21 Dis 2009

Daftar Pakatan: Hadi mungkin salah faham, kata Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesemua komponen dalam Pakatan Rakyat sememangnya telah bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan formal.

Ia kini dalam proses pendaftaran.

Sehubungan itu kata Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang salah faham.

“Kami telah membaca kenyataan beliau dalam konteks yang sesuai kerana keputusan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat adalah persetujuan kami,” kata Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata beliau bersama Hadi dan penasihat DAP Lim Kit Siang telah pun menyatakan persetujuan untuk mendaftarkannya di Pendaftar Pertubuhan.

Anwar mendakwa kenyataan Hadi itu kemungkinan merujuk kepada pelan formilasi yang belum lagi dipersetujui dan ia akan mengambil masa.

Semalam Hadi berkata, pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.

Beliau menjelaskan yang penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi. -MI


Pakatan tidak akan didaftar tergesa-gesa

KUALA LUMPUR, Dis 20 — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.

Beliau menjelaskan yang penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.

Abdul Hadi turut menasihatkan penulis blog agar menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat.

Para penulis blog perlu mencontohi sikap positif media barat kerana mereka merupakan satu bentuk media baru yang banyak membantu menyedarkan masyarakat sehingga memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Blogger PAS anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat di Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar dekat sini hari ini. — Bernama


Ulasan GB

Blogger mendedahkan "fitnah yang benar" (istilah TGHH). Bukan menyebarkan fitnah yang palsu. Kalam Allah berjalan sepanjang masa. Kebenaran terpancar juga walau cuba ditutup dengan apa cara sekalipun. Kuasa Allah, siapa mampu menahannya?

GB bukan ustadz, bukan ulamak, bukan pimpinan parti. Tetapi GB yakin GB betul, termasuklah dalam hal kenyataan GB sebelum ini bahawa Lembaga Disiplin PAS itu bias.

7 ulasan:

  1. Serban dan jubah tak dapat menandingi keikhlasan kepada Allah. Hidup GB!

    BalasPadam
  2. kadang - kadang aku pelik la hadi ni,,, cakap cam pape tah,,, baru je buat suara bersama hari tu,, ape cer tetiba keluar kenyataan camni? apa nak jadi pada pas? PAS tolonglah, jangan jadi bodo lagi, tghh elok mengajar di rusila beri penerangan agama, bagi presiden pada yang lebih komited dan beribawa, berbahlah PAS.... ANDA MASIH ADA PELUANG SEBELUM RAKYAT MENGHUKUM ANDA.

    BalasPadam
  3. Hati Hadi dah condong ke arah keduniaan. Cakap pun dah kemain angkuh. sekrg pekung dah nak terbarai.

    malu lah presideng, hari tu seronok sgt hentam blogger. macamlah hadi tu maksum.

    skrg apa dah jadi. anda tidak mengikuti perkembangan PR rupa2nya, tetapi hanya mengikuti perkembangan UMNO.

    BalasPadam
  4. Bosan wa ngan Hadi ni.
    Gantikan jer ler dia
    Ustadz Ahmad Ahwang lebih jauh berkalibar.

    BalasPadam
  5. http://www.makkalsakhti.blogspot.com22 Disember 2009 pada 2:09 PG

    Pada pandangan saya, mungkin betul mungkin tidak.... Terdapat kepimpinan PAS yg masih ragu2 dgn soal penubuhan PAKATAN RAKYAT secara sah melalui pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan. Niat di hati nak menang tapi tidak mahu menterjemahkan dalam bentuk yg boleh meyakinkan rakyat. Atau dalam ertikata yg lain masih selesa dengan berada dlm bentuk pakatan yang longgar!!! Inilah yg cuba dibawa oleh UMNO/BN supaya cita-cita menubuhkan Pakatan Rakyat dlm bentuk formal tidak wujud, supaya BN boleh memerintah lagi utk 100 tahun lagi atau selama-lamanya. Bukankah tahalluf siasi itu dlm bentuk kerjasama dlm hal-hal yg kita boleh bekerjasama dan berlapang dada dlm hal-hal yg tidak dapat bersama. Kenapa cuba dilambat-lambatkan perkara yg sudah jelas ada kebaikan dan telah dipersetujui bersama? Kemana keputusan syura muktamirin iaitu memperkasakan Pakatan Rakyat? Kita bimbang ada jarum-jarum halus geng Kerajaang Perpaduang yg cuba untuk melambat-lambatkan usaha membentuk Pakatan Rakyat secara formal tetapi amat tangkas pula berminat dalam Kerajaang Perpaduang dengan mengabaikan keputusan muktamar. SO dalam hal ini siapa yg sebenarnya tidak wala' kepada jamaah? Ahli biasakah atau kepimpinan sendiri? Sebenarnya bukan soal tergesa-gesa memdaftarkan Pakatan Rakyat tetapi sebenarnya kita sudah terlalu lambat dalam membuat dan merencanakan keputusan! Masih dalam peribahasa org tua2 dahulu iaitu "biar lambat asal selamat..." sedangkan kita sudah berada diabad ke 21... mestilah menggunakan peribahasa "biar laju asal selamat". Kapada TGHH saya nasihatkan agar cubalah membuat keputusan dengan kolektif (syura), bukannya perbincangan dengan hanya seorang dua "penasihat" disekeliling yg telah dimaklumi akan pandangannya yg jauh tersasar dari keputusan jamaah! Kadang-kadang "penasihat" ni... pengampu jer lebih! Ingatlah ayat-ayat ini: (bukan ayat Al-Qur'an)... Amfusana, waanfu sini... wa ahli kum naaraa" = bermaksud Ampu sana, ampu sini... tempatnya dalam api neraka! <=terjemahan bahasa aku je. Takde kena mengena dgn bahasa Arab walaupun bunyinya keAraban sedikit. :)

    BalasPadam
  6. Dulu pernah saya katakan, bahawa
    sebesar mana pun serban dan sepanjang mana pun jubah, perjuangan memerlukan pengorbanan
    dan pengorbanan memerlukan keimanan
    tanpa keimanan prinsip perjuangan
    akan tewas dipertengahan jalan,
    akhirnya,wang,pangkat dan harta
    jugak yang dicari.. Itulah lumrah
    hidup manusia yang tidak berprinsip..

    BalasPadam
  7. ni semua akibat 'pertemuan dlm gelap' dulu. cakap je dah tutup buku, tapi kalau jari jemari tak kelebek buku tu, paling tidak sekali sehari, tak lena tidor maa...

    'melayu-islam' adalah persetujuan bersama yang dicapai di dalam siri2 perbincangan/pertemuan lanjutan kepada 'pertemuan dlm gelap'. itulah 'ajaran' baru yang tercipta.

    tak caye? hangpa tengok je lah kenyataan2 hadi tu, sejak selepas muktamar 54 sampai kini. langsung takde kesungguhan utk perkasakan pakatan kecuali terikat dgn 'melayu-islam'. itulah pas bawah hadi selepas pru12, menerima nasihat dari penasihat2 yg berkaliber, lebih hebat dari penasihat2 tgna.

    kalau nak ukur perfomans pas di ganu dgn pas di kelate, itulah kehebatan penasihat2 hadi. semua kini berada di jln raja laut. hangpa pikiaq lah sendiri kalau penasihat2 ni masih berbelit kat tubuh hadi.

    khabarnya (fitnah ke ni?), semasa nak perlantikan ajk lantikan pd mesyuarat pertama jk pas pusat selepas muktamar 55, beberapa nama disebut.

    pengerusi pilihanraya - husam, hadi kata tokleh, husam mentah lagi (gitulah lebih kurang); ketua penerangan - mat sabu, takleh kata hadi, mat sabu, syiah. bendahari nak bagi kat takiyuddin (banyak masalah di mpkb-bri), ditentang, lalu setuju bagi pd hatta.

    su agong? hadi put his feet down - stopa ali! sape nasihat hadi? orang ketiga barangkali (yg takde kena mengena dgn pas), besar kemungkinannya. pasai apa? kah kah kah (pinjam ketawa tukar tiub)... utk jayakan projek 'pertemuan dlm gelap' yg demo bertiga (hadi, stopa, nasha) amat arif.

    fitnah lagi. jika kebenaran itu fitnah, maka saya memilih utk menyebarkan fitnah itu!!! kepada Allah saya memohon keampunan dan kepada Allah saya mengharapkan pertolongan untuk menyatakan yang benar walaupun dianggap fitnah!

    kpd sdr gb, teruskan. kita hidup bukan mengejar redha manusia...

    wallahu'alam

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.