30 Nov 2009

Ibrahim Ali Dalang Demo Esok Di Kelantan

Esok ada demontrasi di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Katanya NGOs akan buat.

Siapa NGOs itu? Katanya dari kalangan puak Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas yang betanding atas tiket PAS. Kenapa beliau nak berdemo? Katanya mahu mendesak Tok Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

ITU lah si Ibrahim Ali. Orang yang ingin didesaknya itu adalah orang yang memberi keizinan kepada beliau bertanding di kerusi PAS atas nama tiket PAS. Orang yang menyuap nasi ke mulut beliau sendiri yang nak digigit jari. Inilah perangai Ibrahim Ali.

Sekarang beliau sedang mengerah di seluruh negeri termasuk ketua-ketua Umno Bahagian juga supaya rakyat keluar beramai-ramai untuk berdemontrasi. Apakah Ibrahim Ali mahu magerankan Kelantan sekali lagi?

Kita tengok apakah tindakan pihak keselamatan besok. Kita percaya mereka mampu mengawal keadaan. Kalau bola sepakpun boleh takkan demo tak boleh. Jangan risau polis ada.

Kenapa Brahem Ali mahu berdemo? Apakah sebenarnya disebalik gerakkerja beliau ini? Di rasakan ada sesuatu yang cuba dimainkan oleh beliau. Atau beliau sedang “Menawan Hati” Perdana Menteri untuk diterima masuk Umno semula. Kalau jadi… beliau mahu jadikan macam Perak.

Brahim tetap Brahim… -manjanik

Ulasan GB

Ada pihak di dalam PAS sendiri menyalahkan TG Nik Aziz kerana membenarkan Ibrahim Ali bertanding di atas tiket PAS untuk kerusi Pasir Mas.

GB menyatakan bahawa itu menunjukkan bahawa TG Nik Aziz berhati mulia. Sentiasa terbuka untuk menerima "sesiapa saja" yang ingin bekerjasama dengan PAS Kelantan.

Seandainya "sesiapa saja" itu menipu dan mengkhianati PAS, maka TG Nik Aziz dan PAS tidak rugi apa-apa kerana TG Nik Aziz adalah orang yang yakin bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Allah akan tetap membalas perbuatan durjana si penipu dan si pengkhianat tersebut.

Nak ke mana kamu Ibrahim? Setelah UMNO sendiri enggan menerima kamu semula walau dah berkali-kali kamu mengampu dan membodek untuk menyertai UMNO semula?

Setiausaha Pemuda UMNO Kelantan, Bazlan Baharuddin pernah meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan beliau ke dalam UMNO bagi mengelak 'pisang berbuat dua kali.'

Akhirnya Ibrahim Ali yang terasa malu, membuat kenyataan balas, "saya kena fikir bukan setakat pisang berbuah dua kali, tapi lima kali atau 100 kali", nak tunjukkan kononnya beliau tak kepingin sangat nak sertai UMNO walaupun itulah hajatnya yang sebenar.

Dan GB terfikir, apakah dia ini Kolonel Mat yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz?


4 ulasan:

  1. org spisis katak macam brhim ali nih, patut2nya panggil pm najis kite letak C4 je, abis cite!!!!

    BalasPadam
  2. Syed(betulkah ejaan syed saya ni?) Azidi mengulas kononnya ayahnya yang telah meninggal pada tahun 2003 datang balik ke kota bharu merancang menjatuhkan kerajaan kelantan sekarang. Roh ayahnya telah bangkit semula dan mungkin telah beberapa kali mengadakan perancangan dengan berahim ali di Pasir Mas atau di seberang Golok.Apa pandangan GB sendiri.. adakah logik kenyataan syed Azidi ni.

    BalasPadam
  3. GB saya ni kalau nak sebut je nama BA ni rasa nak termuntah... Geli geleman sgt nak sebut nama dia.. sorilah..

    Apa pun kita tentang siapa saja yang memusuhi TGNA...

    BalasPadam
  4. Jika benar Ibrahim katak sebagai dalang demons-trasi, amat malang sekali kpd penduduk2 pasir
    Mas yg memilihnya sebagai wakil raayat yg ber-tanding atas tiket PAS. Apa tidaknya seperti
    melepaskan anjing tersepit, kemudian mengigit
    orang yg melepaskannya.Apakah ini bolih dipanggil
    manusia? Kalau ianya manusia tentulah ianya
    mengunakan otak untuk berfikir dan mengunakan
    akal untuk melakukan demonstrasi kpd orang yang
    memberikan laluannya utk bertanding atas tiket
    PAS. Inilah Berahim Ali yg berkepala manusia dan
    berhati anjing. Itulah nama yg paling sesuai utk
    dipanggil kpd Berahim Ali.
    Sewaktu PAS menamakan Berahim katak ini sebagai
    calun diP'ment Pasir Mas, akulah antara orang yg
    menentang pencalonan ini, kerana aku sudah tahu
    hati pedal Berahim Katak ini.
    Berahim Katak ini adalah manusia yg tidak ada
    prinsip atau pegangan. Ahli politik yg tidak
    pernah ku temui dlm sejarah politik Tanah Air yg
    melompat dlm berbagai2 parti yg disertainya.
    Aku sendiri pun tidak tahu, apa yg dikejarkannya
    dlm politik. Mungkin ada disebaliknya yang aku
    tidak tahu..
    Tapi aku rasa, politiknya akan berahkhir disini
    buat selama2nya.. dan dia menang diPRU12 yg lalu
    pun diatas tiket PAS dan PAS pulak dah serik
    utk mengambilnya kembali, maka kalau beliau
    bertanding diatas tiket bebas pun dia akan tewas
    diPasir Mas dan politiknya akan ditelang zaman
    dan akan dikenang sebagai Berahim katak yg ber-kepala anjing dan berhati manusia..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.