Kerajaan Pusat perlu membuat pembayaran berganda iaitu wang ihsan yang akan diberikan dan royalti minyak yang selayaknya diterima rakyat Kelantan, kata Exco Ekonomi Kelantan Datuk Husam Musa.
Mengulas mengenai pemberian wang ihsan, terdapat 12 telaga minyak dan 5 pelantar carigali serata perairan Kelantan yang kerajaan perlu ambil-kira dalam pembayaran wang ihsan.
“Kalau ikut Perdana Menteri telaga Kelantan hanya ada 1 iaitu Bumi Selatan dan telaga-telaga lain tidak berada di perairan Kelantan. Kalau Bumi Selatan itu melayakkan Kelantan terima wang ihsan, bermakna telaga-telaga lain juga boleh melayakkan Kelantan untuk dibayar wang ihsan" ujar beliau.
Kelantan akan menerima wang ihsan bermula 2010 dalam bentuk projek yang akan disalurkan melalui agensi Kerajaan Persekutuan.
Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak sebelum ini menolak semua permohonan kerajaan negeri dan berkata rakyat Kelantan tidak layak terima royalti minyak.
"Dari segi perundangan, negeri seperti Kelantan dan Terengganu hanya mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti, bagi sumber petroleum yang dihasilkan daripada perairan negeri tersebut. Dalam hal ini perairan negeri masing-masing, adalah ditakrifkan sebagai kawasan yang terletak tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari tikas air surut atau persisir pantai negeri tersebut" ujar Najib.
Menyanggah alasan Kerajaan Pusat, Husam berkata Akta 144 Petronas tidak menetapkan jarak 3 batu nautika sebagai syarat melayakkan Kelantan atau mana-mana negeri mendapat royalti minyak.
“Yang pertama ialah jawapan Perdana Menteri adalah tidak tepat. Melalui beberapa segi dan sudut. Yang pertama kalau Kelantan dikatakan hanya layak untuk wang ihsan, kerana pengairan itu berada di luar 3 batu nautika dari pantai Kelantan, di Sabah dan Sarawak, telaga-telaga mereka juga berada di luar 3 batu nautika” ujar Husam.
Husam menegaskan isu wang ihsan dijadikan alat politik dan rakyat Kelantan dijadikan tahanan oleh Kerajaan Pusat.
“Wang ihsan ini adalah tindakan politik dan bukan tindakan undang-undang, untuk menafikan hak-hak negeri berkenaan menguruskan wang mengikut acuan mereka masing-masing’. - TVS

Satu soalan
BalasPadamApakah Malaysia boleh mengali dan mengeluarkan minyak daripada kawasan berkenaan jika Kelantan bukan salah sebuah negeri yang bernaung dalam Persekutuan Malaysia ?
Malaysia ialah sebuah negara yang ditubuh berdasarkan kepada persetujuan 13 buah negeri untuk bernaung di bawah satu perlembagaan. Apakah negeri2 ini tidak mempunyai hak keatas tanah airnya ?