10 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Tindakan Penyokong Muhyiddin Bakal Undang Tindakbalas

Lang bodoh 1,000 yang berhimpun di perkarangan Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini bagi menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataannya terhadap Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa akan hanya mengundang tindakbalas yang serupa oleh para penyokong Datuk Seri Anwar.

Perhimpunan selama kira-kira 30 minit dari jam 11 pagi terdiri daripada pemimpin dan ahli UMNO daripada pelbagai peringkat yang mewakili bahagian-bahagian parti di seluruh negara serta anggota badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Gabungan Kelab Belia Malaysia (MAYC) tanpa sebarang sekatan oleh pihak polis.

Sebaik sahaja Muhyiddin tiba di perkarangan Menara Dato Onn, laungan ‘Hidup Tan Sri Muhyiddin’ bergema sebagai tanda sokongan kepada beliau.

Selain itu orang ramai yang berhimpun di situ juga melaungkan kata-kata berbentuk kecaman terhadap Anwar.

Mereka tidak menyedari bahawa tindakan bodoh mereka itu jika dibalas dengan cara yang sama oleh penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar tentulah akan dihadiri oleh lebih ramai dari penyokong Muhyiddin dan boleh pada bila-bila masa menjatuhkan kedudukan Muhyiddin sebagai pemimpin nombor 2 negara pada bila-bila masa.

Penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar bukan sahaja dari kalangan ahli PKR, malah akan disertai juga oleh rakyat berbilang kaum di seluruh negara.

Apakah UMNO berani berhadapan dengan kenyataan tersebut?


2 ulasan:

  1. antara Anwar dan Muhyiddin Yassin, soapa pengkhiatan sebenar????

    http://anakperelihblog.blogspot.com/2009/08/anwar-vs-muhyiddin-siapa-sebenarnya.html

    BalasPadam
  2. Sebenarnya yg menjadi pengkianat kpd bangsa melayu ada pemimpim2 UMNO bukannya DSAI. Tanya muhyiddin siapa yg menghapuskan keistimewaan org2 melayu,jawabnya UMNO. Siapa yg menghapuskan bantuan kpd sekolah2 ugama, jawabnya UMNO.Siapa yg menghapuskan biasiswa kpd pelajar2 melayu dan ditukar ganti dlm bentuk pijaman, jawanya UMNO.Siapa yg melelapkan wang PPRT, jawabnya pemimpin UMNO.Siapa yg melelapkan wang BALKIS diSelangor,jawanya bekas MB UMNO Selangor.Siapa yg membuat dasar pembelajaran sains mathermatic dlm bahasa inggeris secara tidak langsung menjadi pengkianat kpd bangsa melayu,jawabnya pemimpin2 UMNO. Isu bahasa sains mathermatic kpd bahasa inggeris sudah cukup bukti bahawa pemimpin2 UMNO lah yg menjadi pengkianat kpd bahasa melayu secara tak langsung pemimpin UMNO menjadi pengkianat kpd bangsa melayu. Apakah muhyiddin tidak sedari perkara ini.Muhyiddin jangan jadi bodoh dan bacul dgn mengatakan ANWAR sebagai pengkianat kpd bangsa melayu. Malah pemimpin2 UMNO yg lain turut menyokong kenyataan muhyiddin dgn membabi buta tampa sokongan fakta.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.