20 Mei 2009

Nizar Zambry : ADUN Behrang Yang Temberang

Kali ini biarlah teman menyentuh dahulu tentang Si Lompat Behrang. Dalam siri 1 pendedahannya di Agenda Daily, ada dua perkara yang disentuh iaitu tentang Camry dan Hak Milik Tanah Bukan Melayu.

Si Lompat dengan bangganya memberitahu bahawa konon dialah yang mempertahankan duit rakyat daripada dibazirkan untuk membeli 15 buah Camry. Beliau juga yang menentang pemberian hak milik tanah kepada bukan Melayu. Beliau mendakwa yang MB Nizar menurut segala perintah dan kehendak Ngeh dan Nga.

Sibuk betul Si Lompat dengan urusan tanah dan Camry. Tugasnya sebagai Exco Pertanian diabaikan. Setiap kali Mesyuarat Pertanian Negeri diadakan, Si Lompat hanya duduk di kerusi pengerusi tanpa mempengerusikan mesyuarat. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Pertanian Perak.

Si Lompat mendakwa bahawa nisbah Melayu yang mendapat tanah hanya tiga berbanding sembilan bukan Melayu. Bodoh benar rupanya MB Nizar mengagih-agihkan tanah Perak kepada rakyat.

Tetapi sedarkah Si Lompat berapa luas tanah yang diberi kepada Melayu dan bukan Melayu? Setiap rakyat Melayu yang mendiami tanah TOL atau tanah lesen di kampung-kampung Melayu tradisional akan menerima paling kurangpun dua ekar tanah pertanian untuk kediaman dan dusun.

Tanah TOL yang diwarisi turun temurun begitu berat untuk diberi status hak milik oleh UMNO sebelum ini. Manakala rakyat bukan Melayu yang mendiami kampung-kampung baru hanya diberi hak milik tapak kediaman sahaja yang keluasannya kurang daripada 90’x90’.

Agaknya Si Lompat tidak pandai menggunakan kalkulator untuk menghitung dan membahagikan keluasan tanah per pemilik. Dia hanya mampu menggunakan sepuluh jari untuk mengira jumlah penerimanya sahaja. Bengap.

Si Lompat juga pandai menyindir dan memperli keputusan MB Nizar. Adakah Si Lompat sedar yang pengundi di DUN Behrang telah dan sedang menyumpah seranah celaka tujuh keturunan kepadanya?

Si Lompat peduli apa, janji kebodohannya untuk memajukan pertanian rakyat dapat ditutup rapat serapat-rapatnya. Kuat betul semangat patriotik Si Lompat kepada negara. Utamakan Perdana V6 daripada Camry. Jangan bazirkan duit rakyat demi Camry. Perdana V6 lebih murah berbanding Camry.

Kerajaan negeri boleh jimat lebih RM700k jikalau membeli Perdana V6. Pandai juga Si Lompat mengira. Tetapi kira tak habis. Kos penyelenggaraan Perdana V6 lebih mahal berbanding harganya.

Si Lompat buat-buat tidak mengetahui tentang rekod-rekod dan kos penyelenggaraan V6 exco terdahulu. Camry ada tiga tahun gerenti berbanding setahun untuk Perdana V6. Memang Camry mahal, tetapi untuk jangka masa panjang Camry menjimatkan duit rakyat. Tengin.

Teman tidak begitu yakin Si Lompat bijak menyusun kata-kata untuk membuat kenyataan akhbar. Penulis kenyataannya ialah Hanapiah Man. Memang mereka berdua mempunyai hubungan awal semasa menggerakkan PKR di Perak.

Hanapiah Man berkebolehan dalam mengolah dan memutar belit kenyataan yang tidak betul menjadi kelihatan betul. Jikalau Si Lompat seorang yang bijaksana menyusun kata-kata indah, sudah tentu ia mampu mempengerusikan mesyuarat. Sudah tentu Si Lompat mampu menjana idea untuk memajukan ekonomi pertanian orang-orang Melayu.

Alangkah bagusnya jikalau Si Lompat mendesak MB Nizar memperuntukkan harga sebuah Camry untuk setiap daerah bagi memulakan CERIA. Tetapi Si Lompat tetap tongong dan terus tongong.

Soalan untuk Si Lompat, kenapa Jelapang pun lompat sedangkan MB Nizar dikatakan sentiasa mengutamakan orang Cina? Takkanlah Jelapang lebih sayangkan Melayu daripada duit. Tetapi Behrang dan Changkat Jering adalah manusia yang beriman. Rakyat didahulukan. Duit tak mainler … dango mamamat

9 ulasan:

  1. Sikatak lompat mana tau mengira... kalau melompat tu memang "terror". Seluruh rakyat tau mengapa 3 ekor katak itu melompat masuk liang kubur BN/UMNO. Kes rasuah 2 ekor katak jantan tiba tiba saja lesap macam kena bom C4 dan 1 ekor katak betina tiba tiba saja mampu ada kereta kaki tiga (mercedes benz) siap dengan drebar dan bodyguardnya sekali. Hairan juga dengan cara BN/UMNO yang dikatakan bersih, telus dan tak main rasuah boleh menerima 3 ekor katak kotor dan jijik itu. Si katak Behrang tiba tiba saja berbunyi setelah sekian lama diam mengasingkan diri dalam liang kubur BN/UMNO (mungkin nak panggil hujan kot). Bukan main enak lagi cakap nak mempertahankan duit rakyat daripada dibazirkan untuk membeli kereta Camry konon. Kes rasuah depa tu apa cerita ? Jimat untuk rakyat ke atau untuk poket sendiri ? Apasal tak panggil katak betina Jelapang tu guna kereta Perdana V6? Yang dekat Sabah dan Terengganu tu apasal diam ? Sekarang ini depa kan anjing BN/UMNO (maaf bukan anjing, katak), bolehlah buat bunyi sikit kat tuan baru depa kalau betul betul nak mempertahankan duit rakyat daripada dibazirkan. Mana mungkin depa berani buat bunyi, silap hari ditarik balik ganjaran baru tau. Si posmen tu hantar surat pun bukan erti sangat (surat selalu hilang entah kemana) ini pulak nak suruh buat ilmu hisab. Ilmu hisap susu tu memang selalu la......

    BalasPadam
  2. Katak-katak 3 ekor ni la puncanya...
    Orang BN macam kena pukau, tak nampak dan peduli cara mereka dapat mejoriti dari 3 katak ni. Nak tegakkan benang yang basah lagi.
    Rakyat bukan tak tau macam mana cara 3 katak ni keluar PR. Keji dan jijik caranya. Mengkhianati undi rakyat. Berdosa..Kita serahkan depa ni pada ALLAH untuk hukuman.
    Kedudukan 3 katak ni patut tak boleh diambil kira sebagai mejoriti BN. Sebab katak-katak ni menang Pilihan Raya 12 atas tiket PR bukan BN. BN patut sedar tu..rakyat Perak tak pilih mereka.

    BalasPadam
  3. Bodo punya katak.

    Org rasuah citer psl kepentingan rakyat dan melayu. Mampusler melayu kalo camtu.

    Lawakler katak

    BalasPadam
  4. Nak tau sahih atau tidak tuduhannya ... buat kajian terperinci dahulu...baru kita keluarkan kenyataan.... periksa la orang Perak.. periksa yeop perikasa

    BalasPadam
  5. aikkk,
    masa si nuar tu nak cipta kerajaan 16 september dengan cubaan merasuah org2 bn masa tu sampai ikut pergi taiwan tu tak ada jadi isu pulak..., tapi bila 3 org ni lompat, jadi kes jijik dan mengkhianati rakyat pulak..!!

    BalasPadam
  6. Hairan lah..apasal Camry jadi alasan. Mengapa rakyat tak tahu bahawa Proton sudah berhentikan keluaran kereta Perdana sejak akhir tahun 2008. Yg tingal hanya scrap atau stok junk tahun 2008.

    Kalau tak caya..pergi tanya Proton & tanya mereka sebab mereka hentikan keluaran.

    So akhir kata..PERDANA is no longer in production. Pasal itu kerajaan pilih Camry. Tahukah..engine Camry juga diguna atas setengah machine kerana 'reliability' & lasting.

    Takan lah kerjaan pakai kereta Kanchil mahupun MYVI. Sebulan sahaja sekurangnya kereta EXCO Perak jalan sejauh 10,000km.

    anakPerak

    BalasPadam
  7. oi budakkampung
    jika ada teloq, pasal apa najib dan umno takut nak berpilihanraya semula?

    BalasPadam
  8. oi budak kampung....
    bape tahun ko msk politik ni...
    tak tau menilai mane yb baik dan yg buruk...
    dah terang lg kan bersuluh...
    bape byk duit ko dpt...
    ke ko dah kene sumpah jd katak kembong!!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.