11 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Saksi Kes V.K.Lingam Datang Sendiri Ke Parlimen

Susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkenaan kes VK Lingam yang terlepas dari sebarang pertuduhan undang-undang.

Pakatan Rakyat hari ini membawa seorang saksi penting ke pemerhatian media kerana sebelum ini Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadikan alasan sukar mendapatkan saksi sebagai alasan kes VK Lingam didiamkan begitu sahaja.

Bekas setiausaha VK Lingam, Jayanthi L.G Naidu memberitahu media bahawa beliau beberapa kali pernah dipanggil oleh BPR dan Suruhanjaya Di-Raja namun malangnya dikatakan tidak ada bukti kukuh untuk menyabitkan Lingam terhadap kelakuan jenayah.

Jayanthi merupakan saksi penting kerana sewaktu bertugas dengan VK Lingam beliau merupakan individu yang bertanggungjawab menempah tiket percutian untuk VK Lingam sekeluarga dan Tun Eusoff Chin ke New Zealand.

SOT : Jayanthi L.G Naidu, bekas setiausaha VK Lingam

" On the instruction of VK Lingam, I have at least on three occations withdrawn large sums of money between RM100,000 to RM 300,000 which I then wrapped in gift boxes with the understanding that they were be hand delivered by others to individual judges. One one occation, I saw one of these boxes being placed together with a box containing a cake to be delivered to a judge"

Wakil rakyat Pakatan Rakyat semalam mempersoalkan keengganan Peguam Negara mendakwa VK Lingam. Nazri dalam jawab balasnya berkata Lingam mungkin bersalah dari segi moral, namun tidak menyalahi mana-mana undang-undang.

Pakatan Rakyat mengesyaki adanya usaha untuk menutup kes ini dengan alasan teknikal.

Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, sebelum ini kerajaan menjadikan alasan gagal untuk menghubungi saksi penting menjadi punca utama kes terhadap Lingam tidak dapat diteruskan.

"Kita menolak jawapan ini sebagai jawapan yang tidak munasabah" ujarnya.

"Gagal menghubungi saksi yang terpenting dalam kes ini dijadikan alasan. Kini saya sendiri boleh hubungi" tambahnya lagi sambil disaksikan oleh Jayanthi dan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat lain.

Nama Lingam mula dikenali ramai apabila gambarnya sekeluarga bercuti dengan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin di New Zealand tersebar luas di Internet.

Turut dipaparkan dalam Internet gambar Lingam bersama-sama taukeh besar Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Mohtar Abdullah, mantan peguam negara, yang dirakamkan semasa percutian ke Itali. -tvs



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.