Menjelang perhimpunan rakyat di sini hari ini Kelab Penyokong PAS (BBC) Kelantan akan mengadakan solat hajat di hadapan Baitullah di Mekah al-Mukarramah.
Timbalan Presiden BBC Zainuddin Awang Hamat memaklumkan perkara ini ketika menghubungi The Malaysian Insider.
Perhimpunan Rakyat anjuran barisan kepimpinan PAS negeri dengan sokongan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri itu akan diadakan di Dataran Ilmu dekat sini bagi mempertahan kedudukan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar, Mursyidul Am dan Pesuruhjaya PAS negeri walaupun ditekan dengan pelbagai isu sehingga ada sesetengah pihak mendesaknya meletakkan jawatan.
“Dan ini adalah sebahagian daripada bukti di mana PAS Kelantan khususnya tetap setia dan menyokong kepimpinan tok guru,” kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Mohd Zaki Ibrahim.
Solat hajat di Mekah pula diadakan bagi menyambut seruan Nik Aziz agar para jemaah berdoa minta lembutkan hati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membayar royalti minyak kepada kerajaan kelantan.
Nik Aziz membuat seruan itu melalui khutbah Aidiladhanya Jumaat lalu.
Beliau juga berkata akan mendoakan kecelakaan Najib dan Umno sekiranya royalti minyak itu tidak dibayar.
Langsung seruan itu menjadi kontroversi, sekali gus dipergunakan pemimpin Umno untuk menekan Mursyidul Am PAS itu sehingga sanggup mengadakan tunjuk perasaan sebagai tanda protes mereka.
Selasa lepas Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan dipimpin Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa mengadakan tunjuk perasaan di pintu masuk pejabat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di Kota Darul Naim.
Solat hajat tersebut akan diadakan di sepertiga malam ini disertai jemaah yang terdiri daripada puluhan ahli serta penyokong termasuk pimpinan PAS yang berada di tanah suci sekarang ini.
Zainuddin menyifatkan kumpulan terbabit sebagai tidak bermoral dan tidak berilmu kerana mudah diperalatkan Umno menjadi kuda tunggangan mereka.
“Persoalannya di mana pemimpin-pemimpin atasan Umno yang hanya mampu mengguna atau menggadai anak-anak ayamnya yang masih berhingus membuat demonstrasi.
“Kalau betul-betul berani, punya kemantapan dalam ilmu politik, sepatutnya mereka sendiri (pemimpin atasan Umno) tampil kehadapan dengan cara profesional” jelasnya. Zainuddin menambah, tidak salah dari sisi hokum mengenai doa yang disarankan Nik Aziz berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud antara doa yang dimakbulkan ialah doa orang yang dizalimi.
“Maknanya tidak ada larangan bagi orang yang dizalimi itu berdoa di atas kezalimannya. Jadi apakah bukan kezaliman namanya apa yang dilakukan Umno? menafikan hak Kelantan, hak rakyat Kelantan, terutama dalam perkara royalty minyak ini,” soalnya. -Mohd Zuharman

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.