17 Apr 2009

Najib Altantuya Dicabar Goreng Capati Di Penanti Nanti

Dalam usaha untuk memperbaiki imejnya sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa bersamanya bagasi penuh dengan pelbagai masalah sewaktu memasuki pejabat PM, telah cuba untuk berlakon menjadi "pemimpin berjiwa rakyat".

Dengan bertemakan slongan yang indah muluk "One Malaysia" beliau mengagaskan tentang betapa perlunya rakyat Malaysia mengikis sikap memandang sesuatu perkara melalui lensa mentaliti etnik atau 'ethnic silos' masing-masing.

"Marilah kita keluar daripada beroperasi dalam prisma etnik seperti yang pernah kita lakukan selama ini. Itu juga maksud konsep "1Malaysia.

"Kita mesti menghormati satu sama lain, melepasi batas toleransi dan memupuk kepercayaan satu sama lain selain menyemai sikap saling percaya dalam kalangan kumpulan etnik," katanya lagi.

Apa yang beliau ucapkan itu telah dan sednag dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat dimana parti-parti komponen Pakatan Rakyat tidak mengenal "bangsa" sebagai pra syarat utama penyertaan mereka ke dalam parti.

Ini berbeza dengan parti-parti komponen BN dimana setiap parti di dalamnya menjadi payung kepada kumpulan etnik tertentu.

Jelas slogan One Malaysia yang dibawa oleh Najib telah mendedahkan keterbelakangnya BN sendiri di dalam mengimplementasikannya yang telah berjaya dilaksanakan dengan baik oleh Pakatan Rakyat.

Dan sewaktu perayaan menyambut Hari Vaisakhi, Najib telah cuba untuk melakonkan watak seorang rakyat marhain dengan bersama para wanita kaum Sikh membakar capati sebagai bukti ... PM anda berjiwa rakyat.

Kita ingin meminta Najib membawa kuali capati di Penanti. Mana tau dengan cara sedemikian boleh memberikan sedikit pertambahan undi kepada UMNO-BN daripada terus diaibkan kerana ketiadaan modal untuk mengkedepankan gagasan murni One Malaysianya itu.

Bukankah pilihanraya kecil satu medan terbaik untuk menerangkan konsep One Malaysia dan lain-lain disamping membuktikan anda pemimpin berjiwa rakyat?

Kerana dengan cara sedemikian juga anda tidak perlu khuatir dengan "wang yang banyak" bakal dibelanjakan untuk sesuatu pilihanraya seperti yang disungutkannya semalam.

Hanya berbekalkan kuali, dapur dan sebuah tong gas, resipi capati serta mummy Penang sebagai ganti kepada wanita Sikh sebagai pengiring-pengiring sewaktu sessi bergambar.. Pakatan Rakyat boleh menjadi sponsornya jika Najib bersetuju!

2 ulasan:

  1. Ada tiga huruf yang jadi fobia dan ditakuti oleh PM Najib iaitu PR, RPK, PKR, PRK.

    BalasPadam
  2. Tak kena gaya PRK dalam siri jelajah seluruh negara akan singgah kat Penanti sat.jom pakat heboh kat sana.Kalau SPR kata line clear….PRK kat Penanti biaqpilah One Alone in Malaysia kata dah boring PRK ni.Banyak fulus habis.wang besar wang besar tak ketahuan berapa kehabisannya.

    Harapan tok lepas ni,siri jelajah PRK akan singgah di kawasan BN pulak.Lebih adventure dan mendebarkan.siap dengan lakonan pelagak ngeri lagi.

    Ada kedengaran khabar angin Fairus nak join UMNO tapi tok tak berapa yakin.kalau dia nak masuk UMNO,tentu cara yang sama digunakan oleh tok wakil changkat jering dan behrang ditirunya.

    Biarlah ia menjadi rahsia,cuma tok nak peringat sikit,kalau line clear kat Penanti,Bloggers jangan tunggu lagi.Kita mulakan kempen.Tok-tok wakil PR boleh buat siri ceramah sempena kemenangan di Bukit gantang dan Kuala Terengganu.Dah kira teori domino,satu persatu PRK dimenangi PR.UMNO-BN gigit jari dan tak kering gusi buat press statement nafikan kereputan kerajaan Persekutuanyang diperintahnya.

    Tok bimbang akan berlaku serangan virus ultra kat bloggers PR seperti yang dialami Tranungkite.net.Anggaplah kita kura-kura tengah berlumba dengan arnab yang sombong.

    Tok sempat jugak belek paper tentang negeri pasir dua butir.tok tak nak komen keputusan mahkamah tentang kuasa speaker.tok yakin bulan mei ini dun negeri akan bersidang.eloklah tok wakil perangatkan kembali kes dua tok wakil yang terlibat rasuah tu dan yang terbaru kes salahguna kuasa tok wakil changkat jering.

    Menteri Pasola akan kehilangan 2 tok wakil bebas yang mesra UMNO.PR kena ikhtiarkan lagi 2 atau 3 orang lagi tok wakil UMNO agar boikot sidang DUN.Kalau dapat sepuluh budak hitam macam kat negeri Terengganu lagi bagus.senang kita nak bubarkan dun negeri pasir dua butir dan adakan pilihanraya.

    Rakyat tengah memerhatikan kita.kali ni jangan ada calon tangkap muat.biar yang berkaliber.kelakuan menjolok mata tok wakil umno di Terengganu dan Perlis yang berperang sesama sendiri elok dijadikan panduan kepada kita semua untuk kuatkan lagi PR.

    Manalah tahu.hilang negeri pasir dua butir,dapat pulak terengganu dan perlis.yabedabedoooooo.ayam tak patuk itik tak sudu.sambal belacan campur budu.najib diam terkedu

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.