19 Dis 2009

AMK Berdemo Aman Desak Pembebasan Jonah Dan Azizi

Satu demonstrasi secara aman diadakan di hadapan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membantah tindakan polis menahan dua pemimpin kanan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, kedua-dua mereka ditahan ketika sedang mengedarkan risalah meminta Mahkamah Syariah menangani campurtangan politik dalam permohonan kes Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Shamsul, Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Timbalan AMK Kelana Jaya, Azizi Ahamat ditahan di bawah Akta Hasutan.

Khairul Anuar atau lebih dikenali dengan panggilan Jonah dan Azizi dikatakan telah mengedarkan risalah yang dikatakan bertujuan menghasut orang ramai menghadiri satu demonstrasi yang akan diadakan hari ini di Dataran Shah Alam.

Menurut Shamsul beliau mempunyai bukti kukuh melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang menyatakan keterlibatan Ketua Polis Negeri dalam penahanan tersebut.

Ujar Shamsul AMK hanya bercadang mengadakan demonstrasi secara aman di dalam Dewan MBSA pada hari ini berkaitan dengan konvensyen ulung Pakatan rakyat yang berlangsung siang tadi dan bukanlah seperti yang dituduh oleh pihak polis.

Kira-kira 50 orang ahli Angakatan Muda Keadilan terlibat dalam demonstrasi di hadapan Auditorium MBSA ini ketika persidangan ditangguhkan seketika pada jam 1 tengahari tadi.

Kandungan risalah adalah untuk mendesak Mahkamah Syariah supaya menyegerakan proses mendengar kes liwat membabitkan Saiful. Risalah itu juga menyatakan wujudnya campur tangan pihak atasan agar kes terhadap Anwar dilewatkan daripada didengar.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini dilaporkan berkata Jonah dan Azizi ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Anwar telah membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Kesnya kini didengar di mahkamah sivil. -FMT

3 ulasan:

  1. Satu terfikir yang oneMalaysia tu maknanya 1Malaysia untuk kroni serta anak bini. Yang lain tengok saja ler.

    BalasPadam
  2. UMNO memang pengkhianat bangsa sejak sebelum merdeka lagi..

    BalasPadam
  3. Tindakan seumpama ini tentulah menambahkan kebencian kepada BN. Polis jadi mangsa. Tengoklah 2 orang polis yang menerima hukuman dalam kes pembunuhan Altantuya. Tak ke naya hamba Allah tu. Mudah-mudahan Allah akan beri petunjukNya!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.