Pakatan Rakyat tewas tipis 1 undi apabila Pakatan Rakyat memperolehi 63 undi berbanding BN 64 undi dalam proses pengundian meluluskan Bajet 2010 bagi Kementerian Dalam Negeri semalam.
Setelah berakhir perbahasan penggulungan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk wira Abu Seman, Usul Belah Bahagian dijalankan atas permintaan MP PKR Subang dan Speaker Dewan Rakyat membenarkan Belah Bahagian tersebut.
Difahamkan, Lima Ahli Parlimen PAS tidak hadir. Seorang ke luar negara. Seorang lagi balik ke kawasan atas urusan di kawasan Parlimen yang diwakilinya dengan kebenaran Presiden PAS (Tok Guru Presiden tunggu sampai malam begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang). Tak diketahui apa terjadi kepada tiga orang lagi Ahli Parlimen PAS yang lesap (mungkin ada alasannya tersendiri) dan tidak ada dalam Dewan itu.
Syabas juga kepada MP Pasir Puteh yang bergegas ke Kuala Lumpur apabila dipanggil jam 2.00 petang (masih berada di Kuala Krai) sempat berada di Parlimen pada jam 10.35 malam.
15 lagi yang tidak ada dalam Dewan adalah dari PKR dan DAP. Belum dapat disahkan lagi berapa dari PKR dan berapa dari DAP.
Di sebelah pihak BN pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri dan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup berkejar ke Dewan Rakyat untuk menyelamatkan partinya dari mengalami kekalahan dalam pengundian.
Ada orang kata kekalahan memalukan itu menyebabkan Tok Guru Presiden marah. Tidak dapat dijangkakan adakah beliau akan mengambil tindakan atau tidak.
Saat mendebarkan bagi PM, Najib Razak. Syabas PR atas apa yang terjadi itu. Jangan menyesal dan Buatlah lagi lain kali!
Syabas kepada MP PAS Marang, Bachok, Tumpat, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Kuala Selangor, Titiwangsa, Rantau Panjang, Shah Alam, Bukit Gantang, Padang Terap, Jerai, Kuala Terengganu, Sik, Pasir Puteh, Kota Raja, Pendang dan Kota Bharu.
Senarai PKR dan DAP akan dimaklumkan kemudian. -jiwokelate
Ulasan GB
GB pernah mengulas isu ketidak-hadiran MP-MP Pakatan Rakyat di Parlimen terutama semasa undi belah-bagi dijalankan. Jika kita masih ingat sewaktu undi belah-bagi dilakukan untuk menggantung Gobind Singh Deo dari Parlimen, beberapa ahli parlimen PAS tidak hadir yang akhirnya kemenangan berpihak kepada BN. Anda ingat siapa yang tidak hadir di parlimen pada masa itu? GB cukup ingat. Diharap PR ambil pelajaran hal ini jika benar-benar mahu menjadi "kerajaan yang dinanti" - jika tidak TURUN dari menjadi Ahli Parlimen PR.

Tidak sepatutnya terjadi sedemikian. Sekiranya terdapat YB-YB dari PR yang ponteng dari menghadiri sidang Parlimen harus dimabil tindakan seewajarnya. Jangan jadikan masalah individu dan remeh temeh sehingga gagal dari menghadiri Sidang Parlimen.
BalasPadamsingkir saja ahli parlimen pakatan yang tak komitmen dengan tugas, ramai lagi yang berkebolehan.
BalasPadam