18 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Undi Pos, Kenyataan Wan Ahmad Dibidas

Banyak pihak menyelar kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang meminta Pakatan Rakyat tidak mempertikaikan kaedah penggunaan undi pos.

Mengulas desakan Pakatan Rakyat semalam dan PAS awal minggu ini yang mahu agar undi pos dihapuskan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata:

"Saya nasihatkan PAS, tak usahlah risau. Proses undi pos berjalan lancar... bukan perkara baru."

Wan Ahmad juga mempersoalkan alasan yang diketengahkan Pakatan termasuk PAS apabila mempertikaikan penggunaan undi pos menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Jelas beliau, mekanisme pengundian pos telah ditambahbaiki ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.

"Semasa pilihan raya kecil Kuala Terengganu, buat pertama kali SPR telah membenarkan calon dan ejen masing-masing berada di tempat pengagihan kertas undi dan pusat pengundian menerusi pos.

"Proses pengundian pos ketika itu juga disambut dan dipuji oleh calon PAS sendiri. Mengapa sekarang mempertikaikan kaedah undi pos?" kata Wan Ahmad.

Seorang pemimpin Pakatan rakyat mempertikaikan kenyatan Wan Ahmad itu dengan menyoal jika pada pilihanraya 2000 Pakatan rakyat dibenarkan berkempen di kem tentera, mengapa pada tahun ini ia tidak dibenarkan.

Semalam Pergerakan Pemuda Pakatan - PAS, DAP dan Angkatan Muda Keadilan - menuntut supaya SPR mengambil tindakan segera bagi memperbaiki beberapa aspek penting yang melibatkan pengundi pos dan juga mekanisme pengundian.

Tiga tindakan disyorkan ialah memansuhkan pengunaan Borang 2 Pengundi Pos, penetapan tempat mengundi bagi pengundi pos dan akses dan kempen kepada pengundi pos.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi, seramai 4,604 merupakan pengundi pos.

Oleh itu, kata Pergerakan Pemuda Pakatan, berdasarkan jumlah itu, adalah jelas bilangan pengundi pos yang cukup besar sudah tentu akan menjadi undi penentu semasa pilihan raya kecil kali ini.

Dalam pada awal minggu ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan SPR pada 28 September ini bagi membincang mengenai prosedur undi pos yang dilihat tidak telus dan boleh dimanipulasi.

Salahuddin berkata, PAS akan mendesak SPR mengkaji semula sistem undi pos.

Kelmarin seorang penganalisis politik Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff telah meminta SPR untuk menyemak semula pengendalian undi pos supaya SPR tidak dilihat sebagai badan yang tidak telus.

"Perkara ini harus ditangani kerajaan, khususnya SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) supaya ketelusan agensi itu dapat dilihat," kata Agus.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang diadakan Oktober manakala tarikh pengundian, jika ada pertandingan, adalah 11 Oktober.

3 ulasan:

  1. Dia ni bodoh..lembu Umngok..Rakyat semua dah tahu...

    BalasPadam
  2. Memang undi pos seharusnya dihapuskan. SPR
    akan cuba sedaya upaya mengunakan tipu helah
    utk memenangkan parti UMNO BN dgn menukarkan
    kertas2 undi itu. Kalau undi pos datang dari
    kem tentera pasti 100% akan memenangkan UMNO.
    Apakah logiknya tentera akan mengundinya 100%.
    Kalau secara logiknya didunia mana sekali pun
    pengundi tidak akan mengundi 100% kpd parti2
    dlm pilihanraya, kalau tidak dgn penipuan dan
    muslihat. Secara logiknya, kalaulah dilihat
    sejak kebelangkangan ini SPR banyak meneyebelahi UMNO daripada PR,menandakan SPR
    bukanlah badan bebas yg dilaung2kan. SPR ada
    lah sebuah badan yg menjadi tali barut kpd
    UMNO BN sejak sekian lama. Kalau SPR sebuah
    badan bebas, biarkanlah tentera2 mengundi
    diluar kem mereka seperti raayat biasa.Mungkin
    sekiranya undi pos dimansuhkan, aku kira UMNO
    BN akan ditelan zaman dan terkubor dgn tiada
    bernesan kerana UMNO mengharapkan undi poslah
    yg akan memenangkan mereka. Tiada undi pos
    pasti UMNO sudah lama mampus...Undi pos adalah
    undi penipu dan tidak adil yg diciptakan olih
    SPR..

    BalasPadam
  3. undi pos bolih dilakukan hanya dipusat pengundian dihari yang sama , sama saperti pengundi- pengundi lain .Mana ada tentera bertugas ..bukan ada kominis lagi ... ! PR harus memperjuangkan hak ini diparliman

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.