24 Nov 2009

Nik Aziz, Hadi Awang, Mukhriz Dan Persepsi

Nik Aziz Dah Mengalah, Hadi Awang?

Oleh nuraflah

Di mata Nik Aziz, Ariffahmi bukan sahaja setakat menantunya. Beliau yakin yang ‘menantunya’ itu layak untuk menjadi CEO di salah sebuah syarikat anak kerajaan negeri yang sudah dipimpinnya selama 19 tahun.

Jika diukur dari sudut kelayakan akademik, memang menantunya itu layak. Namun jika diukur dari sudut persepsi orang awam, kelayakan menantunya itu perlu dipertimbangkan banyak kali.

Sebabnya mudah.

Pertama, masyarakat alaf ini memang menolak keras amalan kronisme. Amalan ini selalunya membuatkan yang layak menjadi tidak layak dan yang tidak layak menjadi layak.

Kedua, apa sahaja yang dilakukan oleh menantunya itu akan memberikan kesan langsung pada kredibiliti Nik Aziz. Apa sahaja yang dilakukan oleh Nik Aziz pula akan memberikan kesan langsung pada kredibiliti PAS. Dan apa sahaja yang dilakukan oleh PAS akan memberikan kesan langsung pada kredibiliti ‘perjuangan Islam’.

Ketiga, atmosfera politik alaf ini sungguh berkait rapat dengan persepsi. Pihak yang berjaya menguruskan persepsi dengan baik akan mendapat undian yang baik juga. Kemelut yang melanda PBMK telah mengakibatkan masyarakat membina persepsi buruk terhadap kepimpinan Nik Aziz.

Tiga sebab di atas sudah cukup untuk membuatkan Nik Aziz perlu mengambil jalan mengalah. Tiada gunanya lagi beliau mempertahankan menantunya itu. Bak kata orang nogori, “biar mati anak, jangan mati adat”. Tindakan Nik Aziz menyuruh menantunya berundur bolehlah dianggap seperti “biar mati anak, jangan mati Islam”.

Bercakap tentang persepsi, pada minggu lalu saya ada membuat ‘online poll’ tentang Presiden PAS. Soalannya, patutkah Haji Hadi (Presiden PAS) letak jawatan?



315 orang telah menyertai undian tersebut dan keputusannya:

1) 184 orang atau 54% undian menyatakan Presiden PAS patut melepaskan jawatannya.

2) 109 orang atau 45% undian menyatakan Presiden PAS patut mengekalkan jawatannya.

Berdasarkan kepada keputusan di atas, saya fikir Presiden PAS sedang berhadapan dengan masalah persepsi. Saya percaya, reputasi beliau sebagai Presiden PAS akan bertambah buruk jika para blogger yang pro-PAS terus berusaha untuk menjahamkan reputasi beliau.

Untuk itu, saya ingin menyeru para blogger yang pro-PAS untuk melihat foto di bawah. Beliau kononnya disebut sebagai bakal calon BN untuk PRK DUN Kota Seputeh. Apakah yang patut anda nyatakan?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.