12 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Shahrizat Tidak Layak - Zuraida

Ketua Wanita Keadilan,Zuraida Kamaruddin mempertikaikan peranan Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat AbdulJalil yang dilihat tidak menjalankan tanggungjawab beliau dalam menyelesaikan isu pemerkosaan wanita Penan.

Beliau berkata demikian ketika menemani Exco Selangor Rodziah Ismail dalam melaporkan kes ugutan terhadap ADUN Batu3 itu di Balai Polis Daerah Shah Alam,semalam.

“Menteri Shahrizat memang tidak layak untuk memegang jawatan itu,kerana banyak kegagalan beliau demi kegagalan ditujukan walaupun dalam masa kali ke2 sebagai menteri.Sebelum ni pun beliau adalah menteri wanita,tak nampak kelestariannya.Tiada continuality langsung dalam gerak kerja beliau,” katanya.

Zuraida berkata beliau kesal kerana tiada sebarang tindakan atau siasatan yang dijalankan oleh jawatankuasa bertindak kementerian wanita berhubung isu yang telah dilaporkan sejak September tahun lalu.

Tambahnya lagi,“Sejak berumur 10 ahun telah mula dirogol,tapi apa yang mengecewakan bahawa dalam laporan itu,tidak ada satu komponen yang menceritakan bagaimana action plan,tindakan selanjutnya,penjenayah yang telah merogol gadis gadis ini tidak ada langsung”.

Menurut Zuraida,beliau sendiri telah ke Kementerian pada 8 September lalu bagi mengetahui perkembangan isu ini.

Ini kerana,pihaknya tidak menerima sebarang respon dari kementerian sejak surat menuntut penyiasatan kes ini diserahkan kepada mereka pada Jun lalu dalam sesi Parlimen.

Isu ini menjadi antara agenda utama Wanita Keadilan selain daripada kes ugutan seksual terhadap Exco Selangor,Rodziah Ismail yang berlaku 5 September lalu ketika Majlis Dialog Isu Pemindahan Kuil Seksyen19.

Dari sini dapat dilihat, penindasan terhadap wanita semakin meningkat dan ini sememangnya mengundang kegusaran di kalangan wanita sekiranya tiada sebarang tindakan diambil.

Kes pemerkosaan wanita Penan di Baram telah dilaporkan sejak September tahun lalu.Pekerja pekerja balak dikatakan terlibat dalam kes jenayah seksual ini.

Namun,sehingga kini,masih belum ada sebarang tindakan atau siastaan yang dilakukan Kementerian Wanita dalam membela nasib wanita golongan minoriti yang menjadi mangsa penindasan pihak yang tidak bertanggungjawab. TVA/TVS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.