23 Dis 2009

Yusuf Qardhawi Rujuk Penangguhan Kes Qazaf Anwar Ibrahim Ke Perhatian Dunia Islam

Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi berjanji akan membawa isu fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada antarabangsa untuk diselesaikan secara syarie.

Justeru, tokoh Islam terkemuka itu akan menggunakan pengaruh beliau untuk bertemu dengan organisasi Islam antarabangsa dan pemimpin Islam terkenal diseluruh dunia dalam masa terdekat.

“Hingga ini kes itu kata syeikh qardawi hendaklah diangkat dengan lebih kuat dan luas seantero dunia supaya datuk seri anwar terbela.

“Dari segi syarak dan digerakkan wadah-wadah antarabangsa seperti kesatuan ulama islam sedunia, dan juga untuk di kemukakan dengan lebih luas untuk sama-sama bekerjasama menyelesaikan kes fitnah anwar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi pertemuan khas Yusuf bersama Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam.

Menurut Dr Muhammad Nur lagi sekiranya kes qazaf yang difailkan Anwar pada Julai 2008 terus dilengahkan ini akan menjejaskan imej serta martabat Malaysia di mata ummah.
Ini kerana keadilan yang ditangguhkan adalah satu bentuk kezaliman, dan seorang Muslim berhak untuk membela diri di muka pengadilan.

“Pendirian Syeikh Qardawi begitu tegas, dan hendaklah mengikut prinsip al-quran dan sunnah dengan menggunakan prosedur-prosedur.

“Anwar mempunyai hak syarak untuk mempertahankan dirinya bagi menjawab tuduhan fitnah yang tidak berasas ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin berkata Sheikh Al-Qaradawi berasa hairan mengapa pemerintah melengah-lengahkan kes qazaf tersebut.

Zulkifli berkata KEADILAN akan menghantar satu delegasi untuk mengadakan perbincangan secepat mungkin dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia untuk membincangkan kemelut Qazaf ini.

“Dia juga nasihatkan bawa isu ini ke pringkat pentas antarabangsa, isu ini besar kerana membabitkan orang yang dikenali, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali di pentas antarabangsa sebagai tokoh pejuang Islam, macamana boleh dikenakan pertuduhan sebegitu rupa, sepatutnya tak dilengah-lengahkan,” katanya. –ATIQAH YAACOB

4 ulasan:

  1. saya hairan, ke manakah suara pemimpin PAS dalam membela DSAI???

    yang lagi sedih dan pedih untuk didengar adalah, "kita biarkan mahkamah putuskan" dari mulut sebahagian pemimpin PAS.

    sepatutnya mereka ini malu dengan Dr yusuf Qardhawi ini yang tidak pernah teragak untuk membela dan yakin akan kesucian DSAI.

    BalasPadam
  2. qardawi bercakap tanpa bahan bukti dikemukakan kepada beliau.

    beliau yakin anwar tak buat sebab anwar yg dia kenal ialah anwar yang menjadi presiden abim dulu (kira2 30 tahun dulu)

    mana dia tahu yg anwar sekarang dah berubah bila masuk umno sekian lama...

    kesian syeikh yusuf...

    BalasPadam
  3. to anon 10.38

    bahan bukti yang ada pun macam hampeh. mahakamah mengelak-ngelak nak benarkan peguam DSAI dapatkan bahan bukti dari pendakwaraya dan polis.

    benarlah apa yang difirmankan Allah SWT dalam Al-Quran. mereka sanggup melacurkan diri jadi jurucakap para taghut kerana harta benda.

    BalasPadam
  4. Awas umat Islam di Malaysia! Anda akan jadi pengikut golongan munafik bila mempercayai DSAI terlibat dengan kes liwat yang kini tersebar di seluruh dunia. Banyak lagi kes-kes munafik yang tersebar di media cetak dan elektronik! Mahukah anda jadi pengikut golongan munafik yang sedang merencanakan untuk mengkhianati orang Melayu seperti menafikan royalti untuk Kelantan yang majoritinya adalah orang Melayu? Kes pembunuhan Altantuya tu amat kabur! Kini tersebar pula berita kehilangan 2 enjin pesawat F-5E!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.