Program Perkampongan Ahli Parlimen PAS diteruskan bagi UPU Bagan Pinang di Taman Dato’ Abdul Samad bersama petugas-petugas Kelantan. Jadual kami pada hari ini adalah melakukan program ziarah dari rumah ke rumah mulai jam 2.30 petang, diikuti program Hi Tea di sekitar taman tersebut dan pada sebelah malamnya ceramah diadakan di Taman Sri Pinang.
Sebelum memulakan program ziarah Ketika kami bersama Ahli-Ahli Parlimen PAS bermesyuarat di luar pagar surau terlebih dahulu untuk membahagikan tugas-tugas antara Ahli Parlimen yang terdiri daripada Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dato’ Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Khalid Samad (Shah Alam), Ustaz Nasir Zakaria (Padang Terap).
Tiba-tiba satu insiden berkejar-kejaran berlaku, kemudiannya difahamkan pergaduhan telah berlaku yang melibatkan antara petugas Pas dan juga Petugas UMNO di Taman Dato Hj Abdul Samad berhampiran Taman permainan. Mangsa Mohd Sahid (gambar)dipukul bertubi-tubi oleh pemuda-pemuda UMNO di Taman berkenaan dan kemudiannya cuba melarikan diri dan dihalang Pemuda Umno Pulau Pinang.
Bagaimanapun beliau berjaya melepaskan diri untuk mendapatkan pertolongan dari abangnya yang berada tidak jauh dari situ.
Kemudiannya beliau telah dibawa ke Hospital Port Dickson bagi menerima rawatan.
Pada pukol empat petang tadi beliau melaporkan kepada YB Salahuddin Ayub di Markaz Induk Pas yang seterusnya membuat satu sidang akhbar bagi menyatakan kekesalan berhubung apa yang berlaku. Sidang media lengkap akan dilangsungkan pada esok jam 10 pagi 8 oktober 2009.
Difahamkan mangsa telah membuat laporan Polis berhubung kejadian ini.
Mengikut maklumat yang kami terima, pergaduhan ini berlaku akibat daripada Pemuda Umno tidak puashati dengan tempat yang telah disediakan bagi diadakan program yang akan berlangsung pada jam 5.00 petang anjuran Ahli-Ahli Parlimen PAS. Program hanya sekadar Hi Tea bersama masyarakat Taman Dato’ Abdul Samad. (klip video akan menyusul)
Kelihatan selepas itu Ahli-Ahli Parlimen PAS datang berunding secara baik tetapi diherdik dengan kata-kata yang kurang sopan. (anda akan saksikan klip video selepas ini).
Peristiwa II
Bagaimanapun Program Ziarah Ahli Parlimen PAS diteruskan selepas insiden tersebut.
Sebelum ini, program yang sama telah berlangsung di UPU Taman Estern (5 Oktober) dan UPU Si Rusa (6 Oktober) dan tidak berlaku apa-apa peristiwa yang tidak diingini.
Nampaknya petugas-petugas Umno (khabarnya petugas Umno dari Pulau Pinang) yang membantu di Taman Dato’ Abdul Samad tidak bertamadun? -jiwokelate

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.