9 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Terima Kasih Sajelah, Saya Tak Minat - TGNA

Sebagaimana dijangka, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sikapnya, tidak sedia berbincang dengan Umno.

Bagi beliau, ia isu lama dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

PAS, katanya, tetap dengan prinsipnya tidak akan bersetuju untuk mengadakan sebarang rundingan dengan Umno selagi parti itu tetap dengan apa yang ada padanya sekarang.


Kenyataan itu ditegaskan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu di pejabatnya petang ini sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno sanggup berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini.

Najib menyuarakan hasrat tersebut di dalam ucapannya pada satu majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai petang semalam.

Pada majlis yang sama Najib turut mengumumkan kerajaan pusat telah meluluskan projek pembangunan kawasan Manek Urai sebanyak RM8.9 juta sebagai menepati janji pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai lepas.

Antara projek yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Manek Urai sampai sekarang ialah janji Barisan Nasional akan membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru.

Namun Nik Aziz, masih meragui keikhlasan Umno. Baginya, sekiranya Umno benar-benar ingin jaga Islam lebih baik Umno terus bertindak menukar dasar partinya supaya keikhlasan itu terbukti pada seluruh rakyat.

Bagaimanapun beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan pusat menyediakan peruntukan pembangunan bagi Dun Manek Urai, dan berharap peruntukan itu akan terus dikesinambungkan kerana ia memang menjadi tanggungjawabnya.

Di Kuala Lumpur, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menyifatkan tawaran Najib untuk sekian kalinya kerana Umno sekarang sedang tersepit.

Umno perlukan PAS untuk menyokongnya selepas terperangkap dalam isu perkauman yang diciptanya sendiri, kata Salahudin. -Mohd Zuharman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.