Ketika menanti temu janji di ibu negara malam tadi, seorang Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) dengan tenang berkata, “kita kalah tipis untuk menolak Bajet 2010.”
“Ini peluang terbaik, jika tidak esok kita akan ada Menteri Kewangan yang baru. Kami kurang bernasib baik.” Sambung wakil rakyat berkenaan.
Apabila mengulas lanjut, anggota Dewan Rakyat itu memberitahu, jika ucapan bajet ditolak bermakna ia petanda undi tidak percaya terhadap kerajaan.
Jika ia berlaku pihaknya boleh akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan agar diberi peluang bagi membentuk kerajaan baru. Mengambil kira pandangan beliau memang ia menjadi amalan House of Commons.
Ia biasanya mudah dilakukan apabila sesebuah kerajaan mempunyai majoriti mudah atau tipis. Malah ia juga akan melibatkan siri proses yang rumit.
Dalam keadaan semasa Barisan Nasional (BN) masih ada majoriti besar walaupun bukan dua pertiga di Dewan Rakyat. Walau apa pun kemungkinan-kemungkinan itu tidak boleh ditolak begitu sahaja.
Pokoknya apa yang berlaku semalam merupakan satu lagi senario politik yang tidak pernah disangkakan oleh mana-mana pihak bahawa apa yang lazimnya kita saksikan berlaku di luar negara juga boleh menjadi realiti di Malaysia.
Ini sebahagian kesan landskap politik baru di Malaysia.
Tahun lalu ada diutarakan idea supaya dikaji kemungkinan agar sidang Parlimen diadakan sepanjang tahun. Bukan setiap hari tetapi lebih kerap berbanding sekarang, yang diadakan pada jumlah hari tertentu yang bilangannya kecil dalam selang beberapa bulan.
Apabila pandangan itu dikemukakan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat ia tidak mendapat respons menggalakkan. Akhirnya idea itu terkubur begitu sahaja. Mungkin ada kebenaran mengapa idea tersebut ditolak begitu sahaja termasuk oleh sebahagian besar wakil rakyat yang dipilih menganggotai Dewan Rakyat.
Selepas kira-kira setahun alasan mengapa idea tersebut ditolak terbukti benar. Situasi yang dialami oleh BN dan PR malam tadi dengan sendirinya mencerminkan sebab kepada penolakan tersebut.
Buat julung kali sesuatu bajet diluluskan dengan majoriti tipis. Bajet 2010, yang merupakan belanjawan sulung buat Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri hampir-hampir ditolak. Boleh dikatakan bahawa nasib menyebelahi Najib selaku Pengerusi BN.
Pada Oktober 2008 Najib yang dilantik sebagai Menteri Kewangan telah membentangkan bajet pertamanya sebagai ketua perbendaharaan.
Pada tempoh masa yang sama tahun lalu kepimpinan BN mengambil langkah cukup berhati-hati ini apabila sebaik sahaja Projek 16 September Anwar gagal mencapai kenyataan.
Keseluruhan jentera begitu cermat dalam menghadapi cabaran sidang Parlimen.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen menerusi pilihan raya kecil Permatang Pauh. Dua hari selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen beliau mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat iaitu akhir bulan Ogos — dua hari sebelum Bajet 2009 dibentangkan.
PR meneruskan strategi untuk terus menjayakan Projek 16 September mereka dengan mencuri ruang yang sama yang dialami semalam.
Disebabkan BN berwaspada dengan kemungkinan-kemungkinan tersebut suasana cemas dilalui semalam telah dapat dielakkan.
Selepas setahun semua pihak terlupa. BN gagal mengambil langkah berwaspada. PR pula gagal dalam menyuntik semangat tahun 2009.
BN terselamat manakala PR keciciran peluang.
Seorang Ahli Parlimen dari DAP yang dihubungi memberikan pandangan beliau bahawa mereka sepatutnya berjaya dalam menolak Bajet 2010.
Beliau memberikan beberapa senario. Antaranya sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri, yang disempurnakan oleh timbalan menterinya sengaja dilewatkan bagi membolehkan kehadiran beberapa wakil BN termasuk Najib sendiri yang menghadiri satu majlis di ibu negara — kira-kira 15 kilometer dari bangunan Parlimen.
Selain itu katanya, Speaker Dewan Rakyat mengambil giliran bagi membolehkan dua timbalannya mengundi. Kedudukan mereka sudah cukup untuk mengimbangi kehadiran wakil rakyat PR.
Apa pun dia mengakui kesilapan dan kelemahan di pihak PR sendiri yang tidak bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. PR mempunyai 82 wakil dan tiga wakil Bebas.
Bermakna ada 19 wakil PR tidak berada di Dewan Rakyat ketika Bajet 2010 dibacakan buat kali ketiga.
Wakil DAP ini juga berpendapat sebahagian wakil PR merupakan muka-muka baru yang masih belum memahami selok belok perjalanan Parlimen. Mereka datang ke Parlimen untuk tujuan mencatatkan kehadiran dan tidak serius dalam urusan perbahasan.
Malah itu juga masalah di sebelah BN.
Di pihak BN yang mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat, jika hanya 66 orang mengundi bermakna seramai 71 orang tidak berada semasa kehadiran sangat diperlukan semalam.
Ini termasuk sebahagian anggota Kabinet sama ada menteri ataupun timbalan menteri. Di manakah mereka ketika itu?
Pada Julai lalu, BN juga berhadapan dengan suasana cemas seperti itu semasa membahaskan Rang Undang-undang DNA di peringkat jawatankuasa. Pada satu peringkat ia diluluskan dengan perbezaan satu undi.
Mengambil kira perkembangan masa lalu, BN dan PR masih belum belajar daripada pengalaman-pengalaman lama.
Ketika Najib sedang membuat penilaian Indeks Prestasi Utama (KPI), beliau mempunyai alasan kukuh untuk berbuat sesuatu yang drastik — sama ada menggugurkan mereka daripada Kabinet ataupun tidak menurunkan semula ketika pilihan raya umum akan datang.
Begitu juga bagi PR. Ini antara indeks yang boleh digunakan sebagai kad penilaian.
Malangnya, kita sentiasa lupa dan terus lupa. Jika pemimpin BN dan PR boleh terlupa apa yang berlaku kira-kira setahun yang lalu, apakah ia akan dijadikan panduan dan peringatan apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil dalam waktu terdekat ini? -G.Manimaran
Ulasan GB
Cakapnya berdegar-degar tetapi tidak berakhlak/berdisiplin. Mutu kerjanya tahap Pak Lah. Itulah hakikat yang ada pada ahli parlimen Pakatan Rakyat!
Mereka ini perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada para penyokong mereka sebelum mereka dihumban keluar dari parlimen di dalam pilihanraya akan datang:

Kwsn | Kerusi | Parti | Nama |
P008 | Pokok Sena | PAS | Mahfuz Omar |
P016 | Baling | PAS | Taib Azamudden Md Taib |
P043 | Bagan | DAP | Lim Guan Eng |
P046 | Batu Kawan | DAP | P. Ramasamy |
P049 | Tanjong | DAP | Chow Kon Yeow |
P050 | Jelutong | DAP | Ooi Chuan Aun |
P051 | Bukit Gelugor | DAP | Karpal Singh |
P052 | Bayan Baru | PKR | Zahrain Mohamed Hashim |
P057 | Parit Buntar | PAS | Mujahid Yusof Rawa |
P058 | Bagan Serai | PKR | Mohsin Fadzli Samsuri |
P094 | Hulu Selangor | PKR | Zainal Abidin Ahmad |
P098 | Gombak | PKR | Mohamed Azmin Ali |
P101 | Hulu Langat | PAS | Che Rosli Che Mat |
P103 | Puchong | DAP | Gobind Singh Deo * |
P109 | Kapar | PKR | Manikavasagam Sundaram |
P121 | Pantai Dalam | PKR | Nurul Izzah Anwar |
P122 | Seputeh | DAP | Teresa Kok Suh Sim |
P124 | Bandar Tun Razak | PKR | Abd Khalid Ibrahim |
P171 | Sepanggar | SAPP | Enchin Majimbun @ Eric |
P190 | Tawau | SAPP | Chua Soon Bui |
Salam GB & selamat pagi.
BalasPadamTerlalu kecewa bilamana ketiadaan MP PR ketika pengundian kelmarin.Tiada kesungguhan dalam visi menawan Putra Jaya.Apakah KAMU22222 hanya penuhkan buku kedatangan utk ELAUN shj tanpa lakukan tugas apabila disaat genting begini tidak ambil bahagian? Wahai MP PR jangan salahkan rakyat jika visi menawan Malaysia dalam PRU 13 nanti tidak berjaya.Dengan kalahnya pengundian kelmarin dengan sendirinya menunjukkan Jauh Panggang Dari Api.Tidak serius kejar impian.Semangat Genggan Bara Api Biar Sampai Jadi Arang,Seluk Pekasam Biar Sampai KePangkal Lengan, ini semua tiada dalam diri masing2.Peluang sudah ada MENGAPA kamu tidak ambil peluang.MP CAP AYAM selayaknya kamu bergelar sebahagiannya. KECEWA,KECEWA,KECEWA.grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..
YB-YB yang tidak hadir tanpa sebab yang logik dan menasabah harus diambil tindakan sewajarnya, agar YB-YB kai ponteng tidak lagi wujud dimasa-masa hadapan. Rakyat menaruh harapan dengan mempetaruhkan kertas undi kepada mereka agar dapat memainkan peranan sebagai Wakil Rakyat yang dapat memainkan peranan sebagai YB yang dipilih. Jangan jadikan sebagai seorang wakil Rakyat yang 'makan gaji buta' sahaja.
BalasPadamsmua tg berlaku ada hikmahnye. kalau bn haprak tumbang sekali pun pada malam itu agak mustahil untuk pr menubuhkan kerajaan baru.. malah mungkin pr akan hilang beberapa kerusi.. kite tunggu jesampai pru-13.. buat masa ini kerajaan2 negeri pr perlu buat lebih baik supaya x hilang negeri2 yg dikuasai.
BalasPadam