Ketua Penerangan meminta Nik Aziz segera meminta maaf kepada UMNO. Diikuti pula oleh Timbalan Presiden UMNO yang menasihatkan Nik Aziz supaya memohon ampun kepada tuhan. Pemimpin UMNO di Negeri Perak pula mahu para pendokong Parti PAS sedar yang pemimpin mereka juga boleh membuat silap. Dan ramai lagi yang membuat bantahan termasuk Tengku Razaleigh Hamzah.
Setelah saya menghayati kenyataan Tengku Razaleigh kepada Pemberita di satu majlis di Sekolah Kebangsaan Manik Urai barulah saya faham mengapa orang UMNO marah sangat kepada kenyataan Nik Aziz itu. Menurut ceritanya Nik Aziz pernah bertanding diatas tiket Barisan Nasional dalam satu pilihanraya di Kelantan (1967)dan sekali lagi diletak sebagai calun Barisan Nasional di Bachok dalam tahun (1974). Dengan yang demikian memang berasaslah untuk UMNO berasa nak marah. Ia seperti kes tidak mengenang budi.
Yang membuat saya berasa kecewa mengapa di dalam hal-hal orang memperkata tentang masyarakat melayu sajalah yang menghuni Pusat-Pusat Serenti tidak ada pula yang terasa terhina dan mengzahirkan Kemarahan? Mengenai insiden Stadium Canggeh di Trengganu yang baru setahun dibina “ Runtuh dan Ranap “mengapa orang-orang UMNO senyap sepi sahaja?
Bercakap mengenai menjaga adab dan baik berbicara pula mengapa para pemimpin UMNO tidak mahu menegur para bloggers pro-UMNO yang melemparkan kata-kata kesat dan menghina orang-orang Islam diluar kelompok mereka?
Yang jelas UMNO tidak ada sebarang Isu lagi untuk menidakkan keikhlasan Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan sempena Pilihanraya Kecil Manik Urai ini. Makanya kenyataan Nik Aziz itu sajalah yang ada untuk dijadikan modal kempen. -Ahmad Zawawi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.