29 Jan 2009

Ulasan Isu Hangat 29 Jan 2009

Tiba-tiba Rais Yatim mendesak UMNO mengenakan tekanan ke atas ADUN Bota untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan tetapi lupa yang selama ini UMNO yang enggan menggubal undang-undang di parlimen mewajibkan wakil rakyat kosongkan kerusi jika lompat parti. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata hanya apabila UMNO sendiri ditolak oleh wakil rakyatnya, parti itu menggembar-gemburkan perlunya pilihanraya kecil diadakan.


ISU TAJOL LETAK JAWATAN


Hari ini Tajol Rosli Ghazali menafikan beliau ada membuat sidang akhbar untuk menyatakan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO. Beliau menyanggah laporan Berita Harian yang paling awal melaporkan berita perletakan jawatannya. Malah PM sendiri ada mengulas mengenai perletakan jawatannya. Persoalan kini, kenapa Tajol berbelit?

ISU PEMANSUHAN SAYAP UMNO DAN KRITIKAN PAK LAH

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah menolak syor pembubaran sayap Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO seperti yang disarankan oleh Tan Sri Tg Ahmad Rithaudeen, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO dalam usaha untuk membenteras politik wang di dalam UMNO.

Pak Lah kata Datuk Nasaruddin adalah contoh pemimpin yang lemah, walhal semua mengetahui yang lemah ialah Perdana Menteri sendiri sehingga mengakibat UMNO/BN kalah teruk di dalam PRU12 yng lalu. Kuman diseberang laut nampak....

PEMECATAN MUTHUPPALANIAPPAN

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) hari ini membatalkan hukuman memecat bekas Naib Presiden MIC Datuk M. Muthuppalaniappan, yang pernah menyatakan hasrat untuk mencabar Datuk Seri S. Samy Vellu pada pemilihan presiden parti.


KERTAS SIASATAN KES KUGAN DI TOLAK PEGUAM NEGARA?


Apa hal dengan Kertas Siasatan Kes Kugan sehingga ia perlu dikemaskinikan? Ia menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan rakyat apatah lagi kredibiliti peguam Negara dan Ketua Polis Negara kini sering menjadi pertikaian di dalam banyak kes.

MP KAPAR BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KETUA POLIS SELANGOR.

"Kami bukan sahaja membuat laporan polis, tetapi kami juga menyerahkan sekeping rakaman cakera padat video (VCD) kepada polis bagi membuktikan dakwaan pencerobohan bilik mayat oleh keluarga dan dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah dan Datuk S.K. Devamany di hospital berkenaan adalah tidak benar sama sekali," katanya dan mendesak supaya Ketua Polis Selangor tersebut dipecat segera.


Wahid Akan Saman WATAN

Akhbar mingguan WATAN berkemungkinan akan dihadapkan ke mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dengan menyatakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd. Abdul Wahid Endut melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam di keluaran Ahad 25-31 Januari lalu.

Beliau menyatakan tidak pernah dihubungi akhbar berkenaan untuk mendapat penjelasan berhubung dengan kenyataan tersebut. Tindakan saman akan diambil jika akhbar berkenaan tidak membetulkan laporannya.

Najib tolak saranan supaya sayap-sayap Putera, Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO dimansuhkan seperti yang disuarakan oleh Pengerusi Disiplin UMNO, Tg AHmad Rithaudin. Beliau juga menyatakan beliau belum mendapat surat perletakan jawatan Tajol Rosli dan menyatakan surat itu sepatutnya diserahkan kepada Presiden UMNO.

Tajol masih asyik dengan kes 2 orang exco Perak yang kes mereka akan disebutkan di mahkamah. (Beliau merujuk kepada penahanan dua exco Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat berhubung rasuah yang merupakan siri konspirasi politik yang dirancangnya dalam usaha terakhir bagi untuk merebut kerajaan negeri, - projek perumahan yang didakwa itu tidak pernah diluluskan). Pakatan Rakyat digesa mengambil tindakan mahkamah ke atas SPRM dan Tajol ekoran konspirasi ini.

Tebing Barat. Regim Israel terus melancarkan serangan udara ke atas sebuah bengkel pembuat acuan logam.



Najib to Tajol.. Out U Go

Rupa-rupanya kehadiran TPM, Datuk Seri Najib untuk menemui wakil-wakil rakyat UMNO dari Perak kelmarin membawa bersamanya satu musibah kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Tajol Rosli yang juga bekas Menteri Besar Perak meletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubunga UMNO Perak dan berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Datuk Seri Najib Razak jam 4.30 petang Isnin lalu.

Juga rupa-rupanya visual Najib yang kelihatan gembira apabila menyatakan "semua ada sini" dan "semua komited, semua berdiri, semua bertepuk, tak goyah" hanyalah satu sandiwara untuk untuk mempertontonkan kepada rakyat kononnya UMNO Perak tidak mempunyai apa-apa masalah walhal hakikat sebenarnya UMNO Perak dilnda krisis paling kritikal yang boleh melumpuhkan parti berkenaan. Sungguh hebat dan bergaya lakonan Najib.

Dengar khabar Tajol ketika itu "dibelasah" teruk oleh wakil-wakil rakyat UMNO Perak yang menuduhnya sebagai orang yang bertanggungjawab sehingga menimbulkan konflik paling hebat di dalam UMNO Perak yang mengakibatkan Datuk Nasaruddin Hashim bertindak keluar parti dan menyeberang ke PKR.

Mengadu kepada TPM, akhirnya diri sendiri yang terkena. Demikian nasib Tajol.

"Kami seolah-olah tidak penting. Yang lebih penting sekarang ialah ketua Umno bahagian," kata wakil rakyat Lintang, Datuk Ahmad Fakeh Adam.

Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua Umno bahagian Sungai Siput di tangan timbalannya, Mohd Zulkifli Harun Oktober lalu berkata, ada beberapa Adun lagi yang tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang cuma belum sampai masa untuk mereka bertindak sedrastik Nasarudin.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan ada lagi ADUN yang akan meneyberang ke Pakatan Rakyat.

“Ramai lagi,” ulas Ahamad terhadap kenyataan Menteri Besar Perak, Dtuk Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan terdapat tiga wakil rakyat UMNO yang kini sedang menimbang untuk menyertai PR.

Ahmad Fakeh berkata, beliau kecewa kerana kerajaan pusat lambat memberi peruntukan kewangan walaupun wang sudah ada.

Sebaliknya, kata beliau, peringkat persekutuan begitu cepat meluluskan bantuan kepada ketua Umno bahagian.

Sebagai contoh, katanya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mudah memberikan bantuan kepada ketua bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.

“Ini menjadi masalah kepada Adun yang tidak memegang jawatan ketua bahagian,” katanya lagi.

ADUN Sungai Rapat, YB Hamidah Osman menyatakan penyisihan wakil rakyat yang ada semata-mata untuk memberi ruang selesa kepada Ketua Bahagian hanya akan menghakiskan sokongan rakyat kepada UMNO. Tambahnya, ketua-ketua bahagian yang ada lebih banyak berusaha untuk mempertahankan kedudukan mereka daripada menumpukan usaha menjana semula sokongan rakyat kepada UMNO.

ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang bertindak keluar BN Ahad lalu menyatakan beliau tetap keluar UMNO dan akan bersama PKR walaupun dipujuk oleh banyak pihak dengan pelbagai tawaran baru.





sumber rujukan:

Edisi 7
TVAntara
Blog YB Drs. Khalil Idham
Malaysianinsider
Malaysiakini