Hari demi hari, ada sahaja pendedahan yang berkait dengan calon BN, Tan Sri Isa Samad didedahkan. Jika di media kerajaan pastinya semua laporan pendedahan ini tidak dibenarkan. Ketelusan laporan ini hanya diperolehi oleh rakyat sama ada di media alternatif dan ceramah Pakatan Rakyat sahaja.
"Umno yang bersalah atau Isa Samad yang bersalah? Adakah semua ini keluar dalam surat khabar dan televisyen BN?" soal Ustaz Hamid Derami dalam satu majlis di Expo Kenali Kelantan semalam, dekat sini.
Beliau yang merupakan bekas penceramah popular Umno satu ketika dulu
turut mengulas sejarah hitam Isa Samad yang digantung keahliannya selama tiga tahun; didakwa menggunakan politik wang semasa pemilihan pucuk pimpinan tetinggi UMNO.
"Jika Isa Samad tidak bersalah, menjadi kesalahan besar bagi Umno memecat orang yang tidak bersalah,
"Tetapi jika sememangnya Isa Samad memang bersalah, Umno memang sah tidak bertanggungjawab meletakkan perasuah sebagai calon untuk menjadi wakil rakyat," tegasnya dihadapan ribuan pendengar yang hadir malam tadi.
Sehubungan itu beliau yang kini ahli PAS seumur hidup mengingatkan pengundi di Bagan Pinang untuk tidak bersekongkol dengan 'parti rasuah'.
Expo Kenali Kelantan sebelum itu turut di ceriakan dengan puisi, sajak dari seniman terkenal, Saudara Dinsman. Ribuan pengunjung yang datang dari segenap pelusuk negeri tidak berganjak dari tempat duduk kerana menanti ketibaan yang ditunggu-tunggu iaitu kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketika menemuramah beberapa orang pengundi Bagan Pinang itu, mereka berkata, "Kami mahu melihat lebih dekat lagi wajah Tuan Guru dan mendengar sendiri ceramah daripada beliau sebagai pelengkap "Little Kelantan",
"Kami nak dengar penjelasan Menteri Besar itu sendiri berkenaan dakwaan BN yang mengatakan Kelantan tidak maju bawah PAS, kami tahu cakap-cakap Muhyiddin tu bohong belaka," ujarnya yang teruja untuk bertemu mata dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

botui lah tuuu....
BalasPadam22tahun dia bolo si isa samad tuh..
kecik tapi licik!!!!
rasuah dalam UMNO menjadi sangat beleluasa semasa zaman mahathir, kini dah jadi barah dan parah.
BalasPadam