Apa yang didakwa oleh penulis-penulis blog terhadap Ust Abu Bakar Chik dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat adalah bohong dan tidak benar. Kononnya Ust Abu Bakar Chik menyergah dan mengherdik Tok Guru dengan biadab, mengatakan Tok Guru nyanyuk, orang tua dan perlu letak jawatan sebagai Mursyidul Am.
Saya tidak mahu melayani penulis-penulis blog seumpama itu, tetapi bila ramai yang menghubungi saya akan kebenaran tersebut, saya terpaksa mencari sumber yang sebenar. Saya sendiri tidak percaya cerita-cerita tersebut, tetapi apa yang saya kesalkan penulis-penulis blog PAS turut memuatkan cerita tersebut dalam blog-blog mereka.
Saya sangat kenal dengan semua AJK PAS Pusat berbanding dengan penulis-penulis blog. Saya boleh telepon semua AJK untuk mengetahui cerita yang sebenar, Ust Abu Bakar Chik pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat dan saya salah seorang EXCOnya beberapa penggal, Mahfuz Omar juga Ketua Pemuda PAS dan saya pernah menjadi Setiausahanya, bahkan sewaktu beliau menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat saya juga menjadi Setiaushanya, sewaktu Salehuddin Ayob menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Idris Ahmad Timbalannya saya pula Naib Ketua Pemudanya, yang lain-lain juga saya lebih rapat dengan mereka berbanding para penulis blog.
Begitu juga Tok Guru Mursyidul Am, saya lebih rapat dan kenali Tok Guru berbanding dengan para penulis blog tersebut. Malam selepas sidang DUN 28 Oktober, Tok Guru menghubungi saya melalui Setiausaha Politiknya untuk mengetahui apa yang berlaku dalam sidang DUN 28 Oktober, saya bercakap sendiri dengan Tok Guru dalam perbualan di telepon. Begitulah dengan yang lain-lain, setiap AJK PAS Pusat dari Datuk Presiden sehinggalah semua AJK PAS Pusat saya jauh lebih kenali mereka berbanding-banding penulis blog-blog tersebut.
Kalau saya mahu mengetahui apa yang berlaku dalam mesyuarat, saya boleh menghubungi mereka semua. Tetapi itu kerja bodoh, tidak cerdik, buang masa dan tidak berakhlak. Apa hak saya ingin mengetahui perjalanan mesyuarat tersebut, yang penting apa keputusan mesyuarat terhadap isu tersebut, bagaimana cara mereka bermesyuarat, cara mereka berhujjah, tinggi ke rendah ke suara mereka, untuk apa saya tahu ?. Dan kalau pun ada di kalangan AJK yang ceritakan perjalanan mesyuarat tersebut, AJK PAS Pusat itulah yang paling tidak berdisiplin dan berakhlak dan tidak layak menjadi AJK PAS Pusat.
Walau bagaimanapun saya hubungi juga beberapa orang Jawatankuasa Harian dan AJK PAS Pusat yang sangat rapat dengan saya untuk mengetahui kebenaran dakwaan dalam blog tersebut. Ternyata semua dakwaan dalam blog tidak betul, Ust Abu Bakar Chik tidak pernah mengeluarkan kata-kata seumpama itu, tidak keluar ucapan Tok Guru Nyanyuk, orang tua, letak jawatan dan sebagainya sebagaimana yang didakwa oleh blog.
Ust Abu Bakar Chik sama macam AJK yang lain bersuara menyatakan pandangan terhadap isu-isu yang dibincangkan, beliau ada menegur Tok Guru supaya tidak menulis dalam blog bagi menyatakan pandangannya terhadap masalah dalaman parti, dan Tok Guru menerima terguran tersebut dengan hati terbuka.
Keesokan hari Tok Guru ditanya oleh wartawan di Bachok, Kelantan tentang mesyuarat khas yang diadakan, Tok Guru menyatakan kepada wartawan beliau sangat puas hati dengan perjalanan mesyuarat, Tok Guru menjawab ringkas "biasalah dalam mesyuarat, ada tegur menegur, saya ditegur, Presiden PAS juga saya tegur, Hasan Ali juga ditegur". Beliau sangat puas hati dengan perjalanan Mesyuarat Khas tersebut dan bersetuju dengan keputusan mesyuarat untuk mengadakan Seminar Memperkasakan Parti bagi menggantikan EGM yang dicadangkan.
Dakwaan penulis blog adalah palsu, liar dan berniat jahat, yang sangat dikesali ada penulis-penulis blog dari PAS juga turut memuatkan cerita palsu dalam blog-blog mereka. Mereka jadi penyambung kepada penabur-penabur fitnah ini.
Ada penulis blog yang mensifatkan wakil-wakil PAS yang menyertai seminar tidak ada teluq kalau tidak berani bertanya kenyataan tersebut. Lebih baik tidak ada teluq daripada bertanya soalan bodoh seumpama itu, kalau ada teluq sekalipun nak buat apa, kalau teluqnya dibiarkan dipicit orang lain untuk mengikut sahaja apa yang orang lain kata terhadap pimpinan PAS, lalu dimasukkan dalam blognya.
Kepada penulis blog yang mengaku ahli dan penyokong PAS, tulislah dengan jujur, jangan tulis hanya sekadar untuk mendapat hit yang tinggi setiap hari, penulis blog PAS mesti menulis untuk membangunkan PAS dan menjadi pelapor yang betul kepada rakyat, bukan penyambung kepada pembohongan dan fitnah. Jadilah penulis yang membangun bukan meruntuh parti. -misbahulmunir
Ulasan GB
Persoalan samada penulis blog berkenaan berbohong atau membuat dakwaan palsu adalah tanggungjawab penulis blog berkenaan.
Selama ini pun tidak ada yang berani mendakwa maklumat di dalam blog adalah 100% benar dan sahih tetapi ia menjadi asas kepada mencari kebenaran.
Saya menyeru agar penulis blog berkenaan tampil membawa buktinya. Jika tidak beliau mesti bertanggungjawab kerana di dalam alam siber, penyebaran maklumat adalah pantas yang kadangkala melepasi tapisan, dan kita belum ada mekanisma untuk menentukan kesahihan sesuatu berita hatta berita dari harakahdaily sekalipun. Whatever news, especially from the net are all subjected to scrutinization and verification which must be carried out by the readers themselves. Tiada jaminan isi kandungan mana-mana blog di dunia ini boleh diterima sebagai 100% benar.
Namun ada hikmah yang tersembunyi sekalipun jika berita itu palsu. Dimanakan Ust Abu Barak Chik? Mengapa beliau sendiri tidak tampil membela diri di dalam blognya. Tiada blog? Kenapa tiada blog? Pemimpin PAS Pusat perlu sentiasa up-to-date dengan maklumat terkini. Pemimpin PR yang lain kebanyakannya ada blog masing-masin termasuk DSAI dan Lim Kit Siang, tetapi dimana blog pemimpin-pemimpin tertinggi PAS, Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong? Mengapa tertinggal? Mengapa marah TGNA menulis di blog kalau anda sendiri pemalas untuk menulis blog? Atau jika ada blog malas pula nak kemaskini.
Blogger ada blogger. Mereka menulis dari perspektif mereka. Sewaktu kemelut politik Perak, siapa yang berhempas pulas menyampaikan maklumat kalau bukan blogger? Sekalipun berita-berita dalam blog yang ada waktu itu belum dipastikan menyebarkan berita yang 100% benar.
Ada berita yang 100% benar, ada yang sekitar 60%-90% benar, ada yang di bawah 50% tahap kebolehpercayaan berita-berita berkenaan. Cuma kita kekurangan mekanisma untuk penetapan kesahihan sesuatu berita. Namun disebarkan juga waktu itu melalui blog termasuk blog ustadz sendiri yang saya ikuti sentiasa. Itu kaedah yang lazim dilakukan di dalam disiplin kewatawanan.
Kalau hendak menentukan sesuatu berita itu 100% benar, terutama berita-berita mengenai rampasan kuasa di Perak waktu itu, mungkin ia memakan masa kerana kita perlu semak kesahihan dengan pelbagai sumber. Dan apabila hendak diterbitkan pada waktu itu mungkin berita itu telah dikategorikan "basi".
Justeru ia diterbitkan dan kemudian pihak empunya diri perlu tampil pertahankan diri jik berita itu tidak benar pada masa itu juga melalui blog-blog mereka. Jika mereka tiada blog itu salah mereka sebab "perang siber" mencicirkan mereka yang naif.
Ini zaman teknologi, bukan zaman primitif, bukan abad ke 17.
Kepada Ust Misbahul, rasa nya tak perlu mendabik dada bahawa aku kenal semua pemimpin tertinggi PAS dan boleh telefon bila-bila masa jika mahu. Itulah juga sikap yang pernah dilakukan oleh seorang ahli pathologi berbangsa India yang sebelum memulakan keterangannya di dalam kes Teoh Beng Hock, menyatakan "saya telah melakukan lebih 3000 kajian... bla bla.." untuk menunjukkan kononnya beliau ahli pathologi handalan. Yang kini rupa-rupanya macam nak terbukti beliau terlibat di dalam pemalsuan fakta .. (kena tunggu keterangan ahli pathologi Thailand untuk pengesahan pemalsuan itu)
Kemudian di dalam ulasan saya terhadap artikel itu, saya merujuk kepada kecaman ABC terhadap tetamu yang diundang PAS. Berita itu SAHIH dimana ABC dilaporkan beliau tidak boleh lihat muka Prof Abdul Aziz Bari.
Yang nyata rata-rata ahli tidak senang dengan gelagat ABC yang buruk di seminar berkenaan. Mengapa hal itu lansung Ustaz Misbahul tidak ulas dan tidak sentuh? Cuma sentuh yang palsu tetapi tak berani sentuh hal yang benar?

Aku dengar cerita Misbah kamcing dengan seorang yang dinamakan oleh Raja Petra Kemarudin iaitu Mohamad Khair Johari Hj Osman seorang proksi Sultan Perak dalam kes tanah ratusan ekar di Perak.
BalasPadamEhem..ehem.. Misbah!!! Lihat ni http://perakexpress.com/www/2009/10/19/mengapa-pakatan-rakyat-perak-dijatuhkan/
bosan dgn org yang suka menuduh dan membuat kenyataan bahawa blogger hanya mengejar hits...bosan dan menyampah....
BalasPadamya saya melihat dan mendengar UStaz Abu Bakar Chik pada hari seminar...
Kenapa dia sendiri tidak jawab?
BalasPadamWahai GB, kau lihat Datuk Husam yang lebih up-to-date dan maju bab2 blog ini pun tak jawab sekian byk fitnah yang ditabur ke atas dia. Jadi, sebab dia tak jawab, maka benarlah fitnaH ke atas dia?
Wahai GB, kau tahu sendiri bhw si Ali tu takdak bukti sms membawa pertuduhan. Banyak sangkaan saja. Lantas, kenapa engkau ambil port untuk lebarkan rantaian fitnah yang dia cipta?
Bukankah engkau ini ada pendidikan agama yang sangat baik? Masakan fitnah sebangang inipun kau boleh termakan? Kenapa engkau sendiri tidak siasat dan putuskan kesahihannya sebelum postkan di blog engkau ini?
Hujah kau bahawa, "kalau nak pastikan kesahihan dulu baru postkan maka artkel sudah basi" sebenarnya membuka pekung engkau sendiri. Apakah krn takut artikel basi (mengejar hits?) maka engkau sanggup ambil trisiko siarkan benda yang belum tentu sahihnya?
Bukankah lebih wajar engkau mengomen artikel itu dengan meminta bukti dan penjelasan dan sebagainya? Artikel tetap tidak basi, hits engkau tetap tinggi dan fitnah dapat kau elakkan. Sudahlah, jangan membuat alasan bila dah kantoi GB! Pohon maaf saja.
Akhir sekali, aku tak fikir ABC sangat biadab kpd Aziz Bari. Bagi aku itu respon keras kpd kenyataan Aziz Bari yg kurang beradab kepada TGHH sendiri. Kau lihat dan bacalah.
Sejak bila TGHH mengkafirkan ahli Umno bagai disangka? Sejak bila TGHH cemburukan DSAI (dan bercita-cita mahu jadi PM?) ?
Agaknya, kalau TGNA yg ditohmah begitu, kau pasti dah melenting!
saya rasa macam betul jer kes ABC ni sebab artikel itu dah 3 hari disiarkan. TIDAK ADA SEORANG PUN AJK PUSAT menafikan secara rasmi termasuk tuanpunya diri, ABC.
BalasPadamPenafian hanya datang dari orang ketiga iaitu Misbah, yg x der di dalam mesyuarat tetapi hanya masuk bakul untuk menyatakan beliau kenal semua AJK dan bla bla.
Justerui itu apakah yang cuba disembunyikan oleh AJK Pusat dengan tiada sebarang penafian?
Dan jika ada penafian pula selepas ini maka SAHIHLAH lembabnya pemimpin PAS ini.
nak jawab lambda komen mu tu,husam musa tak jawab itu komen atas peribadi dia,klu dia jawab tentuy or4g akan kata husam musa sentiasa membenarkan didi nya aje,tapi tentang sikap kurang ajar ABC yg org tgnu pun memang dah tolak dia,mcm budu kohong klu jual murah pun org taknak beli dan klu di beri percuma pun org taknak,cerita kekurang ajar dan biadap nya abu bakar cik tu sepatut nya di nafikan secara bersumpah oleh 50 org yg hadhir pada mesyuarat mlm tu atau pun seorang aje dari 50 org yg hadhir...bewrsumpaH akan berkata benar dgn menyebut WALLAHI..WABILLAHI..WATALLAHI...nafi kan cerita secara bersumpah mengikut syarieyah..abu bakar cik tak yaH sumpah2 nanti dah mcm binatang sumpah2 pulak...sumpah sumpah bersumpah tapi bohong mcm bohong nya puak2U.G.....sampai bila pun org dah caye lagi....sekarang demi kebenaran saYA CABAR PEMIMPIN YG HADHIR PADA MLM TU BERSUMPAH ATAS NAMA ALLAHSWT....YG CERITA ITU ADA LAH FITNAH....
BalasPadamSolat bakar chik tidak berjaya memanusiakan beliau dari banyak segi. bakar chik sudah terlalu lama memegang visa tamat tempoh perkhidmatan. yang patut pencen dan berambus ialah bakar chik. Pernah semasa PRK Parlimen Kuala Terengganu tempoh hari, kami menyediakan pelbagai kempen termasuk proganda mengentam umno mengguna multimedia dengan skrin gergasi sumbangan KM Pulau Pinang. Tapi apa bakar chik cakap? Tak boleh kutuk umno terok sangat nanti dia kutuk kita teruk lagi.. YB Din limbongan dan aku serta Saifuddin Nasution hampir nak termuntah dalam sungai Kuala Ibai.... bakar chik adalah penghalang kemenangan Pas di Terengganu... Salam..
BalasPadamDiam tidak semestinya salah dan melawan tidak semestinya betuul. Orang bunuh orang pun boleh terlepas dari tali gantung jika menggunakan peguam yang handal seperti Ghani 4 Tahil. So, jangan anggap tidak melawan itu adalah 100% bersalah. Cermin diri dulu...
BalasPadamSaya pula tak buleh tengok muka abc.............
BalasPadamptuih 3X
sila nafikan sendiri,kalau tidak bertambahlah
ptuih saya siap dengan kahaknya.
Rasanya kita semua tak perlu emosi. Semua orang yang ada di sini sayangkan PAS, dan kita cuba menyelamatkan parti dengan cara kita sendiri. Point2 dalam artikel tentang perlakuan Dato' Abu Bakar Chik tu jelas dan masih ada di Greenboc. JIKA PERKARA INI TIDAK BENAR, SILA BAWA KE MAHKAMAH UNTUK SAMAN MALU. Tuduhan ini berat dan sama sekali menjatuhkan reputasi beliau. Cuma, sampai sekarang, belum ada tindakan susulan daripada yang dituduh. Tunggu dan lihat.
BalasPadamBenarlah keadaan yang digambarkan oleh Rasulullah saw “Akan berlaku di akhir zaman keadaan yang celaru, orang amanah dikatakan khianat, orang khianat dikatakan amanah, orang benar dikatakan bohong dan orang bohong dikatakan benar”
BalasPadam