9 Nov 2009

Najib Altantuya Main Politik Isu Royalti Minyak

Exco Ekonomi Kelantan, Husam Musa berkata tindakan Perdana Menteri menolak tuntutan rakyat Kelantan berhubung isu pemberian royalti minyak Petronas adalah permainan politik UMNO-BN.

Husam berkata kerajaan BN beralasan bahawa pemberian royalti harus menepati syarat 3 batu nautika walhal syarat itu tidak terkandung dalam Akta Petroleum.

Sehubungan itu, Husam yakin bahawa Najib sekadar mahu bermain politik atau membuli rakyat Kelantan.

"Satu-satunya hujah yang digunakan oleh kerajaan Malaysia ialah 3 batu nautika tapi tidak ada di mana rujukan" ujar Husam.

"Sekarang Perdana Menteri hanya bermain politik dan ia tidak berasas kepada perjanjian" tambahnya lagi.

Perdana Menteri Najib Tun Razak telah mengumumkan Kelantan tidak layak untuk menerima wang royalti minyak kerana kedudukan kawasan minyak Bumi Selatan terletak lebih dari 3 batu nautika dari perairan Kelantan.

Namun ujarnya, pihak kerajaan negeri Kelantan tetap akan meneruskan tindakan perundangan demi mempertahankan hak rakyat Kelantan. Walau bagaimanapun, Husam berkeyakinan Perdana Menteri itu akan memberikan wang royalti kepada Kelantan setelah rundingan diadakan.

"Kita akan terus dengan tindakan kita untuk meminta royalti" tambahnya lagi.

Husam menambah tuntutan ini dibuat berasaskan kepada perjanjian yang telah dimeterai bersama Petronas. Isu ini juga bertitik tolak kepada soal ketanggungjawaban dan ketelusan pemerintah.

"Suka saya tekankan Kelantan bukan hendak duit sahaja tapi ketelusan" katanya.-TVS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.