30 Jun 2009

MANEK URAI - UMNO SENGAJA TEMPAH KEKALAHAN BILA SERANG TGNA

PRK Manek Urai menjadi medan UBN menghentam Tok Guru Nik Aziz. Setiap hari ada jer berita dan kisah Tok Guru di serang bertubi-tubi.... Isu yang yang sama, diulang-ulang dalam berita surat khabar mau pun berita elektronik yang dikuasai mereka, sehinggakan rakyat dah naik meluat..... Bukan takut ya.... tetapi naik menyampah dan getik yang amat sangat.

UBN ni nampak nyer udah salah strategi dan taktik. Menyerang Tok Guru Nik Aziz.... ibarat menyerang rakyat Kelantan. Serangan-serangan tersebut tak lut.... dan langsung tidak melemahkan Tok Guru, sebalik nyer..... menjadikan Tok Guru dan PAS semakin kuat. 'Peluru' serangan mereka itu ibarat vitamin suplement yang memberi dan menguatkan lagi tenaga dan daya tahan PAS di Manek Urai. Akhir nyer nanti, UBN yang kelesuan dan tak bermaya..... padan muka!!!

Dengor ceriter..... calon PAS pun demer hina melalui pantun-pantun bodoh demer. So what, kalau saudara Fauzi seorang taukeh ikan. Sekurang-kurang dia taukeh.... he is his own boss, tidak meminta-minta macam komer. Dia, istimewa.... bukan macam komer..... kuli batak UBN yang kena cucuk hidung dan terpaksa mintak sedekah, menjadi 'pengemis terhormat' dengan menagih kontrak daripada UBN untuk mencari rezeki dan habuan. Siapa yang hina sebenar nyer??? Komer...... ler yang hina, weh oi...!!!!

Sebab itu... apabila tak dapat jadi calon, merajuk..... tersentap..... terkenyut......!!! Ada yang terang-terang marah..... ada yang kontrol macho tapi membara dalam diam. Maka jadi ler mereka, bara api dalam sekam..... duri dalam danging..... jadi karnivor, kawan makan kawan!!!! tapi semua kerja kotor ini dibuat dalam 'gelap'. Dalam 'terang'....semua nyer ok. Mantap sungguh lakonan komer, ya....

Sebab apa ini berlaku??? Sebab..... peluang nak kaut rezeki dengan cara yang mudah... hilang.... pocikkkk!!! Bila peluang lepas ke orang lain..... mula ler rasa kecewa dan sakit hati. Sebab tu, mula timbul sok-sek.... sok-sek..... di belakang. UBN.... biasa ler tu. Sakit hati, dengki hati dan busuk hati..... itu semua adalah perencah hidup mereka. Dah paham benor....

Rakyat Satu Malaysia udah tahu.... siapa Tok Guru Nik Aziz. Kredibiliti nyer..... integriti nyer.... karisma nyer..... keperibadian nyer....... and so on nyer ler. Serangan komer tu sia-sia ajer. Mengabehkan poloru jer....

Daripada komer menembak macam orang giler..... yang akhir nyer terkena dan mencederakan diri sendiri..... lebih baik ler lawan berdepan. Desak Tok Ketua komer supaya beranikan diri berdebat dengan TGNA. Tok ketua kami..... lawan Tok Ketua komer..... apa macam??? Kalau Tok Ketua komer takut..... wakilkan jer kepada Tok Peti Tan Sri daripada negeri Perak. Dia pun udah terkinja-kinja berkenankan politik...... Cer try komer tanya dia???

Rasa nyer, Tok Ketua komer... Piem Satu Malaysia tu bukan nyer lawan Tok Guru kami. Mengkalor... Tok Peti Tan Sri daripada negeri Perak tu.... kurang ler ngok-ngak nyer sikit. Kira boleh pakai ler kalau nak berdebat dengan TGNA kami.

So.... apa macam, jadi tak??? -M3M


MANEK URAI : KISAH KELANTAN KHIANATI KELANTAN

Dahulu apabila disebut sahaja ‘orang Kelantan’, maka terbayanglah semangat kerjasama dan bantu-membantu sesama sendiri biar di mana mereka berada. Hatta orang Kelantan ini pernah digelar dan dikenali sebagai mengutamakan kaum kerabat atau puak mereka sendiri.Namun di dalam politik Malaysia kini, semangat ini sudah banyak berubah.

Tun Dr Mahathir Mohamed pernah membuat pengakuan bahawa Mustapa Mohamed ahli parlimen Jeli sekarang pernah mencadangkan kepada beliau untuk menahan dan memberhentikan apa-apa peruntukan kerajaan persekutuan kepada rakyat Kelantan sebagai hukuman tidak menyokong Barisan Nasional.

Bukan setakat Mustapa, Dr Awang Adek Hussin juga pernah mahu mendera dan menyeksa penduduk negeri Kelantan demi memenuhi temboloknya sendiri.

Beliau pernah dipetik sebagai berkata, jika Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri, maka geran tahunan sejumlah RM400 juta yang diperuntukkan untuk negeri Kelantan akan ditambah menjadi RM1 billion.

Bermakna, wang untuk pembangunan negeri dan rakyat Kelantan memang ada dan disediakan.

Memandangkan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat adalah kerajaan yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan dan berlainan fahaman dengan penerimaan Mustapa dan Awang Adek, maka rakyat Kelantan didera dan diseksa dari segi materialnya.

Terengganu pernah dijadikan mangsa oleh kerajaan persekutuan pada pilihanraya kesepuloh yang lalu. Hasil sumber minyaknya dirampas ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Apakah rakyat Kelantan mahu sekali lagi menjadi mangsa kepada Tok Pa dan Awang yang sentiasa memberikan lampu hijau kepada kerajaan persekutuan untuk menindas dan mendera penduduk Serambi Makkah ini ?

Rupa-rupa diamnya Mustapa dan Awang ada udang di sebalik batu.

Dihadapan orang kampong mereka menjadi Lebai Ketayap tetapi ketika bersama pemimpin UMNO mereka menjadi pula Lebai Pulut.

Pilihanraya kecil Manik Urai (N41) akan diadakan pada 14 Julai depan. Masih belum terlambat.

Nampaknya rakyat Kelantan sekali lagi berhadapan dengan penipuan yang dibuat oleh UMNO dan Mustapa serta Awang Adek bilamana mereka bersekongkol lagi dengan kerajaan persekutuan bagi menafikan hak petroleum untuk rakyat dan negeri Kelantan.

"Hasil kajian kita mendapati dalam perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia," kata Saifudin Nasution ahli Parlimen Machang.

"Dianggarkan royalti minyak yang tidak dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada Kelantan telah berjumlah RM1bilion sejak tahun 2002" kata Saifudin lagi.

Penduduk Manik Urai yang mengambil keputusan untuk mengundi Mohd Fauzi Abdullah pastinya akan membawa satu isyarat kepada Mustapa, Awang dan kepada kerajaan peresekutuan bahawa masyarakat Manik Urai bukanlah “berminda kampong”.

Jadi takkan mahu mendengar ayat, Kelantan makan Kelantan. Nyahkan pengaruh Tok Pa, Awang, UMNO dan BN di Manik Urai itu. -alkerohi


MANEK URAI : BN Bererti BINI NAJIB

BN bukan lagi Barisan Nasional atau barang naik tetapi mempunyai istilah terbaru iaitu 'Bini Najib'.

"Dulu kita dengar BN barang naik. Itulah dijaja oleh orang ramai terutamanya ketika hari penamaan calon tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu Bini Najib, "

Istilah itu jika dikaji ada kebenaranya apabila Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia bukan sahaja mengadakan pertemuan dengan Najib yang juga Perdana Menteri tetapi mempunyai pertemuan khas dengan isterinya.

Tindakan itu merupakan tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara dan tdak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar mengadakan pertemuan khas dengan isteri Perdana Menteri secara individu.

"Kalau di kaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja, "

Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut.

Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu.

Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara.

Dulu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dikaitkan dengan menantunya, Khairy Jamaludin yang sering dilihat masuk campur tentang pentadbiran negara kali ini Najib pula menerima nasib yang sama bukan daripada menantunya sebaliknya 'Bininya'.

Menyentuh mengenai kenyataan Najib kononya slogan '1 Malaysia' berjaya diserapkan ke hati keseluruhan rakyat negara ini beliau menyifatkan, ia hanya mimpi semata-mata mengantikan slogan Islam Hadhari tajaan Tun Abdullah bila mengambil alih pemerintahan pada penghujung tahun 2003 lalu.

Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah menetapkan sahaja slogan untuk memajukan negara mengelak daripada diperkenalkan setiap kali pertukaran kepimpinan.
"Kita tengok mana dia Islam Hadhari yang dijaja oleh ulamak Umno dan kepimpinannya semasa era kepimpinan Tun Abdullah. Begitu juga Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir serta Bersih , Cekap dan Amanah yang pernah menjadi trend percakapan orang kuat BN di kedai-kedai kopi, " - Mahfuz Omar


MANEK URAI : DEBAT - KENAPA BANYAK SANGAT ALASAN UMNO?

1) Selepas merasmikan kempen bulan sembahyang di Kota Bharu, Tuan Guru Nik Aziz mengajak Najib untuk berdebat di bawah suatu tajuk-mengapa menolak Islam?.

2) Ini kerana, propaganda media arus perdana menyatakan Tuan Guru Nik Aziz menyamakan UMNO seumpama komunis dan ajaran sesat Ayah Pin. Bagi orang yang cerdik dan bijaksana pasti dapat menangkap maksud Tuan Guru. Ia hanya kiasan dan perumpamaan. Komunis kerana ia adalah isme ciptaan manusia sama seperti nasionalisme yang didokong UMNO.

3) Ajaran sesat Ayah Pin menyatakan beliau adalah wakil Kerajaan Langit dan utusan Tuhan untuk semua agama. UMNO mungkin tidak sampai tahap itu, tetapi pendokong tegar kepada faham sekularisme dalam pentadbiran. Orang agama hanya di masjid, biarkan golongan profesional yang mentadbir. Selain itu, kalau benar ingin mendaulatkan Islam, mengapa banyak benar alasan apabila diminta melaksanakan hukum Allah?

4) Justeru, tidak hairan mengapa Najib dan Mahathir menganggap ia membuang masa dan kononnya tidak berfaedah. Kini, di US dan Indonesia, dalam nak memilih calon Presiden diadakan debat secara langsung. Bukankah berdebat dengan hujjah yang kukuh di antara saranan Islam?

5) Apabila Najib menolak untuk berdebat dengan Nik Aziz, kita telah menjangka-mungkin kerana malu berhadapan dengan Tuan Guru dan tiada hujjah yang dapat dipertahankan mengapa UMNO menolak Islam!

MANEK URAI : Timb Menteri Sokong Debat Nik Aziz-Najib

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah menyokong cadangan untuk mengadakan debat terbuka antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, debat terbuka ini harus diadakan bagi memberi peluang kedua-dua pihak mengutarakan idea masing-masing.

“Saya setuju debat terbuka ini diadakan bagi memberi peluang kedua-dua pihak mengkritik dan mempertahankan idea masing-masing.

“Namun begitu, saya berharap agar debat ini ditukar kepada forum agar lebih elok jika kedua-duanya duduk sama-sama berbincang dengan cara yang baik,” katanya ketika mengulas cadangan Nik Abdul Aziz agar diadakan debat terbuka antaranya dengan Perdana Menteri.

Menurutnya, forum di antara UMNO dan Pas pernah diadakan sebelum ini iaitu antara bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dengan bekas Presiden Pas, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor.

“Namun begitu, saya melihat debat ini sukar direalisasikan kerana ada latar belakang yang kurang manis iaitu kita baru sahaja selesai dengan polemik kerajaan perpaduan.

“Tetapi, bagi saya, debat bukan membuang masa asalkan dibuat dengan cara yang baik, tajuk yang dipersetujui bersama dan diadakan di tempat yang sesuai,” katanya.

Menurutnya, debat ini lebih baik daripada rakyat membaca blog yang ditulis oleh ‘blogger’ yang tidak boleh dipertahankan jika ada sesuatu perkara tidak baik ditulis.

“Debat politik yang diadakan akan lebih mematangkan politik negara dan ahli politik yang baik mesti berani untuk berdebat idea politik di depan khalayak.

“Tidak semestinya Nik Abdul Aziz dan Najib sahaja tetapi juga mana-mana pemimpin UMNO dan Pas boleh berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin juga membenarkan tokoh pembangkang memasuki universiti untuk berucap dengan syarat ianya diadakan dalam bentuk forum.

“Forum ini perlu ada tiga orang, pertama, tokoh pembangkang, kedua, tokoh kerajaan dan ketiga ahli akademik. Mahasiswa sekarang tidak hanya melihat kepada tokoh tetapi idea yang dibawa oleh seorang ahli politik.

“Mereka sudah layak mengundi dan mempunyai hak untuk menyokong mana-mana idea yang mereka rasakan betul dan mahasiswa sudah cukup matang untuk menilai mana yang baik atau tidak,” katanya. -SH


Nizar Disambut Luar Dugaan Di Muar

Gambar sekitar Program Dato Seri Nizar di Muar Johor semalam.Dato Seri yang datang dari Kuala Lumpur diarak ke tempat ceramah dari Plaza Tol Pagoh.Lebih dari 5 kenderaan dan 4 buah Motosikal Berkuasa Besar mendahului Konvoi sempena kedatangan Dato Seri Nizar ke Muar.Konvoi bergerak hampir 20 Kilometer sebelum sampai ke lokasi tempat ceramah iaitu di Markaz Pas Kawasan Bakri Muar Johor.

Ketibaan Dato Seri nizar disambut dengan paluan kompang dan juga perarakan masuk ke Markaz tersebut sambil di beri tepukan gemuruh oleh lebih dari 5000 RAKYAT sekitar Muar.Mereka yang hadir tanpa mengira Bangsa dan sambutan sebegini hanya pernah berlaku pada awal perasmian Markaz tersebut kira -kira 16 tahun yang lalu dengan kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz,namun ia diserikan kembali dengan kehadiran Wira Negeri Perak dan Menteri Besar Rakyat ke tempat tersebut.

Ketibaan Dato Seri Nizar juga disambut oleh Ketua DPPMNJ Dato Mahfuz Mohammad,Dr Boo Cheng Hau ( Adun skudai),Hj Anwar salleh ( Pengerusi PKR Johor) dan Yb Dr Sheikh Ibrahim Salleh ( Adun Sg Sabung).

Kalungan Bunga juga dibuat oleh wakil Penduduk India di sana.Cendrehati juga disampaikan oleh Pengerusi Pas Negeri kepada Dato Seri Nizar.

Semangat dan juga Aura beliau amat menarik perhatian apabila Dato seri sentiasa mendapat perhatian dari semua lapisan terutamanya dari kalangan Anak Muda di Johor yang mana boleh dikatakan sambutan itu sebenarnya diluar jangkaan.

Apapun sambutan Rakyat di Muar memang Best…!!! -perakexpress



NIZAR ZAMBRY : PERAK - SUKA ATAU TIDAK PILIHANRAYA MESTI DIADAKAN

Secara congak mudahnya, BN telah lenyap di Perak. BN telah pupus di Perak. BN yang selama ini begitu bangga dengan sokongan padu UMNO, MCA, Gerakan dan MIC telah sepi sesepi-sepinya. UMNO sahaja yang masih tercongok di Perak.

Nasib baiklah ada seorang MCA yang sudi menemani UMNO. Entah-entah MCA itupun sedang berkira-kira mahu meninggalkan UMNO. Ini kerana BN telah tidak lagi relevan di Perak. Pimpinan MCA, Gerakan dan MIC sedar bahawa parti mereka hancur kerana kerenah kekauman melampau UMNO.

Komposisi pengundi Melayu dan bukan Melayu di Perak hampir sama banyak. Jikalau tidakpun 50-50, komposisi pengundi Melayu tetap tidak melepasi angka 51. Angka-angka ini amat memeritkan pengekalan kuasa oleh UMNO. UMNO mesti melakukan sesuatu. UMNO telah terdesak. Tembolok kroni mesti dibantu isi. Ini kerana UMNO tidak boleh hidup tanpa kuasa dan rasuah. Kuasa dan rasuah adalah prinsip yang mendasari UMNO semenjak Tun Madey menjadi PM lagi.

PRK Bukit Gantang telah membuktikan bahawa 85% pengundi bukan Melayu tidak lagi memberikan undi mereka kepada UMNO. Walaupun UMNO masih berbangga kerana berjaya menambahkan sedikit majoriti di DUN Trong, namun UMNO tetap kecewa kerana tidak ada pertambahan undi kepada UMNO. UMNO bernasib baik kerana pengundi muda yang bekerja di luar tidak balik mengundi. Tetapi harus diingat bahawa mereka akan pulang mengundi sebaik sahaja semboyan PRU 13 atau PRU Perak dibunyikan.

UMNO yang menang di 27 DUN begitu gelisah untuk mengekalkan kemenangan. Dengan semangat jentera dan petugas mereka yang merudum, UMNO begitu ngeri untuk memulangkan kuasa kepada rakyat. Dahulu kroni yang berwang sanggup menabur RM walaupun berhutang demi menaja kempen UMNO. Hari ini mereka tidak lagi berani menabur atau menyumbang wang untuk UMNO. UMNO hanya bergantung kepada wang rasuah induk sahaja. Dan wang itu pula sangkut dan lenyap dalam perjalanan. Wang tidak sampai ke akar umbi.

Tidak hairanlah berita yang memberitahu ada beberapa cawangan UMNO mencapai kata sepakat agar MB DPulau tidak membubarkan DUN Perak sebelum tempohnya berakhir pada PRU 13 nanti. Cawangan-cawangan UMNO menghadapi masalah mengumpulkan jentera dan petugas parti. Ahli-ahli UMNO begitu malu dengan tindak tanduk pimpinan UMNO pusat dan negeri yang bertindak secara betina. Mereka malu kerana UMNO tidak lagi bertelor. Ahli UMNO sedar dan faham bahawa UMNO telah merampas kuasa dengan menghalalkan yang haram. Begitu sukar pemimpin cawangan dan bahagian UMNO mengembalikan akan semangat dan yakin diri kepada anak buah mereka. Mereka hanya nampak kekalahan sahaja.

Tempoh edah kuasa hanya tinggal tiga tahun lagi. Dalam tempoh ini PR Perak tidak berdiam diri. MB Nizar masih terus menguji sistem kehakiman Malaysia. Perlanggaran Perlembagaan Malaysia oleh UMNO hanya menambahkan lagi simpati pengundi kepada PR. UMNO pula semakin dibenci. Ahli UMNO pun benci dengan UMNO. ADUN PR pula mempunyai masa yang cukup untuk menerangkan hal sebenar kepada rakyat.

MB DPulau pula jenuh mencari salah silap MB Nizar sepanjang 10 bulan MB Nizar diamanahkan sebagai MB Perak. Sebaliknya kenyataan dan tindakan MB DPulau hanya menambahkan lagi bencinya rakyat Perak kepada beliau. MB DPulau hanya meneruskan idea dan kerja-kerja MB Nizar. MB DPulau mendakwa bahawa semua itu idea dan ilhamnya. Memang muka tak tahu malu. Tapi pimpinan UMNO mana tahu malu? Istilah malu hanya ada pada PR dan rakyat sahaja.

Banyak hikmahnya kepada PR apabila UMNO bertindak menghalalkan yang haram. UMNO melalui Satu Malaysia sebenarnya telah membantu usaha PR mempercepatkan UMNO berkubur pada PRU 13 sebagaimana rakan BNnya yang telah dikapankan pada PRU 12.

Semakin lewat dibubarkan DUN Perak, semakin cerahlah peluang PR untuk menang.

Walaupun MB DPulau mendakwa bahawa beliau adalah MB Perak, kroni dan suku sakat UMNO masih mengemis mencari dan mencipta projek. Pegawai-pegawai kerajaan mula berani menyanggah kehendak UMNO yang secara jelas melanggari piawaian perkhidmatan mereka. Pegawai-pegawai kerajaan tidak sanggup turun naik mahkamah apabila UMNO tidak lagi berkuasa. Biarlah mereka dikenakan tindakan ditukar tempat kerja asalkan mereka selamat daripada menghuni penjara.

Senang cerita, hanya UMNO sahaja yang berdendang bahawa UMNO akan menang besar sedangkan madunya dalam BN mengatakan sebaliknya. Tepuk dada tanya selera. -Dango Mamamat