Ekoran kegagalan hadir sewaktu undian menolak bajet sulung Datuk Seri Najib pada lewat malam Isnin lalu, dua dari lima Ahli Parlimen PAS yang dihubungi hari ini memberi penjelasan, demikian lapor Dzulfikar Mashoor untuk Harakahdaily.
Mereka masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli Che Mat.
Mahfuz ketika dihubungi memaklumkan beliau berada di Jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Selain itu beliau juga memberitahu tidak mendapat maklumat berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini.
"Saya sebenarnya sudah maklumkan kepada Presiden (PAS) seminggu yang lalu... saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi.
"Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu," jelas Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.
Seorang lagi ahli parlimen, Dr. Che Rosli Che Mat pula menjelaskan beliau terpaksa meghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi bagi mewakili PAS menggantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dapat hadir ke program tersebut.
"Saya terima sms (sistem pesanan ringkas) lewat petang, ketika itu saya di Sungai Besi dalam perjalanan ke Hulu Langat.
"(Sebagai) tuan rumah, saya terpaksa hadir suatu majlis Pakatan (demi) menggantikan Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) yang tidak hadir,"
Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang menuduh beliau cuba lari dari tanggungjawab ekoran kejadian itu.
"Saya bukannya lari tugas," katanya lagi.
Kedua-dua mereka juga bercadang menghantar surat penjelasan kepada presiden parti dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Isnin lalu bajet 2010, yang dibentangkan oleh Najib sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tersebut.
15 ahli parlimen Pakatan Rakyat masing masing lima dari PAS dan bakinya dari PKR dan DAP gagal hadir pada sesi pengundian tersebut.
Manakala 70 Ahli Parlimen dari BN juga gagal hadir pada pengundian tersebut.
Selain Mahfuz dan Dr. Che Rosli, tiga lagi wakil rakyat PAS adalah Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Baling Taib Azamuddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa.
Harakahdaily bagaimanapun sedang berusaha meminta penjelasan dari ketiga-tiga wakil rakyat PAS yang belum dapat dihubungi hari ini.
Kegagalan kesemua ahli parlimen pakatan rakyat hadir pada proses pengundian tersebut dikritik hebat oleh media khususnya blog yang mendakwa mereka penyebab Pakatan gagal menolak bajet Najib.
Ulasan GB
Jawapan Mahfuz Omar menyatakan bahawa beliau berada di Jakarta atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti menjelaskan bahawa Mahfuz tidak memperdulikan sidang parlimen yang sedang berjalan sebaliknya mendahului (mengutamakan) urusan peribadinya sekalipun telah mendapat izin dari Presiden parti.
Persoalannya: dimana prioriti? Anda diberi mandat oleh rakyat dan dibayar gaji dan elaun untuk urusan kepentingan peribadi andakah di luar negara sedangkan di waktu itu anda sepatutnya berada di Dewan Rakyat? Anda tahu bahawa tarikh persidangan Dewan Rakyat, tetapi memilih tarikh yang sama untuk melakukan urusan yang tidak ada kena mengena dengan rakyat yang memilih anda!
Apa urusan peribadi yang hebat sangat sampai terpaksa diutamakan dari kepentingan parti dan negara? Apa sebab yang mendesak sangat sehingga terpaksa melakukannya di masa Dewan rakyat bersidang? Berkahwin? Berubat? Berbomoh? Malah jika bertemu dengan Presiden Susilo pun tidak dikira prioriti.
Soal tidak tahu berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini pun hujjah yang lemah kerana di dalam apa juga situasi, ahli PR perlu "alert". Di medan perang, musuh boleh menyerang tiba-tiba, dan anda tidak ada! Tidakkah anda merasa berdosa?
Jawapan Dr. Che Rosli Che Mat pula menjelaskan beliau terpaksa meghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi untuk mengganti Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga tidak boleh di terima. Memalukan. Anda sudah terima SMS tetapi mengabaikannya. Malahan jika anda bagitahu pengerusi majlis anda dan sidang hadirin yang ada pun bahawa anda perlu ke Parlimen kerana urusan penting, penganjur dan para hadirin boleh menerimanya kerana tanggungjawab di Palimen itu lebih utama untuk anda tunaikan. Anehnya Datuk Seri Nizar boleh berada di Dewan rakyat.
Blog anda pun dah berbulan tak dikemaskinikan.
Inikah sikap Ahli Parlimen PAS yang konon ingin menjadikan PAS sebuah "kerajaan yang dinanti"? Tak tahu meletakkan keutamaan?
Rakyat menasihatkan anda: Kedua-dua tarik diri dari bertanding di PRU akan datang.
OK Next.

SILAP LETAK PRIORITY
Keputusan Bajet 2010 diluluskan melalui majoriti tiga ( 3 ) undi sahaja tidak sepatutnya menjadi Isu besar. Saya bersetuju dengan Tan Sri Speaker yang Ahli ParlimenPakatanRakyat seharusnya bersikap Gentleman dimana kehadiran wakil kita juga kurang. Lirik lagu ” Kita Serupa” nyanyian Zainal Abidin terpakai disini. Saya tertarik dengan komen Datuk Sri Nazri Aziz (dalam Berita TV) dimana YB-YB dari Pakatan Rakyat pun ramai yang ponteng iaitu kehadiran mereka disekitar 60 orang sahaja. Wakil-Wakil dari Pakatan tidak sepatutnya terikut-ikut dengan cara mereka dalam BN. Sebagai sebuah Gagasan yang dikatakan cukup bersedia mengambilalih Pemerintahan Negara perkara sebegini sama sekali tidak patut berlaku. Peluang keemasan supaya kita dilihat lebih bersedia dan komited telah terbuang begitu saja.
Di luar sana ahli-ahli politik PR menghurai kepada khalayak umum betapa Borosnya Kerajaan kita membuat Cadangan Perbelanjaan Tahunan melalui Bajet yang dibentang. Tetapi apabila bantahan itu mahu dikira kehadiran pula tidak solid menentangnya. Peluang untuk meningkatkan moral Pakatan Rakyat telah dipersia-siakan. Tidak secara langsung kita telah meremehkan hasrat pengundi-pengundi kita.
Semua ini terjadi kerana tersilap memberi Keutamaan ( Priority). Alasan seperti terpaksa hadir di majlis-majlis kenduri demi menjaga hati penyokong tidak boleh diterima sama sekali. Di setiap kawasan pihak Ahli Parlimen boleh melantik Pegawai-Pegawai Khas membantu mereka menyelesaikan masaalah rakyat tetapi TIDAK di Persidangan Parlimen. Pelajaran yang macam mana lagi diperlukan supaya bijak meletakkan sesuatu Priority? Tentu ada yang mencemuh saya kerana terlalu pandai menegur dan mengemukakan soalan. Saya tak kisah apa orang nak kata. Yang pastinya saya bukan seorang Wakil Rakyat. -ahmadzawawi
Ulasan GB
Jawapan Mahfuz Omar menyatakan bahawa beliau berada di Jakarta atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti menjelaskan bahawa Mahfuz tidak memperdulikan sidang parlimen yang sedang berjalan sebaliknya mendahului (mengutamakan) urusan peribadinya sekalipun telah mendapat izin dari Presiden parti.
Persoalannya: dimana prioriti? Anda diberi mandat oleh rakyat dan dibayar gaji dan elaun untuk urusan kepentingan peribadi andakah di luar negara sedangkan di waktu itu anda sepatutnya berada di Dewan Rakyat? Anda tahu bahawa tarikh persidangan Dewan Rakyat, tetapi memilih tarikh yang sama untuk melakukan urusan yang tidak ada kena mengena dengan rakyat yang memilih anda!
Apa urusan peribadi yang hebat sangat sampai terpaksa diutamakan dari kepentingan parti dan negara? Apa sebab yang mendesak sangat sehingga terpaksa melakukannya di masa Dewan rakyat bersidang? Berkahwin? Berubat? Berbomoh? Malah jika bertemu dengan Presiden Susilo pun tidak dikira prioriti.
Soal tidak tahu berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini pun hujjah yang lemah kerana di dalam apa juga situasi, ahli PR perlu "alert". Di medan perang, musuh boleh menyerang tiba-tiba, dan anda tidak ada! Tidakkah anda merasa berdosa?
Jawapan Dr. Che Rosli Che Mat pula menjelaskan beliau terpaksa meghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi untuk mengganti Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga tidak boleh di terima. Memalukan. Anda sudah terima SMS tetapi mengabaikannya. Malahan jika anda bagitahu pengerusi majlis anda dan sidang hadirin yang ada pun bahawa anda perlu ke Parlimen kerana urusan penting, penganjur dan para hadirin boleh menerimanya kerana tanggungjawab di Palimen itu lebih utama untuk anda tunaikan. Anehnya Datuk Seri Nizar boleh berada di Dewan rakyat.
Blog anda pun dah berbulan tak dikemaskinikan.
Inikah sikap Ahli Parlimen PAS yang konon ingin menjadikan PAS sebuah "kerajaan yang dinanti"? Tak tahu meletakkan keutamaan?
Rakyat menasihatkan anda: Kedua-dua tarik diri dari bertanding di PRU akan datang.
OK Next.
apa kes yg korang ni sibuk sangat dengan benda ni? korang ingat bila diaorg ada, PR dapat memerintah ker? busuk sungguh ler PR ni, bila BN buat kutuk maki-hamun, tetapi bila PR berpeluang terhegeh2 pula nak ikut
BalasPadamselama ni diaorg tak pernah buat kerja untuk rakyat ker?
kemaruk sangat ker nak memerintah Malaysia?
Dasar YB-YB yang mudah lupa!
BalasPadamSalam GB & selamat malam.
BalasPadamMP CAP AYAM berkokok disebalik alasan yg tak diterima akal. Tidak ada hari lainkah utk penuhi undangan @ urusan peribadi.Tugas kamu yg hakiki adalah sebagai Ahli Parlimen . Cuma tinggal beberapa hari lagi Parlimen tamat bersidang.
Apa kamu nk jawab bilamana pengundi ajukan pertanyaan mengapa PR kalah dihari pengundian tempoh hari,Tiada gunanya penafian 2/3 BN jika tiap kali pengundian kita KALAH.Grrrrrrrrrr mungkin majlis ceramah yg dihadiri oleh MP2 tersebut aku tiada masa utk mendengarnya,cakap tak serupa bikin,perangai 2x5 dengan MP Biru pasal kedatangan Persidangan Parlimen.Apakah kamu sudah berpuas hati dengan ramainya MP PR di Parlimen walaupun hasilnya 0 dihari pengundian.PELUANG KEEMASAN KAMU22222 LEPASKAN.Banyak cara utk jatuhkan kerajaan BN DAN inilah salah satu caranya ,Janganlah mengharapkan majoriti menyebelahi kita JIKA suasana/perangai sekarang tidak diubah.Kita ditertawakan musuh jika perangai musuh ada pada kita(PR).
Itulah syoknya jadi yg berhormat ni..nak pegi kemana atas urusan apa pun,pergi saja...dan ketua parti pun walau dimaklumkan, hanya membenarkan saja yg berhormat pergi kemana pun..kalau dah musim bersidang di dewan rakyat, pergi saja lah ke situ ...boleh pulak nak kesana sini atas urusan peribadi...hebat betul..gamaknya demo ni sudah muak menjadi penghuni dewan rakyat kut...kalau dah muak, baik cari muka baru saja la.
BalasPadamSalam tuan GB,
BalasPadamSaya nak cadangkan tuan buat pop-up komen utk blog ni. Senang sket nk komen artikel.
Tak payah load page sama sekali lg. Harap dipertimbangkan.
Terima Kasih.
JANGAN LUPA ADA 15 LAGI ADUN PR... GODAM LE SEKALI
BalasPadamKita betulkan dahulu yang di dalam PAS,
BalasPadamJika dalam PAS sendiri tidak boleh menjadi contoh teladan yang baik, manakan mungkin kita ingin perbetulkan parti lain.
Anonymous said...
BalasPadamJANGAN LUPA ADA 15 LAGI ADUN PR... GODAM LE SEKALI
-----------------------------------ADUN? saudara tau ka makna ADUN tu apa? bukan adun, tp MP la..
memang kesal dgn ketidakhadiran 19 MP pakatan pd mlm isnin lalu. time2 bersidang masa tu la jugak nk sibuk buat urusan peribadi. jawapan mahfus ttg tak tau pakatan mau tolak budget mmg pelik. sapa yg bersetuju dgn budget BN? kalo setuju lebih baik jgn ada pembangkang.
yg lg 1 lagi poyo. kunun nk gantikan nizar kunun. nizar d parlimen, ko plk lari dr perlimen p ceramah. kpd parti2 pakatan rakyat, tolong la atur porg ceramah betul2. masa bersidang ko org sibuk2 nk buat ceramah, libatkan MP pulak. ko oprg tak tau ke masa bersidang MP kena berada di dewan... ke ko org nk buat ceramah tak kira wktu pasal nak kutip duit je kot? akai ada ka?
-jack
Dalam zaman canggih ni pun, ada jugak mp yang TAK RETI kot nak set reminder dalam phone/blackberry etc tentang tarikh keramat nak undi pasal bajet tu....tak reti nak tengok priority mana lebih mustahak, peribadi ke, majlis ke, atau jawatan yang RAKYAT dah serahkan dan AMANAHKAN pada depa....
BalasPadamGerombolan MP PR khususnya daripada PAS yang banyak mulut dari otak nih sebenarnya berpemikiran dan berperangaiUMNO/BN. Hanya ketika bercakap sahaja seolah-olah macam PAS atau PKR atau DAP. Ahli-ahli PAS kena tegas dengan gerombolan berkenaan. Jika tidak demikian takkan Lebai Presiden itu boleh benarkan ahli dia ambil lewa akan keberadaan diri pada setiap prosiding di Parlimen. Umpama guru besar sekolah benarkan seorang guru ambil cuti semata-mata untuk memancing... Sebab itu peribadi mereka dilihat kadang-kadang tutup kepala kadang-kadang terboleng sahaja.... Dalam kerajaan Islam tulin, golongan berkenaan kesaksian mereka juga diragukan... Islam apa yang mereka sedang perjuangkan..?
BalasPadamBuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
BalasPadamDS Anwar dan Presiden PAS juga salah dalam hal ni, tiada penyusunan dan hanya bertindak di saat akhir. Jika dirancang awal, dimaklumkan lebih awal, rasanya semua MP PR berkobar2 datang ke Parlimen.
BalasPadamTak tahu prioriti ni bukan saja pemimpin kecil dalam pas tapi pemimpin peringkat tinggi dalam parti tersebut. Amat rugi depa masih belum berubah. Jadi dimana kita nak mengharap??? satu persoalan yang perlu dijawap sebelum PRU 13. Bagi rakyat biasa bolehkah mereka memilih antara pemimpin yang bodoh dengan pemimpin yang rasuah?
BalasPadamhttp://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/12/kemaskini-alasan-mp-yang-tidak-hadir.html
BalasPadam