Pakatan Rakyat yakin pengundi N31 tidak sewenang-wenangnya memilih calon Adun Bagan Pinang berdasarkan kriteria anak tempatan semata-mata, sebaliknya, kelayakan calon mestilah terdiri oleh seorang yang berakhlak mulia serta tidak mengamalkan rasuah.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, calon Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar tidak mustahil memenangi hati anak tempatan, seperti yang berlaku dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir lalu.
"Ustaz (Mohd) Salleh Man bukanlah anak tempatan Permatang Pasir. tetapi boleh menang kerana pengundi sendiri menolak Rohaizat (Othman) yang tidak bersih."
Katanya, Salleh nyata tidak dikenali penduduk tempatan, berbanding Rohaizat Othman yang kebetulan anak jati tempatan.
Tapi, apalah gunanya seseorang calon itu dikenali sebagai pecah amanah, terlibat dalam salah guna kuasa dan mempunyai beberapa masalah peribadi yang begitu meruncing.
Jelasnya lagi, 22 tahun Isa menjadi Menteri Besar jika berjasa kepada rakyat sekalipun, itu adalah tanggungjawab pemerintah.
Pun begitu, khalayak lebih tahu sejauh mana kepemimpinan serta kemampuan Isa sebelum ini.
"Beberapa isu seperti perparitan yang tidak berfungsi, projek mee segera yang banyak terbengkalai, isu pembiakan lalat terutama waktu musim hujan, sampah sarap tidak diurus dengan baik, semuanya masalah rakyat yang tidak diselesaikan Isa."
Tambahnya lagi, Isa juga perlu menjawab beberapa tanda tanya rakyat mengapa PD Marina dibina atas 20 ekar tanah rizab rakyat Melayu.
Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena menjelaskan, jika Zulkefly menang dalam pilihanraya kecil N31; bermakna ia mempercepat kemenangan Pakatan di Negeri Sembilan dan Selatan Malaysia.
"Umno tidak boleh sombong mendabik dada mengatakan Zulkefly tidak boleh buat apa-apa jika menang kerana negeri di bawah Umno.
"Beza kerusi tidak banyak. Mereka (BN) 19 dan kita (Pakatan) 15. Kalau Zulkefly memang, mendekatkan kita pada membentuk kerajaan jika ada beberapa adun BN yang bersih sedia bersama kita.
"Jika Zulkefly menang, Umno akan lebih berkhidmat untuk (rakyat) Bagan Pinang dan negeri kerana tidak mahu lagi Dun yang lain pula jatuh ke tangan Pakatan," katanya.
Sebelum menjadi calon, Zulkefly telah berkhidmat dalam beberapa sektor swasta profesional; termasuk mempengerusikan gerakan 'No Incinerator' di Broga.
Kelulusan peringkat Sarjana (Master) dalam Sains serta pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi melengkapkan lagi kepemimpinan pengurusan beliau.
Kelmarin, Zulkefly menjelaskan bahawa beliau anak jati Negeri Sembilan. Isa pula dikenali sebagai anak jati Telok Kemang.
Pengumuman SPR pagi tadi, mengesahkan Zulkefly bakal ditentang oleh Isa.
Pilihanraya kecil N11 menyaksikan Umno sedaya upaya meraih sokongan pengundi dengan memainkan sentimen anak tempatan, sedangkan PAS serta Pakatan Rakyat pula yakin pengundi akan terus memilih calon yang berakhlak, bersih serta amanah seperti beberapa pilihanraya kecil sebelum ini. -harakahdaily

UMNO memang paerti perkauman. Yang tidak malu hanyalah beberapa mamak yang mengaku melayu yang berkeliaran dalam UMNO itu..
BalasPadamAhli-ahli serta penyokong UMNO pun tidak kesah... Yang penting fulush mereka... Mereka ikut UMNO pun bukan kerana apa yang mereka sebutkan sebagai ketuanan melayu atau demi agama atau dan bermacam atau lagi. Semua itu hanya ayat penyedap dan pelali kaum melayu yang lemah akal dan iman sahaja...
Sebaliknya mereka jua lah yang merekabentuk corak msyarakat itu supaya boleh dituntun sepanjang masa. Natijahnya mereka boleh terus berkuasa apabila rakyat jelata sentiasa mengaga umpama si anak burung yang belum pandai terbang untuk terus disuap oleh UMNO/BN mereka...
Kelemahan melayu dan kegemalaiannya itulah adalah buah perjuangan UMNO.. Orang Melayu terutama yang Islam belum sedar lagi kah...?
Kata Nabi kita saw, mulianya Sayyidina Umar ra, kerana Islam yang dianutinya bukan kerana bangsa arabnya... Begitulah Nabi saw memeberi tahu kita bahawa agamalah yang merobah secara hakiki yang selmat lagi menyelamatkan dan bukannya bangsa...
Nak ikut kata Nabi saw kah atau nak ikut melayu... Bangsa itu Allah swt ciptakan hanya untuk menunjukkan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah swt mencipta. Sebab itu Dia suruh kita saling kenal mengenal antara satu bangsa dengan bangsa yang lain supaya terasa akan kemahahebatan sera kemahabijaksanaan Allah swt itu, lalu kita tunduk kepadanya. Bukan untuk diperjuangkan. Jika bangsa perlu diperjuangkan tentu Nabi saw telah pun mendahuluinya...
Belum faham atau belum mahu menerima lagikan orang melayu yang Islam akan fakta agama itu..? Atau hanya ambil-ambil agama mana-mana yang sesuai dengan citra rasa kemelayuan itu...?
Dahsat sungguh aQudah dan syariat tuan-tuan jika begitu...
Wassalam
tentera dan semua kaum menolak rasuah.
BalasPadam