2 Dis 2009

DAP Perak Mohon Maaf Isu Pijak Gambar Adun

Akibat dikecam pelbagai pihak, DAP Perak Rabu memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan perbuatan beberapa pemimpin parti itu memijak poster wajah tiga anggota Bebas Dewan Undangan Negeri Perak pada Ahad lepas, lapor Bernama.

Sambil mengakui perbuatan itu satu kesalahan, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berharap isu berkenaan akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Nga yang juga Anggota Parlimen Taiping, berkata parti itu bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan terhadap tiga anggotanya yang meletakkan poster itu di pintu masuk ke konvensyen parti itu.

Pada konvensyen DAP Perak Ahad lepas, poster yang memaparkan wajah Hee Yit Fong (Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) diletakkan di pintu masuk bertujuan agar perwakilan yang menghadiri konvensyen itu memijak gambar mereka.

Hee sebelum ini adalah daripada DAP manakala Jamaluddin dan Mohd Osman adalah daripada Parti Keadilan Rakyat.

Ulasan GB

Sikap mahu mengakui kesilapan dan lantas meminta maaf adalah satu langkah mulia yang seharusnya diberikan pujian.

DAP Perak telah melakukan atu tindakan yang akan meningkat imejnya di mata rakyat Perak.

Biar Pemuda UMNO Pulau Pinang masih berdegil dengan hal pembakaran poster KM Pulau Pinang. Rakyat dapat mengenal yang mana benar-benar keras kepala dan samseng di dalam politik tanahair.

2 ulasan:

  1. Sebenarnya tak perlu minta maaf kerana 3 katak, zambry dan BN lagi teruk pijak kepala rakyat perak...

    BalasPadam
  2. isu budak2 Babi Negara kencing kat gambar muka TGHH dengan TGNA takan bertepuk tangan lak UMNO... taknak mewakili mereka mohon maaf?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.