29 Jun 2009

Isu ke Manek Urai : EPU dan Jabatan Perangkaan Sahkan Kelantan Pengeluar Petroleum

Sekiranya Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum mengapa Kelantan disenaraikan dalam Bank Data Malaysia antara salah sebuah negeri pengeluar minyak di negara ini.

Berdasarkan kepada laporan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) bertarikh 16 Mac 2009, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kelantan dalam sektor perlombongan meningkat secara mendadak kepada 22.4 peratus.

Sedangkan sebelum itu, sektor berkenaan hanya menyumbangkan sebanyak satu peratus sahaja kepada KDNK Kelantan.

“Ini seolah-olah menggambarkan EPU telah menyenaraikan Kelantan sebagai negeri pengeluar minyak sama seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak.

“Jadi mengapa ada menteri menyebut Kelantan tiada hak untuk mendapat royalti minyak,” kata anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Husam Musa pada persidangan Dun hari ini.

Isu royalti petroleum menjadi topik hangat ahli-ahli Dewan apabila Haji Abdul Fatah Harun (PAS – Bukit Tuku) membangkitkan perkara itu berikutan soalan asal ditanya Dato’ Noor Zahidi Omar (BN – Pengkalan Kubur).

Menghurai panjang lebar perkara itu Husam berkata, Laporan Band Data Malaysia 2007 pada muka surat 187 secara jelas menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum di negara ini sejak 2004.

Data tersebut menyebut nilai pertumbuhan industri petroleum di Kelantan, Sabah dan Terengganu sebanyak 62.5 peratus berbanding Sarawak (37.5 peratus).

Manakala nilai ouput (pengeluaran) tiga negeri berkenaan iaitu RM46.8 bilion berbanding Sarawak (RM14 bilion).

“Kita menuntut royalti daripada bahagian yang diterima Malaysia kerana kawasan pengeluaran minyak terbabit terletak di lokasi tuntutan bertindih dengan Thailand dan Vietnam.

“Kelantan tidak menuntut bahagian yang diterima Thailand, sebaliknya agihan diterima Malaysia selepas pembahagian dibuat antara tiga negara,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Mustapa Mohamed dilaporkan memberitahu kerajaan Kelantan tidak berhak menuntut bayaran royalti minyak dan gas kerana hasil petroleum itu diperolehi di kawasan bertindih.

Malaysia dan Thailand menandatangani perjanjian persefahaman pada 1979 berkaitan kawasan pembangunan bersama (JDA) yang diteroka kedua-dua negara.

Malaysia dan Vietnam juga bersetuju mengusahakan secara bersama cali gali minyak di kawasan berkenaan.

Husam berkata, sekiranya kawasan pelantar carigali minyak dan gas tersebut terletak di sebelah Thailand sudah tentu pelantar tidak dinamakan dengan nama Melayu iaitu Kekwa, Cakrawala, Seroja, Bintang dan Lawen.

“Sekiranya diukur jarak pelantar tersebut dengan pantai Kelantan hanya 170 km berbanding dengan Terengganu 220 km. Dan nilai pengeluaran gas dan minyak dari pelantar tersebut sejak 2004 sehingga tahun lepas berjumlah RM46.8 bilion.

“Sedangkan di perairan Terengganu sebanyak RM36 bilion manakala Sabah (RM5 bilion). Ini bermakna jumlah pengeluaran dari perairan Kelantan lebih besar,” ujarnya.

Oleh itu beliau berkata, kerajaan pusat sewajarnya membayar royalti sebanyak 5 peratus setahun seperti termaktub di bawah Akta Petroleum yang dianggarkan melibatkan sebanyak RM850 juta sehingga RM1 bilion sejak 2004 sehingga sekarang.

Beliau juga berkata, Kelantan masih mengharapkan pertimbangan sewajarnya kerajaan pusat bagi membayar royalti petroleum tersebut.

Menurutnya biar pun ada cadangan supaya tuntutan itu dibuat melalui perundangan, namun kerajaan negeri masih memilih menggunakan kaedah rundingan.

“Kita berharap ketua pembangkang di Dun Kelantan, Dato’ Md Alwi Che Ahmad membantu menyelesaikan tuntutan tersebut.

“Sekiranya ia menjadi kenyataan hasrat Adun Paloh, Dato’ Nozula Mat Diah untuk mendapat kenaikan elaun boleh dipertimbangkan,” katanya. -jiwokelate

MANEK URAI : UMNO BN GUNA TAKTIK MENDERA UNTUK MENANG

UMNO akan gunakan apa cara jua untuk menang pilihan raya kecil Manik Urai. Menetapkan tarikh hari membuang undi pada hari bekerja bukanlah satu kebetulan. Ia adalah satu perkiraan yang terperinci dan telah dibahas semasak masaknya.

Habis, kalau sudah dibahas kenapa pilih hari bekerja sebagai hari membuang undi?

Sebabnya ialah hotak mereka dalam UMNO ini sentiasa menganggap rakyat tu bebal dan mudah diperkotak katikkan. Juga mereka sememang ada sifat sadis suka mendera. Mereka suka mendera rakyat.

Sebab itu TKI Nirmala Bonat didera oleh majikannya. Sebab itu Siti Hajar, juga TKI, didera oleh majikannya. Ini adalah kerana, majikan terbesar di Malaysia, iaitu BN suka mendera rakyat. Dengan menentukan hari membuang undi pada hari bekerja, maka mereka mengharap anak Kelantan di perantauan yang sepatutnya mengundi di Manik Urai, tidak pulang mengundi. Ini akan menaikkan peluang mereka untuk menang.

Betul ke demikian?

Setelah mendera rakyat di Perak, mereka sangka mereka boleh lagi mendera rakyat di Kelantan. Tidak cukup dengan mencuri minyak dari perairan Kelantan, sekarang mereka tambah deraan dengan memilih tarikh hari membuang undi sedemikian.

Rakyat Kelantan tidak mahu di dera terus.

Rakyat Kelantan tolak UMNO.
Rakyat Kelantan tolak BN.


-Prof Dr Hamirdin

Isu Ke Manek Urai : Hubungan Polis Dengan Samseng Dikecam

Kewujudan keselamatan kawasan perumahan, atau lebih dikenali sebagai neighbourhood watch, petanda rakyat tidak lagi yakin keselamatan nyawa mereka di tangan pihak berkuasa. Fenomena neighbourhood watch ini berpunca dari imej polis yang tercemar dengan pelbagai kes rasuah, salahguna kuasa dan hubungan pihak berkuasa dengan penjenayah, kata Ketua Pembangkang DSAI.

"Rakyat tidak lagi menyakini polis mampu menjaga keselamatan mereka," kata DSAI di Dewan Rakyat hari ini, ketika membahaskan Usul Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP). Kerajaan sendiri dilihat melindungi pegawai-pegawai atasan polis yang terbabit rasuah dan mempunyai kaitan dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap,".

DSAI berkata demikian merujuk kepada akuan bersumpah pegawai-pegawai polis yang mendakwa wujudnya hubungan antara Ketua Polis Negara Musa Hassan dan kongsi gelap. Beliau turut membacakan akuan bersumpah dari beberapa pegawai polis di Dewan Rakyat.

"Dari akuan- akuan bersumpah ini kita difahamkan bahawa anggota-anggota polis ini dikenakan tindakan kerana menyiasat aktiviti individu tertentu yang dipercayai terbabit dalam kongsi gelap. Saya berasa bimbang apabila Ketua Polis Negara sendiri dituduh memberi perlindungan kepada kongsi gelap,".

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang turut mendedahkan satu kes pembunuhan seorang pemimpin kanan MIC yang cuba diselindung pihak polis. Pada 12 Januari tahun lalu, Adun Tenggaruh S Krishnasamy dibunuh oleh seorang pembunuh upahan di dalam sebuah lif di Ibu Pejabat MIC Johor. Dalam kejadian 2.30 petang itu, Krishnasamy ditembak satu kali di bawah kening mata kiri dan tembus ke belakang kepala. Berdasarkan maklumat yang diterima pemimpin veteran DAP itu, suspek-suspek penting dalam kes ini dibebaskan sebaik sahaja ditahan.

Kit Siang berkata, "Walaupun setelah setahun berlalu namun masih tiada perkembangan terbaru dalam siasatan polis. Ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) amat diperlukan di masa sekarang,". -yeols

Nizar Kesal Hanya Lima Hakim Dengar Rayuan

Datuk Seri Nizar Jamaluddin kesal dengan keputusan Ketua Hakim Negara hanya memperuntukan lima hakim Mahkamah Persekutuan untuk mendengar rayuannya bersabit krisis Perak.

Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Nizar pada 9 julai ini terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah walaupun BN kalah pada pilihanraya umum dan Nizar tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar atau menghadapi usul tidak percaya di DUN Perak.

Nizar berkata rayuan beliau kepada mahkamah tertinggi negara membabitkan isu perlembagaan dan insitutusi demokrasi berparlimen negara. Oleh itu lebih sesuai kes ini di dengar oleh panel 11 hakim.

"Kalau kita pohon 11 para-para hakim untuk mengadili kes ini pada 9 dan 10 Julai hanya dibenarkan lima oleh Ketua hakim semalam, itu pun dengan menghantar faks kepada pejabat peguam saya. Saya menyatakan antara kelima-lima hakim itu mangkor (keras) barangkali ada yang sekupang dua (lembut) ada ciri-ciri keadilan dalam perut dia. Saya kata kalau ada antaranya yang tidak keras sangat, itulah yang kami harapkan"

Datuk Seri Nizar sudah pun dibeban dengan masalah dalam membuat rayuan kepada mahkamah persekutuan. Ketiga-tiga hakim mahkamah rayuan yang memberi keputusan berpihak kepada Zambry mengambil hampir sebulan untuk memberi alasan mereka secara bertulis.

"19/6 saya telah membuat satu permohonan/failing di Putrajaya. Masa kami failkan kes ini, ulasan oleh hakim tidak ada walaupun pada 22hb, mereka mengeluakan penghakiman Zambry adalah Menteri Besar yang sah. mereka berjanji tujuh hari selepas hari ini (22 Mei) akan diberikan ulasan dan sampai semalam (27 jun) baru kami mendapatkan ulasan dari Hakim Md Raus. Itupun selepas kami pergi ke pejabatnya"

Datuk Seri Dr Nizar juga menambah kemelut politik di Perak tidak sedikit pun menjejaskan kepercayaan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat (PR). Malah katanya walau apa jua keputusan penghakiman yang mungkin berpihak kepada Zambry, PAS dan pakatan rakyat tetap kukuh bertapak di Perak.

"Itulah kekuatan kita hari ini. Undang-undang menyebelahi kita, rakyat bersama kita. Apa yang paling penting, hari ini di negeri Perak, sokongan Cina dan India, DAP ini kepada PAS cukup memuncak. Ini yang kami ingin pertahankan kerana mereka ini menerima PAS tanpa banyak soal"

Sementara itu, peguam Nizar, Leong Cheok Keng berkata pihaknya akan merayu keputusan Ketua Hakim Negara menghadkan rayuan Nizar kepada hanya lima hakim Mahkamah Persekutuan.

Semalam kami mendapat faks yang menyatakan lima orang hakim tetapi akan membuat rayuan sekurang-kurang 9 hakim untuk kes ini. Kami akan memohon kepada CJ untuk menimbang semula bilangan hakim supaya dapat melihat isu ini dari pelbagai perspektif dan menemui jawapan yang sebenar" -TVA



MANEK URAI : Politik Kerajaan UMNO BN Pusat Curi Minyak Kelantan

Malaysia-Thailand Joint Development Area (JDA)

Malaysia-Thailand Joint Development Area merupakan salah satu kawasan yang sangat aktif dalam carigali dan pengeluaran Gas Asli, terletak dibahagian bawah teluk Thailand (Siam).

Kawasan telah dibahagikan kepada 3 block:

- Block A-18
- Block B-17
- Block C-19

Diuruskan secara bersama oleh Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA), dengan setiap Negara menguasai 50% dari sumber hydrocarbon yang ditemui di JDA, sumber Gas Asli dikawasan tersebut dianggarkan 9.5 Tcf (Trillion cubic feet).

Spekulasi dari para penganalisa mengatakan kemungkinan besar simpanan Gas Asli dikawasan tersebut mungkin mencecah hingga 24 Tcf.

Block A-18 dikendalikan oleh The Carigali-Triton Operating Company (CTOC) iaitu sebuah syarikat kerjasama antara Petronas Carigali dan Hess.

Manakala bagi Block B-17 dan C-18 dikendalikan oleh Carigali-PTTEP Operating Company (CPOC), satu syarikat kejasama antara Pengeluar Minyak Nasional dari kedua-dua Negara yang terlibat dalam kerja-kerja pencarian dan pengeluaran dikawasan tersebut.

Dalam bulan Mac 2005 Carigali-Triton Operating Company (CTOC), usahasama antara Petronas Carigali dan Hess telah memulakan pengeluaran dari JDA di Block A-18 yang dianngarkan mempunyai simpanan sebanyak 2.8 Tcf, jumlah pengeluaran bagi sehari adalah disekitar 390 MMcf (Million cubic feet) dan pengeluaran dijangka meningkat sehingga 590 MMcf sehari pada April 2007.

Terjemahan dari Energy Information Administration

APA YANG KERAJAAN SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

- Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

- Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

- Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

- Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

- Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
- Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
- Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
- Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion).Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi sepenuhnya.

ROYALTI GAS ASLI ADALAH HAK RAKYAT KELANTAN

- PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.

- Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.

- Terengganu, walaupun menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.

- Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk bagi membangunkan projek-projek yang tidak mendatangkan menafaat kepada rakyat Terengganu sendiri.

- Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.

- Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

Petikan dari Blog KELUARGA AMBUYAT EL-BINANGKIT

Ini adalah sebahagian gambar-gambar dari blog seorang blogger yang pernah melawat sebuah pelantar minyak yang terletak diantara sempadan Malaysia dan Thailand iaitu diperairan Kelantan atas urusan kerja. -


Pemandangan dari udara Cakerawala Platform


Cakerawala Platform gambar dari laut.


Jadi siapa kata tiada minyak di kelantan - darisungaiderhaka

MANEK URAI : TUTUP MULUT JIKA TAK MAHU BERDEBAT

Pemimpin UMNO disaran menutup mulut dan tidak memberi pandangan tentang Pas jika parti itu enggan menerima pelawaan untuk berdebat sebagaimana yang dicadangkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelmarin.

Mengulas isu tersebut, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus menerima pelawaan Menteri Besar Kelantan untuk berdebat dengan hati terbuka dan ikhlas jika mahu mencari penyelesaian terhadap pertembungan dua parti tersebut.

“Debat merupakan langkah yang baik untuk menyelesaikan masalah berbangkit. Dalam soal ini, Datuk Seri Najib tidak harus memberi alasan untuk menolak pelawaan Tun Guru Nik Aziz, tetapi jika mereka enggan, saya sarankan agar UMNO tidak lagi bercakap mengenai Pas,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, tidak timbul isu yang mengatakan Pas akan menggunakan platform berdebat untuk menjatuhkan UMNO sebaliknya apa yang diinginkan ialah memperbetulkan kesilapan BN sepanjang memerintah.

Katanya, melalui percambahan minda yang diadakan secara terbuka, segala idea dan cadangan dapat dikeluarkan dengan lebih jelas serta disaksikan seluruh rakyat.

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kerajaan harus bersikap telus dan adil kepada rakyat Kelantan yang kini dinafikan haknya untuk mendapatkan royalti daripada pengeluaran minyak di perairan negeri itu.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) kini dilihat seolah-olah menyembunyikan fakta bahawa lokasi sebenar pelantar minyak itu di perairan Kelantan.

“Jika benar kawasan itu di kawasan tuntutan pertindihan antara beberapa negara, semestinya agihan kepada pendapatan gas dan minyak itu ada, duit itulah yang sepatutnya diserahkan kepada rakyat Kelantan melalui peruntukan royalti.

“Apa yang dapat dilihat sekarang rakyat negeri itu dinafikan haknya, kalau begitulah caranya dilakukan BN, maka rakyat tidak seharusnya membayar cukai yang ada,” katanya. -SH

MANEK URAI : POLITIK ORANG UMNO - MARAH BERPILIH

Bagai hendak runtuh langit reaksi yang ditunjuk oleh orang-orang UMNO terhadap kiasan dan teguran dari Nik Aziz. Tidak disangka begitu ramai yang membuat bantahan dan menyanggah kenyataan Nik Aziz.

Ketua Penerangan meminta Nik Aziz segera meminta maaf kepada UMNO. Diikuti pula oleh Timbalan Presiden UMNO yang menasihatkan Nik Aziz supaya memohon ampun kepada tuhan. Pemimpin UMNO di Negeri Perak pula mahu para pendokong Parti PAS sedar yang pemimpin mereka juga boleh membuat silap. Dan ramai lagi yang membuat bantahan termasuk Tengku Razaleigh Hamzah.

Setelah saya menghayati kenyataan Tengku Razaleigh kepada Pemberita di satu majlis di Sekolah Kebangsaan Manik Urai barulah saya faham mengapa orang UMNO marah sangat kepada kenyataan Nik Aziz itu. Menurut ceritanya Nik Aziz pernah bertanding diatas tiket Barisan Nasional dalam satu pilihanraya di Kelantan (1967)dan sekali lagi diletak sebagai calun Barisan Nasional di Bachok dalam tahun (1974). Dengan yang demikian memang berasaslah untuk UMNO berasa nak marah. Ia seperti kes tidak mengenang budi.

Yang membuat saya berasa kecewa mengapa di dalam hal-hal orang memperkata tentang masyarakat melayu sajalah yang menghuni Pusat-Pusat Serenti tidak ada pula yang terasa terhina dan mengzahirkan Kemarahan? Mengenai insiden Stadium Canggeh di Trengganu yang baru setahun dibina “ Runtuh dan Ranap “mengapa orang-orang UMNO senyap sepi sahaja?

Bercakap mengenai menjaga adab dan baik berbicara pula mengapa para pemimpin UMNO tidak mahu menegur para bloggers pro-UMNO yang melemparkan kata-kata kesat dan menghina orang-orang Islam diluar kelompok mereka?

Yang jelas UMNO tidak ada sebarang Isu lagi untuk menidakkan keikhlasan Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan sempena Pilihanraya Kecil Manik Urai ini. Makanya kenyataan Nik Aziz itu sajalah yang ada untuk dijadikan modal kempen. -Ahmad Zawawi

Aneh : Harussani Berpaut Kepada Orang Politik Untuk Menyatakan Dia Bukan Orang Politik

Zambry merayu supaya Harussani tidak dikritik kerana dia bukan ahli politik. Nampaknya Harussani kini perlu dibela oleh MB Umno itu dek serangan ke atasnya. Dia kelihatan seperti tidak lagi dihormati.

Banyak perkara yang kita boleh salut dengan Harussani. Antaranya, pendedahan murtad, ketegasannya menyanggah SIS, menentang Islam Liberal dan menghapuskan ajaran sesat.

Berbanding beberapa mufti seusianya di negara ini, dia dikira paling lantang.

Kelantangannya dalam beberapa hal menjadikan dia disukai oleh orang-orang Pas. Malah orang-orang Pas akan berduyun-duyun mengerumuni ceramahnya di masjid kerana terpukau dengan kelantangannya itu.

Orang Pas kebanyakannya tahu mufti ini bukan Pas. Malah beberapa pemimpin Pas pernah mengunjunginya dan berbindang dengannya. Mufti ini dihormati kerana pendiriannya selari dengan Pas dalam isu-isu yang berkait secara langsung dengan kepentingan Islam. Itu sahaja.

Namun selepas BN tewas teruk dalam PRU 12 yang lalu, mufti ini nampaknya bukan bercakap membela Islam tetapi lebih untuk membela Umno. Ini terbukti apabila beliau mengeluarkan kenyataan menyalahkan Nizar dan menyokong Zambry.

Sepatutnya beliau mengambil sikap menjadi pendamai dalam kemelut di Perak dan bukannya menyebelahi Umno. Beliau juga tidak perlu menyebelahi Pas. Kenyataannya yang menyalahkan Pas dalam insiden di Perak menghitamkan imejnya.

Beliau tidak perlu bekerja untuk Umno sama seperti beliau tidak perlu bekerja untuk Pas. Beliau boleh membela Islam dan mempertahankannya walau pun Perak dan negara ini diperintah oleh Pas. Justeru mengapa perlu beliau membela Umno?

Mungkin Mufti Kelantan tidak selantang Harussani, namun mufti itu lebih profesional. Setakat diketahui, beliau tidak pernah bercakap atas warna Pas walau pun sudah mencecah 20 tahun Kelantan diperintah oleh Pas. Begitu juga Mufti Selangor dan Kedah setakat ini.

Apabila mereka tidak mencelup diri dengan warna politik tertentu, maka mereka kekal dihormati dan disanjung oleh semua walau pun mereka tidak lantang.

Apabila Mufti Perak menentang Sure Heboh, melawan SIS, menghentam Islam Liberal, itu bukan bermakna beliau bersama Pas. Cuma sikap Mufti itu yang selari dengan Pas dalam isu-isu itu menjadikan dia disukai oleh Pas. Beberapa pemimpin Umno pula kritikal dengan mufti itu dalam isu itu.

Maksudnya yang menjadikan Harussani dan Pas kelihatan selari adalah isu yang ditangani dan pendirian terhadap isu-isu itu.

Tetapi apabila Mufti itu secara nyata bercakap bukan atas isu tetapi atas warna parti politik tertentu, maka dia dikira telah mengundang orang Pas untuk membentuk pendirian terhadapnya, Mufti Perak adalah Umno.

Apabila telah ada label itu, maka Mufti Perak perlu menerima hakikat bahawa dia akan disisihkan oleh orang Pas. Tidak mustahul kehebatannya membela Islam selama ini akan turut pudar ditelan warna Umno yang disokong dan dibelanya itu.

Justeru, sebelum warna kehebatannya pudar, Mufti Perak wajar membersihkan dirinya daripada warna Umno dan dia kembali kepada warna asalnya, warna pembela Islam.

Mufti Perak itu perlu tahu, Umno bukan pembela Islam.
- Zolkharnain Abidin

MANEK URAI : MITOS PERPECAHAN MELAYU

Apabil banyak orang Melayu menyokong Umno, maka dikatakan Melayu bersatu. Apabila banyak orang Melayu menyokong PAS dikatakan orang Melayu berpecah. Inilah mitos yang selalu dimainkan oleh pihak Umno untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada mereka.

Dalam demokrasi tidak timbul mana-mana kaum berpecah. Rakyat tanpa mengira kaum memilih mana-mana parti yang boleh berkhidmat untuk mereka secara jujur dan berkesan.

Untuk apa orang Melayu menyokong Umno jika parti itu dalam amalannya tidak jujur dan pentadbirannya tidak berkesan. Maka ia wajar beralih sokongan kepada parti lain yang berkesan, umpamanya PAS.

Kalau dikira dari sudut perpaduan, orang Melayu wajar bersatu menyokong PAS dan sekutu-sekutunya. Andai kata orang Melayu Perak banyak memberi sokongan kepada PAS dan sekutu-sekutunya, maka PAS muncul sebagai parti yang dominan.

Jika itu berlaku maka tidak timbul hujah DAP menerajui kerajaan negeri Perak. Apa yang berlaku di Perak, orang Melayu sebahagian besar masih menyokong Umno, tetapi pada waktu yang sama sudah ramai menyebelahi PAS dan sekutu-sekutunya.

Tidak semestinya baik

Namun begitu, ia tidak bermakna orang Melayu berpecah. Perpaduan tidak semestinya baik, seperti mana perpecahan tidak semestinya buruk. Kalau bersatu atas perjuangan yang baik, maka hasilnya adalah baik. Tetapi kalau bersatu atas perjuangan yang buruk, maka hasilnya buruk. Begitu juga dengan perpecahan.

Adalah mustahil untuk berlaku perpaduan yang mutlak. Manusia mempunyai pelbagai ragam termasuk pandangan dan sikap. Sudah tentu mereka mempunyai pandangan politik berbeza dan memberi sokongan kepada parti politik berlainan.

Dalam sejarah tidak pernah mana-mana bangsa memberi sokongan kepada sesebuah gerakan secara mutlak. Perpaduan mutlak tidak ada. Yang ada ialah kebanyakan atau majoriti sesuatu sokongan bangsa kepada mana-mana pihak. Itulah apa yang disebutkan sebenarnya sebagai perpaduan.

Mitos bahawa Melayu berpecah sering kali dikaitkan pula bahawa orang Cina bersatu. Kalau orang Melayu menyokong parti yang berlainan maka mereka dikatakan berpecah. Orang Cina menyokong parti berlainan tidak pula dikatakan berpecah.

Ini kerana orang Cina dikatakan bersikap bersatu dalam menghadapi isu-isu Cina seperti soal bahasa Cina, sekolah Cina, kebebasan beragama dan menolak Dasar Ekonomi Baru.

Tanggapan ini menggambarkan seolah-olah Melayu yang berlainan parti tidak bersatu dalam isu-isu Melayu. Apabila orang Melayu menyokong PAS dan KeADILan, maka dikatakan bahawa mereka dalam Pakatan Rakyat menolak isu-isu Melayu.

Sedangkan orang Melayu dalam PAS dan KeADILan tetap mendokong kepentingan Melayu, seperti memartabatkan bahasa Melayu dan hak memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu.

Secara umumnya orang Melayu, seperti juga orang Cina tetap bersatu dalam memperjuangkan kepentingan mereka. Tetapi tentunya mereka berlainan pendapat khususnya dari segi pendekatan lebih-lebih lagi apabila mereka kecewa dengan kegagalan Umno.

Maka apabila sesebuah parti politik itu gagal, wajarkah mereka terus menyokong sesuatu kegagalan? Tentunya tidak.

Pendekatan sememangnya berbeza tetapi matlamat serupa. Suatu contoh jelas. Umno menyokong gagasan ketuanan Melayu. Tetapi dari segi pendekatan, mungkin itu tidak dicerminkan dan tidak berjaya sepenuhnya. Selain itu, gagasan ketuanan Melayu yang dipegang Umno ada unsur perkauman dan penindasan. Itu menurut sesetengah pandangan.

Gagasan ketuanan Melayu umpamanya bermaksud bahawa Malaysia berasal dan berasaskan kepada negeri-negeri Melayu yang mempunyai raja-rajanya dan rakyatnya yang merupakan bangsa Melayu.

Atas perjalanan sejarah, ia menjadi negara moden Malaysia sebagai negara yang berasal dan berasaskan Melayu. Itu terlihat dalam perlembagaan Malaysia yang menetapkan Raja-Raja Melayu sebagai ketua negeri masing-masing dengan secara bersistem menjadi ketua negara bagi Malaysia.

Dukung Perlembagaan

PAS dan KeADILan mendukung Perlembagaan Malaysia. Begitu juga dengan DAP. Bermakna Pakatan Rakyat mendukung Perlembagaan Malaysia. Ketuanan Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan didukung oleh Pakatan Rakyat.

Tetapi bukan ketuanan Melayu yang bersifat perkauman dan meminggirkan kaum lain seperti mana yang difahamkan oleh sebahagian daripada orang Melayu yang menyokong Umno.

Dalam hal ini, ada dua fahaman lain yang dipegang oleh Pakatan Rakyat. Bagi DAP dan KeADILan ada gagasan yang disebut sebagai ketuanan rakyat. Sementara PAS pula mendukung ketuanan Islam.

Ketuanan rakyat dan ketuanan Islam juga tercermin dalam perlembagaan Malaysia. Ketuanan rakyat menunjukkan semangat demokrasi sementara ketuanan Islam meletakkan agama ini sebagai kepercayaan tertinggi bagi negara.

Adakah orang Melayu yang mempunyai pandangan berbeza dalam hal ini dikatakan berpecah? Banyak orang Umno turut menyokong ketuanan rakyat dan ketuanan Islam jika mereka diberi kefahaman mendalam. Ini kerana seperti ketuanan Melayu, ketuanan rakyat dan ketuanan Islam berada dalam jiwa orang Melayu. Melayu tidak berpecah dalam hal ini.

Dalam sejarah pun, Melayu mempunyai keragaman pandangan politik dan ia tidak bererti berpecah. Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) keluar daripada Umno, itu tidak bermakna Melayu berpecah. Mereka keluar daripada Umno antara lain kerana Umno tidak mahu memperjuangkan kemerdekaan.

Umno hanya mahu mengekalkan kedaulatan Melayu dalam naungan British. Tetapi itu tidak bermakna Melayu berpecah kerana kedua-dua pihak menjunjung kepentingan Melayu.

Walaupun nanti apabila orang Melayu bertambah sokongannya kepada Pakatan Rakyat, itu tidak bermakna orang Melayu bertambah berpecah. Malahan ia bermakna orang Melayu bertambah bersatu di bawah Pakatan Rakyat. Umno adalah sebuah parti politik. Umno bukan Melayu sepenuhnya dan Melayu bukan Umno sepenuhnya. -AbuFirdaus

MANEK URAI : UMNO Dahulukan Dengan Melayu Tipu Melayu!!!

Satu Kelantan kena tipu dengan para pemimpin UMNO Satu Malaysia. Ini kes bully ni.....!!! UMNO yang memperjuangkan ketuanan Melayu, ruper nyer membuli negeri Kelantan yang majoriti nyer orang Melayu. Weh.... Melayu bully Melayu!!! Apa sudah jadi???

Ceriter penipuan ini, sebenor nyer udah lama berlaku.... sejak 'emas hitam' dijumpai di perairan Kelantan. Tapi...... oleh sebab, Kelantan milik PAS, maka macam-macam helah dibuat oleh UMNO/BN untuk menafikan hak rakyat Kelantan daripada menikmati dan mengecapi apa yang rakyat di negeri Terengganu kecapi.

Malang nyer nyer di Terengganu pun, hak itu tidak dikembalikan sepenuh nyer kepada rakyat nyer tetapi yang kenyang orang luar dan segelintir para pemimpin rakus dari Terengganu. Royalti minyak yang sepatut nyer menjadi milik rakyat Kelantan juga, telah dinafikan oleh kerajaan pusat UMNO/BN. Udah ler grant pembangunan untuk Kelantan pun demer culas nak bagi... ini nak bagi royalti minyak pulak??

Sebab tu ler, depa sanggup menipu rakyat Kelantan, konon nyer tak da hapa minyak pun di sana. Ater, nak nipu tak kena gaya..... Depa ingat orang Kelantan benggap kot dan senang-senang depa boleh kunta kinte. Depa lupa yang rakyat Kelantan dibela oleh para pemimpin PAS yang jauh lebih berjiwa rakyat, berwibawa dan lebih amanah daripada para pemimpin UMNO, daripada Kelantan sendiri. Semua nyer tak leh pakai belaka!!

Lepas tu, nak banyak songgeh pulak dengan slogan rakyat didahulukan. Rakyat mana yang komer nak dahulukan....??? Hak rakyat Kelantan, komer tak nak dahulukan ke?? Ater.... kalau betoi, dahulukan ler dengan memberi mereka royalti minyak serta diikuti dengan hak-hak lain nyer. And.... and.... don't forget my home state, Perak Darul Ridzuan. Kembalikan hak rakyat Perak jugak, ya. Bubarkan DUN Perak!!!

Rakyat Kelantan..... jangan tertipu dengan madah berhelah UMNO/BN. Komer tanya nanti pada calon UMNO N41 Manek Urai, pasal minyak dan royalti yang sepatut nyer menjadi hak komer. Tanya para pemimpin UMNO Kelantan apa mereka buat selama ini. Tak kan ler demer tak tau pasal minyak di Kelantan??? Orang menzalimi rakyat Kelantan pun, depa boleh buat bodoh jer.... Apa punyer pemimpin ni??

Serang demer pasal isu minyak ni. Jangan bagi chance..... Demer tu bukan pemimpin yang mendahulukan rakyat tetapi mendahulukan kepentingan diri mereka jer. Haprak semua nyer!!

Nampak gayer nyer, isu minyak ini pun, udah cukup untuk menguburkan UMNO di Manek Urai. Eleh.... sure tumpor punyer ler!!!! -M3M