Salam Pakatan.
Diberitakan baru-baru ini Khalid Samad telah berjumpa dan meberi amaran kepada Tuan Ibrahim Tuan Man supaya pita-pita rakaman yang berada dibawah simpanan JawatanKuasa Displin tidak dipadam. Ini kerana TG Hadi Awang telah menitahkan kepada Tuan Ibrahim supaya memadamkan segala bukti-bukti rakaman supaya jejak grup pro "Unity Government" seperti Hasan Ali, Mustafa Ali, Nasarudin Mat Isa dan beberapa individu lain terpadam.
Tujuan perintah TG Hadi Awang dipercayai kerana ingin "menjaga parti" supaya rahsia parti terus terpelihara. Ini menyebabkan Khalid Samad berjumpa sendiri dengan dan memberi amaran kepada Tuan Ibrahim, jika Tuan Ibrahim memadam bukti-bukti rakaman terbabit bagi menutup jejak pro UG, beliau akan mendedahkan terus rakaman-rakaman yang ada pada simpanan beliau di blog peribadi beliau. Buat makluman yang belum tahu, Timbalan Mursyidul Am PAS iaitu Prof. Dr. Dato' Harun Din adalah Mursyidul Am "Unity Government". Tuan Ibrahim Tuan Man kadangkala dilihat cenderung kepada Harun Din walaupun ia mempunyai pertalian darah dan kekeluargaan dengan Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz. Arahan terbaru Presiden PAS supaya memadamkan bukti rakaman terbabit amat meragukan. Lebih baik tidak membuang masa dengan mengadakan JawatanKuasa Displin. Kenapa perlu menyelamatkan 4-5 pemimpin PAS jika terbukti benar mereka mengadakan rundingan secara gelap dengan UMNO ??
Roadshow Hasan Ali
Sekarang Hasan Ali sedang berjalan satu Selangor untuk menerangkan bahawa diri dia tidak bersalah dan membuktikan bahawa orang lain yang sebenarnya bersalah. Tuan-tuan boleh melihat road tour Hasan Ali di sini. Tuan-tuan sendiri boleh lihat tarikh-tarikh yang dicatatkan. Ia sangat berdekatan dengan tarikh Seminar Khas yang akan diadakan pada Sabtu ini pada 7 November. Ini menimbulkan banyak persoalan. Bercakap disalah sebuah tempat, Hasan Ali telah mempertahankan tindakannya memecat Khalid Samad dan Saari Sungip. Ini point-point kenapa Hasan Ali memecat mereka berdua :
1. Fahaman mereka terlalu liberal
2. Mereka bersetuju untuk melaksanakan p/raya PBT sedangkan PAS Pusat tidak merestuinya. Hassan berhujah jika ianya dilaksanakan, maka orang Melayu di Sabak Bernam dan Kuala Selangor lah yang akan menjadi majoriti ahli majlis PBT. Khalid dan Saari berhujah “let got it, kita perlukan ahli-ahli majlis yang berwibawa dan layak untuk menduduki kerusi ahli majlis”.
3. Isu bantuan kerajaan negeri terhadap sekolah swasta/agama. Mereka bersetuju dengan cadangan exco DAP untuk menyamaratakan bantuan tersebut.
4. Isu ganti tanah kepada kuil-kuil. Jika didapati ada kuil-kuil yang haram dan hendak dirobohkan, maka kerajaan negeri hendaklah menggantikan dengan tanah yang baru. Termasuk lah tanah-tanah yang dimiliki oleh MAIS. Mereka bersetuju.
5. Isu pembinaan Pusat Kebudayaan Cina di sebelah masjid baru yang dibina di suatu tempat. Pada mulanya tanah tersebut hanyalah 2-5 ekar tetapi diminta oleh exco DAP tambahan tanah sehingga menjadi 15-18 ekar tanah yang bernilai RM 3.8 juta (kalau tidak silap). Mereka bersetuju.
6. Penguatkuasaan enakmen Islam. Mereka tidak bersetuju kerana ianya merupakan enakmen zaman UMNO memerintah. Hassan berhujjah enakmen itu adalah berkaitan tangkap khalwat, zina, yang bercumbu-cumbuan, orang minum arak etc. Beliau dengan sinis mengatakan “tak kan perkara ini pun tidak boleh sedangakn enakmen yang hendak dikuatkuasakan itu adalah standard dengan negeri-negeri lain”.
Sebenarnya, kesemua point-point tersebut adalah rekacipta Hasan Ali. Sedangkan kebanyakan point-point itu berlaku dalam tahun ini sedangkan Khalid Samad dan Saari Sungip dipecat pada tahun lepas lagi. Pemecatan itu pula berlaku tanpa rundingan dengan Dewan Harian PAS Selangor.
Kenapa Hasan Ali memecat mereka berdua ??
Sebab utama pemecatan Khalid Samad dan Saari Sungip ialah mereka kacau daun plan Unity Government di negeri Selangor. Setiap bulan laporan dari setiap negeri akan diberi kepada PAS Pusat untuk dilaporkan tentang aktiviti dan masalah mereka. Khalid Samad mempertikaikan laporan yang dibikin dari negeri beliau sendiri. Kerana setiap bulan laporan PAS negeri Selangor selepas kemenangan 8 Mac 2008 berunsur negetif dan berniat jahat dengan Pakatan Rakyat. Setiap kali laporan bulanan, PAS negeri Selangor menceritakan bahawa mereka tidak sesuai berada dibawah kawalan Pakatan Rakyat dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Laporan PAS Selangor juga menyatakan setiap bulan yang mereka ini tidak sesuai berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Setiap bulan juga, Ronnie Liew menjadi kambing hitam dalam laporan bulanan PAS Selangor.
Khalid Samad dan Saari Sungip mempertikaikan laporan bulanan negeri Selangor yang berunsur 'malafide' ini. Kerana sebahagian besarnya adalah rekaan semata-mata dan mempunyai unsur mahu khianat terhadap Pakatan Rakyat. Oleh kerana tidak tahan telinga dan tidak tahan dijatuhkan integriti dan kredibiliti oleh mereka berdua, atas nasihat ulamak "Unity Government" Hasan Ali terus memecat mereka berdua sebagai langkah menenangkan keadaan. Hasan Ali berkira-kira dengan pemencatan itu, cita-citanya menjadi Menteri Besar Selangor akan tercapai tidak lama lagi. Hasan Ali tidak sedar bahawa dirinya adalah bidak catur bagi agenda Task Force 2010. -Ali Bagan Pinang

Satu pihak mengatakan tiada lagi UG atau UG sudah tidak relevan. Satu pihak lagi mencurigai sebelah pihak lain dengan menuduh pro UG dan harus disingkirkan. Kenyataan pula dibuat terbuka, diluar ruang perbincangan yg sepatutnya. Apa ni? mendesak dan didesak atau terdesak? Sedar atau tidak, keyakinan rakyat atas pagar dan non muslim terhadap PAS semakin goyah semakin menjauhi PAS dan padahnya boleh bakal dilihat pada PRU13 nanti.
BalasPadam-Mohd, Rusila - Mansoura, Egypt
bagaimana nak menang PRU13, kalau tak singkir pemimpin kumpulan UG dalam PAS....
BalasPadamHadi dan kumpulan UG adalah kumpulan angan-angan mat jenin dalam pas, bukan pejuang sebenar seperti TGNA.
BalasPadamItulah kesan daripada tindakan seorang pemimpin yang pendek akal. Ahli PAS kena yang kena buka kepala dan dedah hati untuk menilai kepimpinan seseorang sebelum menobatkan sebagai presiden. Hj. Hadi itu walau gara-gara dia PAS semakin caca dan merba-raba, betapa pula jika Muhammad Sabu itu pula yang jadi presiden. Lagilah PAS dilihat HAMPAS oleh masyarakat.
BalasPadamHj. Hadi, Hasan Ali, Mustafa Ali, Nasharudin dan Idris kena letak jawatan secara terhormat. PAS telah terlalu rosak oleh mereka berkenaan.
Pada PRU ke-13, PAS jangan harap untuk mendapat lagi undi simpati. Ketika itu calon daripada parti PAS akan kehilangan wang pertaruhan. Tunggulah masa itu. Hj Hadi yang telah gagal mengemudi amanah parti dan PR di Terengganu tempoh hari telah sekali lagi mengonari PAS dengan UG Group nya hingga nasib PAS kini lebih buruk berbanding UMNO.
Mereka di atas WAJIB bertanggungjawab dengan cara melepaskan kedudukan masing-masing. Hj. Hadi adalah pencipta titik hitam yang paling hitam untuk PAS. Sinar PAS selepas PRU ke-12 tempoh hari telah dipadamkan oleh mereka.
PAS perlu sedar hakikat ini dan menelanya walau pahit. Pembaikan/pemulihan terhadap parti oleh pemimpin pengganti mereka nanti perlu menunggu beberapa musim PRU lagi untuk pulih. Hakikatnya PAS sudah berjaya ditenggelamkan oleh UMNO yang dirancang orang yang PAS sendiri sering perlikan dengan istilah 'Mat Ngantuk' kepada mantan PM Tun Abdullah.
Itulah penangan Mat Ngantuk terhadap pemimpin dan parti PAS. Ngantuk-ngantuk Abdullah, dia lebih cerdik dan licik berbanding Hj. Hadi. Sebenarnya tiada beza ahli PAS berbanding ahli UMNO. Orang PAS suka berkopiah putih dan orang UMNO suka bersongkok hitam. Itu sahaja. Perlembagaan parti, visi dan musi jika pun berbeza tidak mengupayakan apa-apa sekiranya manusia yang melaksanakan dokumen-dokumen bersurat itu berselirat dengan kecintaan terhadap 'tahi/daki dunia ini. Mazmumah bersarang dihati.
Buktinya baru Allah swt uji sedikit dengan kejayaan semasa PRU ke-12 hari itu, kebanyakan pemimpin dan ahli PAS dudah mula TAKABBUR. Takabbur pada cakap, pada perbuatan dan segalanya.
Sekiranya meeka masih dikekalkan, maka PAS yang terlebih dahulu diarak ke permakaman.
Wassalam
Maka dengan itu jadilah PAS sebagai pembangkang hingga hari kiamat.
BalasPadam