19 Dis 2009

Ustaz Hassan Shukri Tokoh Maal Hijrah Selangor

Bekas Timbalan Presidn PAS, Ustaz Hasan Shukri telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Selangor.

TV Selangor melaporkan mantan Senator, Hassan Shukri dianugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Selangor.

Beliau yang merupakan pentadbir Sekolah Agama Darul Tarbiah, Gombak telah memegang jawatan Senator selama enam tahun.

Penglibatan beliau dalam aktiviti persatuan, politik, dan program peringkat antarabangsa melayakkan beliau menerima anugerah itu.

"Yang pertama saya bersyukur kepada Allah dan menyembah kasih kepada DYMM sultan Selangor yang telah menyampaikan anugerah kepada saya, tokoh maal hijrah 1431 Hijrah," kata beliau.

Beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 dan cenderahati.

Ditanya apa yang akan dilakukan dengan wang saguhati yang diterima, beliau berkata,

"Bagi saya tiada apa insyallah itu perkara biasa dan saya syukur lah. Mudah-mudahan kita akan gunakan juga sedikit sebanyak akan saya sumbangkan," katanya.

IMBAUAN


Hassan, dikenang pejuang terbilang
Azamin Amin

Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun 'bermandi darah' di Kuala Lumpur, dia sudah terpacul tetap menantikan kedatangan mereka. Dan ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak, atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya,dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkan dia, yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi Majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 Mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan "parang terbang dan selempang merah" untuk mara ke ibu kota.

Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing
.

Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. Malah ketika negara dilanda krisis Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari. Sehari kadang-kadang sampai dua kali!

Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti dibibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. Entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di Malaysia ini umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak kemana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.

Hassan Shukri yang dipanggil 'Ustaz' masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di Markas PAS Taman Melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan Markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi di benaknya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai 'Headquartes' pejabat PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut Kuala Lumpur begitu sinonim dengan Hassan Shukri.

Masakan tidak idea penubuhan Markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal RM20,000 beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina Markas. Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Nakhaei untuk mereka sama-sama membeli tanah dengan harga sekitar RM26,000 bagi meluaskan kawasan Markas sekitar tahun 1982.

Selain menerima sumbangan wang, Markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya. Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas.

Semenjak itu, Markas PAS Taman Melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala Lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu.

Lebih menarik ianya menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di Lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KLIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya.

Pejuang Islam tidak akan susah...

Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di pelusuk negara. Ya, Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan Markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan 'buku undang-undang PAS' yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan.

Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.

Walaupun usia telah menjangkau 70an', Hassan masih kelihatan gagah dan berupaya mengingati satu persatu sejarahnya bersama PAS dan wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu, terasa begitu singkat rasanya memandangkan kepetahan dan nada selorohnya, membuatkan saya pegun dan asyik dengan kisah lamanya.

"Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS.

"Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah," katanya tersenyum semula.

Mengakhiri perbualan yang 'berlangsung' di kediamannya sendiri baru-baru ini. Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup.

"Percayalah... sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. Mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan... Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.

"Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...," katanya sambil mecebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan, supaya parti akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang.


Ulasan GB

Kenapa pimpinan PAS yang ada tak pernah melakukan sesuatu untuk menghormati dan mengenang jasa-jasa para pemimpin PAS terdahulu di dalam muktamarnya setiap tahun? Apakah mereka merasakan perjuangan PAS ini hanya hasil usaha dan titik peluh mereka tanpa pengorbanan para pejuang terdahulu ini?

Ramai yang telah dilupakan. Memang menyedihkan apabila Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung tidak mempunyai agenda mengenang jasa pimpinan PAS terdahulu ini.

Timbalan Presiden khususnya, can u please answer me what have you done for the party so far except creating problems with your statements with the press?

6 ulasan:

  1. Saturday, December 19, 2009
    Ahmed Berjaya Dikorbankan Oleh Arip
    Nak ulas balik en3 yang dikeluarkan oleh Ahmed di - http://saynotomunafiqeen.blogspot.com/2009/12/11-sebab-mengapa-annual-bakri-patut.html.

    Bila baca en3 tersebut,saya terkenang balik buku 50 dalil yang dikeluarkan oleh umno pada ketika anwar cuba dijatuhkan.

    Saya tak nak ulas tentang buku tersebut dan hubungkaitnya dengan en3 yang Ahmed keluarkan diblog saynotomunafiqeen.

    Apa yang saya mahu ialahr supaya pembaca berfikir kembali sedalam-dalamnya.

    seterusnya baca di - http://selamatkanpastgna.blogspot.com/2009/12/ahmed-berjaya-dikorbankan-oleh-arip.html

    BalasPadam
  2. Tahniah Ustadz Hassan Shukri. Sekalipun bukan di majlis PAS, jasa-jasa Tuan tetap di, hargai dan menerima sanjungan tinggi dari penduduk di langit sehingga Tuan diangkat sebagai tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor tahun ini.

    Betul jgk cakap GB, PAS bila lagi nak buat majlis mengenang jasa tokoh-tokoh PAS? Ramai bekas pemimpin-pemimpin PAS yang dibiarkan sahaja, malah ada diantaranya telah kembali ke rahmatullah. Kenapa lemah sangat pemikiran dan mentaliti pemimpin PAS yang ada pada hari ini?

    Orang-orang serti bekas-bekas Pesuruhjaya PAS negeri-negeri, ulamak-ulamak tersohor dari kalangan parti, wartawan-wartawan harakah sebelum era Mustafa Ali jadi Pengerusi dan ramai lagi yang sepatutnyya dikenang jasa mereka.

    Yang ada cuma sibuk dengan gagasan nak wujudkan kerajaan perpaduang dan anugerah kepada tokoh sasterawan atau penulis-penulis tamu harakah.

    Macam tu pun ada dah berangan-angan nak jadi menteri.

    BalasPadam
  3. Hj. Hadi dan Nasha menjeling kerusi..

    Presiden PAS dan Timbalannya turut hadir pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 2009/1431 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya semalam.

    Atas kapasiti apa kedua pemimpin pencetus idea kerajaan perpaduan itu hadir pada majlis tersebut? Jika atas dasar mereka ahli parlimen, mengapa tidak nampak pun Ketua Pembangkang atau ahli parlimen pembangkang yang lain? Jika kerana mereka ini Presiden dan Timbalan Presiden PAS, mengapa dahulu UMNO tidak sibuk pun hendak menjemput mereka?

    Mungkin kerana pihak UMNO masih boleh menaruh harapan kepada kedua-dua pemimpin PAS ini. Bagi Presiden PAS dan Timbalannya pula , mungkin mereka berdua juga sudah menjeling kerusi-kerusi para menteri dan menaruh harapan kerusi-kerusi tersebut akan dapat mereka duduki nanti satu hari nanti.

    PENJUAL UBAT

    BalasPadam
  4. Hj. Hadi dan Nasha menjeling kerusi..

    Presiden PAS dan Timbalannya turut hadir pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 2009/1431 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya semalam.

    Atas kapasiti apa kedua pemimpin pencetus idea kerajaan perpaduan itu hadir pada majlis tersebut?

    Jika atas dasar mereka ahli parlimen, mengapa tidak nampak pun Ketua Pembangkang atau ahli parlimen pembangkang yang lain?

    Jika kerana mereka ini Presiden dan Timbalan Presiden PAS, mengapa dahulu UMNO tidak sibuk pun hendak menjemput mereka?

    Mungkin kerana pihak UMNO masih boleh menaruh harapan kepada kedua-dua pemimpin PAS ini.

    Bagi Presiden PAS dan Timbalannya pula , mungkin mereka berdua juga sudah menjeling kerusi-kerusi para menteri dan menaruh harapan kerusi-kerusi tersebut akan dapat mereka duduki nanti satu hari nanti.

    http://penjualubat.wordpress.com/2009/12/19/hj-hadi-dan-nasha-menjeling-kerusi/

    Dua orang UG ini berani jumpa terang-terangan! Apasal Pemimpin PKR tidak dijemput sama?

    BalasPadam
  5. "Presiden PAS dan Timbalannya turut hadir pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 2009/1431 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya semalam." Inilah antara pemimpin Pas yang sedang menari bersama BN. Dulu masa BN kuat mereka ni hanya dijentik telinga je bila buat bising sikit. Yang bijaknya BN ni bila mereka lemah mereka mula pasang lagu untuk pemimpin Pas yang lemah mental menari supaya lupa perjuangan seperti isu ISA,isu rasuah,isu SPR,SPRM,isu salah guna kuasa, isu kehakiman dan lagi,lagi dan banyak lagi.
    Jadi pemimpin Pas yang dok gila menari ni dah lupa perjuangan mereka dok ingat kerusi ronggeng atas pentas UMno.Kalau kita perati pun dua ekor ni mana ada ulas dah isu-isu perjuangan, senyap saja. Isu SPR, undi tentera macam mana??? apa dah jadi. Saya dah kata mereka ni belum layak.

    BalasPadam
  6. Ustaz Hassan Shukri perlu menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor untuk membetulkan keadaan. Beliau veteran paling berwibawa daripada kalangan anak selangor.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.