17 Apr 2009

Keajaiban Di zaman 1Malaysia Najib Altantuya

Dua keajaiban berlaku dalam Negara sehari dua ni.

Pertama

Mahkamah dah boleh ganggu keputusan speaker DUN. Di perak, YB Sivakumar yang gantung MB belum sah dan EXCO telah dibatalkan oleh mahkamah. Keputusan oleh hakim-hakim yang bersidang. Orang tak tau undang-undang tak boleh komen. Macam ana ini tak reti nak kata apa, tetapi sering juga didalam parlimen diberitahu bahawa keputusan speaker parlimen dan DUN tak boleh dicabar didalam mahkamah.

Kalau tidak apa yang dibuat dalam DUN dan parlimen boleh dicabar dalam mahkamah, maka setiap rang undang—undang yang diluluskan dalam parlimen boleh dibawa didalam mahkamah dan dipertikaikan dalam mahkamah, hakim kata RUU tu tak boleh lulus, maka terpaksa buat RUU lain, begitu juga kalau speaker gantung ahli sama ada DuN atau Parlimen, tiba-tiba ahli tersebut bawa kemahkamah, maka keputusan speaker tu boleh batal dek hakim, maka akan jadi celaru dan haru biru habis dasar yang telah digariskan dalam perlembagaan kita selama ini.

Susah nak komen bab ni pasal nampaknya selama 5 perdana menteri tak pernah belaku pertikaian keputusan speaker sebelum ini sehinggalah Malaysia berperdana menterikan PM keenam tambah 4, ada hantu dibelakang yang menjadi mentor beliau, maka jadi haru biru habis Negara kita sekarang ni.

Segala pemahaman kita pasal pemisahan kuasa antara eksekutif, judiciary dan kehakiman yang termaktub dalam perlembagaan Negara sejak sekian lama tentu akan musnah dalam era kepimpinan yang wujud sekarang ini. Bak kata sahabat ana yang kalah dan tak masuk bertanding jadi menteri, yang menang dan masuk bertanding MT jadi ahli parlimen saja, maka sebagai precedent, lepas ni jangan ada yang bertanding, dah tentu chance untuk jadi menteri akan lebih baik dari yang masuk bertanding.

Juga lepas ni, mungkin YB Puchong boleh ambil tindakan mahkamah terhadap speaker dewan rakyat yang gantung beliau setahun dan ada ketika dimana yang kena gantung sehari dua dari menghadiri siding boleh start ambil tindakan mahkamah kerana di Perak sudah ada precident.

Kedua

Masa 3 ADUN Perak yang serah surat letak jawatan kepada Speaker Perak hari tu, SPR kata mereka nak siasat dulu perletakan jawatan tu, kerana mereka pertikaikan perletakan jawatan tu walaupun disahkan oleh Speaker negeri Perak, tetapi bila Penanti isthar letak jawatan dan disahkan oleh Speaker, adakah SPR akan siasat juga atau terus nak diadakan PRK di Penanti nanti?

Juga kenapa di Batang Air hari tu pengiraan kertas undi tak dibuat ditempat mengundi saperti ditempat lain di PRU 12 atau PRK di Permatang Pauh, KT, Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan dikira setelah kertas undi menaikki Helikopter ke tempat penjumlahan, apakah ini tidak menimbulkan andaian bahawa kertas akan ditukar atau dibuang kelaut atau ditambah atau apa-apa penipuan yang boleh dan layak berlaku.

- YB Mohd Hayati Othman, Ahli Parlimen Pendang

PRK : Siapa Penakut Sebenarnya - UMNO BN Atau PR?

Kerajaan Selangor takut, kata Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus. Sebab itu, ia memujuk Elizabeth Wong kembali sebagai Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan dan Exco kerajaan negeri.

Shukor berkata, jika peletakan jawatan Wong diterima, maka kerajaan negeri akan menghadapi rakyat yang kini tahu bagaimana menilai prestasinya sejak setahun memerintah negeri berkenaan. Katanya, rekod kerajaan negeri buruk dan itu jadi punca ketakutannya melepaskan Wong.

Shukor juga berkata, langkah kerajaan negeri itu juga menunjukkan kerajaan negeri tiada mempunyai pemimpin yang sesuai untuk diketengahkan jika berlaku pilihanraya kecil.

Namun lain pula nada Umno di Pulau Pinang. Sebaik pecah khabar Ahli Dewan Negeri Penanti, Mohamad Fairuz Khairuddin meletak jawatan, Ketua Pembangkang dari Umno, Datuk Azhar Ibrahim berkata, itu adalah helah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merugikan dana awam.

Katanya, pilihanraya hanya akan menyusahkan rakyat.

Sementara sekutunya dalam Barisan Nasional Pulau Pinang, Eng Hiap Boon dari MCA dan Dr Teng Hock Nan dari Gerakan berpendapat, pengumuman peletakan jawatan Fairus itu adalah cara PKR untuk meraih publisiti.

Oleh itu, mereka dan beberapa kerabat Barisan Nasional menyimpulkan bahawa tindakan PKR menggunakan pendekatan ini untuk “membersarakan” wakil-wakil rakyatnya yang bermasalah, adalah satu “salahguna” proses demokrasi.

Mereka menyebut pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh; Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah dan terakhir sekali mungkin bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang, sebagai alasan hujah.

Laungan mereka ini disokong oleh kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Aziz Yusof apabila beliau menyatakan pilihanraya kecil memakan biaya yang besar.

Bagaimanapun katanya, jika ada kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri mahupun parlimen, SPR tetap akan menguruskan pilihanraya kecil demi memastikan rakyat mempunyai wakil yang sah di dewan berkenaan.

Namun yang menjadi persoalan mengapa soal belanja dijadikan asas perkiraan? Benarkah ini merugikan? Jika benar, maka betullah tindakan kerajaan Selangor pimpinan PKR tidak mahu pilihanraya kecil berlaku di Bukit Lanjan kerana soal kos pilihanraya. Jika demikian, kurang bijaklah Ketua Pemuda Umno Selangor mengatakan kerajaan negeri takut menghadapi rakyat!

Namun apabila PKR berani dan sanggup pula mengosongkan kerusi Penanti hanya untuk mengisinya dengan calon yang lebih efektif, tindakan itu dikatakan sebagai membazir dan menyusahkan rakyat.

Jika benar demikian kenapa Umno tidak rujuk sahaja kepada dan bekas Menterinya, Shahrir Samad berhubung tindakannya meletak jawatan ahli Parlimen Johor Bahru dan bertanding semula sebagai calon bebas lebih 20 tahun lalu? Shahrir bukan sahaja menang malah dapat membuktikan Umno (terutama Umno baru yang didaftar semula pada 1988) sudah tidak dapat kepercayaan rakyat lagi.

Oleh itu Umno perlu tentukan sikap – perlu atau tidak pilihanraya kecil di Penanti diadakan? Bila Pakatan Rakyat tidak mahu izinkan pilihanraya kecil berlaku di Bukit Lanjan, ia dikatakan penakut. Namun apabila ia hendak diadakan di Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang dan peluang menang tipis, ia dikatakan membazir.

Wakil PKR di Bukit Selambau meletakkan jawatan dan melorongkan pilihanraya kecil berlaku kerana keselamatan beliau dan keluarga terancam. Laporan polis dibuat, tetapi tiada tindakan tegas diambil. Bagaimana Arumugam hendak menumpukan perhatian kepada tugasnya jika keselamatan beliau tidak keluarga tidak terjamin? Maka beliau berhenti. Dan, pilihanraya kecil berlaku.

Fairuz pula berhenti kerana hendak beri tumpuan kepada keluarga dan melanjutkan pelajaran. Beliau juga hendak mengambil peluang di luar lingkungan tugas politik untuk membersihkan namanya dari pelbagai tohmahan. Salahkah tindakan itu?

Kes pilihanraya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh lapan bulan lalu adalah unik. Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua orang, baik kawan mahupun lawan akan mengakui hakikat bahawa potensi beliau sebagai pemimpin adalah besar. Dan, beliau tidak boleh menjadi wakil rakyat kerana dianiaya oleh musuh-musuh politiknya. Maka salahkan jika isterinya berkorban melepaskan kerusi parlimen supaya Anwar bertanding dan rakyat dan negara dapat memanfaatkan potensi kepemimpinannya?

Kini jelas kedudukan, mentaliti dan tahap keyakinan diri Umno. Jika Umno berani menghadapi rakyat, adakanlah pilihanraya kecil Behrang dan Cangkat Jering. Lebih baik lagi bubarkanlah Dewan Undangan Negeri. Ini akan membantu selesaikan kemelut politik Perak. Itu baru berani namanya.

- tvantara

Najib Altantuya Dicabar Goreng Capati Di Penanti Nanti

Dalam usaha untuk memperbaiki imejnya sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa bersamanya bagasi penuh dengan pelbagai masalah sewaktu memasuki pejabat PM, telah cuba untuk berlakon menjadi "pemimpin berjiwa rakyat".

Dengan bertemakan slongan yang indah muluk "One Malaysia" beliau mengagaskan tentang betapa perlunya rakyat Malaysia mengikis sikap memandang sesuatu perkara melalui lensa mentaliti etnik atau 'ethnic silos' masing-masing.

"Marilah kita keluar daripada beroperasi dalam prisma etnik seperti yang pernah kita lakukan selama ini. Itu juga maksud konsep "1Malaysia.

"Kita mesti menghormati satu sama lain, melepasi batas toleransi dan memupuk kepercayaan satu sama lain selain menyemai sikap saling percaya dalam kalangan kumpulan etnik," katanya lagi.

Apa yang beliau ucapkan itu telah dan sednag dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat dimana parti-parti komponen Pakatan Rakyat tidak mengenal "bangsa" sebagai pra syarat utama penyertaan mereka ke dalam parti.

Ini berbeza dengan parti-parti komponen BN dimana setiap parti di dalamnya menjadi payung kepada kumpulan etnik tertentu.

Jelas slogan One Malaysia yang dibawa oleh Najib telah mendedahkan keterbelakangnya BN sendiri di dalam mengimplementasikannya yang telah berjaya dilaksanakan dengan baik oleh Pakatan Rakyat.

Dan sewaktu perayaan menyambut Hari Vaisakhi, Najib telah cuba untuk melakonkan watak seorang rakyat marhain dengan bersama para wanita kaum Sikh membakar capati sebagai bukti ... PM anda berjiwa rakyat.

Kita ingin meminta Najib membawa kuali capati di Penanti. Mana tau dengan cara sedemikian boleh memberikan sedikit pertambahan undi kepada UMNO-BN daripada terus diaibkan kerana ketiadaan modal untuk mengkedepankan gagasan murni One Malaysianya itu.

Bukankah pilihanraya kecil satu medan terbaik untuk menerangkan konsep One Malaysia dan lain-lain disamping membuktikan anda pemimpin berjiwa rakyat?

Kerana dengan cara sedemikian juga anda tidak perlu khuatir dengan "wang yang banyak" bakal dibelanjakan untuk sesuatu pilihanraya seperti yang disungutkannya semalam.

Hanya berbekalkan kuali, dapur dan sebuah tong gas, resipi capati serta mummy Penang sebagai ganti kepada wanita Sikh sebagai pengiring-pengiring sewaktu sessi bergambar.. Pakatan Rakyat boleh menjadi sponsornya jika Najib bersetuju!

Najib Altantuya Dah Terhidu Kekalahan Teruk Di Penanti

Di dalam satu perkembangan yang sudah diduga, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulas mengenai perletakan jawatan Mohd Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti dimana Najib menyifatkan peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai satu mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.

Katanya, keputusan yang dibuat itu adalah satu keputusan politik.

"Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya," katanya dalam satu sidang media di Klang, hari ini.

Najib tidak menyedari apa yang dlakukan tatkala melakukan rampasan kuasa di Perak adalah lebih dari sekadar satu permainan politik untuk tujuan tertentu, malah ramai berpendapat ia adalah permainan paling hina dan jijik yang pernah dilakukan oleh Najib di dalam usaha untuk melonjakkan dirinya sebagai Presiden UMNO tatkala itu.

Jika tidak mahu berpilihanraya kecil, Najib boleh saja jika beliau mahu, mengusulkan pindaan kepada rang undang-undang yang sedia ada.

Malah Najib boleh saja merancang kudeta baru di kerusi mana-mana yang beliau mahu seperti yang dilakukan terhadap ADUN-ADUN di Perak.

Jawapan Najib itu hanya sebagai satu helah lantaran takut untuk menghadapi kenyataan bahawa UMNO-BN bakal terponggeng lagi.

Mengosongkan kerusi adalah perkara biasa apa tah lagi di dalam keadaan Mohd Fairus kini ditekan oleh pihak SPRM untuk satu tuduhan yang masih samar dan kurang bukti kukuh sehingga kelewatan di dalam pendakwaan terhadapnya.

Demi menjaga maruah dirinya, maruah partinya, maruah negerinya, sebagai pemegang jawatan Timbalan Ketua Menteri beliau membuat keputusan sebagai anak jantan meletakkan jawatan, tidak seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang sekalipun telah terbukti rasuah masih terus memegang jawatan di pelbagai peringkat sekalipun sebagai ahli parlimen, ADUN, Ketua Menteri, Menteri Besar dan menteri pusat.

Yang nyata ialah Penanti bukan lagi merupakan kubu tetapi kubur UMNO. Dan Najib telah menghidu akan berakhirnya riwayat UMNO-BN di Pulau Pinang lantarannya.

Ia juga satu referendum baru terhadap kedegilan Najib dan pihak tertentu untuk mengadakan pilihanraya seluruh Perak sekalipun referendum Bukit Gantang dan Bukit Selambau terlalu jelas telah diberikan oleh rakyat.

Jika masih terus membisu, pilihanraya kecil bakal diadakan lagi dan jika kalah lagi Najib wajar berhenti sebagai Perdana Menteri. Ada berani?

Rakyat pantang dicabar. Kebenaran pantang dipijak. Nanti anda yang bakal tercabar, anda yang bakal dipijak!

ISU KERAJAAN NIZAR : Keputusan Mahkamah Persekutuan Semalam Wujudkan Tauladan Merbahaya

Tindakan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN mewujudkan tauladan yang amat merbahaya terhahap keutuhan institusi kehakiman dan konsep pengasingan kuasa.

Exco Kanan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Datuk Ngeh Koo Ham berkata keputusan Mahkamah Persekutuan boleh ditafsirkan sebagai mencampuri badan eksekutif dan menjejaskan imej dan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman.

Keputusan itu juga secara lansung mendedahkan kemungkinan semua keputusan badan kehakiman berkaitan isu yang sama pada masa yang lepas dipertikaikan serta disemak semula.

Mahkamah juga tidak membuat apa-apa keputusan mengenai 'Persidangan Bawah Pokok' yang dibuat pada 3 Mac 2009. Dalam persidangan itu, keputusan Jawatankuasa Hak & Kebebasan untuk menggantung 7 orang ahli Dewan Negeri itu telah diterima dan diluluskan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan menimbulkan lebih banyak keraguan kerana ianya telah campurtangan dalam prosiding Dewan Negeri.

Menurutnya lagi, apa sahaja keputusan yang dibuat pada hari ini boleh diabaikan oleh Dewan Negeri kerana ia hanya merupakan satu deklarasi dan bukannya mandamus atau certiorari. Beliau menegaskan bahawa deklarasi itu hanyalah pendapat yang tidak menguatkuasakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

Dewan Negeri mempunyai undang-undang tersendiri. Undang-undang itu hanya boleh ditafsirkan oleh Speaker. Samada Speaker bertindak secara betul ataupun tidak, hanya dewan sahaja yang boleh membincangkan hal ini melalui usul yang dibawa. Keputusan Speaker hanya boleh dicabar dalam Dewan itu sendiri.

Datuk Ngeh juga mengatakan bahawa Mahkamah telah mentafsir kuasa -kuasa Speaker, adalah tidak baik jika Dewan Negeri juga memberi pendapatnya mengenai keputusan-keputusan Mahkamah. Beliau mengatakan bahawa deklarasi yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan adalah 'akademik dan tidak perlu'.


UMNO Lebai Malang Memohon Restu Rakyat Lagi di Penanti

UMNO oh UMNO! Setelah beriya-iya merayu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan "mohon restu rakyat" tapi ditolak kini terpaksa bertandang ke Penanti.

Apa yang pasti dari keputusan-keputusan pilihanraya semenjak 8 Mac tahun lalu, UMNO dan BN menongkah arus di tengah-tengah kebangkitan rakyat yang tidak berpihak kepadanya lagi menyebabkan ia tewas di dalam setiap kali berpilihanraya. Berjuta sudah dan akan terlokop, kata orang Johor.

Teringat GB akan kisah Lebai Malang. Dikatakan Lebai Malang tinggal di tepi sebatang sungai.

Alkisah tercatat pada suatu hari. Lebai Malang dijemput oleh dua orang penduduk kampung berhampiran untuk hadir ke majlis kenduri. Seorang di hulu dan seorang di hilir. Di hulu sajiannya ialah daging kambing. Di hilir pula disajikan ayam sebagai jamuan.

Setelah membuat perkiraan dan keuntungan perut untuk memilih hidangan yang bertepatan, maka direncanakan dalam jadual Lebai Malang untuk menghadiri kenduri di hulu terlebih dahulu kerana hidangannya adalah kambing. Sajian ayam dikemudiannya kerana tahap seleranya lebih rendah berbanding keinginan untuk melampiaskan selera dengan daging kambing.

Maka, bersusah payah Lebai Malang mengharungi arus menuju ke hulu. Kerana arusnya bertentangan, tempoh masa juga berpanjangan untuk tiba ke destinasi. Ternyata langkah Lebai Malang adalah langkah kiri. Kambing yang diidam-idamkan telah selesai dinikmati penduduk kampung. Walau terasa terkilan, Lebai Malang masih meletakkan harapan untuk menikmati jamuan di hilir. Agar peruntukan belanjawan kos makan pada hari itu dapat dikurangkan. Perjalanan ke hilir tidaklah sukar kerana selari dengan arus yang mengalir. Namun, kelewatan tetap berpihak pada Lebai Malang. Ayam juga telah tiada. Kasihan Lebai Malang. Kasihan. Lebai Malang yang malang. Lebai Malang.


Mungkin penilaian yang diberikan oleh khalayak adalah berdasarkan kepada pengajaran dalam kisah rakyat itu tadi. Dan samada ia bertepatan dengan apa yang saya ingin catatkan atau tidak ia persoalan yang boleh kita simposiumkan semula nanti.

Lebai Malang itu UMNO. Di dalam membuat sesuatu keputusan, Lebai Malang adalah satu watak yang membuat keputusan berdasarkan perkiraan nafsu dan seleranya semata-mata bukan kepada pertimbangan akal yang waras tetapi naif dan tidak mengambil kira faktor persekitaran yang ada.

Sebagai contoh di dalam kes krisis politik Perak. Yang dipenting ialah "merebut kekuasaan yang telah terlepas" dengan apa cara sekalipun (at all costs), nafsu dan seleranya begitu besar sehingga dijayakan satu konspirasi coup de tat tanpa mengira faktor persekitaran bahawa tindakannya "menentang arus" kebangkitan rakyat akan hanya menyeebabkan beliau pulang kelaparan.

Hakikatnya nyata, sewaktu air mengalir ke hilir dia ke hulu, semasa dia mendayung ke hilir seklipun bersama arus One Malaysia untuk memperdaya rakyat supaya nampak semacam sama dengan arus kebangkitan, UMNO-BN sudah terlambat.

Sekalipun segala tenaga dikerah untuk menentang arus dengan SPR, SPRM, Polis, Mahkamah, media massa malah istana juga namun tidak mungkin arus kebangkitan rakyat dapat dikalahkan. Itu satu bahagian. Kisah Lebai Malang ini ada sambungannya.

Hatta seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul menuju Pak Lebai, kerana pada sangka burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang bogel, seurat benang pun tiada lekat pada tubuhnya. Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu datang, ia pun segeralah mengadakan lengannya dan membukakan kedua ketiaknya. Maka punai itu pun betullah masuk kedalam lubang ketiaknya, seekor disebelah kiri hendak menangkap burung itu. Wah apabila dirasa oleh burung itu badanya sudah tiada terapit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik keatas pohon kayu yang berhampiran disitu. Setelah dilihat oleh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah matanya dengan putus asanya kerana segala pekara yang diusahakannya itu suatu pun tiada memberi faedah kepadanya.

Maka bersuaralah sesetengah pemimpin UMNO bermentaliti rendah menyeru umat Melayu untuk bangkit dan bersatu dengan harapan sekalian Melayu di dalam PAS dn PKR akan dapat diapit di celah ketiaknya.

Rupa-rupanya Melayu-melayu yang disangkanya bodoh boleh mengikut sahaja kata-katanya untuk dijadikan mangsa kerakusan untuk melampias nafsunya untuk terus berkuasa sedangkan dirinya telah berbogel dengan segala isu seperti Perak, One Malaysia, Altantuya, Balkis, 10 Lesen Judi, katak-katak melompat, kedatangan semula si tua bangka mahazalim, penyalahgunaan kuasa, rasuah dalam parti dan sebagainya mengangkat tangan untuk menangkap melayu-melayu yang ada diketiaknya.

Melayu-melayu yang terperangkap tadi mujur jika menggunakan akal terbang lari pergi ke dahan pokok yang menghijau sebelum mangsa di Lebai Malang yang telah berbogel dengan pelbagai skandal itu.

Pulanglah Lebai UMNO ke rumah untuk kemudian dimarahi isterinya lantaran dilihat dalam keadaan berbogel itu. Demikian keadaan UMNO nanti di Penanti, menunggu masa untuk di hamun rakyat kerana ketamakan, kerakusan dan kebodohannya di peti undi.

Maka kemudian dinyanyikanlah orang lagu ini menggantikan lagu Warisan

Lebai nasib langkahan malang,
Kehulu hilir penat berulang
Celaka sial bedebah jembalang
Pakaian dibuang bertelanjang pulang.


Maka demikianlah ceritanya, dan di dalam cerita diatas Lebai Malang itu UMNO dan di bawah kisah UMNO itu Lebai Malang adanya.



Belum Lawan UMNO BN Sudah Angkat Bendera Putih

Cuba baca dua berita ini. Kemudian cuba anda buat kesimpulan, apa yang tersirat di hati dua pemimpin BN ini:

i) Tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, menunjukkan tembelang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang lebih gemar mencari populariti politik, berbanding membantu rakyat.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abd Jalil Majid dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata tindakan wakil rakyat pembangkang berkenaan juga hanya merugikan rakyat, termasuk pembaziran wang. "Tindakan beliau (Mohammad Fairus) itu hanya akan menyusahkan dan menghampakan rakyat, selain membazirkan wang mereka
(Sumber: Berita Harian Online)


ii) Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata pilihan raya kecil yang bakal diadakan di Penanti sengaja dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat dengan tujuan mewujudkan gelombang sokongan kepada parti itu.

“Dia sengaja mencipta ’ombak’ ini supaya PKR sentiasa di hati rakyat kerana berjaya memenangi kawasan yang ditandingi,” katanya kepada Bernama ketika mengulas peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti Mohammad Fairus Khairuddin hari ini.
(Sumber: Utusan Online)


Justeru, apa kesimpulan anda terhadap dua berita dari dua akhbar kepunyaan Pemerintah itu? Seorang pemimpin dari UMNO berkata PKR hanya ingin mencari populariti dari pilihanraya kecil Penanti. Belum lagi berlawan orang itu sudah kata PKR memang lebih popular dari BN dan pilihanraya itu cuma medan untuk memperlihatkan populariti parti itu.

Seorang lagi pemimpin dari Gerakan pula berkata PKR sentiasa 'di hati rakyat' dan akan memenangi di kawasan yang akan ditandingi.

Kesimpulan dari kedua-dua kenyataan pemimpin BN itu sangat mudah: mereka telah mengangkat bendera putih sebelum masuk perang sebenar. Seperti kata Datuk Abdul Jalil, pilihanraya itu hanya akan membazirkan wang rakyat, kerana akhirnya PKR juga yang akan menang. Seperti kata Datuk Dr Teng, pilihanraya itu hanya akan menguntungkan PKR kerana "berjaya memenangi kawasan yang ditandingi"

pendikar gunung kriang