28 Dis 2009

Kartika Bertemu Nik Aziz - Kehebatan Aura Seorang Tuan Guru

Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Mursyidul Am PAS itu di kediaman rasminya di JKR 10 di sini

Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi yang berusia lima tahun.

Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui Nik Aziz.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak.

Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.

Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika bertegas mahu menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun banyak pihak merayu hukuman ke atasnya dikaji semula atas alasan bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hadir sama pada pertemuan tersebut ialah anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof. -petikan Harakahdaily

Ulasan GB

Selain dari menerima kunjungan dari rakyat Islam dan bukan Islam dari seluruh negara, TGNA menjadi tumpuan kepada golongan artis seperti Renggo, Siti Nurhaliza dan lain-lain.

Hebat aura TGNA. Semakin ada yang membenci semakin ramai yang mengkagumi. Tengok sahaja pada bulan lalu, bila 100 orang berdemo meminta Nik Aziz meletak jawatan, puluhan ribu yang lain bangun tanpa disuruh untuk memberi sokongan kepada beliau.

Kita berharap, aura yang sama juga dimiliki oleh pemimpin PAS yang lain terutama TGHH, Nasharuddin dan Mustapa, aura yang semakin menebal, bukan yang semakin mengecut dan menipis.

Teringatkan Nabi Mohd s.a.w. di musim Maal-Hijrah ini. Sewaktu baginda di dalam perjalanan ke Madinah, aura baginda yang dikurniakan Ilahi begitu hebat sehingga bukan sahaja penduduk Madinah menyambutnya, malah seluruh alam sehingga awan turut berarak untuk memayungi baginda sewaktu berhijrah itu.

Human beings have aura irrespective of their behavior or character, which may have positive or negative vibrations, strength and width (range) depending upon conduct, mental state and character of the person. If the person is positive, the aura will be positive but if he/she is negative, vibrations of his/her aura will also be negative. That is how the aura, its color, brightness and range indicates the character, conduct, health and emotions of an individual. The aura of holy persons is much wider and brighter than a common human being. Similarly, objects having spiritual value like holy buildings, holy books and other holy objects have a much wider aura whose range depends on the strength of the spiritual value. Aura is a true electromagnetic picture of a person revealing what the person actually is. It is not possible to have a positive aura with negative thought pattern, no matter how the person may be presenting himself outwardly. Remember that Nature cannot be deceived.

Aura is the first to pick up the energy of a place. If we go near a person with a strongly positive or negative aura, in a room or at a place with excessive negative or positive energy, it is the aura that senses the energy immediately and translates it to perception. That is why we get a pleasant or repulsive feeling when we go near an individual or at a particular place. It is said that external effects and diseases first manifest themselves in the aura before they become physical in nature. It sounds true in most of the cases but is hard to believe in every case.


3 ulasan:

  1. kenapa perlu dibanding2 antara TGNA dgn TGHA? Jgn pula orang kata GB cuba melaga lagakan penyokong kedua2 TG ini, tp ulasan BG ni menjurus ke arah itu. Kedua2 TG adalah dihormati dalam ruang lingkup jawatan masing2. Harap kedua2 TG selamat dunia dan akhirat.

    -Mohd, Rusila -Mansoura, Egypt

    BalasPadam
  2. Kita mengambil dan mencontohi yang baik dari yang lain.

    TGNA memang hebat. Pemimpin lain wajar mencontohinya.

    BalasPadam
  3. Ya, setiap orang ada sedikit atau beberapa 'kelebihan' masing2. Semuanya
    anugerah dari Allah, al-Khaliq. Kita menghormati kedua2 Tok Guru kerana mereka tetap teguh memperjuangkan perjaungan Islam, bukan sebab2 lain.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.