tidak begitu ramai lebih kurang 4 hingga 5 ribu orang saja. Memang tidak ada sambutan macam 30 ribu atau 50 ribu orang. Sambutan tidak menggalakkan. Masyarakat India lebih mahukan kerajaan bantu mereka bukan hanya sekadar mendengar cakap perdana menteri saja. Masyarakat India kini sudah pandai tidak seperti 52 tahun dulu," ujar Manikavasagam.

"Pertama kali selepas 30 tahun seorang perdana menteri pergi ke Batu Caves. Dan beliau pergi ke sana untuk mendapatkan balik sokongan masyarakat India untuk kerajaan sedia ada," tambahnya lagi.

Seperti yang dijangka, Najib bersuara lantang menjanjikan pelbagai gula- gula politik antaranya dana sebanyak RM15 juta akan diperuntukkan untuk membantu kaum ini.

Najib juga merancang untuk menyediakan peruntukan kepada rumah anak- anak yatim Divine Life Society, selain berjanji untuk menjadikan pengurusan Batu Caves lebih kaya dengan mengisytiharkan kawasan itu sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka di negara ini.

"Perdana menteri kita Najib berjanji akan jadikan Batu Caves sebagai pusat kebudayaan. Ini pernah dijanjikan 10 tahun dulu oleh menteri besar yang lama Khir Toyo. Khir telah bagi tanah untuk wujudkan pusat kebudayaan tapi sehingga sekarang masih tidak ada apa- apa perkembangan. Sekarang Najib pula berjanji. Kita tidak mahu janji- janji, buat dulu," Manikavasagam berkata.

Manikavasagam menegaskan, Najib dan jentera kerajaannya kini terdesak meraih sokongan pengundi masyarakat India lantaran kelompok ini mula sedar dan mula menjauhi budaya pemerintahan korup yang sedang bernanah dalam UMNO Barisan Nasioanl kini.

"Saya rasa kerana masyarakat India sudah tolak kerajaan Barisan Nasional. Ini usaha- usaha beliau untuk memulihkannya tapi saya rasa rakyat sekarang sudah pandai. Saya ingat di pilihanraya Bukit Selambau, Kedah, 75 peratus masyarakat India masih sokong Pakatan Rakyat," katanya.

Ahli Parlimen Kapar ini juga berpandangan Najib akan melakukan apa sahaja cara bagi menawan hati kaum ini termasuk meniru gaya dan cara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berinteraksi dengan masyarakat india.

"Saya rasa perdana menteri kita tiru stail Datuk Seri Anwar kita. Ramai orang menggelarkan Datuk Seri sebagai Sivaji The Bos. Gaya ini memang datuk seri sahaja ada bukan Najib ada. Dulu dia tidak pernah sebut tapi untuk dapat sokongan masyarakat India balik, dia mula meniru cara datuk seri," kata beliau.

Manikavasagam juga diminta mengulas tinjaun atas talian Merdeka Centre yang mengatakan hampir 70 peratus masyarakat India berpuas hati dengan prestasi Najib memimpin negara ini.

"Saya rasa tak sampai satu tahun lagi. Kita pun tidak tahu prestasi dia macamana. 70 peratus saya rasa, i don't think so. Prestasinya belum lagi setahun atau belum lagi 2 tahun. Macam- macam slogan dan kini 1Malaysia. Bunyinya sedap. Tapi kita tidak tahu adakah berjaya bantu masyarakat India, i don't agreelah," sanggah beliau.

Sementara itu, bekas Naib Presiden MIC, Datuk SS Subramaniam sinis menyatakan tindakan Najib tidak lebih dari strategi mengumpul sokongan untuk berhadapan dengan pilihanraya umum tidak lama lagi.

"Ini gimik politik untuk Najiblah. Dia mahu tarik undi orang India, itu saja, tak ada apa- apa pun. Tidak ada kesan punya. Semua orang pun tahu. Ini hanya satu tindakan untuk menarik undi kaum India saja," ujarnya lagi.

"Memang masyarakat India sudah minta dari kerajaan sudah lama. Ini semua gimik politik. Ini sekadar untuk tarik undi saja. Kalau kerajaan hendak buat, sudah lama dulu dia buat. Dia hendak tarik undi saja. Mereka terdesak sebenarnya," kata Subramaniam.

Era Najib Altantuya : Tompokan Bukan Darah

Kesan yang ditemui di tangga ke tingkat 15 Plaza Masalam disahkan bukan darah manusia tetapi dipercayai bahan anti-karat, lapor malaysiakini.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh Beng Hock berkata, laporan penuh mengenainya akan diumumkan esok.

"Tiga ujian telah dijalankan oleh pakar tempatan dan pakar dari Thailand untuk mengesahkannya," kata beliau.

Gobind berkata, pihaknya melawat semula tempat kejadian untuk membolehkan pakar dari luar negara membuat pemeriksaan di situ.

Beberapa helai benang dan serabut juga ditemui selepas dijalankan pemeriksaan kali kedua di kawasan tersebut hari ini.

Menurut Gobind, satu laporan akan dibuat oleh pakar-pakar tersebut berhubung penemuan terbaru itu.

Kumpulan pakar forensik dan peguam meninjau kembali kesan darah di tingkat berkenaan bagi menentukan sama ada ia milik manusia dalam siasatan inkues kematian Teoh.

Kesan darah itu ditemui Jumaat lalu oleh peguam Teoh dan koroner Azmil Muntapha Abas sewaktu kunjungan mereka ke tempat kejadian, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, dan tempat mendiang ditemui di koridor tingkat 5 bangunan tersebut.

Berikutan itu, prosiding inkues hari ini ditangguhkan bagi membolehkan pakar patologi dan forensik memeriksa dua kesan tompokan tersebut.

Era Najib Altantuya : Nong Chik Cuba Campurtangan Urusan Masjid WP

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali membantah sikap Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak dipilih oleh rakyat, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) yang didakwanya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Beliau mendakwa, ia dilakukan melalui surat yang ditandatangani oleh setiausaha politik menteri berkenaan yang dikatakan ditujukan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung penyusunan semula pentadbiran masjid dan surau, demikian dilaporkan oleh malaysiakini.

"Saya difahamkan dari sumber yang sahih, surat tersebut dikatakan ditujukan kepada JAWI yang akan dibawa ke dalam mesyuarat MAIWP selasa ini, mengarahkan JAWI membatalkan arahan-arahan dan tindakan JAWI sebelum ini dalam penyusunan semula pentadbiran masjid/surau," kata Dr Lo' Lo' dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS mendakwa penyusunan semula ini dikatakan melalui pelantikan secara rasmi kakitangan masjid dan surau yang terdiri dari imam, penolong imam, bilal dan siak yang juga merangkap sebagai ketua pentadbir, penolong pentadbir, setiausaha, bendahari dan pekerja am.

"Dalam penyusunan ini juga, jawatankuasa masjid dan surau dipilih oleh ahli qariah dalam mesyuarat agung masjid dan surau, di mana jawatankuasa tidak lagi berperanan sebagai pentadbir, sebaliknya berperanan sebagai pengantara dengan masyarakat setempat.

"Walaupun penyusunan ini masih diperingkat awal dan banyak lagi masjid dan surau yang belum dapat disusun semula, namun saya dan banyak pihak lain juga menyokong usaha ini yang sedikit sebanyak meningkatkan tahap profesionalisme pentadbiran masjid dan surau," tegasnya.

Dr Lo' Lo' (kiri) juga mendakwa beliau difahamkan surat dari menteri Wilayah Persekutuan itu menggunakan nama timbalan perdana menteriyang kononnya mengeluarkan arahan tersebut, hasil dari mesyuarat kabinet yang mengarahkan JAWI menerimapakai senarai AJK masjid dan surau dari ketua-ketua bahagian Umno.

"Jika benar keputusan kabinet, mengapa surat tersebut ditandatangani setiausaha politik menteri Wilayah Persekutuan dan bukannya dari menteri di jabatan perdana menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam.

"Jika benar arahan tersebut dari timbalan perdana menteri, saya membantah sekeras-kerasnya tindakan tidak bijak beliau kerana campurtangan politik Umno akan menghancurkan institusi masjid dan surau di Wilayah Persekutuan yang sedang dalam proses pemantapan dan menjadi lebih profesional," katanya.

Era Najib Altantuya : Waspada Goreng Pisang Plastik

Ramai yang tidak tahu malah tidak menyangka, pisang goreng panas lagi rangup yang nikmati bersama kopi panas setiap petang bersama keluarga sebenarnya mungkin membahayakan kesihatan.

Meskipun rasa nikmat pisang manis bersalut tepung rangup itu tidak dapat dinafikan kesedapannya, orang ramai seharusnya lebih berhati-hati memilih gerai yang menjualnya makanan popular itu.

Seboleh-bolehnya periksa cara penyediaan khususnya campuran ramuan tepung pisang goreng terbabit memandangkan ramuan aslinya kini tercemar dengan bahan berbahaya selepas peniaga ghairah meraih keuntungan segera tanpa memikirkan kesan sampingan tindakan mereka.

Bukan prejudis atau mahu mengganggu periuk nasi sesiapa, namun sudah tiba masanya penggemar makanan ringan ini lebih berwaspada dan tidak cepat teruja menikmati pisang goreng yang dijual peniaga tanpa usul periksa, apatah lagi pisang goreng yang dijual itu menjadi kegilaan dan tumpuan masyarakat setempat.

Semua orang sanggup melakukan apa saja untuk mengejar keuntungan sehingga sesetengah tindakan menimbulkan keresahan.

Itulah yang berlaku apabila orang ramai mula resah dengan istilah pisang goreng plastik - satu lagi taktik terbaru peniaga yang membuat campuran bahan plastik dalam ramuan tepung sebelum digoreng bersama pisang untuk memastikan pisang goreng mereka kekal rangup berjam lamanya.

Beradasarkan maklumat diperoleh, taktik popular dan tidak melibatkan kos mula diamalkan peniaga pisang goreng.

Apa dilakukan, peniaga akan mencairkan bekas air mineral atau penyedut air dalam minyak panas sehingga sebati sebelum meletakkan pisang ke dalam minyak berkenaan.

Plastik yang sememangnya bersifat kedap udara akan menyaluti pisang tersebut membolehkan pisang tersebut kekal segar dan rangup.

Namun, apa yang membimbangkan, sejauh manakah peniaga ini sedar akan kesan kepada kesihatan pada jangka panjang? Apakah pula tindakan pihak tertentu bagi mengawal serta memantau kegiatan peniaga-peniaga ini? -SH

Era Najib Altantuya : Tindakan Penyokong Muhyiddin Bakal Undang Tindakbalas

Lang bodoh 1,000 yang berhimpun di perkarangan Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini bagi menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataannya terhadap Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa akan hanya mengundang tindakbalas yang serupa oleh para penyokong Datuk Seri Anwar.

Perhimpunan selama kira-kira 30 minit dari jam 11 pagi terdiri daripada pemimpin dan ahli UMNO daripada pelbagai peringkat yang mewakili bahagian-bahagian parti di seluruh negara serta anggota badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Gabungan Kelab Belia Malaysia (MAYC) tanpa sebarang sekatan oleh pihak polis.

Sebaik sahaja Muhyiddin tiba di perkarangan Menara Dato Onn, laungan ‘Hidup Tan Sri Muhyiddin’ bergema sebagai tanda sokongan kepada beliau.

Selain itu orang ramai yang berhimpun di situ juga melaungkan kata-kata berbentuk kecaman terhadap Anwar.

Mereka tidak menyedari bahawa tindakan bodoh mereka itu jika dibalas dengan cara yang sama oleh penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar tentulah akan dihadiri oleh lebih ramai dari penyokong Muhyiddin dan boleh pada bila-bila masa menjatuhkan kedudukan Muhyiddin sebagai pemimpin nombor 2 negara pada bila-bila masa.

Penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar bukan sahaja dari kalangan ahli PKR, malah akan disertai juga oleh rakyat berbilang kaum di seluruh negara.

Apakah UMNO berani berhadapan dengan kenyataan tersebut?


Era Najib Altantuya : PRK Permatang Pasir 25 Ogos (Updated)

Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Demikian diumumkan leh Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof yang berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihanraya kecil itu dalam bulan puasa "ia merupakan masa yang palng sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa".

"Waktu itu juga merupakan masa cuti sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pagi ini.

Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian ADUN tunggal di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.

Awak Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.

Bercakap dalam sidang akhbar pagi ini, Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan kerusi DUN Pematang Pasir kosong, berkuatakuasa 1 0gos lalu.

Berikutan itu, katanya, SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut.

Abdul Aziz berkata, senarai pemilih induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskini sehingga 31 Julai 2009, akan digunakan dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

DUN ini mempunyai 20,290 pemimilih berdaftar yang terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan seorang pemilih pos.

Abdul Aziz berkata, SPR akan menggunakan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan undi.

Terdapat lapan pusat mengundikan disediakan melibatkan 39 saluran. Daftar pemilih akan mula dijual pada 14 Ogos, tambahnya.

Menurut Abdul Aziz, keputusan dijangka dapat diumumkan pada jam 8 malam.

"Tepat 8 malam SPR akan umumkan keputusan walaupun calon yang menang tidak hadir.

"Apabila keputusan sudah muktamad ia boleh diumumkan. Kita tidak mahu lewat," katanya Abdul Aziz.

Banyak pihak mengalu-alukan pengumumam tarikh pilihanraya yang jatuh pad bulan Ramadhan.

"Kita berharap di masa berkempen nanti tidak adalah unsur-unsur tunjuk punggung dan sebagainya seperti yang dilakukan pada masa-masa lalu oleh golongan UMNO. Klau lakukan juga jelas mereka tidak menghormati kesucian bulan Ramadhan," jelas sorang pemimpin PAS Peringkat bahagian.

"Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang kerap kali melakukan dosa-dosa menabur janji malah mengamalkan politik wang dan rasuah projek. Kita berharap amalan sedemikian tidak akan berlaku di Permatang Pasir," tegasnya lagi.



Era Najib Altantuya : Kesan Tompokan Darah Perlu Diperiksa, Inkues Bersambung Esok (Updated)

Koroner Azmil Muntapha Abas membenarkan permohonan peguam pemerhati keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo, untuk kesan seperti darah di kawasan tangga kecemasan antara tingkat 14 dan 15 di Plaza Masalam diperiksa pakar forensik dan pakar DNA hari ini.

Azmil Muntapha juga membenarkan peguam bela mewakili kerajaan, Tan Hock Chuan, Timbalan Pendakwa Raya, Abarzafree Mohd Abas, Gobind dan peguam pemerhati bagi Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar, serta dua pakar forensik luar negara yang dilantik Kerajaan Selangor hadir di kawasan berkenaan ketika pakar forensik tempatan dan Dr Seah Lay Hong mengambil spesimen kesan berkenaan.

Kesan darah itu ditemui Jumaat lalu oleh peguam Teoh dan koroner Azmil Muntapha Abas sewaktu kunjungan mereka ke tempat kejadian, termasuk tingkat 14 yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, dan tempat mendiang ditemui di koridor tingkat 5 bangunan tersebut, lapor malaysiakini.

Kesan darah ini membuka pertanyaan baru kerana ia tidak pernah berbangkit atau dilaporkan sebelumnya.

Peguam Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawat keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dibenarkan turut melihat tingkat 15.

"Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut.

"Kami bertanya kepada pengarah SPRM (Selangor) mengenainya, tetapi beliau tidak tahu. Pegawai penyiasat polis berkata beliau akan memeriksa kesan tersebut," Lim dipetik berkata.

Berikutan itu, prosiding inkues hari ini ditangguhkan bagi membolehkan pakar patologi dan forensik memeriksa dua kesan tompokan yang dipercayai darah itu.

Koroner membenarkan permohonan itu setelah peguam pemerhati Gobind Singh Deo, bagi pihak keluarga Teoh, memaklumkan mahkamah bahawa kedua-dua kesan itu ditemui semasa koroner melakukan tinjauan tempat kejadian Jumaat lalu, lapor Bernama.

NONEBeliau mengarahkan supaya keputusan sama ada tompokan itu adalah darah, dan jika ia adalah darah si mati, dikemukakan kepada prosiding inkues esok pagi.

Pengambilan sampel tompokan itu akan dibuat hari ini juga dengan kehadiran Gobind, peguam Tan Hock Chuan, bagi pihak kerajaan dan Malik Imtiaz Sarwar, bagi pihak kerajaan Selangor.

Terdahulu dalam prosiding itu, Gobind memberitahu, selain kesan tompokan dipercayai darah itu, mereka juga telah menemui kesan yang mencurigakan di dalam pejabat SPRM.

"Perkara ini telah dibawa kepada perhatian pegawai penyiasat dan kami telah meminta supaya kawasan tersebut dikawal tetapi sehingga hari ini masih belum ada pemeriksaan dilakukan ke atas kesan-kesan tersebut.

"Kami berpendapat perkara ini cukup penting dan oleh itu pakar DNA dan pakar forensik perlu mengambil spesimen kesan-kesan ini untuk menentukan sama ada ia adalah kesan darah, dan jika ia adalah darah, sama ada ia darah si mati," katanya.

Gobind seterusnya memohon mahkamah supaya mengarahkan ahli kimia Dr Seah Lay Hong untuk pergi ke tempat kejadian pagi ini juga bagi melakukan pemeriksaan tersebut.

Peguam Malik Imtiaz turut menyokong permohonan itu sementara Tan tidak membantah supaya pemeriksaan itu dilakukan.

"Bagi tujuan keadilan, maka pihak kami tidak membantah permohonan ini. Kami juga ingin memberi peluang kepada pakar untuk menentukan sama ada kesan-kesan tersebut adalah darah manusia atau tidak, dan jika ya, kita beri peluang kepada pakar untuk tentukan sama ada ia adalah darah si mati," kata Tan.

Tan juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak polis telah pun mengawal tempat penemuan kesan tompokan itu berikutan surat yang diterima daripada Malik Imtiaz lewat Jumaat lalu yang meminta supaya tempat tersebut dikawal.

Kepada soalan koroner sama ada keputusan pemeriksaan itu boleh diperolehi hari ini, Tan menjawab: "Mahkamah boleh mendapatkan keputusan ujian itu pagi esok."

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima plaza tersebut, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.


Era Najib Altantuya : PRK Permatang Pasir 4 Ramadhan

Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir jatuhnya pada 25 Ogos, 4 Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos, demikian diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pilihanraya kecil kelapan ini dipanggil susulan kematian wakil rakyatnya, satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir - satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.

Era Najib Altantuya : Dr Mansor Angkat Sumpah ADUN Penanti

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Mansor, 59, yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, pada 31 Mei lalu, mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan DUN Pulau Pinang, di sini hari ini.

Pada pilihan raya itu, Mansor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menewaskan tiga calon bebas dengan majoriti 5,558 undi.

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin, yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1, meletak jawatan dengan alasan mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah. -SH

Era Najib Altantuya : (Updated) Ali Rustam Perlu Cermin Diri Dulu - Khalid Samad

Cerminlah dulu diri sendiri sebelum membuat sebarang kenyataan!

Begitulah teguran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kepada Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Ali Rustam yang menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat berhubung isu arak.

“Saya menegesyorkan kepada ketua menteri Melaka yang dulu telah di halang untuk bertanding dalam pemilihan umno kerana didapati bersalah atas rasuah politik, mencerminkan dirinya dulu sebelum nak komen orang lain”.

Khalid berkata demikian selepas menyampaian Hadiah Pertandingan Marhaban dan Berzanji Selangor 2009 di Auditorium MBSA, petang tadi.

Katanya, Ali Rustam seharusnya mencontohi tindakan kerjaan Selangor dalam menangani isu arak yang menyumbang kepada gejala sosial yang semakin serius melanda masyarakat negara ini.

“Dan negeri Melaka pun patut berusaha untuk mencontohi,dimana kita nak tingkatkan kesedaran di kalangan masyarakay berhubung dengan keburukan dan kerosakan hasil daripada budaya minuman keras,yang selama ini telah menjadi satu perkara yang biasa.so saya rasa dia punya cabaran tu tak kena tempat la”, tambah Khalid lagi.

Isu pengharaman penjualan minuman keras di Selangor telah mencetuskan kontroversi daripada pelbagai pihak.

Khalid berkata setakat in 10 daripada 17 rangkaian 7eleven telah menghentikan penjualan arak di premis perniagaan mereka. Manakala 7 lagi telah memperketatkan penjualan minuman keras kepada orang ramai.

Menurut Khalid lagi, PAS memandang pengharaman ini sebagai satu langkah membendung umat Islam daripada terlibat dengan arak, selain membantu mengurangkan masalah sosial yang berlaku disebabkan pengaruh alcohol.


Era Najib Tun Razak : Kesan Darah Perlu Disiasat. Inkues Ditangguh Esok

Prosiding inkues setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, ditangguhkan bagi membolehkan pakar patologi dan forensik memeriksa dua kesan tompokan yang dipercayai darah di tangga antara tingkat 14 dan 15 Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor BERNAMA.

Koroner membenarkan permohonan itu setelah peguam pemerhati Gobind Singh Deo, bagi pihak keluarga Teoh, memaklumkan mahkamah bahawa kedua-dua kesan itu ditemui semasa koroner melakukan tinjauan tempat kejadian Jumaat lalu.

Koroner Azmil Muntapha Abas, mengarahkan supaya keputusan sama ada tompokan itu adalah darah, dan jika ia adalah darah si mati, dikemukakan kepada prosiding inkues esok pagi.

Pengambilan sampel tompokan itu akan dibuat hari ini juga dengan kehadiran Gobind, peguam Tan Hock Chuan, bagi pihak kerajaan dan Malik Imtiaz Sarwar, bagi pihak Kerajaan Selangor.

Kelab GB sebelum ini turut mempertikaikan langkah polis mengabaikan tompokan darah di dalam siasatan mereka yang jelas tompokan darah itu sendiri boleh dijadikan evidence di dalam kes kematian Teoh.

Tompokan darah di tangga dan di sebuah bilik di tingkat 15 Plaza Masalam yang penuh dengan tompokn yang dipercayai darah juga tidak diambil sampel untuk diuji oleh polis.

Ia meletakkan satu persepsi di kalangan orangramai bahawa ada kemungkinan Polis yang melakukan siasatan diarah oleh pihak tertentu untuk "cover-up" sepertimana berlaku ke atas kes A.Kugan.

Era Najib Altantuya : UMNO Rantau Panjang Bergolak, UMNO Kelantan Menuju Kehancuran

UMNO Kelantan cacamarba apabila Badan Perhubungan Umno Kelantan terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dua persidangan perwakilan Umno Bahagian Rantau Panjang yang diadakan serentak di dua lokasi pada Jumaat lalu.

Pengerusinya Datuk Mustapa Mohamed berkata jawatankuasa itu diketuai timbalannya Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein yang akan meneliti laporan mengenai dua mesyuarat itu, lapor Bernama.

"Laporan itu kemudiannya akan dipanjangkan ke ibu pejabat Umno untuk mengambil langkah perlu," katanya kepada pemberita selepas majlis penerimaan memorandum sembilan kertas kerja pada Muzakarah Hukum-Hukum Islam di sini, pada Ahad.

Jumaat lepas, kumpulan diketuai Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang Abdullah Mat Yasin mengadakan persidangan perwakilan di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lubok Jong di Pasir Mas manakala kumpulan yang diketuai Pengerusi Tetap Umno bahagian itu, Che Alwi Che Haron mengadakan persidangan perwakilan di Dewan Umno Kampung Lati, Rantau Panjang.

Mustapa berkata isu dua mesyuarat itu adalah serius dan akan dijalankan siasatan segera.

Sementara itu di dalam satu perkembangan lain, Umno Bahagian Bukit Mertajam yang mengadakan persidangan perwakilannya hari ini menolak sebulat suara cadangan UMNO untuk meminda perlembagaan parti itu.

Ketuanya Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata 173 perwakilan daripada 38 cawangan di bahagian itu, menolak cadangan pindaan perlembagaan Umno kerana ia dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa.

"Sepatutnya, setiap ahli dan bahagian perlu mendapatkan penjelasan yang terperinci mengenai perkara-perkara yang hendak dipinda dan diberikan masa yang mencukupi untuk membincang dan membahaskannya," katanya kepada Bernama.

Katanya, sebelum sebarang pindaan dibuat terhadap perlembagaan parti, kajian teliti perlu dibuat mengenai kesesuaian pindaan dan implikasinya.

Musa, yang membentangkan usul menolak cadangan itu, mahu ahli Majlis Tertinggi Umno turun ke setiap bahagian dan menjelaskan secara terperinci pindaan yang hendak dilakukan supaya ia dapat diterima secara menyeluruh.

Katanya penjelasan yang diberikan kepada wakil bahagian sebelum ini tidak lengkap dan tidak difahami sepenuhnya.

Sehubungan itu, Musa berkata bahagian berkenaan membuat ketetapan meminta Umno pusat mengkaji semula semua pindaan yang dicadangkan dan memberikan lebih masa untuk idea itu dicanai sebelum dipersetujui.


Era Najib Altantuya : Muhyiddin Menepuk Air Di Dulang

Langkah beberapa bahagian UMNO yang melaungkan "Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa" tidak memberikan kesan apa-apa kepada Ketua Umum PKR itu, tetapi sebaliknya akan memberikan kesan kepada Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang memulakan serangan tersebut.

Bernama melaporkan anggota perwakilan Umno Johor Baharu yang menghadiri persidangan perwakilan bahagian semalam telah mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya turut menyaman mereka selepas secara serentak melaungkan "Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa".

Laungan sebulat suara itu dilakukan 398 anggota perwakilan Umno Bahagian Johor Baharu dari 84 cawangan yang bersidang ketika Ketua Umno bahagian, Datuk Shahrir Abdul Samad menyampaikan ucapan perasmian.

"Mari kita bangun melaungkan 'Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa', supaya Anwar boleh turut sama mengambil tindakan undangundang menyaman kita semua, Umno Johor Baharu sanggup menghadapi tindakan saman itu," katanya di sini hari ini.

Apa yang dilakukan oleh perwakilan UMNO Bahagian Johor Baharu berkenaan adalah umpama meludah ke langit, malah menepuk air di dulang yang terpercik ke muka sendiri.

Jika Pakatan Rakyat ingin bertindak balas, maka akan terlondehlah seluar Tan Sri Muhyiddin kerana skandal beliau pernah dilondehkan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Dato' Paduka Ibrahim Ali bahawa pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.

Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, katanya.

Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.

"Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura," jelasnya.

Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.

Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.

Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.

"Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya," jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.

Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.

Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.


Era Najib Altantuya : PAS Usaha Ubah Persepsi Bukan Islam Terhadap Islam

Islam untuk semua…

Itulah kenyataan yang hendak disampaikan oleh Parti Islam Se-Malaysia (Pas) kepada masyarakat bagi menyatakan bahawa kehendak Islam meliputi semua aspek, tidak kira agama dan bangsa.

Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Halimah Ali berkata, Pas akan berusaha menukar persepsi masyarakat luar yang semakin keliru menganggap Pas hanya untuk satu bangsa sahaja.

“Inilah antara masalah yang mana orang bukan Islam di Malaysia semakin keliru tentang Islam seolah-olah Islam di Malaysia ini adalah satu bangsa sahaja, bukan untuk semua.

“Inilah yang cuba diutarakan oleh Pas Islam ini adalah rohmatul alamin, maknanya kepada orang Melayu, India, Cina, Arab dan untuk semua bahkan kepada Islam dan juga bukan Islam,” katanya.

Dr Halimah berkata demikian kepada TvSelangor selepas merasmikan Taklimat Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat kepada Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, di Shah Alam, pagi tadi.

Beliau yang juga Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan berkata, masyarakat yang berlainan agama dan bangsa perlu menukar persepsi mereka terhadap Islam dan bersatu untuk perpaduan.

“PAS ini membawa satu misi yang mana Pas sebagai satu parti Islam yang memperjuangkan universal merangkumi keadilan, kesamarataan, kebajikan dan pendidikan,” katanya.

Justeru katanya, Pas akan mengadakan menjelajah ke seluruh Negara bagi memperkenalkan Kelab Penyokong Pas terutama kepada badan-badan perhubungan Pas di setiap negeri dan telah pun bermula di Selangor hari ini. -TVS



Era Najib Altantuya : Permintaan Melampau, Tiada Lagi Rundingan - Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pihaknya tidak akan meneruskan lagi perbincangan dengan penduduk Kampung Buah Pala selepas mereka menolak jalan penyelesaian yang diusulkan kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri kesal para penduduk menolak tawaran rumah dua tingkat untuk setiap keluarga dan sebaliknya menuntut pihaknya membayar pampasan RM3.5 juta kepada mereka.

Walaupun kerajaan negeri memahami situasi yang dihadapi penduduk, namun tuntutan RM3.5 juta ini, kata Guan Eng, telah melampaui batas.

“Jangan membuat tuntutan yang berlebihan, kita menawarkan sebuah rumah teres dua tingkat ditempat asal mereka bernilai hampir RM600 ribu di Pulau Pinang.Mereka tiada peluang duduk di rumah teres dua tingkat, malah ramai rakyat di Pulau Pinang tidak mempunyai peluang sebegini.

“Sekarang mereka menuntut rumah yang bernilai RM3.5juta. Saya rasa kerajaan negeri telah buat apa yang mampu, kita serahkan kepada mereka untuk membuat pilihan. Kalau mereka tidak mahu, itu terpulang mereka mungkin mereka boleh mencari orang luar yang boleh menuntut sebuah rumah bernilai RM3.5juta,” katanya.

Guan Eng menambah rakyat Pulau Pinang telah mendengar hujah dan kenyataan dari semua pihak, yang menunjukkan penduduk kampung sering bertukar fikiran. Rundingan awal bersama penduduk yang menghasilkan persetujuan positif sebelum ini akhirnya terbantut dengan sikap sebegini.

Kampung Buah Pala bertitik-tolak dari penempatan tanah estet penjajah British, dan tanah penempatan ini diserahkan semula kepada kerajaan negeri Pulau Pinang sebaik-sahaja Malaya mengecapi Kemerdekaan.

Pihak kerajaan negeri bagaimanapun membenarkan penduduk Kampung Buah Pala menetap diatas tanah tersebut melalui Lesen Penempatan Sementara atau TOL.

Kerajaan BN menjual tanah Kampung Buah Pala kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang, yang kemudiannya mengikat kontrak dengan Nusmestro Ventures (P) Sdn Bhd untuk memajukan projek pangsapuri mewah di tanah terbabit.

Kes ini dibawa ke muka pengadilan, namun keputusan mahkamah memihak kepada pemaju. Selepas siri-siri tunjuk perasaan dan perbalahan, kerajaan negeri akhirnya campurtangan dan menawarkan cadangan supaya pemaju memperuntukkan sebahagian tanah itu untuk penempatan Kampung Buah Pala.

Dalam pada itu juga, penduduk ditawarkan rumah dua tingkat bernilai RM600,000 di negeri pulau yang semakin kesempitan tanah itu.

Penduduk menolak tawaran ini atas alasan rumah dua tingkat ini hanya akan siap dalam masa dua tahun, dan sementara menunggu kediaman baru mereka siap, mereka hilang punca tidak tahu menetap dimana.

Memburukkan lagi keadaan dengan campungan pihak-pihak tertentu. Isu Kampung Buah Pala bertukar panas apabila masalah ini menjadi perbalahan kaum selepas pemimpin Hindraf menuduh kerajaan negeri mahu menghapuskan apa yang mereka dakwa kampung warisan masyarakat India.

Kontroversi ini bertambah huru-hara apabila Hindraf beria-ira mahu membawa kes ini kepada Unesco supaya badan dunia itu menarik balik status Kotaraya Warisan yang dianugerahkan kepada Georgetown kerana membenarkan penempatan sementara ini diratakan.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata bahawa ia adalah susah untuk berunding dengan penduduk Kampung Buah Pala kerana mereka asyik menukar fikiran dan semalam Pengerusi Pertubuhan kampong tersebut membuat laporan polis terhadap beliau mengenai kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

MIC, yang turut beria-ria mendapatkan kembali keyakinan masyarakat India, menawarkan RM3.2 juta untuk membeli tanah itu dan menyerahkannya secara percuma kepada penduduk.

Kerajaan negeri, yang turut didesak supaya membeli tanah itu pada harga RM3.2 juta, bagaimanapun tidak mampu berbuat demikian kerana undang-undang menetapkan bahawa urusan tanah tidak boleh diuruskan sewenang-wenangnya, tidak sepertimana dibawah pemerintahan BN dahulu.

Nilai tanah Kampung Buah Pala dianggarkan mencecah RM100 juta ringgit.



Era Najib Altantuya : Ali Rustam Perlu Cermin Diri Dulu - Khalid Samad

Cerminlah dulu diri sendiri sebelum membuat sebarang kenyataan!

Begitulah teguran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kepada Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Ali Rustam yang menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat berhubung isu arak.

“Saya menegesyorkan kepada ketua menteri Melaka yang dulu telah di halang untuk bertanding dalam pemilihan umno kerana didapati bersalah atas rasuah politik, mencerminkan dirinya dulu sebelum nak komen orang lain”.

Khalid berkata demikian selepas menyampaian Hadiah Pertandingan Marhaban dan Berzanji Selangor 2009 di Auditorium MBSA, petang tadi.

Katanya, Ali Rustam seharusnya mencontohi tindakan kerjaan Selangor dalam menangani isu arak yang menyumbang kepada gejala sosial yang semakin serius melanda masyarakat negara ini.

“Dan negeri Melaka pun patut berusaha untuk mencontohi,dimana kita nak tingkatkan kesedaran di kalangan masyarakay berhubung dengan keburukan dan kerosakan hasil daripada budaya minuman keras,yang selama ini telah menjadi satu perkara yang biasa.so saya rasa dia punya cabaran tu tak kena tempat la”, tambah Khalid lagi.

Isu pengharaman penjualan minuman keras di Selangor telah mencetuskan kontroversi daripada pelbagai pihak.

Khalid berkata setakat in 10 daripada 17 rangkaian 7eleven telah menghentikan penjualan arak di premis perniagaan mereka. Manakala 7 lagi telah memperketatkan penjualan minuman keras kepada orang ramai.

Menurut Khalid lagi, PAS memandang pengharaman ini sebagai satu langkah membendung umat Islam daripada terlibat dengan arak, selain membantu mengurangkan masalah sosial yang berlaku disebabkan pengaruh alcohol.