6 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Tak Tumbuh Tak Melata

Tak tumbuh tak melata. Kalau tak sungguh orang tak mengata.

Hadi umpama 'Pak Lah versi PAS'

Kepemimpinan Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang dianggap sangat lesu sehingga boleh diumpamakan beliau "Pak Lah versi PAS", kata ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini, lapor malaysiakini.

Tun Abdullah Ahmad Badawi dianggap seorang pemimpin lemah, tidak tegas, lembab dalam pelaksanaan dasar dan dipersalahkan atas kemerosotan teruk BN sehingga dipaksa melepaskan jawatan presiden Umno dan perdana menteri.

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menambah, oleh itu Abdul Hadi kini dianggap "beban" parti itu untuk terus mengembangkan pengaruhnya dan memainkan peranan lebih besar dalam politik baru Pakatan Rakyat.

Dr Abdul Aziz juga berkata, walaupun pada 1980-an dan 1990-an tokoh agama itu berpengaruh luas khususnya melalui pidato tetapi kini presiden PAS itu kini "sudah hilang stim".

Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, pakar undang-undang perlembagaan mendakwa, kegagalan Abdul Hadi bertindak sebagai "tokoh nombor satu" diburukkan lagi oleh peranan pemimpin lain seperti timbalannya Nasharuddin Mat Isa dan setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali.

Beliau juga mendakwa, Abdul Hadi tidak lagi mempunyai ciri seorang pemimpin dalam senario politik baru, hubungan awamnya pula tidak baik dan gagal berfungsi sebagai ideolog atau peneraju utama yang menjelaskan wawasan parti seperti "PAS untuk semua" dan "negara berkebajikan".

Abdul Hadi masih lagi berlegar di sekitar isu Melayu-Islam semata-mata seperti isu yang dijuarai parti itu sejak dulu, tambahnya.

Dr Abdul Aziz, yang kini semakin lantang mendesak pengunduran Abdul Hadi, diundang membentangkan analisis kemerosotan PAS dalam seminar politik parti itu di Gombak, esok.

Seminar sehari itu, yang dijangka melibatkan 1,000 pemimpin atasan dan akar umbi PAS, dianjurkan susulan desakan mengadakan muktamar khas bagi membincangkan "beberapa pemimpin bermasalah".

Ditemui di pejabatnya di kampus UIA pagi ini, Dr Aziz berkata kelemahan Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, sudah diketahui oleh barisan pemimpin PAS tetapi tiada siapa yang berani menegurnya secara terbuka.

2 ulasan:

  1. Dalam konteks seorang pemimpin, maka Hj. Hadi bolehlah dianggap ‘tunggul buruk ‘ yang perlu dibuldozerkan. Team UG itu juga elok dinasihatkan supaya memulangkan semula jawatan yang disandang kepada parti untuk diangkat seorang lain yang telah membuktikan upaya memacu PAS menuju matlamat.

    Pakatan Rakyat merupakan sebuah kapal besar dan baru rakyat yang sedang dipertanggungjawabkan untuk melayari semula kehidupan dan kelangsungan Malaysia sebagai sebuah Negara bangsa beragama dan merdeka. Kelesuan dan ‘kemandolan ‘ yang dialami PAS perlu diperbaiki segera.

    Rakyat telah merespon kegelisahan mereka terhadap upaya PAS bersama Pakatan Rakyat melalui PRK di Manek Urai dan Bagan Pinang.
    Sekiranya ahli dan pemimpin PAS masih tegar dengan rasa PAS masih utuh, maka tunggulah pilihan raya lain yang bakal diadakan nanti.

    Atau Kelantan itu sendiri mungkin diterbalikkan semula oleh rakyat jelata. Istilah ‘ambil tapi undi untuk PAS’ sudah reput. Hanya rakyat yang masih buta kayu sahaja yang mengamalkan istilah berkenaan. Kini rakyat melihat rialiti bukan fantasi.

    BalasPadam
  2. Yang bezanya hadi pakai serban, paklah tak pakai serban, tapi asas pemikiran sama...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.