26 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Kami Sokong 2 Aziz

1. Prof Aziz Bari selama ini disanjung sebagai ahli akademik yang berani menyatakan kebenaran, terutamanya dari sudut perundangan terhadap apa saja perkembangan sosio-politik negara. Pihak Pakatan Rakyat terutamanya, sentiasa ternanti-nantikan perspektif beliau dalam segenap isu.

2. Nah, sekali komentarnya terkena ke batang hidung manusia tertentu di dalam PAS, maka beliau disanggah bermati-matian. Atas hujah apa? Orang undang-undang hilang kelayakan bercakap soal politik, kononnya. Kah kah kah! Orang yang mengkritiknya pula adalah seorang blogger yang tidak meluluskan komen-komen yang tidak selari dengannya di blognya. Kah kah kah!

3. Lebih malang, Ketua Penerangan PAS Pusat turut melatah. Benarlah kata orang kertas (lihat lampiran), rupanya parti ini juga beramal dengan denial syndrom, penyakit yang didakwa dihidapi oleh parti lawannya (atau kekasih gelap buat sesetengah pimpinannya). Dalam hal ini, sekali lagi tulisan Ustaz Zolkharnain Abidin tidak mengecewakan.

4. Tiba-tiba TG Nik Aziz dengan beraninya mencadangkan sebuah Muktamar Khas Luar Biasa. Aku kata berani kerana ia seolah-olah satu undi tidak percaya kepada kepimpinan seorang lagi Tok Guru dari Terengganu. Aku kata seolah-olah, kerana Tok Guru tidak menyebutnya begitu. Itu hanya andaian dan tafsiran aku terhadap apa yang aku baca.

5. TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi sudah sekian lama menjadi ikon dan ideologue dalam PAS. Hanya arwah Ustaz Fadzil Noor sahaja yang boleh menyaingi status mereka berdua itu. Tidak hairanlah, ramai ahli-ahli PAS masih bersifat nostalgik terhadap era kepimpinan mereka bertiga. Walaupun tidak menang banyak, ahli PAS redha dan taat kepada pimpinan, bekerja dan bekerja tidak pernah merungut. Tidak ada ‘ghanimah’ yang ingin direbutkan.

6. Jadi tindakan seorang ikon (TG Nik Aziz) yang seolah-olah ingin mencetuskan penyingkiran terhadap seorang lagi ikon (TG Hj Hadi), aku kira itu tindakan yang sangat berani oleh ikon yang pertama. Mungkin tindakan paling berani oleh beliau dalam karier politiknya. Biarlah timing kena tak kena, pecah pun pecahlah, apa boleh buat?

7. Segala kepalsuan perlu dihapuskan, selamat berkonspirasi! Sokong 2Aziz! - mudin001

LAMPIRAN

saya taklah terkejut sangat, tapi sekadar kecewa apabila sebuah pertubuhan yang menguar2-kan dirinya pertubuhan islam turut beramal dengan sindrom penafian (denial syndrome) setiap kali kesalahan diarah kepadanya.

menafikan kesilapan pendekatan dan taktik, misalnya, adalah satu daripada contoh kepada amalan itu.

adalah lumrah sifir politik memerlukan pengamalnya lincah mengelak. tapi mengharap dan menyangka orang ramai boleh mudah lupa kepada keterlanjuran - membincangkan unity government, misalnya - dan mudah memaafkan hanya kerana ia dibuat pemimpin adalah sikap naif, amat pramatang dan tebal khilafnya.

itulah, saya katakan bahawa pas sekarang berada dalam kedudukan amat malang. dulu, ketika kerajaan malaysia berketuakan pak lah yang lemah, pas malangnya gagal memanipulasi keadaan kerana ia juga lemah.

sekarang, ketika kerajaan semakin popular di bawah najib, pas gagal berubah, malah popularitinya menurun ketara.

saya macam tak mahu percaya, tapi hakikat tetap hakikat. barangkali sampai masa merudum untuk pas sekarang ini. putaran hayat adalah sama - naik dan turun. dan, barangkali ini masa pas turun. -labunorangkertas

14 ulasan:

  1. kami sokong penuh 100%, kepada dua aziz yang menerima tekanan hebat dari pemimpin UG, UMNO dan media arus perdana UBN.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    Itulah perbezaan diantara orang cerdik pandai dan orang yang memandai-mandai.

    BalasPadam
  3. Singkirkan puak UG dalam PAS, kami bersama TGNA!!

    BalasPadam
  4. Bagaimana pemimpin pro UG nak mengadili kumpulan pro UG, serah kepada ahli, singkirkan.

    BalasPadam
  5. Bukan semua ulamak boleh memimpin seperti TGNA, kalau macam hadi berlambak dalam UMNO!

    BalasPadam
  6. Kumpulan UG perlu disingkirkan dari pas, sebagaimana nabi saw menyingkirkan yahudi dari madinah, sehingga membolehkan mekah ditawan.

    BalasPadam
  7. Kedua2 ikon yg disebutkan itu bagus, cuma seorg ikon tu lebih bagus. Terus terang sy katakan TGHA kurang layak menjadi presiden. Ilmu politiknya belum mencapai ke tahap itu. Beliau mudah terpengaruh dgn pandangan segelintir pemimpin2 di sekelilingnya. Politik berwawasan seorang presiden PAS telah tiada dgn kembalinya Dato' Fadzil Noor ke rahmatullah. TG Nik Aziz tampil dgn wawasan jauh walaupun beliau sudah berusia lanjut. Inilah yg dilihat oleh majoriti rakyat Islam yg mahukan PAS memerintah. Pimpinan PAS harus sedar perkara ini. Jangan hanya menggunakan andaian sendiri. Buatlah kaji selidik untuk mengetahui kehendak sebenar rakyat. Kalau sebahagian pemimpin perlu direhatkan untuk kepentingan parti, lakukanlah. Yang direhatkan itu harus redha. Itulah perjuangan. Khalid Al-Walid pernah direhatkan daripada menjadi panglima perang. Janganlah agenda peribadi mengatasi agenda perjuangan sebenar. INGATLAH; RAKYAT MEMERHATI!

    BalasPadam
  8. Perkara UG ini bukan sahaja mengguris hati bukan melayu tetapi hati pengundi melayu itu sendiri.

    kami mengundi PAS pada PR12 lalu bukan kerana kami sukakan PAS tetapi kerana kami BENCIKAN BN/UMNO, ulang sekali lagi, BENCIKAN BN/UMNO.

    tup tup lepas pilihan raya keluar berita PAS berunding dalam gelap dengan UMNO. APA CERITA NI!!!! mana tak marah....so apa yang PAS cakap sepanjang kempen pilihanraya tu nak campak kat mana?? apa ni, kata ulamak tetapi bilamasa pula ulamak dibenarkan BERBOHONG????!!!!
    lepas tu, sampai la ni tak selesai-selesai lagi masalah UG ni, tenggelam timbul tenggelam timbul.

    kalau macam nilah gaya kepimpinan PAS, nanti PR13 kami rakyat akan sama-sama PERLINGKUPKAN pas. biar sedar sikit depa ni, masih lagi dibuai mimpi fikir depa dah kuat.

    ps- dalam pas ini ulamak yg saya hormati hanya Tuan Guru Nik Aziz & Ustaz Ahmad Awang. yang lain tu...tepik dada tanyalah selera

    BalasPadam
  9. UG tiada lain melainakan satu pengkianatan terhadap perjuangan Islam tiada dalam sirah yang boleh kita ambil iktibar bahawa Islam boleh tegak dengan UG....Tapi cuba lihat sejarah orang bukan Islam pernah bergabong dengan tentera Islam untuk menentang musuh islam..oleh itu.UG adalah ajinda yahudi yang di gunapakai oleh 3 peminpin Dua anak Pak ali satu anak Pak Mat...oh jangan Lupa anak Pak Razak di kedah tu yang pegang Jawatan tertinggi pun peminat UG kalau kau orang nak tahu.Oleh itu undur lah Anak anak pak ali dan anak Pak Mat

    BalasPadam
  10. Sokongan UMNO kepada Hadi dan kumpulan UG semakin meningkat, kerana bimbang talibarut UMNO tersingkir dari PAS!!

    BalasPadam
  11. Musuh sebenar PAS sekarang bergerak di kalangan pimpinan PAS, sudah senada dan disokong UMNO serta media massanya.

    BalasPadam
  12. Rakyat sedang melihat samaada PAS cenderung kepada UMNO atau istiqamah dengan Mursyidul Am TGNA.

    BalasPadam
  13. Kumpulan UG tidak berani mendedahkan agenda dan selera mereka kepada UMNO kerana majoriti ahli PAS menolak!!!

    BalasPadam
  14. Penerangan kepada ahli PAS hendaklah dipertingkatkan mengenai agenda kumpulan Kerajaan Perpaduan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.