24 Nov 2009

Pemimpin MCA Sangsi Dengan Muhyiddin

Sungguh melucukan apabila Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan perdana Menteri hendak menyelesaikan masalah MCA.

Ramai pemerhati politik melihat perkembangan terbaru krisis MCA yang menerima Muhyiddin sebagai pendamai dan penyelesai kemelut sebagai satu lawak jenaka kerana Muhyiddin amat dikenali dengan sifat rasisnya.

Sewaktu mengulas gesaan Muhyiddin yang meminta semua pemimpin MCA agar tutup mulut, ramai pemerhati politik berpendapat Muhyiddin merasakan seolah-olah dirinya sudah diterima oleh MCA untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh parti itu sekalipun hakikat sebenar ramai pemimpin MCA yang merasa sangsi dengan tindakan Muhyiddin.

Pemimpin-pemimpin parti berbangsa Cina pernah melahirkan bantahan mereka terhadap kenyataan Muhyiddin di dalam satu wawancara yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam bertajuk "Kuasa penentu Melayu hilang jika terus berpecah".

Muhyiddin dibidas oleh pemimpin kaum masyarakat Cina yang mereka sifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai rasis dan adalah amat tidak wajar ia dikeluarkan oleh pemimpin nombor dua negara. Apatah lagi tatkala Perdana Menteri menyeru ke arah konsep "Satu Malaysia" yang dilihat hanya sebagai satu slogan kosong tetapi rupa-rupanya tidak dihayati oleh pemimpin UMNO sendiri.

Muhyiddin diantara lain telah menyatakan:

"Walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan. Masyarakat Cina tidak berpecah mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan.

Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa pilihan raya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina malah masyarakat India pun begitu, apa tah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi Timbalan Ketua Menteri, Speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti"

Timbalan Presiden Gerakan, Dato’ Chang Ko Youn telah secara terbuka telah melahirkan rasa tidak bersetuju beliau terhadap kenyataan Muhyiddin.

"Adalah benar ramai (kaum Cina) yang mengundi Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau; namun kita mesti menyiasat mengapa mereka lakukan demikian,” kata Chang.

"Kaedah konvensional menggula-gulakan peruntukan tidak lagi diterima lantaran ia dilihat sebagai cara tidak jujur untuk memancing undi. Masalah mereka perlu diberikan perhatian secara berterusan dan pemberian peruntukan sewaktu berlakunya pilihanraya kecil sudah tidak berkesan dan meyakinkan mereka lagi. Isu yang lebih utama untuk ditangani ialah rasuah, penyalah-gunaan kuasa dan ekuiti di kalangan pemimpin negara serta sistem penyampaian," tambah Chang lagi.

Sementara itu jurucakap MCA yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Sdr. Lee Wei Kiat prnah menganggap kenyataan Muhyiddin berhubung isu Bukit Gantang bahawa “(sokongan kaum Cina) mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan” memerlukan kajian dan penjelasan lebih terperinci.

Beliau telah menggaris pelbagai isu yang menyebabkan kaum Cina menolak BN di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Selambau. Sebagai contohnya di dalam isu tempatan, nelayan di Kuala Sepetang tidak berpuashati terhadap layanan terhadap mereka contohnya subsidi diesel, birokrasi untuk mendapatkan lesen atau penguatkuasaan secara terpilih oleh polis marin beberapa hari sebelum mengundi.

Begitu juga keangkuhan UMNO dengan isu menunjukkan keris disamping ucapan-ucapan yang berapi-api konon ingin ‘bermandikan darah’ yang boleh mwujudkan ketegangan masih belum dapat dimaafkan.


1 ulasan:

  1. kena perbetulkan ayat di para pertama tu.." Timbalan perdana Menteri hendak menyelesaikan masalah MCA."

    TPM bukan nya nak sangat tp najib yang suruh dia...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.