20 Mei 2009

Jika DUN Perak Bubar, Apakah UMNO BN Tarik Diri Bertanding?

Perkembangan muktahir di Perak memberi bayangan jelas bahawa Dun Perak bakal dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Keputusan Mahkamah Rayuan yang dijangka memihak Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Nizar Jamaludin menguatkan spekulasi bahawa Dun Perak akan dibubarkan. Keberangkalian ini ditambah dengan perkenan Raja Muda DYMM Tuanku Nazrin menerima mengadap Nizar di Istana Iskandariah semalam.

Sekiranya Dun Perak dibubarkan Umno@BN dijangka tidak akan bertanding untuk menjimatkan duit rakyat sama seperti alasan yang diberikan di Penanti.

Jika di Penanti Umno@BN boleh menjimatkan beberapa juta duit rakyat bayangkan berapa banyak yang Umno@BN dapat jimatkan jika tidak bertanding di Perak?

Sudah pasti jauh berkali ganda wang rakyat dapat dijimatkan. Keputusan Umno@BN tidak bertanding di Perak nanti adalah selari dengan dasar 1 Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Sudah pasti tindakan tidak bertanding benar-benar mencerminkan bahawa Umno mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian kerana jika bertanding juga seperti kata mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, Umno akan tewas jadi pencapaian tidak akan dapat dihasilkan. -angkasanuri

Bekas MB UMNO BN Khir Toyo Tak Boleh Bawa Kes Penggantungannya Ke Mahkamah

Keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor (JKHK) menggantung perkhidmatan serta elaun dan keistemewaan Ketua Pembangkang Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo selama setahun tidak boleh dipersoalkan di mana-mana Mahkamah kerana itu adalah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan keputusan tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi JKHK, Teng Chang Khim dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat di bangunan Annex, SUK, Shah Alam 19 Mei lalu.

Beliau menegaskan, mengikut fasa 72 Perlembagaan Persekutuan jelas mengatakan bahawa urusan dalam sidang Dun tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Chang Khim yang juga Speaker Dun berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khir yang akan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

"Jawatankuasa tidak menghalang mana-mana orang termasuk Adun untuk membuat teguran terhadap Jawatankuasa atau Dewan, tetapi hendaklah mematuhi batasan," jelasnya.

Tambah beliau, mengutuk Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Dun sebagai alat politik untuk pihak tertentu adalah melampaui batas.

Dalam sidang media yang turut dihadiri Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dan Adun Rawang Gan Pei Nei, beliau berkata Jawatankuasa yang ditubuhkan Dewan itu bukan terdiri daripada satu parti sahaja tetapi Adun daripada pembangkang turut menyertainya.

"Setiap Jawatankuasa untuk sepenggal Dun mempunyai 1/3 daripada Adun pembangkang (BN). Jadi tidak munasabah Jawatankuasa yang ditubuhkan Dewan itu berat sebelah," tegasnya.

Dalam mesyuarat JKHK Teng Chang Khim sebagai pengerusi telah mencadangkan Khir Toyo digantung menghadiri persidangan Dun dan segala kemudahan serta elaun digantung selama setahun.

Hukuman tersebut dijalankan ekoran keengganan Khir menghadiri sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) Mac lalu.

Adun Sungai Panjang (Khir) didapati bersalah terhadap tiga lagi tuduhan iaitu mengeluarkan kenyataan dalam blog dan akhbar mengutuk integriti Jawatankuasa Selcat dan menuduh sebagai alat politik untuk memburukkan dirinya.

Selcat ditubuhkan dengan kuasa Dun bagi membolehkan pendengaran awam dijalankan berhubung penggunaan wang yang disalurkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) pada Mac lalu.

Menurut Chang Khim, cadangan keputusan tersebut akan dibahaskan setelah dibawa usul dalam sidang Dun pada Julai nanti.

Katanya, Khir boleh mengambil bahagian dalam perbahasan dan sekiranya beliau dan mana-mana Adun dapat menyakinkan Dewan supaya tidak menerima usul tersebut.

Sebagai Pengerusi beliau tidak mengambil bahagian dalam memutuskan mana-mana ahli yang dituduh itu bersalah atau tidak bersalah kerana dalam peruntukkan Peraturan Tetap Pengerusi tidak boleh mengambil bahagian dalam memutuskan hukuman.

Ditanya adakah keputusan itu kerana berdendam, katanya; "Soal dendam tidak wujud langsung, tidak ada dendam kita kena kerja cara profesional." -harakahdaily

Nizar Zambry : Setiakawan DAP Lebih Jujur Dari Komponen BN

Apakah tujuannya akhbar Utusan Malaysia memuatkan highlight dalam ruang rencana tentang desakan oleh Dewan Perniagaan Cina minta supaya DUN Perak dibubarkan. Sifirnya mudah iaitu meraih simpati sebanyak mungkin daripada para pembaca Melayu untuk terus mencintai dan pertahankan hak-hak kemelayuannya.

Kedua, mahu menguji sejauh mana kepekaan pembaca Melayu dan membakar agar cakna tentang hak-hak mereka yang semakin tercabar.

Ketiga memberi gambaran tindakan melampau Dewan Perniagaan Cina, yang tidak henti-henti menuntut dan sekaligus menggambar mereka kian berani mencabar integriti kesultanan atau institusi kesultanan dalam negara.

Seterusnya, mahu membuka ruang forum perdebatan maya tentang sikap biadap orang Cina. Di samping itu mahu memancing pertubuhan bukan kerajaan Melayu bangkit dan menyuarakan serta mempertahankan hak-hak mereka yang semakin terhimpit dan dihimpit.

Maknanya sebanyak mana simpati yang didapati, sebanyak sokongan mahu diraih, maka akan anti muncullah NGO-NGO Melayu yang akan senada menghentam dan mengkritik Dewan Perniagaan Cina dengan kata-kata seperti keterlaluan, melampau, minta sedar diri dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung, sila balik Tongsan.

Sebenarnya sedar tidak sedar, bilamana kes Perak berlaku adalah 1000 rahmat. Perkenalan hati budi DAP terhadap PAS lebih mendalam dan terkesan persahabatannya. Satu kes penulis ingin bawakan bagaimana Pengerusi DAP Pahang yang balik ke Pahang semata-mata meraikan Tuan Guru Presiden PAS melawat ke Pahang kebetulan dalam kawasan DUNnya.

Keesokan hari nya beliau bertolak kembali ke Perak bagi menghadiri mesyuarat jawakuasa DAP Kebangsaan uyang diadakan di Ipoh. Bayangkan pengorbanan dan sikap setiaakawan cukup tinggi, pada hal dalam majlis tersebut beliau sekadar diundang, tidak diminta untuk berucap, tetapi atas dasar yakin dan terhutangbudi dengan PAS dan pimpinan PAS peringkat bawah beliau sanggup korbankan masa dan tenaga bersama-sama ke majlis tersebut. - perantaukite



Nizar Zambry : Pakatan Rakyat Anjur Puasa Sunat dan Mogok Lapar

Pakatan Rakyat Perak akan melancarkan puasa sunat dan mogok lapar Isnin depan sebagai langkah rohaniah agar doa rakyat Perak supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dalam masa terdekat dimakbulkan.

Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah berkata keputusan puasa sunat dan mogok lapar itu dibuat pada mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat Perak semalam.

"Saya menyeru umat Islam seluruh negeri Perak supaya bersama-sama berpuasa sunat pada hari Isnin depan dan bagi rakyat bukan Islam pula melancarkan mogok lapar selama sehari.

"Tujuannya adalah bagi mendoakan adar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan secepat mungkin dan langkah ini diambil bersama-sama rakyat seluruh negeri Perak," kata beliau.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka melancarkan usaha rohaniah tersebut di Ipoh pada pukul 10.00 pagi bersama-sama Speaker V. Sivakumar.


Dasar Penjajahan Najib Altantuya : Culik dan Rampas

Kita semua tentu pernah terdengar kaedah divide and rule dalam pentadbiran ala penjajahan. Dalam bahasa Melayunya, ia dipanggil dasar 'pecah dan perintah'.

Tapi, cara falsafah ini akhirnya berubah sedikit di bawah penjajahan BN di Perak. Di bawah penjajahan Najib, kaedah 'pecah dan perintah' ini nampaknya kurang berhasil. Ini kerana, rakyat hari ini sudah enggan menelan slogan perkauman yang dibawa BN.

Firman Allah s.w.t dalam al-Quran: "Sesungguhnya Firaun berlaku zalim di bumi dengan melampaui batas dan dia menjadikan rakyatnya berpecah-pecah. Dia menindas sepuak antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiar hidup anak-anak perempuan mereka.." [Al-Qashas: 4]

Lalu, adakah Najib Razak telah mengubah dasar 'pecah dan perintah' ini kepada dasarnya yang terbaru; 'culik dan rampas' (kuasa)!

Kengganan Najib meletakkan calon BN di Penanti menggambarkan dirinya yang semakin takut kepada Pakatan Rakyat. Shafie Apdal dalam satu kenyataannya berkata bahawa isu samada BN takut atau tidak dalam mendepani pilihan raya di Perak, tidaklah penting.

"Kalau kita asyik adakan pilihan raya, apakah dapat penuhi keperluan masyarakat, apa yang penting di Perak (ialah) supaya kerajaan negeri dapat berfungsi, berjalan dengan lancar tanpa diganggu-gugat oleh kegiatan lain," katanya, mengulas pendirian Gerakan yang menyatakan bahawa pilihan raya negeri patut diadakan di Perak.

Ini dalih Shafie. Apa kata Nazri Aziz? Di Kuala Kangsar, Nazri menyifatkan desakan itu akan hanya menimbulkan polarisasi kaum.

"Buat apa kita adakan pilihan raya sekiranya memecah-belahkan rakyat," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung cawangan-cawangan Umno Bahagian Padang Rengas.

Selain itu, kata Nazri, pilihan raya Perak menyebabkan duit rakyat hangus kerana ia akan membabitkan peruntukan sebanyak RM40 juta melibatkan 59 DUN. Bagaimanapun, ini dalih kedua dan ketiga; iaitu kononnya membazir dan menyebabkan polarisasi kaum.

Apa dalih Najib di Manado, Sulawesi?

Di Sulawesi, Manado, tanah tempat kelahiran Bugis, Najib baru-baru ini menyelar sikap pembangkang di atas masalah rampasan kuasa yang dilakukannya itu.

Dalam hati, jiwa dan perasaannya, telah membenih pelbagai keraguan, iaitu kemenangan di Bukit Gantang adalah manifestasi terhadap kemarahan rakyat Perak kepada beliau.

"Ia berlaku melalui proses yang selaras dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan sistem demokrasi berparlimen. Ini mesti diterangkan dan sebab itu saya kata pilihan raya adalah satu opsyen dan budi bicara... bukan (hal yang) semestinya. Yang menjadi masalah, dia (pembangkang) tidak terima dan menyusahkan proses ini berjalan seperti yang dilakukannya dalam DUN.

Masih lagi Najib berdalih dengan menyatakan bahawa pilihan raya adalah pilihan dan ia bukannya kemestian. Walhal, kalau Najib bersetuju diadakan pilihan raya, tiada sesiapa yang akan membantahnya.

Mengulas kekecohan terbaru, Najib menempelak pembangkang, "Siapa suruh gantung MB dan Exco BN. Ini bertentangan dengan semangat demokrasi berparlimen. Kalau macam ni kita (BN) ada majoriti di Parlimen... kita boleh gantung 20 ahli Parlimen pembangkang kalau kita mahu. Dengan prinsip yang sama (dengan di DUN Perak), kita ada kuasa... budi bicara, kita buatlah sesuka hati kita."

Tapi Najib tak faham atau berpura-pura tak faham. Sikap PR menggantung Zambry, exco BN ini adalah reaksi kepada dasar 'culik dan rampas' yang dipelopori Najib. Kalau bukan kerana dasar 'culik dan rampas' oleh Najib ini, tentu PR tidak melakukan sedemikian.

Rampas kuasa

"Jangan lupa pada 16 September lalu siapa yang cuba nak curi 21 ahli Parlimen kita? Dia (pembangkang) lakukan perkara sama, tetapi apabila gagal dan kita pula berjaya di Perak, kita pula yang dikatakan tidak demokratik. Kita pula yang dituduh merampas kuasa.

"Percubaan merampas kuasa yang pertama dilakukan oleh pakatan pembangkang tetapi tak berjaya... bukan kita (BN) yang memulakan," katanya kepada media di Manado.

Lompat parti berpada-pada; culik Adun jangan sekali

Biarpun hal melompat parti masih ada ruang besar untuk didebat, tapi, bagi memudahkan kesimpulan, mari digali beza falsafah dan sikap melompat parti dalam acuan Anwar dan Najib ini. Sudah tentu ada persamaan antara mereka.

Misalnya, adakah salah jika melompat parti untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang ingin memansuhkan ISA, Auku, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, riba PTPTN, PPSMI dan membebaskan tahanan ISA dan lain-lain?

Bagaimana pula tindakan melompat parti untuk membentuk kerajaan yang mengukuhkan akta-akta drakonian seperti di atas? Apa hukum melompat parti bagi mengukuhkan suatu kerajaan yang diterajui oleh seseorang yang menyebabkan kematian Altantuya?

Setidak-tidaknya, lompatan parti PR tidak dilaksanakan melalui penculikan. Malah, ahli-ahli Parlimen BN pula yang 'diculik' lalu diusung ke Taiwan.

Tetapi, rampasan kuasa di Perak yang bermula dengan lompatan parti itu bermula dengan penculikan, melalui dasar 'culik dan rampas' yang diperkenalkan oleh BN.

Maka, lompatan parti yang bagaimana lebih direstui oleh rakyat? Sudah tentu, lompatan tanpa didahului oleh penculikan, bukan?

Dasar pecah dan perintah, amalan penjajah, kini bertukar menjadi dasar culik dan rampas yang dipelopori oleh penjajahan Najib, BN ke atas negeri Perak ini.

Bagi mengesahkan sikap melompat parti itu, Najib ketika ditanya pemberita di Manado, menyatakan bahawa hal itu dibenarkan oleh perundangan dan berlaku di negara lain.

Tetapi, jika demikian, kenapa dahulu wujud pula usul mahu mewujudkan undang-undang yang mahu menghalang orang daripada melompat parti? Ini yang perlu Najib jawab.

Berpeluh juga Najib nak menjawabnya nanti. Akhirnya dia cuma boleh menyebut contoh-dari negara luar seperti bekas PM Britain Winston Churchill yang beberapa kali bertukar parti dan Najib juga merujuk kes seorang Senator di Amerika yang telah lompat parti.

Tapi, Najib tidak memberitahu, adakah kes-kes melompat parti di luar negara itu, adakah didahului dengan hal penculikan senator atau penculikan ahli-ahli parti sebelum lompatan parti itu berlaku. Di sinilah kegagalan Najib untuk menjelaskan.

'Culik dan rampas, dengan Angels & Demons

Strategi culik pemimpin dan rampas kuasa ini turut mendapat perhatian pengkarya filem tempatan dan luar negara. Filem tempatan seperti Cicakman 1 contohnya mengguna cara yang sama, menculik menteri lalu Prof Klon akan berkuasa menentukan dasar negara.

Penjahat akan menentukan dasar-dasarnya berjalan melalui menteri-menteri klon itu. Dan semua ini ada kaitan dengan motif ekonomi.

Dalam filem Angels & Demons misalnya seorang Carmelengo yang ingin dapatkan kuasa di gereja tertinggi telah merancang segala plot untuk membunuh ketua gereja tertinggi di Vatican City. Ada empat orang gerejawan diculik untuk melengkapkan 'coup d etat'.

Akhir daripada matlamat konspirasi itu Carmelengo mahu mendapat kuasa ke darjat yang lebih tinggi bagi menggantikan pope yang baru meninggal dunia.

Dan Brown, tatkala menulis novel ini, mungkin mendapat ilham daripada kematian Pope John Paul pada tahun 2005. Latarbelakang kisah filem itu melibatkan beberapa jam saat gerejawan sedang bersidang bagi memutuskan pengganti pope yang telah mati itu.

Dalam tempoh gerejawan bersidang itulah Profesor Robert Langdon cuba menyelesaikan segala teka-teki untuk mencari bom letupan yang diletakkan di sekitar Vatican itu.

Jadi mustahil karya Dan Brown itu terilham daripada Najib. 'Coup d etat' oleh Tun Razak ke atas Tunku pada 1969 menjadi sumber inspirasi anaknya, Najib. Laksamana Do Re Mi yang mengisahkan kewujudan kerajaan bawah pokok itu terbit pada 1973.

Apa yang dapat dikesan ialah Laksamana Do Re Mi menyokong perjuangan Hamid Tuah yang mahu mendapatkan hak milik tanah. Mustahil Najib terilham daya fikirnya melalui filem itu. Agak sukar, sulit menelah, menelaah daya fikir Najib yang songsang ini.

Kalau pun ada kes menculik dalam filem P Ramlee itu, mungkin ada kaitan dengan culik anak raja yang dilakukan oleh menteri penderhaka; Menteri Fasola.

Cicakman difilemkan sebelum berlakunya rampasan kuasa. Agak sulit dikatakan bahawa penculikan oleh Najib itu diilhami daripada Cicakman kerana adun-adun itu tidak diklon. Kalau tidak diklon, mungkinkah disogok? Andaian itu mungkin ada kebenarannya.

Kisah difilemkan

Semua kisah-kisah itu difilemkan sebelum berlaku rampasan kuasa. Untuk mengelakkan daripada fitnah, biarlah kita membuat andaian bahawa semua itu berlaku secara kebetulan sahaja. Kisah penculikan, rampasan kuasa di Perak hanya berlaku pada tahun ini, tahun di mana BN melakukan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan PR di Perak.

Jadi, bagaimana mungkin Dan Brown menghasilkan novel ini dengan mengambil ilham daripada kisah gelap Pengerusi BN Perak yang dikatakan "menculik" ketiga-tiga adun di Perak itu? Ini cuma andaian sahaja, bukan dakwaan betul-betul.

Apa-apa pun, Cicakman dan Angels & Demons dan segala filem yang ada kaitan dengan dasar 'culik orang dan rampas kuasa' jangan ditonton sambil lewa saja. Sebaliknya, filem ini mesti dikaji kerana ia mungkin mempengaruhi sikap Najib untuk terus berkuasa.

Malah karya ini patut ditonton setiap lapisan masyarakat, khasnya Najib, Zambri A Kadir termasuk yang terlibat dalam rampasan kuasa Perak jika ingin memahami dasar BN, iaitu culik (orang) dan rampas (kuasa); gantian dasar pecah (bangsa) dan perintah (negara)! - Ibrahim Batturah al-Haddad


Zambry vs Nizar : 3 Hakim Akan Tentukan Di Mahkamah Rayuan Esok

Esok, Khamis, Korum 3 Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan akan mendengar kes MB Perak.

Dimklumkan juga bahawa pada hari esok, Mahkamah Rayuan akan menolak mana-mana kes untuk disebut, didengar dan/atau diputuskan semata-mata untuk meberi LALUAN kepada kes MB Perak.

Korum Hakim Mahkamah Rayuan yang akan mendengar kes MB Perak adalah:-

Yang Arif Dato' Md. Raus bin Sharif, DPMN, KMN
Yang Arif Dato' Wira Abu Samah bin Nordin, DCSM, DIMP, KMN, PPT
Yang Arif Datuk Sulong bin Matjeraie, PJN, PBS.

Walaubagaimana pun, rmai penganalisis politik berpendapat keputusan esok kurang signifikannya kerana yang penting ialah suara rakyat Perak masih tetap dominan untuk menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri berkenaan, demikian kata Pengerusi BBC DUN Perak, Drs. Khalil Idham Lim.

"Kalau keputusan esok memihak kepada Pakatan Rakyat sudah pasti Datuk Seri Nizar akan memohon mengadap baginda

Sultan untuk memohon pembubaran DUN secepat mungkin.

"Kalau keputusan sebaliknya memihak kepada Zambry maka kemelut politik Perak masih tidak berubah dan penyelesaiannya juga tetap berbalik kepada jalan pembubaran DUN.

"Jadi apapun keputusan esok tidak akan menukar pendapat rakyat Perak bahawa DUN perlu dibubarkan segera mungkin supaya rakyat dapat memilih sekali lagi kerajaan yang sah," kata beliau lagi.



UMNO BN Di ICU Semakin Tenat. 1000 Ahlinya Di Perlis Keluar Parti

Perlis pula bergolak. Lebih 1000 ahli-ahli Umno dilaporkan melompat parti untuk menyertai PKR secara terbuka khususnya di Kangar, dan ia sekaligus menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru.

Bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim dilaporkan berkata, mereka termasuk ketua cawangan dan bekas ketua cawangan Umno di Perlis yang tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri membuang mereka dari jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), lapor malaysiakini.

Shahidan yang kini menjadi penasihat kepada perdana menteri bagi wilayah pembangunan koridor utara (NCER) berkata, pemecatan ahli JKKK itu berlaku di Pauh, Kuala Perlis, Titi Tinggi, Santan, Mata Air dan Beseri.

"Setakat ini 16 atau 17 ketua cawangan dan bekas ketua cawangan telah dibuang dari JKKK, menyebabkan mereka dan yang lainnya, tidak puas hati.

"Ketua cawangan dan bekas ketua cawangan Umno dipinggir dan kerajaan negeri tidak mengambil kisah perkara tersebut.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, tindakan ahli Umno menyertai pembangkang bukan sahaja berlaku di bahagian Kangar tetapi juga di Padang Besar.

"Saya kenal mereka itu semua. Mereka adalah bekas pemimpin Umno di Kangar.

"Betullah angka itu," katanya ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam bahawa 1,000 ahli Umno di bahagian tersebut menyertai PKR.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin melihat desas-desus penyertaan 1,000 orang ahli Umno Bahagian Kangar ke dalam KeADILan sebagai satu mainan politik kotor dalaman Umno sendiri.

Menurut beliau, perkara ini ditimbulkan oleh pihak tertentu dalam usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu yang baru dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri baru-baru ini.

"Saya menyifatkan ini adalah satu usaha untuk mencalar imej Md Isa yang baru dilantik menerajui Umno Perlis serta jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagaian Kangar.

"Ini adalah satu permainan politik dalaman Umno oleh pihak tertentu yang bertujuan menjatuhkan sesama mereka. Berita ini ditimbulkan sebagai satu usaha membantah pelantikan Md Isa Sabu sebagai Pengerusi Umno negeri yang baru.

"Dengan beberbuat demikian ianya akan dilihat seolah-olah Md Isa gagal mengawal parti dengan baik," katanya.

Apapun, Ustaz Hashim tidak menolak adanya kemasukan ahli-ahli Umno ke dalam KeADILan.

"Saya difahamkan memang ada yang masuk parti KeADILan. Kami mengalu-alukan kemasukan mereka ke dalam parti sahabat kita. Apapun yang berlaku saya melihatnya sebagai masalah dalaman Umno itu sendiri," ujarnya lagi.


2 Wakil Rakyat PR Ditahan : Sikap Polis Ampu UMNO BN Dikesali

Dua wakil rakyat DAP dan sembilan pekerja parti itu ditahan polis ketika menyertai acara nyalaan lilih sebagai "tanda berkabung matinya demokrasi".

Dua wakil rakyat DAP itu ialah ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Chin dan ADUN Teratai Jenice Lee.

Mereka ditahan ketika mengadakan nyalaan lilin di Seputeh pada jam 8.20 malam tadi.

Nyalaan lilin itu - yang diadakan di luar pejabat Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok - disertai berpuluh-puluh mereka yang memakai baju-T hitam.

Menurut pihak penganjur, nyalaan lilin itu diadakan sebagai menandakan "pembunuhan demokrasi oleh kerajaan haram Perak".

Mereka sebelum itu berkumpul di luar satu kawasan kosong yang terletak berhadapan dengan bangunan pejabat DAP serta membawa poster mendesak supaya DUN Perak dibubarkan.

Ketika mereka hendak melancarkan kempen mengumpul tandatangan, mereka dikepung oleh ramai anggota polis.

Seorang pegawai polis kemudiannya mengarahkan mereka supaya bersurai kerana mengikutnya ia adalah satu perhimpunan haram.

Selain dua wakil rakyat berkenaan, mereka yang turut ditahan dikenali sebagai Lam Kah Hon, Alex LC Ling, Koh Weng Ken, Chua Yew Choong, Lim Jen Yow, Tan Hak Lian dan Fong Kok Leong.

Kesemua mereka yang ditahan dibebaskan kira-kira jam 4 pagi selepas memberi keterangan di Balai Polis Brickfields dan Jalan Travers, Kuala Lumpur.

Ramai melihat tindakan polis berkenaan sebagai satu cara untuk mereka terus menekan dan menzalimi rakyat yang berbeza pendirian dengan kerajaan UMNO-BN kerana tidak masuk akal dengan hanya menyalakan lilin boleh menggugat ketenteraman awam.

"Apabila perhimpunan dilakukan oleh PR semuanya haram, bila UMNO-BN semuanya halal. Ketua Polis Kuala Lumpur, Sabtu Othman sering men unjukkan sikapnya yang tidak profesyenal dan sentiasa berat sebelah semasa menjalankan tugasnya. Beliau perlu dipecat dari jawatannya," tegas seorang pemimpin PR.



Penanti : Omar Nafi Keluar Arahan Boikot PRK Penanti

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh merangkap Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN), Omar Hasan menafikan telah mengeluarkan kenyataan melarang ahli PAS mengundi calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dr Mansor Othman pada pilihan raya kecil N12 Penanti pada 31 Mei ini.

Ujarnya, dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Permatang Pauh baru-baru ini tiada agenda perbincangan berkaitan isu tersebut dan beliau hairan bagaimana tiba-tiba kenyataanya ada dalam blog yang sengaja dicipta untuk memperkecilkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohamad Fairus Khairudin.

"Saya tidak tahu menahu tentang isu itu melainkan setelah diberitahu oleh rakan tengahari tadi.

Saya terus menghubungi rakan AJK adakah saya tercakap isu berkenaan mereka kata kita tidak pun bincang perkara jentera pilihanraya kecil Penanti, " tegasnya.

Menurut sumber blog berkenaan Omar berkata, bukan sahaja melarang ahli PAS tidak mengundi calon KeADILan malahan turut mengarahkan ahli PAS tidak keluar mengundi atau jika keluar mereka diminta tidak mengundi calon Pakatan Rakyat atau merosakan undi.

Sementara itu ketika berceramah bersama Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiga hari lalu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menyeru semua jentera PAS berkampung di Penanti bermula 23 Me ini iaitu selepas hari penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam.

Sebelum itu juga Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Mustaffa Ali dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man sepakat dalam kenyataan akhbar bahawa kerusi Penanti adalah milik KeADILan berikutan perjanjian yang termaktub dalam Majlis Presiden kesemua parti gabungan Pakatan Rakyat.



Nizar Zambry : ADUN Behrang Yang Temberang

Kali ini biarlah teman menyentuh dahulu tentang Si Lompat Behrang. Dalam siri 1 pendedahannya di Agenda Daily, ada dua perkara yang disentuh iaitu tentang Camry dan Hak Milik Tanah Bukan Melayu.

Si Lompat dengan bangganya memberitahu bahawa konon dialah yang mempertahankan duit rakyat daripada dibazirkan untuk membeli 15 buah Camry. Beliau juga yang menentang pemberian hak milik tanah kepada bukan Melayu. Beliau mendakwa yang MB Nizar menurut segala perintah dan kehendak Ngeh dan Nga.

Sibuk betul Si Lompat dengan urusan tanah dan Camry. Tugasnya sebagai Exco Pertanian diabaikan. Setiap kali Mesyuarat Pertanian Negeri diadakan, Si Lompat hanya duduk di kerusi pengerusi tanpa mempengerusikan mesyuarat. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Pertanian Perak.

Si Lompat mendakwa bahawa nisbah Melayu yang mendapat tanah hanya tiga berbanding sembilan bukan Melayu. Bodoh benar rupanya MB Nizar mengagih-agihkan tanah Perak kepada rakyat.

Tetapi sedarkah Si Lompat berapa luas tanah yang diberi kepada Melayu dan bukan Melayu? Setiap rakyat Melayu yang mendiami tanah TOL atau tanah lesen di kampung-kampung Melayu tradisional akan menerima paling kurangpun dua ekar tanah pertanian untuk kediaman dan dusun.

Tanah TOL yang diwarisi turun temurun begitu berat untuk diberi status hak milik oleh UMNO sebelum ini. Manakala rakyat bukan Melayu yang mendiami kampung-kampung baru hanya diberi hak milik tapak kediaman sahaja yang keluasannya kurang daripada 90’x90’.

Agaknya Si Lompat tidak pandai menggunakan kalkulator untuk menghitung dan membahagikan keluasan tanah per pemilik. Dia hanya mampu menggunakan sepuluh jari untuk mengira jumlah penerimanya sahaja. Bengap.

Si Lompat juga pandai menyindir dan memperli keputusan MB Nizar. Adakah Si Lompat sedar yang pengundi di DUN Behrang telah dan sedang menyumpah seranah celaka tujuh keturunan kepadanya?

Si Lompat peduli apa, janji kebodohannya untuk memajukan pertanian rakyat dapat ditutup rapat serapat-rapatnya. Kuat betul semangat patriotik Si Lompat kepada negara. Utamakan Perdana V6 daripada Camry. Jangan bazirkan duit rakyat demi Camry. Perdana V6 lebih murah berbanding Camry.

Kerajaan negeri boleh jimat lebih RM700k jikalau membeli Perdana V6. Pandai juga Si Lompat mengira. Tetapi kira tak habis. Kos penyelenggaraan Perdana V6 lebih mahal berbanding harganya.

Si Lompat buat-buat tidak mengetahui tentang rekod-rekod dan kos penyelenggaraan V6 exco terdahulu. Camry ada tiga tahun gerenti berbanding setahun untuk Perdana V6. Memang Camry mahal, tetapi untuk jangka masa panjang Camry menjimatkan duit rakyat. Tengin.

Teman tidak begitu yakin Si Lompat bijak menyusun kata-kata untuk membuat kenyataan akhbar. Penulis kenyataannya ialah Hanapiah Man. Memang mereka berdua mempunyai hubungan awal semasa menggerakkan PKR di Perak.

Hanapiah Man berkebolehan dalam mengolah dan memutar belit kenyataan yang tidak betul menjadi kelihatan betul. Jikalau Si Lompat seorang yang bijaksana menyusun kata-kata indah, sudah tentu ia mampu mempengerusikan mesyuarat. Sudah tentu Si Lompat mampu menjana idea untuk memajukan ekonomi pertanian orang-orang Melayu.

Alangkah bagusnya jikalau Si Lompat mendesak MB Nizar memperuntukkan harga sebuah Camry untuk setiap daerah bagi memulakan CERIA. Tetapi Si Lompat tetap tongong dan terus tongong.

Soalan untuk Si Lompat, kenapa Jelapang pun lompat sedangkan MB Nizar dikatakan sentiasa mengutamakan orang Cina? Takkanlah Jelapang lebih sayangkan Melayu daripada duit. Tetapi Behrang dan Changkat Jering adalah manusia yang beriman. Rakyat didahulukan. Duit tak mainler … dango mamamat

Nizar Zambry : Husam Yakin Pilihanraya Perak Akan Jadi Kenyataan

Saya telah menemui Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abu Talib awal minggu ini, seperti dipersetujui Presiden dan Dewan Harian PAS Pusat. Perjumpaan seterusnya adalah bersama seorang pimpinan Gerakan.

Dr. Chua telah menjelaskan sebahagian inti perbincangan kami dalam blognya.

Apa yang saya dapat tangkap ialah, dari segi prinsip, semua ketiga pimpinan yang saya temui, bersetuju, DUN Perak harus dibubarkan.

Dr. Chua memberikan saranan, pembubaran dilakukan melalui undi percaya di DUN terlebih dahulu, baik oleh BN atau PR, selepas siapa diputuskan menang sebagai MB yang sah pada 21 Mei ini. Itu adalah pandangan beliau. Tetapi akhirnya, pembubaran adalah perkara pasti yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak, jika ingin dilihat bermaruah.

Dr. Chua berjanji membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam selepas perjumpaan kami, Isnin lepas. Saya difahamkan Dr. Chua benar-benar membangkitkannya dan pada keseluruhannya, parti komponen yang lain menuju pandangan pembubaran sebagai jalan survival politiik BN di Semenanjung. JIka tidak, penolakan terhadap BN akan berlaku di seluruh Semenanjung.

Pembubaran DUN Perak juga akan mengimbangkan langkah BN tidak meletakkan calon di Penanti. BN tidak gentar. Buktinya, BN bertindak berani membubarkan DUN Perak sedikit masa lagi dan BN berani menghadapi pilihanraya di Perak dan dengan itu, tidak menyertai Penanti adalah atas sebab prinsip semata-mata.

Jika maklumat saya ini hendak dijadikan kenyataan, langkah pertama ialah Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan yang menyebelahi Zambry, Khamis ini. BN sangat memerlukan keputusan itu untuk BN akan dilihat bertindak menasihati Sultan untuk pembubaran itu dan bukan PR. Mereka juga mempunyai kelebihan sebagai care taker government sepanjang tempoh kempen.

Saya membuat tekaan, Khamis ini, Mahkamah Rayuan akan menyebelahi Zambry. Ini hanya tekaan saya. Untuk membolehkan tekaan saya selanjutnya menjadi kenyataan.

Pengunduran dari Penati hendaklah juga dibaca sebagai satu strategi membuat kejutan reverse iatu pilihanraya mengejut di Perak.

Terima kasih pada semua pimpinan BN yang membawa versi berbeza dalam pandangan politik mereka.

PR, pada pendapat saya, bersedia dengan pilihan ini kerana krisis Perak perlukan penyelesaian segera dan muktamad. Jika tidak, satu lagi institusi yang sebelumnya dilihat terhormat iaitu Istana, juga akan menghadapi kepudaran kepercayaan rakyat sama seperti hampir keseluruhan institusi di negara ini.

Bersedia!
HUSAM MUSA

Pemuda UMNO Dicabar Desak SPRM Bersihkan Pimpinannya

Dewan Pemuda PAS Terengganu mencabar Pemuda UMNO mendesak dan membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semua pimpinan UMNO yang terlibat dengan rasuah dalam pemilihan UMNO baru-baru ini.

Ketuanya, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata SPRM sepatutnya bersikap agresif dan pro-aktif mengambil tindakan menyiasat beberapa pemimpin UMNO yang telah terbukti terlibat dalam gejala mungkar itu.

“Tindakan segera (mesti diambil) terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaludin, Ahli Majlid Tertinggi, Dato Ali Rustam dan yang lain-lain,

“kami juga mendesak agar pemuda UMNO meminta pihak polis menyiasat Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak yang dikatakan (didedahkan) oleh beberapa media di dunia tentang penglibatan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya,”katanya dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Buletinonline.

Beliau berkata, pemuda UMNO sepatutnya malu bercakap tentang politik wang kerana tangan mereka sendiri berlumuran dengan najis rasuah.

Katanya pemimpin UMNO yang tidak bersih lagi dan parah dengan rasuah tidak layak menyamakan PAS dengan UMNO.

“UMNO tidak mungkin dapat mengelirukan rakyat dan menyamakan PAS dengan UMNO, rakyat sudah mengenali UMNO dan pimpinannya dengan rasuah /politik wang pada setiap kali pilihanraya dan pemilihan UMNO,”katanya.

Menurut beliau, pihak media yang pro-UMNO telah memutarbelitkan kenyataan kenyataan mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulama PAS.

Katanya kedua-dua pimpinan PAS itu hanya memberikan nasihat dan ingatan supaya warga PAS jangan mendekati rasuah/politik wang, namun tindakan media yang belum matang sengaja mahu memburuk-burukkan imej PAS. -buletinonline

Umno/BN Hilang Maruah Diteraju Pemimpin Dayus

Keputusan jamaah kabinet yang diterajui Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri, Najib Razak untuk tidak menyertai Pilihanraya Kecil N.12 Penanti bukan sekadar mencipta satu sejarah sejak 63 tahun Umno bertapak dinegara ini malah menjadi penanda aras yang membuktikan umno/BN telah kehilangan kepemimpinan serta maruahnya.

Dalam dimensi yang sama, kepimpinan parti yang menerajui negara ini sejak lebih 52 tahun itu seolah-olah telah direntap oleh suatu kuasa ketakutan sehingga menghilangkan jati diri dan keperkasaannya. Ini sekali gus meletakkan segala harapan dan sandaran yang menjadi tunjang kepada keyakinan rakyat selama ini terhadap parti dan pemimpin-pemimpinnya hilang dan hancur hanya disebabkan oleh sebuah keputusan dari kepimpinan yang tidak sanggup merempuh cabaran, tidak punya semangat juang dan bersikap dayus.

Cerminan yang dapat disimpulkan dari keputusan dayus itu adalah suatu pengiktirafan yang tidak dapat disangkal lagi bahawa lawan Umno/BN iaitu Pakatan Rakyat terlalu kuat sehingga tidak sanggup ditentang oleh Umno ataupun mana-mana komponen BN pun. Pengiktirafan ini tidak pernah diperoleh oleh Pembangkang sebelum ini. Ini juga merupakan sejarah baru yang memihak kepada musuh BN itu.

Inilah yang nyata dapat disedari dan lihat oleh rakyat sejak Najib memegang tampuk kepimpinan negara dari Tun Abdullah pada Mac lalu.

Berdasarkan personalitinya, Najib adalah seorang pemimpin yang lahir dalam keluarga bangsawan yang mana perjalanan politiknya sentiasa dihampari permaidani merah. Najib tidak pernah dicabar ketika dalam Umno. Pengaruh Anwar Ibrahim yang mana Najib juga tergolong dalam team wawasan pimpinan Anwar ketika Anwar didalam Umno dahulu meletakkan beliau lebih bernasib baik dalam mencipta nama dalam Umno.

Najib yang terkenal dengan sikap ‘play safe’ yang pernah disindir oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin Umno termasuk timbalan beliau Muhyiddin Yassin, memperlihatkan imej kepimpinan beliau hanya sekadar menumpang ‘aura’ bapa beliau, Tun Razak.

Kegagalan Najib untuk meletakkan calon BN di penanti bukan sahaja mencemarkan kredibiliti Umno/BN yang membenarkan kenyataan bahawa Umno semakin daif malah semua komponen dibawah BN juga semakin longlai walhal menang dan kalah adalah adat bertanding.

Pakatan Rakyat yang dibarisi PAS, DAP dan KeADILan telah mengalami detik-detik keperitan akibat tewas dalam pilihanraya hampir 50 tahun sebelum mencatat kebanggaan pada Pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

Kesan dari kesabaran, keperkasaan dalam mempertahan maruah parti serta dipimpin oleh pemimpin yang berani menghadapi pelbagai halangan dan fitnah seperti Anwar Ibrahim, Lim kit Siang dan Hadi Awang serta berpuluh-puluh lagi pemimpinan yang pernah meringkuk dipenjara serta di aniaya akhirnya PR berjaya meyakinkan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Bekas Setiausaha Amerika, Hendry Kissingger berkata kekuatan sesebuah parti politik itu 85 peratusnya terletak pada ketahanan jiwa pemimpinnya, 10 peratus terletak pada orang bawahannya dan lima peratus lagi terletak pada lambang partinya.

Tindakan Najib mengaku kalah sebelum bersabung secara jangka panjangnya akan melibatkan krisis keyakinan rakyat terhadap kepimpinan beliau melebihi dari situasi parti pimpinanya sering kalah dalam pilihanraya.

Rakyat menyedari bahawa seorang pemimpin yang tulin adalah mereka yang berani dan sanggup menghadapi kesukaran, keaiban, fitnah dan pelbagai resam cabaran. Kebanyakan negara di dunia sedang bergelut menghadapi tekanan ekonomi akibat krisis ekonomi dunia tetapi Malaysia sedang berada dalam indeks yang lebih merbahawa kerana selain krisis ekonomi, krisis politik dan perlembagaan dinegara ini sedang meniti saat yang amat menakutkan.

Krisis perlembagaan di Perak telah meletakkan negara ini sebaris dengan Zimbabwe dan beberapa negara Afrika lain kata Lim Kit Siang. Institusi polis yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara serta memelihara keluhuran perlembagaan di negara ini telah menodai amanah tersebut dengan menceroboh Dun Perak pada 7 Mei lalu. Pada 3 Mac lalu pula bertindak menghalang Adun dari mengadakan persidangan sehingga sejarah tercipta bila Adun terpaksa bersidang di bawah pokok.

Ketidak stabilan ekonomi yang disertai oleh kemelut perlembagaan serta salah guna pihak polis meletakkan negara dan rakyat sedang berada diambang yang terlalu takut untuk dibayangkan. Pemimpin yang tidak bermaruah dan bersikap dayus mampu dan akan bertindak melarikan diri sekiranya apa-apa berlaku terhadap negara ini. malah pemimpin dayus sebegitu akan sanggup mempergunakan apa sahaja termasuk polis, tentera dan istana untuk dijadikan benteng pertahanan.

Ini tidak menghairankan setelah RM67 billion wang rakyat dan wang negara telah berjaya diperoleh mandat untuk dikuasai. Kuasa wang tersebut juga akan mampu dibeli untuk memujuk, menyogok dan mengugut bagi mendapatkan kuasa kembali walaupun itu bukan restu dari rakyat.

Saidina Ali berkata pemimpin atau orang yang dayus ibarat orang yang hampir karam dan akan menggapai apa sahaja yang ada untuk menyelamatkan diri. Menurut Saidina Ali lagi, pemimpin yang dayus tidak lagi mempertikaikan pertimbangan baik dan buruk serta haram dan halalnya kerana matlamatnya hanya satu aiatu untuk menyelamatkan diri. Apa yang lebih menakutkan kata Saidina Ali, Pemimpin yang dayus tidak akan mencium syurga. -mat zahari ali


Najib Altantuya Ambil 60 bilion dari Bakal Haji

AApa yang nak dihairankan kalau Tambang Haji 'naik' kalau wang yang digunakan ialah wang kertas.

Wang kertas dalam simpanan menyusut nilainya setiap hari.

Setelah nilai pada wang kertas menyusut setiap hari, adalah menghairankan kalau pendapatan tidak meningkat.

Namun agak menghairankan juga kalau kos menunaikan haji tidak meningkat.

Datuk salleh Majid berkata ...

Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.
Dalam sistem ekonomy Keynessian, yang terlalu taksubkan "pertumbuhan", banyak benda yang bertumbuh, akan tetapi selalunya tidak selaras.

Bekalan wang (M1,M2,M3) bertumbuh pada kadar 8% (contoh)
Dividen Tabung Haji 5 % (contoh)
Kenaikan gaji 4% (contoh)
inflasi 3% (contoh)

Lambat laun, harga barang akan mengejar bekalan wang.
Hari ini kalau inflasi boleh dikawal-kawal oleh kementerian dengan mengawal beberapa barangan, lambat laun ia akan membuak juga.

Cuba lihat berita lama ini.


KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Wang Secara Meluas, atau M3, meningkat sebanyak RM8.2 bilion, atau 13.5 peratus bagi asas tahunan, pada September, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kalau M3, setahun meningkat sebanyak 13.5 peratus, maka bersedialah untuk menghadapi inflasi sebanyak 13.5 peratus.

Ya, Hari ini inflasi inflasi tidak sebanyak itu, disebabkan ianya disembunyikan oleh kawalan harga, namun lambat laun ia akan membuak, dan dan terkumpul , meningkat dengan banyak sekaligus.

Masa itu, Kerajaan BN kah, kerajaan PR kah semua akan pening kepala.

Jadi, sekiranya M3 meningkat 13.5 peratus, maka pendapatan mesti meningkat 13.5 peratus juga, baru ia "normal".

Sebaliknya, M3 meningkat tetapi pendapatan hanya meningkat ikut kadar inflasi yang disembunyikan.

13.5 % itu tahun lepas, ketika sebelum berlakunya pesta 60 billion oleh Najib.


Berapa agaknya pertumbuhan M3 tahun ini, kau tunggulah nanti.

Kalau dulu saya boleh katakan Najib ambil 60 bilion daripada orang yang belum lahir, hari ini saya boleh kata Najib ambil duit dari jemaah haji, dan pelabur tabung Haji.

Menurut Melaka Hari ini, kenaikan kos haji itu sebenarnya lebih dari itu, iaitu anggaran RM 12,000



Apabila kos haji disubsidikan supaya rendah, lambat laun ia akan membuak juga. Itu yang terjadi pada kos haji yang telah disubsidikan, membuak daripada 8k kepada 9k.

Apabila kos haji disubsidikan oleh Tabung Haji, dan bukannya kerajaan, maka Tabung Haji akan kekurangan untung, pelaburnya pula ialah orang yang belum haji.

Maka pengsubsidian kos haji oleh Tabung Haji, boleh diibaratkan ialah pengambilan wang oleh bakal jemaah haji daripada simpanan orang yang belum menunaikan haji, secara tanpa niat.

Ini kaedah apa pula?

Hakikatnya, kewujudan pengsubsidian kos haji adalah disebabkan oleh penurunan nilai wnag kertas yang diakibatkan oleh pengembangan M3.

Kenapa Bank Negara yang tidak mengsubsidikan kos haji?
Bank Negara boleh cetak duit, Tabung Haji tak boleh.

Teringat saya cerita Dr Halim ketika Seminar Dinar Emas di UiTM dulu, lebih kurang sebegini,

Suatu hari seorang pakcik nak menunaikan haji, maka ditanyalah pegawai, berapa banyak duit yang diperlukan untuk menunaikan haji.

Maka dia jawap RM 6000, maka pakcik itu pun kumpulkan duit RM 50 sebulan untuk menunaikan haji. genap 10 tahun, dia sudah ada RM 6,000. Maka pergilah Pakcik itu ke Tabung Haji.

"Pakcik dah ada RM 6,000, Pakcik nak ke Mekah"

Maka terpaksalah pegawai itu jawap, "Mana cukup 6,000 nak ke mekah "

"Eh dulu kata RM 6,000 boleh pergi Mekah"
"Itu 10 tahun dulu" , kata pegawai.

Jika kos haji tahun ini ialah RM9,445, Siapa ambil "RM 3445" yang sepatutnya pakcik itu tak perlu tambah?

Sekiranya pakcik itu kumpul RM 50 sebulan selama 5 tahun setengah lagi, adakah kos haji masih lagi "9445" ?

Jadi apa penyelesaiannya?
Tabung Haji sepatutnya membenarnya bakal haji menyimpan emas atau perak. - Hasbullah Pit