29 Jan 2009

Ulasan Isu Hangat 29 Jan 2009

Tiba-tiba Rais Yatim mendesak UMNO mengenakan tekanan ke atas ADUN Bota untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan tetapi lupa yang selama ini UMNO yang enggan menggubal undang-undang di parlimen mewajibkan wakil rakyat kosongkan kerusi jika lompat parti. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata hanya apabila UMNO sendiri ditolak oleh wakil rakyatnya, parti itu menggembar-gemburkan perlunya pilihanraya kecil diadakan.


ISU TAJOL LETAK JAWATAN


Hari ini Tajol Rosli Ghazali menafikan beliau ada membuat sidang akhbar untuk menyatakan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO. Beliau menyanggah laporan Berita Harian yang paling awal melaporkan berita perletakan jawatannya. Malah PM sendiri ada mengulas mengenai perletakan jawatannya. Persoalan kini, kenapa Tajol berbelit?

ISU PEMANSUHAN SAYAP UMNO DAN KRITIKAN PAK LAH

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah menolak syor pembubaran sayap Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO seperti yang disarankan oleh Tan Sri Tg Ahmad Rithaudeen, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO dalam usaha untuk membenteras politik wang di dalam UMNO.

Pak Lah kata Datuk Nasaruddin adalah contoh pemimpin yang lemah, walhal semua mengetahui yang lemah ialah Perdana Menteri sendiri sehingga mengakibat UMNO/BN kalah teruk di dalam PRU12 yng lalu. Kuman diseberang laut nampak....

PEMECATAN MUTHUPPALANIAPPAN

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) hari ini membatalkan hukuman memecat bekas Naib Presiden MIC Datuk M. Muthuppalaniappan, yang pernah menyatakan hasrat untuk mencabar Datuk Seri S. Samy Vellu pada pemilihan presiden parti.


KERTAS SIASATAN KES KUGAN DI TOLAK PEGUAM NEGARA?


Apa hal dengan Kertas Siasatan Kes Kugan sehingga ia perlu dikemaskinikan? Ia menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan rakyat apatah lagi kredibiliti peguam Negara dan Ketua Polis Negara kini sering menjadi pertikaian di dalam banyak kes.

MP KAPAR BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KETUA POLIS SELANGOR.

"Kami bukan sahaja membuat laporan polis, tetapi kami juga menyerahkan sekeping rakaman cakera padat video (VCD) kepada polis bagi membuktikan dakwaan pencerobohan bilik mayat oleh keluarga dan dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah dan Datuk S.K. Devamany di hospital berkenaan adalah tidak benar sama sekali," katanya dan mendesak supaya Ketua Polis Selangor tersebut dipecat segera.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.