22 Nov 2009

PAS Yakin PR Akan Terus Berkuasa

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang menerajui beberapa negeri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 lalu diyakini dapat meneruskan perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih baik pada masa depan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, ini berikutan ketelusan pentadbiran sedia ada sekarang berupaya menunjukkan kepimpinan yang baik dan bebas penyelewengan.

“Buktinya sehingga kini belum ada pihak termasuk pendedahan melalui akhbar penyelewengan yang dilakukan sama ada oleh pemimpin parti atau kalangan pemerintah negeri yang dikuasai PR.

“Ini menunjukkan kita sememangnya mengamalkan pentadbiran yang telus dalam semua bidang dalam usaha untuk memberi keselesaan kepada rakyat,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Pas Jerai di Dewan Orang Ramai di sini, semalam.

Menurutnya, punca utama tidak berlakunya penyelewengan ini adalah kerana semua pemimpin di negeri Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang mengamalkan perbelanjaan berhemah.

“Ketelusan yang menjadi amalan semua pemimpin PR dalam mentadbir negeri masing-masing turut meyakinkan rakyat bahawa mereka tidak terlibat dengan perbuatan rasuah.

“Malah perbelanjaan berjimat cermat kesemua kerajaan negeri tersebut berjaya mengurangkan 30 peratus perbelanjaan mentadbir yang kemudiannya boleh pula digunakan untuk membantu rakyat dalam bentuk yang lain pula,” katanya.

Salahuddin berkata, PR tidak akan menyembunyikan mana-mana pemimpinnya yang didapati menyalah guna kuasa termasuk mengenakan tindakan tegas jika didapati bersalah oleh mahkamah.

“Kita bukan sahaja ingin melihat pemimpin bersih tetapi mereka mesti tunjukkan perjuangan yang dibawa adalah untuk membantu rakyat, bukan kerana kepentingan peribadi," katanya. -SH

2 ulasan:

  1. Insyaallah Pakatan Rakyat akan perintah Malaysia, PRU13, belum cuba belum tahu.....kerja kuat berpasukan...

    BalasPadam
  2. 1. Saya tidak menafikan memang negara kita memerlukan pertukaran pemerintah. Itu adalah perkara yang amat perlu pada ketika ini bagi kemajuan sosial dan ekonomi negara. Tapi yang menjadi kurang menyakinkan ialah dipihak yang hendak menganti pemerintah sekarang. Dengan kepimpinan dan tokoh-tokoh Pas sekarang adakah mereka ini mencapai tahap kelayakan dari segi kebijakan dan keilmuan untuk mentadbir negara moden sekarang? Dengan ilmu sepantas dihujung jari, kalau tersilap keadaan menjadi bertambah celaru. Adakah mereka tahan dikritik? atau muka mereka merah-padam seperti pemain kampong yang tidak seperti pemain profesional!!!
    2. Seperti yang kita tahu ketahanan minda dan fizikal amat penting dalam segala bidang. Adakah mereka ini layak bila diperhatikan melalui percakapan mereka, kenyataan-kenyataan mereka yang dikeluarkan dari mulut mereka. Adakah kita tidak merasa janggal? Adakah kenyataan mereka hanya seperti ingin mempolularkan diri mereka sendiri!!membelakangkan jemaah.Adakah orang sperti ini layak menjadi pemimpin. Kita tidak boleh mempertaruhkan kehidupan kita dengan nasib.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.