7 Mei 2009

7 Mei - Maruah UMNO BN Tercampak ke Dalam Tong Najis

Banyak pihak hari ini merasa mual dengan gelagat polis, anggota keselamatan dan ADUN BN yang tidak menghormati kuasa Speaker dewan undangan negeri Perak.

Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.

“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.

Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.

Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.

“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya.


Presiden PAS Bidas UMNO BN Yang Cetuskan Insiden Perak

Harakahdaily melaporkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) sangat kesal dengan kejadian kekerasan yang berlaku di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) dan dalam Dewan tempat persidangan para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada hari ini.

Demikian kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily melalui Setiausaha Politik, Dr Shamsuri.

"Pada kali ini, bukan sahaja para penyokong dan pimpinan parti dari Pakatan Rakyat yang ditangkap, tetapi beberapa ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat negeri Perak juga telah ditahan,"katanya.

Peristiwa yang berlaku ini adalah berpunca dari sikap angkuh para pimpinan BN yang tidak menghormati undang-undang,ujarnya.

BN juga ujar Presiden PAS bertindak dengan berselindung di sebalik lencana anggota keselamatan.

"PAS sekali-kali tidak akan menghormati kerajaan yang sememangnya tidak menunjukkan rasa hormat mereka kepada undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.

Pagi tadi, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat telah ditangkap polis semasa berada berhampiran di Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dun Perak.

Antara yang ditahan ialah, Ketua Pemuda PAS,Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S.Jayakumar dan beberapa Adun serta 30 orang awam.

Sementara itu Mahkamah Majistret Tanjung Malim petang tadi menolak permohonan tahanan reman polis terhadap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohamad dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan.

Menurut peguam yang mewakili beliau, Aminuddin Zulkifli mahkamah tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberikan oleh pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat mengatakan mereka memerlukan masa untuk menyiasat Mohamad yang dituduh melakukan hasutan supaya orang ramai menggagalkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak hari ini.

Pasukan peguam Mohamad Sabu kemudiannya membantah tuduhan tersebut kerana tertuduh hanya menyeru orang ramai supaya hadir ke majlis solat hajat dan doa munajat memohon agar Perak terus aman.

Laporan maklumat pertama (FIR) terhadap Mohamad Sabu dibuat oleh Ketua Polis Perak sebelum beliau ditahan secara misteri petang semalam di Kuala Lumpur.

Speaker Selangor Kata Penyingkirian Sivakumar Tidak Sah

V.Sivakumar, Speaker Pakatan Rakyat secara fizikalnya telah dibawa keluar dari kerusi sidang dewan undangan negeri namun Speaker Selangor, Teng Chang Khim mempersoalkan samada usul menyingkirnya itu sahih di sisi undang-undang.

Teng menyatakan bahawa usul yang dikemukakan oleh Menteri Besar kerajaan haram Barisan Nasional Zambry Abdul Kadir dilakukan sebelum timbalan speaker Hee Yit Foong berada di kerusi dewan undangannya sementara Sivakumar pula masih duduk di kerusi speaker. Sivakumar sebelum itu telah menolak usul berkenaan sebanyak dua kali.

"Terlalu jelas bahawa timbalan speaker telah bertindak secara ultra vires terhadap perlembagaan negeri semasa mempengerusikan sidang yang menyingkir YB Sivakumar sebagai Speaker tatkala Sivakumar masih ada lagi di dalam dewan. Justerteru itu usul menyingkirkan YB Sivakumar tidak mengikut perlembagaan," tulis Teng di dalam blognya hari ini.

Beliau memetik Artikel XXXVIA(3) dari Perlembagaan Negeri Perak yang menyatakan bila mana Speaker tidak hadir sewaktu sidang di dewan undangan negeri, seorang ahli dewan akan, mengikut peruntukan Arahan Tetap, dilantik melaksanakan tugas-tugas Speaker.

"Hasilnya, perlantikan Speaker ‘baru’ tidak mengikut Perlembagaan kerana kekosongan yang boleh diisi," kata Teng.

Sivakumar sebelumnya telah memberitahu bahawa usul-usul yang dibentang dan diluluskan oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional adalah tidak sah kerana sidang dewan belum lagi dirasmikan pembukaannya oleh Raja Nazrin Shah, yang menjalankan tugas bagipihak ayahannyanya Sultan Azlan Shah.

Tetapi Zambry meneruskan dan selepas dua kali “tertangguh” oleh Speaker lantikan Barisan Nasional R. Ganesan, pergelutan berlaku dan kedatangan polis meenyebabkan Sivakumar diangkat keluar dari dewan.

Raja Nazrin menyetujui permohonan Mentri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya pihak polis meninggalkan dewan sebelum titah diraja dimulakan. Nizar, yang duduk di kerusi kerajaan sebelah kanan kerusi speaker, kemudiannya mengiringi Raja Nazrin selepas titah diraja perasmian selesai.

Sementara itu TVANtara melaporkan pakar undang-undang negara menyifatkan kejadian hari ini sebagai memalukan! Menurut rencana tersebut, ttulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.

“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Speaker V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.


Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.

Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.

“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya.

Harakahdaily juga melaporkan tindakan Zambry Abdul Kadir melantik Speaker baru, Dato' R Ganesan dianggap sebagai terbatal dan tidak sah.

Malangnya biar pun tindakan itu tidak sah, namun pihak keselamatan dikatakan bersekongkol dengan kerajaan 'haram' dengan mengusung keluar Speaker, V Sivakumar ke tempat yang tidak diketahui.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tindakan wakil rakyat BN melantik Speaker baru, ketika Speaker lama masih ada adalah menyalahi peraturan.

Katanya, Speaker tidak boleh dilucutkan jawatan seperti yang dilakukan Adun BN di Perak memandangkan V Sivakumar belum meletak jawatan.

"Ini bermakna jawatan Speaker belum lagi kosong. Saya hairan mereka menggunakan peraturan mana tiba-tiba melantik Speaker baru ketika Sivakumar masih berada di atas kerusinya.

"Ini secara jelas mencabul undang-undang yang tidak pernah berlaku dalam sejarah moden Malaysia sejak mencapai kemerdekaan. Ini sesuatu yang cukup mengaibkan," katanya di sini.


Persidangan Dun Perak hari ini menyaksikan suasana tegang sejak pagi tadi sehingga sekarang menyebabkan upacara perasmiannya tidak dapat dilakukan mengikut masa ditetapkan.

Ketika persidangan pagi tadi Zambry mengumumkan Speaker ditukar namun dibantah kesemua Adun Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan suasana menjadi tegang.

Biar pun tidak sah Ganesan diarah mengangkat sumpah dalam kelompok Adun BN dan dipakai jubah sebagai Speaker.

Pada peringkat awal persidangan pagi tadi dilaporkan Sivakumar enggan memulakan mesyuarat sekiranya Zambry dan enam anggota Exco kerajaan kudeta dan tiga Adun Bebas tidak keluar dewan.

Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran berkata, hanya dalam tiga situasi sahaja speaker baru boleh dilantik iaitu speaker sedia ada meletak jawatan, meninggal dunia atau selepas penggal baru persidangan Dun bermula.

"Jadi dalam situasi yang berlaku di Perak sekarang ketiga-tiga kriteria tersebut tidak dipenuhi, biar pun ada cadangan mahu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Speaker.


"Samalah seperti berlaku di parlimen, tanpa kebenaran Speaker usul tidak dapat dibawa," katanya.

Beliau juga berpendapat apa yang berlaku di Perak hari ini kelihatan seperti dirancang rapi memandangkan keabsahan tidak dimiliki kerajaan BN sekarang.

Menurutnya, BN akan melakukan apa sahaja termasuk memperalatkan pasukan keselamatan dan kumpulan samseng bagi mencabut kuasa yang ada pada speaker.

"Biar pun pelbagai tindakan dibuat, rakyat di luar sudah tahu kerajaan mana sebenarnya yang sah di sisi rakyat. Saya percaya konflik itu tidak akan berakhir tanpa dibubarkan Dun Perak," katanya.

Beliau juga menyelar tindakan polis menahan begitu ramai pemimpin Pakatan Rakyat semata-mata menuntup kedhaifan politik di Perak.

Kerajaan Nizar-Zambry : Titik Hitam Di dalam Sejarah Negara

7 Mei 2009, akan terpahat sebagai satu titik hitam di dalam sejarah negara. Ia adalah penyempurnaan kepada sebuah kezaliman yang dimulakan oleh seorang yang kini bergelar Perdana Menteri yang telah mengatur rancangan rampasan kuasa sebuah negeri dari pemerintahan Pakatan Rakyat.

Sekalipun mahkamah belum memutuskan siapakah menteri Besar yang sah, namun kerajaan haram UMNO-BN yang terbentuk selepas rampasan kuasa, memutuskan untuk mengadakan sidang DUN pada 7 Mei apabila mendapati tempoh 13 Mei semakin hampir dimana ketika itu DUN akan terbubar dengan sendiri jika dewan belum bersidang lagi.

Dengan kaedah "matlamat menghalalkan cara", dan dengan menggunakan segala jentera seperti SUK, polis dan sebagainya mereka "memaksa" rakyat untuk menerima mereka sebagai pentadbir negeri Perak, sekalipun usaha mereka untuk mendapat restu rakyat sebelum ini telah ditolak mentah melalui kekalahan mereka di di dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Pagi ini, V.Sivakumar, selaku Speaker memulakan dengan memberikan arahan supaya mereka yang digantung keluar dewan. Ia tidak dipatuhi. Speaker yang masih berkuasa ketika itu meminta pengawal untuk menjalankan tugas, tetapi tidak dipatuhi. Di situ sudah jelas tanda-tanda bahawa Sivakumar akan terlucut jawatannya apabila pihak-pihak tertentu yang sepatutnya mengikut arahannya kini telah tidak mematuhinya.

BN mengusul undi tidak percaya terhadap Sivakumar serta menamakan Ganesan sebagai Speaker pilihan mereka. Sivakumar tidak berganjak dari kerusinya. 2 Speaker di dalam satu dewan.

BN masih seperti yang kita kenal. Akan menggunakan kaedah "samseng" bagi mencapai hasrat mereka. Denagn membawa berpuluh "penceroboh" untuk masuk ke dewan serta mengangkat keluar Sivakumar, mereka menabalkan Ganesan selalu Speaker.

Alangkah jeleknya UMNO/BN yang berkuasa hari ini menggunakan taktik dan teknik sedemikian rupa untuk berkuasa.

Raja Nazrin kemudian menyampaikan titah membuka dewan.

Kini kuasa rakyat dirampas oleh UMNO BN yang memaksa rakyat menerima mereka sebagai pentadbir/kerajaan negeri Perak!

Tak mengapa, wahai UMNO, wahai BN, satu hari kau pasti akan merasa kejatuhan dengan kaedah yang lebih dasyat dari apa yang kamu telah lakukan kerana Tuhan berjanji, "rencana yang jahat itu tidak akan menimpa kecuali kepada si perencana itu sendiri (Fathir : 43) -

Setidak-tidaknya Penanti sedang menanti dan menyaksikan UMNO BN kalah lagi apa tah lagi dengan apa yang telah berlaku pada hari ini! -GB


Isu Kerajaan Nizar : 7 Mei Live Dari Perak

Hari ini, 7 Mei, dari bumi Perak Darul Ridwan.

Titah Ucapan Raja Nazrin

UMNO BN menggunakan Samseng untuk menceroboh dan menrampas kerusi Speaker





YB Salahuddin Ayub dan YB Mujahid Yusof Ditahan


Sidang Haram Sedang berlangsung


Hee dkerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker

Didalam



Diluar

Kecoh Dalam Dewan

Suasana Solat Hajat Suboh Pagi Tadi

Diluar Bangunan Perak Darul Ridzwan


Diseberang jalan

Ahli Parlimen Ipoh Barat bertikam lidah dengan OCPD Azizman Alias

Penahanan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida

Penahanan ADUN Teratai Negeri Sembilan Janice Lee

Suasana Terkini

ADUN Teratai Selangor ditahan Polis


Suasana sekitar jam 8.00 pg - maklumat dri aninetto


Polis sedang menahan seorang yang berbaju hitam.




Isu kerajaan Nizar : 43 NGO Serah Memo Kepada Sultan

Sebanyak 43 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili pelbagai bangsa menyerahkan satu memorandum kepada Sultan Perak memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Memorandum yang berupa petition rakyat Perak memohon perkenan Sultan untuk diadakan pilihanraya bagi memberikan rakyat mandat untuk memilih kerajaan negeri yang mereka mahukan.

Jurucakap kumpulan NGO berkenaan Mohd Nazri Sahat berkata pihaknya bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik tetapi perihatin kepada kemelut politik yang berlarutan di Perak.

Beliau kemudiannya menyerahkan memorandum itu kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Samsul Bahari Hassan di Istana Iskandariyah untuk diserahkan kepada Sultan Azlan Shah.

Memorandum yang ditandatangani oleh 5,000 aktivis mewakili pelbagai NGO memohon Sultan Perak untuk menyelesaikan kemelut politik yang telah berpanjangan dan semakin meresahkan rakyat.

Di dalam satu perkembangan berasingan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat kesal dengan keengganan Zambry Kadir dari UMNO untuk menangguhkan sidang dewan undangan negeri sehingga mahkamah memutuskan siapa ketua kerajaan negeri yang sah.

Di mahkamah, keputusan perbicaraan Hj Nizar vs Zambry yang sepatutnya diketahui hari ini ditangguhkan pagi esok oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Perbicaraan yang bermula sejak hari Isnin yang lalu dengan masing-masing peguam bela membentangkan hujjah mereka, peguam negara juga turut dibenarkan mencelah dalam perbicaraan tersebut, tetapi celahannya lebih memihak kepada Zambry.

Pagi esok, peguambela Hj Nizar akan menggulung hujjah dan selepas penggulungannya, Hakim Mahkamah Tinggi dijangka akan memutuskan siapa MB yang sah di Perak. Samalah kita berdoa dan solat hajat, mudah-mudahan Hj Nizar akan menang dalam kes ini.