Ketika melangkah masuk ke Dewan Fadzil Noor, Pusat Tarbiyah Taman Melewar pagi Sabtu lalu untuk menghadiri Sdminar Memperkasakan Parti, ada sedikit debaran di hati. Pertama sejauh mana respons pimpinan PAS dan pendukung terhadap kritikan dan pandangan berbeza dari orang luar.
Kedua, sejauh mana isyarat keterbukaan yang mulai diperlihatkan oleh pemimpin dan pendukung PAS. Ketiga bagaimana sikap dan langkah pemimpin dan pendukung PAS untuk membuat perubahan, bermula dari mana dan apa periapannya.
Pertanyaan ini berligar dalam fikiran ketika memasuki Pusat Tarbiyah yang penuh nostalgia itu. Setelah berada di Dewan itu dan mendengar wacana idea dari Prof. Dr. Aziz Bari dan Dr. Abu Hasan Hasbullah, dua tokoh akademik yang sangat menyerlah itu, serta perbahasan selepas itu saya merasa terharu dan debar hatipun hilang, justru kerana majlis tersebut sangat positif. Ia memancarkan sikap terbuka majoriti pemimpin dan pendukung PAS, walaupun masih ada segelintir pemimpin dan pendukung PAS yang bersikap tidak terbuka, menolak pandangan orang luar, jumud dan berada dalam kepompong suasana terkebelakang.
Kepada saya, majlis itu sangat positif, luar biasa, sangat terbuka dan memancarkan kematangan majoriti pemimpin PAS yang membukakan minda mereka secukunya untuk memanfaatkan kritikan dan idea baru dalam suasana yang sangat terbuka dan ikhlas. Tahniah kepada Tuan Guru Nik Abd Aziz kerana mendorongkan seminar seumpama itu diadakan, tahniah kepada Dato Presiden, Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang dan tahniah kepada seluruh pimpinan PAS yang lan.
Saya tidak dapat membaca apa yang terbetik di dalam hati Dato’ Presiden menyaksikan suasana demikian, tetapi saya yakin beliau pemimpin berjiwa besar, terutama ketika melihat ketenangan beliau sepanjang Seminar tersebut dan jawapan yang diberinya terhadap pelbagai kritikan. Bagi saya Seminar ini suatu permulaan, turning-point yang penting untuk PAS menangani perubahan bagi mencapai kejayaan, dengan izin Allah S.W.T
Belum ada sebuah parti politik di Malaysia, termasuk Umno sendiri, sepanjang ingatan saya, yang seberani dan segagah PAS mengadakan seminar yang sangat terbuka, mengundang ‘orang luar’, mengkritik parti dan pemimpin sendiri. Sikap keterbukaan ini sewajarnya diteruskan dan sangat bertepatan dengan ajaran Islam.
Dalam suasana keterbukaan di seminar itu, saya terkenang jika Almarhum Ustaz Fadzil Noor berada di tengah Seminar seperti ini, saya yakin, beliaulah pemimpin yang paling gembira dengan suasana yang ada itu, justru kerana selama ini di bawah kepimpinannya, pendukung PAS diajar bersikap terbuka, moden dan sentiasa bersedia untuk berubah.
Mengamati lontaran kritikan dan idea dari Prof. Dr. Aziz Bari dan Dr. Abu Hasan Hasbullah, yang menggesa perlunya PAS menangani perubahan untuk survival masa depannya, saya teringat adea keduanya ini selari dengan beberapa idea yang pernah diketengahkan oleh AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkifli Ahmad dan Dr. Mujahid Yusuf Rawa dalam beberapa tulisan dan ucapan mereka selama ini. Maknanya, memang hadir di dalam saf kepimpinan tertinggi PAS sendiri tokoh yang mempunyai idea bernas dan terkedepan untuk PAS mendepani perubahan.
Memang tidak mudah untuk semua sekali saf pimpinan PAS bersikap terbuka dan akan terus wujud sejumlah kecil golongan berminda tertutup dan jumud ini di dalam jamaah, namun jika diamati jumlah mereka ini semakin tirus dan terpencil. Kita berdoa, mudah-mudahan saja, lambat laun, jumlah yang kecil ini juga akan bersedia menerima perubahan demi kemajuan PAS.
Suasana Seminar menjadi tegang seketika apabila salah seorang AJK PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik yang kelihatan amat marah dengan suara garang menentang keras idea Prof. Dr. Aziz Bari: “Saya tidak mahu melihat muka anda dan anda tidak patut menekankan idea anda mengenai sistem dua parti kepada PAS. Kalau mahu juga, masuk politik.” Bagaimanapun Prof. Dr. Aziz Bari dengan tenang menghuraikan mengenai idea dua parti sistem itu menurut perlembagaan dan suasana masa kini di negara ini.
Dalam hubungan ini, sangat menarik pula apabila Dr. Abu Hasan bercakap mengenai perihal persepsi umum sebagai sangat penting untuk survival PAS dan parti politik lain di Abad Ke-21 ini. Beliau membangkitkan isu persepsi umum ini ketika menjawab kritikan segelintir peserta yang menimbulkan isu yang disifatkan oleh mereka pebagai fitnah terhadap pemimpin PAS apabila Prof. Aziz Bari mengatakan pemimpin PAS lemah dan sebagainya.
Peserta itu dengan suara keras dan begitu marah meminta pembuktian dari Prof. Dr. Aziz Bari. Ahli Akademik itu menjawab bahawa ini bukan tuduhan, bukan perbicaraan di mahkamah, tetap persepsi umum, “kalau mahu terima, terimalah, kalau tidak mahu tidak mengapa.”
Ketika menjawab semua itu, Dr. Abu Hasan pula berkata, di Abad Ke-17, persepsi adalah fitnah, tetapi di Abad Ke-21 sekarang, persepsi bukan fitnah tetapi adalah maklumat dan sangat berharga. Justru, katanya, bersedialah menerima hakikat perepsi umum. Hujahnya ini sekaligus disambut dengan tepuk tangan majoriti peserta dan sekaligus menolak ‘serangan’ dari peserta yang marah-marah tadi.
“Apabila didapati imej dan persepsi terhadap sesetengah pemimpin PAS merosot sejak selepas PRU Ke-12, maka itu dalah sebuah persepsi terhadap PAS dan pemimpinnya. Ini bukan fitnah, bukan presjudis, tetapi seperti saya katakan itu adalah persepsi umum dan persepsi umum ialah maklumat bukan fitnah. Justru mereka yang menolak persepsi adalah bersikap primitif. Olerh itu persepsi penting untuk diberi perhatian,” kata Dr. Abu Hasan. Justru, ujar beliau lagi, janganlah marah apabila berdepan dengan pendedaan persepsi ini.
Baginya di Abad Ke-21 ini, golongan mana yang bersegera untuk mendapatkan maklumat dan memilikinya, mereka itulah yang akan menang dan menguasai keadaan. Kata Dr. Abu Hasan: “Saya jarang benar berjumpa Dr. Aziz Bari, hanya ada tiga kali. Tetapi kelihatan pandangan kami sama berdasarkan persepsi yang sama. Oleh itu persepsi adalah penting di abad moden ini. Seperti saya katakan, mereka yang menolak persepsi bersikap primitif.”
Sementara ada pembahas yang bersuara keras dan garang, penuh sentimen melulu, ada juga pembahas yang rasional – seperti dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Puan Athirah Al-Jundi dari Dewan Muslimat dan beberapa pembahas lagi - yang menyampaikan hujah bernas. Ini suatu kematangan ahli PAS di peringkat pelapis dan saya yakin jumlah mereka ramai.
Wakil ulama biasalah, sementara suara dari wakil Terengganu dan Pemuda tidak menghantar isyarat perubahan minda yang boleh membantu membawa perubahan kepada PAS. Suara mereka yang cukup keras tidak didukung oleh hujah rasional dan mudah ditewaskan oleh hujah dua pembicara ahli akademik tadi. Pemuda adalah pemimpin masa depan PAS, justru ia mestilah dilihat sebagai sayap penting, memiliki keupayaan berfikir yang matang, terbuka, tidak terperangkap oleh sentiment, dogma dan kejumudan.
Kita berharap, wacana ilmu atau Seminar seperti ini tidak berhenti di sini saja, tetapi akan diteruskan oleh PAS dari masa ke semasa, justru ia mendidik pendukung PAS membina kematangan, memiliki critical-thingking dan mampu menyesuaikan diri dengan keadaan masa kini tanpa mengkompromikan asas Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.
Walaupun Seminar itu berkhir di tengah rebut petir dan hujan lebat, tetapi kepala pendukung PAS yang keluar dari dewan tetap tenang untuk meneruskan sebuah cita-cita besar. -Abdul Shukur Harun

pemimpin yang bersikap terbuka boleh diterima rakyat...Menang PRU13
BalasPadam