Tak sangka rupa-rupanya perkara itu begitu serius. Nasib baiklah Tok Guru Nik Aziz meletupkannya cepat. Kalau tidak, semua orang pakat duk sembunyikan benda-benda yang mereka tak suka itu, dengan anggapan ia hanya perkara kecil. Rupa-rupanya ia bukan lagi perkara kecil.
Selepas ia dipecahkan oleh Tok Guru Nik Aziz, barulah semua orang nak mengaku, barulah semua orang nak bercerita, barulah semua orang nak buka rahsia, dan saya pun menerima bermacam-macam aduan melalui SMS, emel dan telefon.
Memang kita tak menduga ia seserius itu. Nampak di permukaannya macam biasa saja. Nampak airnya tenang. Ada sedikit berolak dan berkocak di sana-sini sekali-sekala, itu biasalah. Lebih-lebih lagi selepas musim kemenangan. Ada yang terlebih gembira sikit. Ada yang mulai khayal dengan kesenangan dan kebendaan. Ah, manusia ...!
Makanya ramai juga yang jadi melenting dengan tindakan Tok Guru Nik Aziz itu. Tak dinafikan saya pun terima banyak juga reaksi yang marah kepadanya dan menuduhnya melalut dan meminta dia melepaskan jawatan dan sebagainya. Tapi, lebih banyaklah lagi yang bercerita dan membuka rahsia-rahsia buruk yang selama ini dipendamkan.
Seseorang dari Seri Gombak misalnya menelefon saya mengadukan cerita yang berlaku setahun yang lalu.
Rumahnya kena pecah dan dimasuki perompak, dan isterinya kena tetak hingga hampir putus tangan. Ketika isterinya di hospital hampir satu bulan, tidak ada seorang pun pemimpin parti atau wakil mereka datang menjenguk.
Dia sendiri berjumpa dengan seorang tokoh pimpinan di kawasannya selepas tokoh tersebut berpidato penuh semangat di hadapan ribuan penyokong, dan dia menceritakan peristiwa yang menimpa keluarganya itu, dengan harapan tokoh itu akan datang menziarahi isterinya di hospital.
"Kita bukan nak minta duit," katanya, bercerita melalui telefon kepada saya.
Lalu terhamburlah cerita yang dia pernah bekerja untuk parti, menampal poster, memasang bendera, membawa makanan kepada jemaah yang bekerja di musim kempen pilihan raya, dan macam-macamlah.
"Waktu kempen pilihan raya," katanya, "habis semua orang tua, orang yang uzur, orang yang sakit, kita cari hingga ke hujung-hujung kampung, untuk tunjukkan keprihatinan kita dan parti kita. Tapi selepas menang, kita beritahu sendiri ke telinga dia pun dia tak datang!"
Cerita itu berlaku lebih setahun yang lalu. Tetapi kenapa tiba-tiba dia perlu menceritakannya lagi, sekarang? Dan itu hanya satu daripada puluhan cerita dan aduan yang saya terima dalam tempoh yang singkat selepas ledakan oleh Tok Guru Nik Aziz itu.
Beberapa orang pula bercerita tentang tokoh-tokoh yang sudah pandai hidup bergaya, lupa pada cara hidup serba sederhana sebelum menjadi YB dulu. Jemput berceramah pun kalau orang tak ramai dah tak mahu datang. "Tanya pula, dah dapat permit? Dulu tak peduli pun itu semua."
Ada pula tokoh tu, kalau naik kapalterbang mesti kelas satu atau business class! (Ha, terkejut kau!) Buat rumah banglo baru lagi. Ah, macam-macamlah, hal-hal yang negatif begitu. Saya pun malaslah nak ceritakan semula. Anda tahulah apa yang saya maksudkan.
Maka saya merumuskan - Nasib baiklah Tok Guru Nik Aziz meletupkannya cepat. Seperti saya kata dalam tulisan lalu: "Lebih baik ia ribut sekarang daripada ia ribut tahun depan."
Betul! Bukan tujuan nak menyalahkan sesiapa. Cuma ... Lihatlah! Buka mata, buka telinga, dan dengarlah apa yang rakyat bawahan nak cerita. Memang mereka nak bercerita sekarang. Dulu mereka sanggup pendamkan rahsia-rahsia yang kurang enak mengenai pemimpin mereka. Tetapi hari ini tidak lagi. Hari ini mereka mahu bercerita. Maka dengarlah!
Dengarlah luahan rasa orang-orang di bawah yang sebahagian mereka ada yang sudah jadi bosan dan meluat disebabkan terlalu keliru dan sebagainya, hinggakan ada yang nak keluar parti pun. Janganlah pula kita sendiri yang keliru disebabkan terpesona dengan kemenangan, hingga mahu menganggap suara-suara dari bawah ini semuanya remeh dan tak perlu diambil kira.
Bagi saya, seperti yang saya sebut dalam tulisan dulu: "Ini suatu saat yang genting dan mencabar. Tiap gerakan atau organisasi perjuangan akan ada saat ujian yang sebegini. Menguji kebijaksanaan kepemimpinan, untuk menghadapi cabaran yang lebih besar di hadapan. Ada hikmah-Nya, untuk PAS (satu-satunya wadah untuk Islam didaulatkan di negara ini) menjadi lebih kukuh dan mantap."
Tak mengapa. Jangan takut menghadapi krisis. Dan jangan takut mendengar tuduhan, aduan, kekecewaan, kemarahan dan sebagainya itu. Ini semua adalah tanda-tanda parti yang sedang membesar dan menjadi dewasa. Kalau tak mahu ada krisis seperti ini, apakah kita lebih suka melihat 'satu-satunya wadah untuk mendaulatkan Islam di negara ini' terus kekal sebagai parti yang kecil untuk golongan tertentu sahaja?
Saya dan kawan-kawan seniman-budayawan-cendekiawan – kami bukan orang politik. Tetapi kami adalah pemerhati yang mempunyai komitmen dengan kebudayaan, kesenian dan ketamadunan bangsa dan negara (yang sebenarnya tidak boleh dipisahkan dengan politik).
Golongan ini (seniman-budayawan-cendekiawan) sebenarnya mempunyai peranan tersendiri dalam perjalanan hidup bangsa dan negara. Inilah mesej yang selama ini cuba dihantar oleh golongan ini kepada orang-orang politik, agar dapat dijalinkan persefahaman, demi untuk mewujudkan kehidupan yang lebih jernih dan bererti.
Tetapi sayangnya kami masih mendapati orang-orang politik itu kebanyakannya terlalu angkuh dan sombong (apalagi selepas menang), hingga bukan sahaja mahu menafikan kepentingan golongan 'budayawan' ini, tetapi juga mahu menafikan kepentingan untuk mendengar suara-suara di peringkat bawah, seperti yang cuba saya paparkan di atas itu.
Maka ada seorang penulis di kalangan kami, yang melihat dari sudutnya tersendiri, selalu menegaskan bahawa: "Orang politik ni semuanya sama saja. Umnokah, PASkah, KeADILankah, sama saja."
Saya dan kawan-kawan lain selalu membantah pandangannya. Tetapi akhir-akhir ini apabila dia mengungkit kata-katanya itu, kami hanya berpandangan sesama sendiri, walaupun sebenarnya saya sendiri tidak bersetuju dengan pandangan itu. -Dinsman

Begitulah manusia bila diuji Allah dgn kesenangan maka lalai dan lupa pd matlamat. Kemenangan yg sedikit telah mengasyikkan mereka.
BalasPadamWahai pemimpin2 PAS, muhasabahlah diri. Jika sedikit terlanjur dan ragui kemampuan diri utk perjuangan ikhlas di hadapan, baiklah berundur sekarang. Kelak di akhirat pasti parah untuk berjawab dgn Allah. Tuan Guru Presiden, bedah siasatlah barisan pemimpin; gugurkan yg tidak berada di landasan. Jgn hubungan dan kenalan rapat dijadikan sandaran dlm mengekalkan jawatan.
PAS parti Islam; jangan biarkan Allah murka angkara perjuangan kita yg tidak ikhlas.
Rata-rata aku lihat majoriti amat bencikan Geng UG yang telah menyebabkan PAS dihina sedemikian rupa...
BalasPadamMaka dinasihatkan sebenci manapun kita, bila tiba PRU ke 13 nanti, kita perlu pastikan calon PR seperti PAS, PKR dan DAP tetap disokong kecuali tiga-empat kerat Geng Perpaduan tu...
Marahkan nyamuk, jgnlah kita bakar rumah yea...ingat tu!
Apa2 pun pastikan Geng UG akan dikalahkan pada PRU akan datang...sekali lagi, ingat tu!!!
Pemimpin Pas jenis lidah bewak perangai serupa umno je
BalasPadamala, ribut dalam cawan je. kita ada cara kita sendiri.
BalasPadammesy khas, seminar khas, boleh selesai semua ni.
... :p :p :p
Cara berfikir seperti UMNO dan cara bekerja seperti kakitangan awam masih banyak dalam PAS. Sukar untuk berubah.
BalasPadam