24 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Guan Eng Selar Bajet Bercanggah Dengan Tema Belanjawan

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak mennggambarkan temanya,' Satu Malaysia Kemakmuran Bersama'.

Tegasnya, bajet tersebut hanya untuk kemajuan golongan tertentu serta di tempat-tempat terpilih. Jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan, sungguhpun mengalu-alukan pengurangan cukai kepada 26 peratus, tetapi apa yang mengejutkan tentang kadar pengurangan cukai 15 peratus di Wilayah Pembangunan Iskandar.

"Bagaimana ada pekerja dalam sektor 'knowledge economy' dikenakan kadar cukai 26 peratus tetapi di Wilayah Pembangunan Iskandar dikenakan cukai 15 peratus? Ini menimbulkan persoalan bagaimana 'Satu Malaysia Kemakmuran Bersama'.

"Saya rasa ini sangat tidak adil kerana menolak kemakmuran dan kebajikan rakyat Malaysia yang berada di luar Wilayah Pembangunan Iskandar. Ini termasuk negeri asal beliau sendiri iaitu di Pahang. Kenapa kadar cukai dikenakan 26 peratus di tempat lain?," tanya Guan Eng.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen sejurus selesai pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.