Bekas setiausaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anuar Shaari yang dikatakan membuat laporan polis berhubung pemilikan saham oleh naib Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya yang mencecah RM2 juta tidak yakin bahawa dokumen yang diterima dan ada padanya adalah tulen atau palsu.
Anuar, 40, yang turut menyerahkan salinan dokumen asal berhubung perkara itu kepada polis membuat laporan pada pukul 11.45 pagi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Bukit Aman, di sini menyatakan
"Saya pada pagi ini buat satu laporan polis dan menyerahkan salinan dokumen asal tentang pemilikan saham-saham yang heboh diperkatakan sekarang untuk mencari kebenaran kerana daripada dokumen yang diterima dan ada pada saya ianya nampak seperti asli, tetapi saya bukan pakar untuk membuktikan itu dan ini.
"Sehubungan itu, saya membuat laporan polis untuk mengesahkan kesahihan dokumen tersebut," katanya kepada pemberita di perkarangan JSJK di sini hari ini.
Justeru itu, laporan akhbar yang menyatakan Anuar Shaari membuat laporan polis kononnya berhubung pemilikan saham oleh naib Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya yang mencecah RM2 juta adalah tidak benar kerana laporan polis dilakukan adalah untuk mengesahkan samada resit yang diterimanya itu adalah tulen atau pun tidak.
Anuar, yang pernah bertugas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua tahun bermula 1996, telah diiringi beberapa anggota Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas).
Anuar berkata siasatan yang telus dan adil perlu dijalankan kerana menerusi dokumen itu terdapat maklumat tentang pembelian saham yang dilakukan menggunakan nama dua individu terbabit (Azmin dan isterinya Shamsidar Taharin).
"Saya mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dokumen itu bertarikh 1992-1994 semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dan ketika itu juga Azmin Ali menjadi setiausaha Anwar," katanya.
Katanya laporan polis itu dibuat ekoran timbulnya keinsafan sebagai seorang warganegara bertanggungjawab tanpa didesak oleh mana-mana pihak dan berharap pihak berkenaan (Azmin dan Shamsidar) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menuduhnya berniat jahat.
Anuar berkata jika terbukti kesahihan terhadap dakwaannya (mengenai saham) polis harus menjalankan siasatan segera.
Sebelum ini beberapa akhbar melaporkan Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia S.A. Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya, Shamsidar termasuk iparnya, Jamal Tahrin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an.
Anuar yang pada 2004 pernah menjadi Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh juga pernah bertugas sebagai Setiausaha kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum mengumumkan keluar parti PKR pada bulan Mei 2007.
Sementara itu, Pengarah JSJK Datuk Koh Hong Sun ketika dihubungi Bernama mengesahkan Anuar hadir di jabatan itu untuk membuat laporan tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.