Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan sekiranya Tan Sri Mohd Isa Samad dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, tindakan itu membuktikan UMNO kini ketandusan calon wibawa.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya berkata, pencalonan Mohd Isa adalah kelebihan kepada PR yang yakin mampu menawan hati pengundi di Bagan Pinang.
“Perkara ini sangat bagus untuk Pakatan Rakyat (PR). Keputusan sebegitu menggambarkan BN tidak mendengar apa yang rakyat mahukan. Mana-mana pun calon yang dipilih oleh BN, ia berkaitan bukan sahaja isu calon itu sendiri, malah ia juga melibatkan parti itu ditambah dengan rakyat yang semakin tidak percaya terhadap pemimpin mereka,” katanya, semalam.
Menurutnya, PR tidak kisah siapa saja calon yang ditetapkan parti itu kerana PR akan berusaha kerana untuk menawan hati rakyat.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menga:lu-alukan sekiranya Mohd Isa dicalonkan berhadapan Pas pada pilihan raya kecil DUN itu.
“Ia cabaran besar untuk PR bagi berdepan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan berkenaan. Beliau juga seorang yang cukup berpengaruh di Negeri Sembilan, selain sebagai Ketua Bahagian di Teluk Kemang,” katanya.
Ditanya adakah PR akan menggunakan kes disiplin penggantungan Mohd Isa sebagai ahli UMNO sebelum ini sebagai ‘senjata’ meraih undi, Salahuddin berkata, perkara itu akan dibincangkan dan melihat keperluan sama ada membantu atau sebaliknya.
“Isu moral atau isu peribadi itu akan difikirkan bila sampai masanya nanti. Seperti yang diberitahu, kami mengalu-alukan pencalonan beliau dan kami akan terus menawan hati rakyat dengan cara kami sendiri," katanya.
Mohd Isa sebelum ini pernah digantung keahlian oleh Lembaga Disiplin UMNO selama tiga tahun bermula 24 Jun 2005 sehingga 23 Jun tahun lalu, selepas didapati bersalah terbabit amalan politik wang pada Perhimpunan Agung UMNO 2004 ketika memenangi jawatan Naib Presiden. -SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.