9 Mei 2009

Dalang Krisis DUN Perak, SUK Bertindak Bagi Pihak UMNO BN

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak didakwa menjadi dalang kepada kekecohan yang tercetus di Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei lalu, dakwa Adun Teja, Chang Lih Kang, demikian laporan harakahdaily.

"Saya percaya dalang di sebalik kekecohan yang berlaku di Dun Perak baru-baru ini adalah Dato' SS(State Secretary) Dato' Abdul Rahman Hashim yang mengarahkan kakitangan kerajaan negeri berbuat demikian," katanya.

Beliau mendakwa Abdul Rahman meminta Setiausaha Dun memulakan dewan tanpa mempedulikan Speaker Dun, V.Sivakumar.

Chang juga menempelak laporan akhbar-akhbar arus perdana yang menuduh Adun-Adun Pakatan Rakyat yang menyebabkan kekecohan pada sidang Dun tersebut seterusnya mencemarkan kemuliaan dewan.

"Media arus perdana cuba memutarbelitkan fakta mengatakan bahawa Pakatan Rakyat yang mencetuskan pergaduhan dan bertindak secara biadap. Sedangkan kami tidak berbuat demikian sehinggalah pihak polis diarahkan masuk ke dewan berkenaan," tegasnya.

Beliau bagaimanapun membantah tindakan berkenaan dengan alasan anggota polis tidak mendapat kebenaran untuk memasuki dewan tersebut.

"Polis berkata mereka mendapat kebenaran Speaker tetapi bila saya tanya dia Speaker mana, dia kata Ganesan lalu saya pun membantahnya dengan menyatakan ianya tidak sah," katanya lagi.

Ketika diminta mengulas mengenai insiden pelantikan Speaker Dun yang baru, R.Ganesan beliau menegaskan perlantikan itu sebagai tidak sah.

"Hal itu disebabkan Speaker Dun masih lagi wujud sewaktu sidang tersebut kononnya cuba dikendalikan Timbalan Speaker, Hee Yit Foong daripada Sivakumar. Justeru, perlantikan itu tidak sah; malah sebelum itu kesemua mereka telah diarahkan keluar daripada dewan bererti segala apa yang berlaku tidak boleh diterima pakai," tegasnya.

Pada masa yang sama, Chang juga telah diarah meninggalkan dewan tersebut selepas bertengkar dengan Ganesan.

"Kesemua yang berlaku sekarang ini adalah tidak masuk akal seolah-olah BN bodoh dan tidak mengetahui selok belok prosedur serta undang-undang negeri," katanya.

Malah buat masa ini ujarnya, Pakatan Rakyat Perak telah membuat laporan polis mengenai rampasan kuasa ke atas speaker dan sidang Dun BN yang didakwa berstatus haram.

Berkuburnya Demokrasi Hasil Perbuatan Durjana Umno-BN

Kedurjanaan rampasan kuasa di Dewan Undangan Negeri Perak oleh Umno-BN adalah bersifat keji dan hina.

Kajian rambang mendapati bahawa rakyat Perak dan ramai golongan muda, yang telah mengikuti insiden yang melupuskan tamadun dan kemuliaan itu, meronta-ronta jiwa mereka mencari jalan bagaimana pula untuk menguburkan kedurjanaan Umno-BN itu. Jentera Kerajaan Persekutuan, khususnya Polis Di-Raja Malaysia telah disejarahkan sekali lagi sebagai bersekongkol dengan kedurjanaan ciptaan Umno-BN di Perak. Mereka adalah penyebab kejayaan kesinambungan segala kedurjanaan yang berlaku di Malaysia. Keazliman yang tidak kunjung padam, bahkan semakin menjadi-jadi sejak jawatan Perdana Menteri disandang oleh Najib Razak, akan dirintihkan oleh Rakyat kepada Tuhan mereka sehingga Ia menjatuhkan keputusan terhadap sekelian penzalim.

Penahanan saya di Balai Polis Sungai Senam, Perak adalah tidak sah dan menyanggahi kebebasan dan hak asasi saya sebagai Warga Malaysia, Ahli Parlimen Malaysia dan tetamu undangan ke Dewan Undangan Negeri Perak. Kesemua Ahli-Ahli Yang Berhormat Parlimen, khususnya dari Pakatan Rakyat telah diundang untuk menjadi tetamu di sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei 2009 semalam.

Pihak polis telah mengasari saya dan bertindak di luar batasan dan kewarasan yang dituntut oleh undang-undang. Pegawai-pegawai polis yang bertugas telah bersikap seperti robot yang tiada akal fikiran dan enggan mendengar penjelasan saya. Saya telah dikasari oleh polis ketika ingin memasuki Dun Perak dan telah mengalami kecederaan di tangan saya. Surat jemputan untuk saya ke sidang Dun Perak telah dirampas apabila ditunjukkan kepada pihak polis supaya saya diizinkan masuk ke Dewan persidangan.

Pihak polis telah dilihat dan dilapor menangkap rakyat yang berpakaian serba hitam yang berada berhampiran dengan bangunan yang menempatkan Dewan persidangan. Tindakan tersebut juga adalah menyalahi Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kebebasan dalam soal peribadi kepada rakyat, selagi mana ia tidak mengganggu ketenteraman awam.

Kesangsian rakyat terhadap Umno-BN sudah semakin menebal hasil dari perbuatan durjana Umno-BN di Perak. Keadaan itu boleh diselamatkan dari menjadi lebih parah dengan pembubaran segera Dewan Undangan Negeri Perak dan untuk memulihkan demokrasi di mata rakyat dan dunia seluruhnya.

ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Ahli Parlimen Ampang

Golongan Profesyenal Terajui Pemuda PAS Kelantan

Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang baru seminggu menang jawatan Yang Dipertua PAS Kuala Krai, hari ini dinobat pula sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, demikian laporan harakahdaily.

Beliau mengatasi Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada pertandingan dua penjuru sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Kelantan kali ke-50 di Perdana Resort.

Manakala Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah pula menang tanpa bertanding Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Seorang peguam, Hisham Fauzi pula menang jawatan naib ketua. Jawatan itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru kesemua dari golongan profesional.

Berdasarkan hierarki tersebut jelas golongan profesional semakin mendapat tempat memandangkan pada penggal lalu, kesemua tiga jawatan utama dewan pemuda negeri diterajui ulama muda.

Pengumuman keputusan tersebut dibuat pengerusi urusetia pemilih, Haji Samsuddin Mat Daud mewakili PAS Kota Bharu yang dilantik sebagai pengendali pemilihan, kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, Mohd Zaki Ibrahim tidak mempertahankan jawatan memadangkan sudah melepasi had usia dibenarkan.

Bagaimanapun perwakilan sebulat suara bersetuju mencalonkan Timbalan Speaker Dun Kelantan itu bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pada pemilihan tersebut Mohd Azmi Noor kekal sebagai pengerusi tetap dan timbalannya Ustaz Zamri Mat Yusof.


Anggota jawatankuasa yang dipilih iaitu Harun Ismail, Borhanuddin Ahmad, Mahussin Isa, Ahmad Fadli Saari, Hafiz Musa, Ahmad Najib Deris, Wan Azimin Wan Adnan, Azariza, Mohd Nazlan Mohd Hasbullah dan Mohd Fitri Omar.

Rakyat Tahu Kebiadaban Rejim UMNO BN Perak

Penguasaan BN pada DUN Perak 7 Mei 2009 bukanlah suatu yang hebat tetapi suatu yang amat habat dan mejijikkan dalam era ketemaddunan manusia serta mencabul demokrasi menjadi asas pembentukan Malaysia.

Serbuan pihak polis bersama mereka yang tidak mempunyai pas DUN ke dalam Dun yang dianggap penegak demokrasi adalah kerja jahat bagaikan segerombolan lanun yang naik ke darat menyerang dan merampas serta mengheret mangsa.

Speaker yang masih sah diheret keluar oleh manusia rakus mengikut telunjuk si jalang politik dan menggantikan dengan manusia yang pernah tewas dalam PRU untuk bermuka-muka kepada Raja Muda Perak yang merasmikan sidang DUN tersebut.

Inilah sikap jahat pemimpin Umno/Bn. Sikap ini tidak akan dapat dilindung untuk diketahui oleh rakyat terutamanya golongan bawah 40an.

Walaupun Zambry beriya-iya mengutuk kononnya pembangkang yang membuat huru hara dalam DUN tetapi rakyat rata-rata tahu bahawa senario awal dan seterusnya bermula dari kejahatan pemimpin Umno/Bn yang menjadi perampas kerajaan mandat rakyat.

Berilah apa alasan pun oleh pemimpin Umno/Bn. Rakyat tidak akan menerima kata-kata mereka yang menuduh pembangkang biadap. Rakyat tidak akan menerima tuduhan mereka yang mengatakan pembangkang mengamalkan undang-undang rimba.

Sebaliknya rakyat sudah lama tahu bahawa pemimpin Umno/Bn yang amat biadap terhadap mandat rakyat secara langsubng terhadap rakyat sendiri dan pemimpin Umno/Bn yang kerap mnelaksanakjan ala undang-undang rimba.

Menjadi perampas! Mengheret keluar Speaker yang sah ! Membuat lantikan dengan kelompok kecil samada iya tak iya bilangannya kira sah saja bagaikan main lailai li tampelong! Membawa polis masuk dan bertindak terhadap Wakil Rakyat dan mencemarkan kedudukan DUN!

Membawa mereka yang tidak ada pas (boleh dianggap samseng kalaupun tidak lanun) untuk mencekik dan mengheret serta mengurung Speaker adalah perbuatan zalim, jahat, melampau, tidak berprikemanusiaan, ala diktator, ala rejim Yahudi!

SPRM dan polis wajib menyiasat dan bertindak serta membuat dakwaan terhadap mereka yang melakukan jenayah serta penyelewengan kuasa ini dimana semudah itu seorang Wakil Rakyat bergelar Speaker diheret dan dikurung yang boleh ditafsirkan sebagai colek!

Jika amalan ini tidak dibendung oleh pihak berwajib maka negara ini akan menjadi negara yang berkerajaan colek, kurung kemudian umum tertubuhnya kerajaan haram!

Rakyat kini memerhati dengan jelas perbuatan yang tidak ada garis sempadan demokrasi oleh pemimpin Umno/Bn atas kerakusan untuk berkuasa secara haram!

Umno/Bn sudah merasa ketidak mampuannya untuk turun ke gelanggang politik demokrasi melalui pilihanraya kerana itu untuk mengekalkan kuasa yang ada sedikit itu, mereka menggunakan secara lanun!

Keberangkatan Raja Muda Perak merasmikan sidang DUN pada 7 Mei lalu dilihat secara mendalam tidak ada ertinya kepada demokrasi kerana pencabulan yang dilakukan sewenang-wenangnya oleh Rejim Haram Umno/Bn Perak! -amklp

UMNO BN Peralatkan Polis Ceroboh Sambutan Ke 10 PKR di Tasik Puteri Rawang

Takutkan tsunami politik kedua selepas insiden keganasan polis di dalam Dewan Undangan Negeri Perak dua hari lalu, Barisan Nasional mengarahkan lebih 50 anggota polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan untuk menceroboh tapak sambutan ulangtahun ke 10 Parti Keadilan Rakyat di Tasik Puteri, Rawang serta membatalkan permit bagi mengadakan acara tersebut.

Majlis itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengasas Cawangan Tasik Puteri serta mendapat sokongan kerajaan negeri Selangor.

Mengikut aturcara sambutan, Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden Mustafa Kamil Ayub, Exco Selangor Yaakob sapari serta pimpinan Pakatan Rakyat dijangka hadir pada sebelah malam.

Program sambutan dijadualkan bermula pukul 2 petang dan lebih 10,000 penyokong Pakatan Rakyat dijangka membanjiri Tasik Puteri untuk bersama-sama memeriahkan lagi sambutan ulangtahun ke 10 PKR yang diasaskan pada April 1999.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulangtahun ke 10 PKR, Wan Jusoh Wan Kolok pihak polis telah meluluskan permit untuk mengadakan acara tersebut pada 5 Mei lalu tetapi telah membatalkannya atas alasan yang tidak munasabah.

"Dalam surat kepada kami polis mengatakan antara lain permit yang diperolehi tidak sepatutnya diluluskan oleh pegawai yang meluluskan permit tersebut.

"Kini mereka paksa kami pindahkan acara tersebut pada saat akhir ke stadium di Selayang dan ini merupakan satu bentuk penindasan dan kezaliman terhadapan kebebasan rakyat untuk mengadakan aktiviti sosial dan kegiatan politik.

"Mungkin mereka takut rakyat akan mendapat maklumat dan penjelasan daripada pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat mengenai keganasan polis dalam DUN Perak baru-baru ini," kata Wan Jusoh yang juga seorang tokoh reformis terkenal.

Tambah beliau anggota FRU yang muncul di tapak acara sambutan dengan diiringi anggota polis daripada IPD Gombak telah merampas bendera, kain rentang serta mengenakan sekatan jalan raya di kawasan sekitar Tasik Puteri menuju ke tempat di mana sambutan tersebut diadakan.

Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang juga turut terlibat membuat rampasan dan menggagalkan acara tersebut walaupun ia mendapat dokongan kerajaan negeri.

Menurut salah seorang anggota penguatkuasa arahan telah dikeluarkan oleh Setiausaha MPS. Ini menimbulkan kesangsian sama ada MPS yang di bawah kuasa kerajaan negeri tidak menghormati dasar pemerintahan kerajaan negeri Pakatan rakyat tetapi sebaliknya lebih cenderung kepada Umno dan BN.

Peniaga yang telah siap sedia untuk memulakan perniagaan mereka juga telah diarahkan pulang dan hampir 50 gerai juga diarah tutup.

"Polis juga memberi amaran akan menangkap sesiapa sahaja termasuk pemimpin Pakatan rakyat sekiranya program sambutan ini diadakan juga.

"Rakyat di bawah pentadbiran Perdana Menteri baru lebih dahsyat menggunakan polis untuk tujuan politik Barisan Nasional," kata Wan Jusoh lagi.

Wan Jusoh berkata beliau dan jawatankuasa sambutan akan mengadakan satu sidang akhbar di Tasik Puteri pukul 5 petang untuk menjelaskan pembatalan sambutan itu. - TVA

UMNO BN Bebaskan Manoharan dan Tahanan ISA Kerana Takut Pilihanraya

Harakahdaily melaporkan, meskipun pembebasan ini dialu-alukan, Angkatan Muda KeADILan melihat usaha terbaru kerajaan BN ini hanyalah bersifat kosmetik dan bersifat jangka pendek semata-mata.

Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, ini terbukti dengan penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dan beberapa wartawan; Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu tanpa sebarang alasan; penahanan lebih daripada 60 pemimpin Pakatan Rakyat, ahli parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), aktivis dan orang awam di kawasan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak; pencabulan demokrasi paling dahsyat dalam sejarah dunia di sidang Dun Perak; dan terbaru penahanan 14 aktivis dan 5 peguam yang mengadakan program Nyalaan Lilin di Balai Polis Brickfield.

"Siri-siri pencabulan demokrasi ini jelas membuktikan slogan '1Malaysia' Najib hanyalah kosmetik tiruan yang tidak menjanjikan apa-apa perubahan.

"Malah, pembebasan pemimpin Hindraf, yang juga Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan juga membuktikan bagaimana BN terjerat dengan ura-ura sebuah lagi pilihan raya kecil bakal diadakan di Selangor," tegas beliau hari ini.

Justeru, AMK menggesa agar Najib serta kerajaan BN seluruhnya jangan sesekali memperbodohkan rakyat dengan tindakan bacul mereka memanipulasi undang-undang demi melampiaskan hawa nafsu mereka.

Tambah beliau, pembebasan ini tidak boleh dilihat sebagai satu 'usaha murni' sama sekali, kerana ianya jelas satu bentuk usaha terdesak demi menjaga imej.

Dalam pada itu, Shanmsul juga mendesak agar Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien, membebaskan kesemua tahanan ISA sekiranya beliau benar-benar tidak berselindung di balik tabir kuasa.

Katanya, demokrasi Malaysia mengalami defisit yang sangat mendukacitakan, dan rakyat sama sekali tidak akan diam dan tunduk kepada mainan politikus rakus yang sedang bergelut di akhir kemuncak kuasa.


Hari Dimana Zambry dan UMNO BN Menjadi Beruk-beruk Di Dewan Sidang Dun

Saya teringat satu ketika dahulu, Khairi Jamaluddin pernah menuturkan satu kalam yang meminta supaya ahli Pakatan tidak menjadi seperti “beruk-beruk di jalanraya”. Tetapi apa yang terjadi hari ini, Zambry and The Gang telah menjadi beruk-beruk di Dewan Sidang Dun! Ada yang bertanya, layakkah mereka digelar sebagai beruk? Bagi saya, gelaran yang sepatutnya lebih dari itu.

Semua rakyat Malaysia boleh membaca berita di pelbagai akhbar, melihat video dan sebagainya. Saya yakin, tiada siapa yang menyetujui cara Zambry mengangkat Ganesan itu. Kelakuan bodoh itu lebih teruk daripada beruk! Saya tidak tahu, kenapakah dia tergamak untuk berbuat demikian. Tidakkah dia sedar bahawa puluhan kamera yang merakam tindakan bodoh itu?

Untuk memahami hakikat ini, suka untuk saya jelaskan tentang sikap manusia yang sudah tidak berotak. Allah SWT menyifatkan orang yang tidak berotak ini ialah mereka yang mengetahui bahawa Allah SWT itu Maha Melihat, tetapi mereka masih lagi menganggap bahawa Allah itu tidak nampak. Mereka tidak sedar bahawa setiap detik hidupnya dirakam oleh malaikat, untuk dijadikan bukti di akhirat kelak.

Mereka tahu bahawa malaikat merakam segala perbuatan mereka, tetapi akibat gilakan dunia, mereka lalai daripada perkara tersebut. Mereka pun dengan sewenang-wenangnya membuat maksiat, mengancam jiwa manusia, merampas hak dan sebagainya. Semua ini disebabkan mereka gila mengejar dunia.

Begitu juga apa yang terjadi hari itu. Disebabkan gila untuk mengejar pangkat dan dunia, Zambry terlupa bahawa tindakan bodohnya itu telah dirakam oleh puluhan rakaman. Bahkan disaksikan oleh jutaan manusia di seluruh dunia! Seluruh dunia melihat kebodohan Zambry dalam dewan kelmarin. Tetapi akibat gilakan dunia, dia lupa segalanya itu.

Apa yang penting bagi dirinya ialah menjatuhkan PR. Ada orang UMNO sendiri berkata “kalau hendakkan kuasa pun, cover-coverlah sikit”. Saya pelik apabila mendapati berita yang disiarkan di dalam Berita Harian, agak kurang selesa untuk diterima. Berita Harian seolah-olah menjadi pengulas, bukannya pemberita. Entah kenapa dibuat begitu.

Orang yang gilakan dunia inilah yang selayaknya digelar sebagai beruk. Golongan beruk ini berkeliaran di mana-mana sahaja termasuk di dalam masjid. Disebabkan gilakan dunia, habis semua benda diredahnya. Tidak kira hak orang lain atau tidak, tetap menjadi miliknya. PR dituduh bertindak kasar terhadap SU Dewan, tetapi mereka lupa, bahawa anjing gila tidak mungkin kita mendiamkannya dengan belaian!

Wahai Zambry and The Gang, sekiranya hari ini anda boleh membuat sesuka hatimu, tunggulah di akhirat nanti. Tiada siapa akan terlepas dari mahkamah perbicaraan Allah. Semua rakyat Perak akan menuntut hak keadilan kepada kamu di akhirat nanti. Sekiranya anda ingin bertaubat, minta maaflah dengan seluruh rakyat Perak! Anda merampas hak orang lain, dan anda perlu mengembalikannya sebelum kematianmu. Tiada siapa yang dapat melangsaikan dosamu setelah kamu mati.

Salam Perjuangan - drfikrah

Terengganu Juga Ada 2 MB. UMNO Akan Usung Speakernya Macam Sivakumar?

Politik Terengganu bakal bergolak lagi setelah senyap seketika apabila pucuk pimpinan Umno diberitakan bakal menurunkan Datuk Ahmad Said daripada jawatan Menteri Besar yang kini disandangnya dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pertikaian politik Umno Terengganu di antara kumpulan yang menyokong kepimpinan Datuk Ahmad dan kumpulan yang menyebelahi bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh sudah sukar dibendung dan mampu menjejaskan kerajaan dan pentadbiran awam negeri sekiranya ia berterusan.

"Mungkin atas alasan itu pucuk pimpinan Umno mahu melihat perubahan di dalam kepimpinan kerajaan negeri dan saya difahamkan ia akan berlaku dalam masa dua tiga minggu lagi.

"Umno Terengganu sudah berpecah kepada dua tiga kumpulan yang bermusuhan dan ini memberi kesan mendalam terhadap keberkesanan Datuk Ahmad sebagai Menteri Besar. Sukar baginya menjalankan tugas apabila kepimpinanannya sentiasa diganggu gugat oleh kumpulan Idris Jusoh dan beliau pula tidak disenangi oleh ramai kakitangan perkhidmatan sivil Terengganu disebabkan oleh sesetengah tindakan dan dasarnya," jelas Dr Syed Azman ketika dihubungi TV Antara.

Pertukaran Menteri Besar yang bakal berlaku juga adalah sebahagian daripada strategi penyelesaian Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang baru, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Ahmad dalam rombakan kepimpinan Umno negeri baru-baru ini tambah Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS itu.

Walau bagaimanapun disebabkan Datuk Ahmad adalah pilihan Sultan Terengganu dan bukannya calon Umno maka pucuk pimpinan parti perlu mendapat restu istana sebelum menggantikan beliau.

Sekiranya pihak istana masih mahukan perkhidmatan Datuk Ahmad ini mungkin menyukarkan lagi usaha memulihkan kemelut politik Umno di negeri itu.

ADUN Jabi, Ramlan Ali berkata masalah yang timbul ialah kegagalan Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sesetengah wakil rakyat Umno.

"Mungkin Menteri Besar terlepas pandang untuk menyelesaikan beberapa masalah ADUN jadi yang kecil lama-lama jadi besar ibarat kudis menjadi bisul, parahlah.

"Saya rasa masalah ini boleh selesai kalau diadakan perjumpaan dan penjelasan mengenai apa saja masalah yang timbul," jelas beliau lagi.

Sehingga kini Ramlan berkata Menteri Besar belum lagi menunjukkan tanda-tanda untuk membuat perbincangan dengan ADUN-ADUN yang bermasalah dengan beliau.

Antara nama-nama yang disebut sebagai Menteri Besar baru Terengganu termasuk Datuk Abdul Rahin Mohd Said, ADUN Teluk Pasu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Negeri, Datuk Mohamed Awang Tera, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan Dan Koperasi Negeri merangkap ADUN Cukai dan Alias Abdullah, ADUN Alor Limbat.

Dalam pada desas desus pertukaran Menteri Besar timbul pula kemungkinan beberapa ADUN BN Terengganu melompat menyertai PAS.

Ini berdasarkan kenyataan Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang mendedahkan beberapa ADUN BN telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

"Kita sedang berunding dengan wakil rakyat berkenaan dan setakat ini Alhamdulillah ada reaksi positifnya untuk PAS. Mereka sudah melihat kemampuan PAS untuk mengganti Umno sebagai tunggak utama orang Melayu dan Islam di negara ini," beliau dilaporkan berkata dua hari lalu. -TVA

Penanti : Konvoi Motorsikal PAS dan KeADILan - UMNO BN Ternganga

Dua tokoh Ketua Pemuda akan dipertemukan dalam program 'minum teh' di padang awam Taman Guar Perahu dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti petang ini.

Majlis anjuran PAS Cawangan Taman berkenaan turut mengadakan konvoi bermotorsikal bersama Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Bahagian Permatang Pauh dari Pekan Penanti ke padang tersebut sekitar pukul 5.00 petang.

Harakahdily dimaklumkan, kehadiran Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub dan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin membuktikan bahawa kedua-dua parti itu tetap mementingkan perpaduan dalaman daripada mencari keretakan sebagaimana yang diinginkan oleh beberapa orang individu.

Fenomena itu sekali gus melenyapkan desas-desus mengatakan ada perebutan kerusi di Dun N12 Penanti sebagaimana yang dimainkan oleh akhbar arus perdana.

Kegiatan bersama hari ini menimbulkan keyakinan pengundi di Dun Penanti terutamanya ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang mahu melihat kemenangan calonnya, Dr Mansor Othman yang pasti dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang dikosongkan oleh penyandangnya sebelum ini Mohamad Fairus Khairudin.

Kedua-dua Ketua Pemuda tersebut akan diarak bersama konvoi bermotor sebelum berucap untuk mengembalikan semangat juang sebahagian ahli dan penyokong yang terpedaya dengan hasutan yang tidak bertanggungjawab.

'Boikot pilihan raya kecil Penanti' atau 'jangan bagi kerjasama' akan hilang daripada benak sebahagian ahli dan penyokong PAS apabila mendengar amanah yang akan disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub nanti.

Sebelum ini Harakahdaily yang melakukan tinjauan mendapati tidak timbul soal perebutan kerusi di kalangan petugas di peringkat akar umbi sebagaimana yang diwar-warkan oleh media pro Barisan Nasional (BN) malahan terdapat jalinan kerjasama yang jitu antara kedua-dua jentera parti sejak kedengaran ura-ura perletakan jawatan Fairus lagi.

Sidang Kartun UMNO BN Di Perak

Setiap hari semakin banyak kecelaruan dan pihak yang mempertikaikan kesahihan 'Sidang Dun Perak' pada 7 Mei. Hanya beberapa orang peguam 'Umno' seperti Dato' Hafarizam Harun dan Dato' Muhammad Shafee yang mengatakan usul lantik speaker baru adalah sah.Saya tak tahu buku undang-undang mana yang mereka rujuk dan jadikan asas berhujah.Adakah mereka merujuk buku kitab kuning dari pondok di Gunung Semanggol atau buku undang-undang untuk menguruskan Zoo Taiping?

Saya kemukakan fakta daripada pakar dan ahli undang-undang untuk kita buat pertimbangan apa yang berlaku dalam tragedi hitam demokrasi negara pada 7 Mei kelmarin.

Saya kemukan pandangan Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar:

1. Hee Yit Fong ambil tugas speaker

Bagaimanakah persidangan itu boleh sampai ke peringkat di mana Hee mengambil alih persidangan?" beliau mempersoalkan, merujuk kepada Hee Yit Foong, Adun Jelapang merangkap Timbalan Speaker.

"Sekiranya Sivakumar berada di situ secara sah, bagaimana dia (Hee) boleh mengambil alih (tugas Speaker)?" Kenyataa beliau, merujuk kepada penjelasan Hafarizam yang membuat rujukan kepada Perkara 36A(1)(b) Peraturan Persidangan yang membenarkan Timbalan Speaker mengambil tempat menggantikan Speaker.

2. Polis tidak ada kuasa dalam Sidang Dun atau Dewan Rakyat

"Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan," kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen.

Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap.

Profesor Dr. Aziz Bari pakar pelembagaan negara juga mempertikaikan tindakan polis yang mencampuri urusan sidang dun Perak.Beliau bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa persidangan 7 Mei adalah "haram dan tidak berperlembagaan".

3. Sidang Dun belum bermula

"Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?" tanya Imtaz.
Beliau menekankan, Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon.

4. Ganesan tidak mengangkat sumpah sebagai Speaker

Imtaz juga menegaskan persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja.

Walau bagaimanapun, Malik Imtiaz menjelaskan bahawa isu di Perak tidak akan selesai melalui sudut perundnagan ini kerana setiap peguam mempunyai pandangan yang berbeza.

Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan bersetuju situasi di Perak sudah tiba pada titik di mana tidak ada jalan lain kecuali Sultan Perak membubarkan dewan undangan dan membuka jalan untuk pilihan raya umum baru bagi membersihkan kemelut yang berlaku. -angkasanuri

Menghadapi Kezaliman UMNO BN - Apa Pilihan Kita?

Saya tidak mahu mengulas panjang insiden yang berlaku didalam DUN Perak beberapa hari lalu. Semua rakyat Malaysia saya jangkakan telah mengetahui hujung pangkal apa yang berlaku disana. Kesimpulan yang saya dapat berikan cuma satu iaitu;

“Pada tanggal 7 Mei 2009, pastinya akan dikenang selama mungkin oleh rakyat Malaysia yang prihatin bahawa pada tarikh inilah matinya demokrasi berperlembagaan di Malaysia”.

Marilah kita (rakyat Malaysia yang prihatin) bersama-sama berkabung atas kematian demokrasi berperlembagaan yang selama lebih 50 tahun kita julang. Kematian ini bukanlah dilakukan oleh pihak penjajah (kita bukankah telah merdeka?) akan tetapi kematian ini dilakukan oleh bangsa kita sendiri yang rakus kepada kuasa.

Setelah matinya demokrasi berperlembagaan, tidak mungkin akan kekal lagi “Raja Berperlembagaan” sepertimana yang dituntut dan dikhaskan didalam Perlembagaan Malaysia. Apa yang ada hanyalah Malaysia yang dipimpin dan dikuasai secara diktator. Hari ini telah terbukti bahawa “Raja Berperlembagaan” itu hanyalah ujud diatas kertas sahaja sedangkan kuasa sebenar ditentukan oleh Perdana Menteri Malaysia sepenuhnya.

“Raja Berperlembagaan” hanyalah sekadar satu mohor (cap) yang akan digunakan apabila perlu oleh Kerajaan Barisan Nasional. Krisis yang berlaku di Negeri Perak Darul Ridzuan telahpun menjadi “precedence” (duluan kes) bagi seluruh negeri-negeri yang bersekutu dibawah panji-panji Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia).

Bila pemerintah sendiri (Kerajaan Barisan Nasional dan wakilnya) tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan, maka adalah tidak wajar sama sekali sekalian rakyat juga menghormati undang-undang dan perlembagaan. Undang-undang dan perlembagaan hanya layak di”bakulsampah”kan sahaja kini. Malaysia nampaknya mengamalkan dua set undang-undang yang berbeza. Satu set khusus untuk diikuti oleh rakyat marhaen manakala satu set lagi khusus untuk Kerajaan Barisan Nasional dan yang bersekongkol dengannya.

Dengan ini, saya syorkan kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin agar meneruskan tindakan berkabung sampai bila-bila sehinggalah dihidupkan kembali demokrasi berperlembagaan di Malaysia ini.

(artikel ini tidak wajar diklasifikasikan sebagai hasutan melainkan sebagai ingatan bagi rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi)-ketuaperusuh


Selain Najib Timbalannya Juga Tengin - Menjadi Sebab UMNO BN Akan Terus Kalah Dalam PRK

Selain dari kenyataan "Naif Tun Rasa"*, timbalannya juga, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin membuat kenyataan yng hampir serupa semalam, dan seperti yang dilaporkan oleh Bernama, Muhyiddin mempersalahkan pembangkang di dalam isu tragedi hitam 7 Mei di Perak.

Memetik laporan Bernama berkenaan,
Rakyat Malasyia boleh menilai sendiri tingkah laku yang dipamerkan oleh Pembangkang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Khamis, yang boleh dianggap sebagai mencabar prinsip asas demokrasi di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertama, seperti juga Naif Tun Rasa, Muhyiddin menyatakan tingkah laku pembangkang dianggap mencabar prinsip asas demokrasi. Kedua, yang diseru menilai ialah rakyat Malasyia, bukan Malaysia.

Untuk bahagian yang pertama, Muhyiddin bersamdarkan laporan dan berita yang dibaca dan ditonton dari media massa arus perdana, disamping mempercayai kenyataan pemimpin UMNO peringkat bawahannya sendiri iaitu Zambry.
Muhyiddin berkata: "Saya rasa Menteri Besar (Datuk Zambry) telah menerangkan bahawa bukan beliau yang memulakannya. Mereka sedang menunggu persidangan dewan itu bermula...anda boleh melihat sendiri di layar televisyen, bagaimana mereka (Pembangkang) bertindak secara tidak senonoh sebanyak beberapa kali, termasuk merosakkan alat siaraya, yang pada pendapat saya, tidak sepatutnya berlaku."

Jika demikian sikap Muhyiddin, memang patut pun UMNO BN kalah setiap kali pilihanraya kecil, kerana berharap dan bergantung kepada laporan orang bawahannya disamping mempercayai tanyangan dari media pengampunya tanpa menyemak fakta yang sebenar.

Biarlah kita beritahu kepada Muhyiddin di sini, selagi pemimpin UMNO mempercayai laporan orang bawahannya dan dari berita-berita media massa arus perdana yang telah ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini, selagi itulah UMNO BN akan kecundang dan terus ternganga kekecewaan.

Oklah itu yang pertama, terpulang kepadanya nak percaya atau tidak. Kita tidak berhak untuk memaksa. Begitu jugalah kepada para pengiklan. Apabila anda mengiklankan barangan anda di media massa yang telah ditolak oleh rakyat, kesannya adalah negatif bukan positif terhadap pelaburan anda dan jika anda seorang Pengurus Pemasaran anda akan mencari opsyen lain daripada mengiklankan produk anda di media massa yang telah dibenci oleh rakyat.

Yang kedua, mungkin remeh, tetapi sebenarnya tidak. Iaitu perhatikan ejaan yang digunakan oleh Bernama menaip perkataan "Malaysia". Jika dahulu nama Najib Tun Razak disalaejakan menjadi Naif Tun Rasa, kini Malaysia diubah menjadi Malasyia!

Mungkin kali ini betul-betul kesalahan dari faktor kelemahan manusia yang menaip, namun sebagai sebuah agensi berita nasional kesalahan menaip nama negara ada signifikannya yang tersendiri. Tahniah Bernama!

(Naif Tun Rasa adalah nama yang diberikan kepada Najib oleh Bernama. Sila baca artikel ini)


Najib Altantuya Memperbodohkan Rakyat Atau Sememangnya Dia Bangang

Datuk Seri Najib sebagaimana yang dipetik oleh BERNAMA ketika merasmikan Pameran Pencapaian 10 tahun Muzium Kesenian Islam Malaysia semalam menjelaskan bahawa penahanan puluhan orang menjelang persidangan DUN Perak baru-baru ini adalah satu tindakan polis dan kerajaan tidak terlibat.

Beliau juga menjelaskan bahawa penahanan beberapa orang menjelang persidangan DUN itu adalah satu tindakan polis dan kerajaan tidak terlibat.


Saya ulangi apa yang Najib kata: penahanan puluhan orang itu adalah tindakan polis dan kerajaan tidak terlibat. Tiba-tiba saja kepala saya jadi pusing dengan kenyataan Perdana Menteri Satu Malaysia itu. Siapa polis, siapa kerajaan? Bukankah polis itu sebahagian dari jentera kerajaan? Jika polis itu bukan sebahagian dari kerajaan, siapakah kerajaan? Jika tentera bukan sebahagian dari kerajaan, siapa kerajaan? Jika kakitangan kerajaan bukan sebahagian dari kerajaan, siapa kerajaan? Jika Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri kabinet bukan sebahagian dari jentera kerajaan, siapa kerajaan? Apabila Najib dalam ucapannya sering menyatakan kerajaan hendak buat itu hendak buat ini, siapa yang akan buat jika bukan jentera kerajaan?

Atau pun adakah kerajaan itu pada pandangan Najib ialah kerajaan langit ala-Ayah Pin yang kabarnya turut dianggotai oleh tokoh kerajaan?

Sebelumnya Naib cuba memperbodohkan rakyat apabila mengambil Kerajaan Kelantan sebagai contohnya.

"Jangan lupa kerajaan PAS dulu di Kelantan boleh bertahan dengan satu kelebihan kerusi. Kita ada tiga kerusi dan ini membolehkan kita mentadbir di Perak," kata Najib.


Jawapan kita: Sekalipun PAS mempunyai kelebihan hanya dengan satu kerusi namun kemenangan itu diperolehi dengan pilihanraya yang sepenuhnya. Manakala di Perak kelebihan 3 kerusi yang ada pada BN adalah hasil dari penipuan dan taktik kotor yang dikonspirasikan oleh Najib sendiri yang telah menculik dan menyogok ketiga-tiga ADUN Pakatan Rakyat yang telah membangkitkan kemarahan rakyat Perak. Apa jawabmu Najib? - pendikargunungkriang/GB


Tindakan UMNO BN Pergunakan Polis Untuk Angkut Sivakumar Satu Pencerobohan

Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Husein menyifatkan tindakan polis membawa keluar Speaker Dun Perak, V. Sivakumar daripada dewan persidangan untuk memberi laluan perlantikan speaker baru semalam satu pencerobohan dan mencemarkan peraturan Dun dan Perlembagaan Negeri sedia ada.

Baginya, pelanggaran peraturan tidak sepatutnya terjadi kerana V. Sivakumar masih sah di sisi undang-undang dan campur tangan polis satu kesalahan kerana hak mereka hanya membuat kawalan di luar dan boleh masuk sekiranya diminta oleh Speaker.

"Polis dah menceroboh masuk untuk membawa V. Sivakumar keluar dari dewan. Tiada siapa boleh arahkan polis buat begitu walhal beliau merupakan Speaker yang sah bukan dia letak jawatan atau kekosongan disebabkan kematian. Speaker berkuasa penuh dalam dewan Timbalan Speaker pun tidak boleh bertindak tanpa izin Speaker," ujarnya ketika Harakahdaily meminta pandanganya sebentar tadi.

Kata beliau lagi, pelantikan Genesan daripada MIC sebagai Speaker Dun Perak yang baru tidak sah dan melanggari peraturan dan perlembagaan negeri Perak.

Mana boleh wujud usul supaya Speaker letak jawatan dan diganti dengan Speaker baru ekoran tidak setuju tindakan Speaker yang sah dilantik oleh Dun yang dimandatkan oleh rakyat.

"Perlantikan Genesan tidak sah dan haram selari dengan perlantikan Dr Zamry sebagai Menteri Besar dan enam exconya. Keadaan jadi makin celaru melainkan Sultan Perak perkenan untuk adakan pilihan raya kecil seluruh Perak," tegasnya.

Jelas Abdul Halim, institusi Dun mempunyai kuasa yang tersendiri sama dengan kuasa mahkamah di mana hakim berkuasa dalam mahkamah untuk menentukan siapa yang salah atau mengeluarkan arahan dari mahkamah.

Tetapi lain pula di Perak orang lain lebih berkuasa di dalam Dun sehingga memanggil polis untuk mengangkat V. Sivakumar keluar dewan untuk memberi peluang perlantikan Speaker baru dan memulakan Persidangan Dun dengan amanat Sultan Nazrin Shah, katanya.

Sementara itu Speaker Selangor, Teng Chang Khim meragui usul menyingkirkan Sivakumar itu sahih di sisi undang-undang.

Teng menyatakan bahawa usul yang dikemukakan oleh Menteri Besar kerajaan haram Barisan Nasional Zambry Abdul Kadir dilakukan sebelum timbalan speaker Hee Yit Foong berada di kerusi dewan undangannya sementara Sivakumar pula masih duduk di kerusi speaker. Sivakumar sebelum itu telah menolak usul berkenaan sebanyak dua kali.

"Terlalu jelas bahawa timbalan speaker telah bertindak secara ultra vires terhadap perlembagaan negeri semasa mempengerusikan sidang yang menyingkir YB Sivakumar sebagai Speaker tatkala Sivakumar masih ada lagi di dalam dewan. Justerteru itu usul menyingkirkan YB Sivakumar tidak mengikut perlembagaan," tulis Teng di dalam blognya hari ini.

Beliau memetik Artikel XXXVIA(3) dari Perlembagaan Negeri Perak yang menyatakan bila mana Speaker tidak hadir sewaktu sidang di dewan undangan negeri, seorang ahli dewan akan, mengikut peruntukan Arahan Tetap, dilantik melaksanakan tugas-tugas Speaker.

"Hasilnya, perlantikan Speaker ‘baru’ tidak mengikut Perlembagaan kerana kekosongan yang boleh diisi," kata Teng.

Teng membidas campaurtangan polis di dalam dewan undangan negeri Perak seolah-olah negara ini sudah menjadi negara Polis.

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong pandangan itu dimana beliau mengingatkan kita mengenai peristiwa ugutan pemuda UMNO yang mengugut Karpal Singh dimana pada ketika itu Speaker menyatakan polis tidak boleh masuk di dalam kawasan Parlimen dan oleh itu tidak boleh memanggil polis untuk melindungi Karpal Singh waktu itu.


Najib Altantuya Buat-buat Tak Tahu Kekecohan Di Perak

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kekecohan yang berlaku di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam sebagai sesuatu yang amat memalukan seperti ibarat baling batu sembunyi tangan atau seperti gaharu cendana pula sudah tahu buat-buat tanya pula...

Siapakah perancang utama di sebalik semua kekalutan di Perak? Siapa perancang utama di sebalik agenda merampas kerajaan pilihan rakyat? Semua ini angkara sikap gopoh, rakus dan tamak untuk berkuasa. Umno@BN tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka ditolak oleh majoriti rakyat dalam Pilihanraya umum lalu serta pilihanraya kecil pasca pilihanraya.

Umno@BN dalam keadaan gundah gelana dan gelap gelita ditokok lagi percakaran yang berlaku dalam Umno sesama sendiri. Justeru itu sesuatu perlu dilakukan untuk 'memulihkan' semangat Umno yang semakin luntur apabila majoriti rakyat semakin menjauhkan diri dari mereka.

Maka isu rasuah melibatkan dua bekas adun PKR serta kekecewaan bekas speaker dari DAP yang merasa dipencilkan diperalatkan Umno@BN untuk bertindak di luar batas demokrasi di Perak. Maka berlaku pelbagai adegan seperti 'culik, sorok dan ugut' untuk memastikan Umno mendapat apa yang diidam-idamkan.Kononnya untuk mengembalikan ketuanan Melayu tetapi merekalah pengkhianat bukan sahaja kepada Melayu tetapi kepada agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini.

Umno@BN yang mengkhianati demokrasi di negara ini. Melakukan apa sahaja tanpa mengira halal haram ibarat membujur lalu melintang patah habis semua diredah dan disapu. Najib tak usahlah berlindung atau menggunakan istilah 'demokrasi'kerana demokrasi telah semakin terhakis di bawa era 1Malaysia. -angkasanuri