Bernama melaporkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menganggap isu berhubung kedudukan menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sudah selesai.
Beliau berkata campur tangan Pas pusat untuk menasihatkan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas bertujuan untuk menjaga nama baik parti dan juga kepimpinan parti.
"Menteri Besar dah buat keputusan supaya pegawai berkenaan (Abdul Ariffahmi) letak jawatan sebagaimana pandangan (yang diberikan) Pas pusat.
"Ini menunjukkan semangat musyawarah yang ditanam dalam parti kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di bangunan Parlimen di sini.
Abdul Hadi juga berkata keputusan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz adalah berdasarkan kehendak keseluruhan anggota parti dan bukannya berdasarkan kehendak individu.
Semalam, arahan untuk Abdul Ariffahmi meletak jawatan tersebut dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz selepas satu rombongan Pas pusat bertemu dengan beliau selama sejam di kediaman rasminya di Kota Baharu, Kelantan.
Ulasan GB
Kenyatan TGHH di atas menutup terus kritikan dan selaran pihak tertentu yang menuduh Nik Aziz tidak konsistn di dalam pendiriannya menghadapi kes yang melanda PMBK yang sebelum ini diterajui oleh Ariffahmi, menantu Nik Aziz.
Kebenaran akhirnya terserlah jua.
TGNA bukan seorang yang tidak menerima pandangan orang lain, malah telah sedia mendengar syor PAS Pusat sekalipun Ariffahmi tidak dibuktikan ada melakukan apa-apa kesalahan.
Namun bagi mengelakkan persepsi negatif demi kebaikan parti, TGNA telah membuat keputusan sesuai dengan kehendak jemaah.

Salam,
BalasPadamItulah kehebatan bersama jemaah dan hidup hormat menghormati sesama sahabat. Biarpun dengan keras dan penuh padat dalam hal yang melibatkan kepimpinan dan kemapanan parti, termasuk mengkritik Presiden, namun sebagai sahabat sejati...buang yang keruh, ambil yang jernih!
Dikala PAS kelantan tidak mahu masuk campur dalam hal ehwal PMBK, dikala semua orang mengkritik dan menghentam TGNA...akan tetapi dengan semangat ukhuwwah yang tinggi, utuh bersama kearah polisi parti, PAS Pusat yang diketuai oleh TGHH bersama TG Harun Din dan yang lain, datang ke Kelantan bagi membantu sahabat yang sedang memerlukan bantuan.
Bukan dengan cara memburukkan lagi keadaan, apatah lagi menimbulkan persepsi salah terhadap pimpinan Kelantan...Itulah semangat sahabat sejati didalam perjuangan, yang perlu dicontohi oleh semua ahli parti.
PAS sangat memerlukan seorang pejuang semacam akhi GB dan rakan-rakan sewaktu dengannya. Adalah lebih molek kalau akhi GB menyarankan beberapa 'discrepancies'(kalau ada) melalui saluran yang betul, saya pasti anda akan diangkat sebagai teman sejati PAS yang bukan 'sekadar ahli biasa'. Ingat, PAS bukan seperti UMNO, kalau komen atau kritik, maka siaplah anda....Tapi PAS, adalah parti untuk semua, semua ada hak memberi pandangan....tetapi biarlah yang ber'accountability', saperti Prof Aziz Bari, dan beberapa tokoh lain. Mereka bukan sahaja mendapat tempat dipentas PAS, malah diberi penghormatan untuk memberikan ucapan dan ditambah lagi dengan Dr. Abu Hasan....Itulah penghormatan PAS terhadap pengkritik, asalkan pengkritik mempunyai 'jiwa yang tinggi' dan ber'accountabilty'. Itulah tanda terima kasih PAS terhadap mereka.
Begitu juga kepada akhi GB, kalaulah anda 'tahu' menggunakan saluran yang betul, maka saya yakin seyakin-yakinnya, PAS tidak akan mensia-siakan anda di arena politik ini.
Anda insan genius, pereka Melayu yang bersifat international...maka amatlah rugi jika PAS mensia-siakan tenaga dan bakat anda...
Benar, berjuang belakang tabir lebih selamat dan selesa berbanding didepan tabir...tapi saya masih ingat kata-kata TGNA, dalam salah satu ceramah tarbiyah;
"10 sen yang dibelanjakan oleh mereka yang berjuang didepan tabir adalah lebih baik dari 1 ringgit yang dibelanjakan oleh mereka yang dibelakang tabir"
Jangan beranggappan salah kepada saya, dan terpulang kepada anda untuk memikirkan sebaliknya...
Mungkin inilah nasihat saya yang terakhir...kerana saya nampak akhi GB terlalu 'tegar' dengan pendirian yang sedia ada...walaupun pimpinan sudah nafikan sebaliknya...
Kita sudah kekurangan masa dalam perjuangan, biarlah sisa-sisa masa dipergunakan sepenuhnya untuk menyebarkan dan menyedarkan kefahaman Islam kepada masyarakat yang jahil dan di'jahil'kan oleh pemerintah.
Sekian, akhuka fil Islam;
Fiqar.
Akhi Fiqar yang dikasihi smuga dirahmati Allah,
BalasPadamSegala pujian itu sebenarnya untuk Allah, GB hanyalah seorang hambaNya yang lemah.
saya setuju dan senada dengan fiqar terutama sekali pada perenggan kedua terakhir.
BalasPadam-Mohd, Rusila -Mansoura, Egypt
sekiranya GB tidak tegar dengan pendirian GB, blog ini mungkin tidak ada malah tidak perlu.
BalasPadamsekalipun pemimpin mengatakan tak der UG dan seumpamanya, namun apa yang Allah tunjukkan kepada kita dari sehari ke sehari adalah disebaliknya, maka selagi itulah GB akan berpegang hatta terpaksa bersendirian menggigit akar kayu sekalipun.
orang boleh kutuk, hina malah maki GB, namun GB tak kan mulia lantaran dipuji dan tak hina lantaran dikeji kerana, Allah 'tuizzu man tasya' wa tuzillu man tasya'
apa yang GB minta selama ini cuma satu.. mereka perlu meminta maaf kepada sekalian ahli jemaah lantaran apa juga kesilapan yang telah mereka lakukan yang telah menyebabkan perpecahan berlaku di kalangan jemaah. Barulah isu itu boleh dikatakan ditutup rapi. Sekalian ahli akan turut gembira dan jemaah akan menjadi lebih kukuh. Apakah itu terlalu besar dan sulit untuk dilakukan?
"pemimpin yang mati dalam keadaan menipu ahli jemaahnya, Allah mengharamkan syurga untuknya." mafhum Hadith.
wallahu alam bissawab..