11 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Rakyat Malaysia Tukar Penampilan Di Jakarta

Rakyat Malaysia, terutama pelajar terpaksa mengubah penampilan diri supaya tidak menampakkan identiti rakyat negara ini kerana bimbang dicederakan kumpulan anti-Malaysia itu yang terlalu taksub dengan isu 'Tarian Pendet'.

Pelajar Universiti Kristen Krida Wacana (Ukrida), Raihana Asila A Kadir, berkata berikutan kontroversi itu, pelajar perempuan tidak lagi memakai baju kurung dan bertudung ala-Malaysia ketika keluar ke bandar.

"Kami tidak lagi berani berjalan seorang diri untuk ke sesuatu tempat, termasuk pusat beli-belah di bandar. Terasa banyak sangat mata memerhati kami dengan pandangan sinis, seolah-olah tidak berpuas hati. Malah, kami turut dimaki hamun dan dilempar pelbagai kata kesat," katanya ketika dihubungi di Jakarta, semalam.

Selasa lalu, Kumpulan Anti-Malaysia (KAM) mengadakan sekatan jalan raya dan membawa buluh runcing untuk mengugut rakyat Malaysia di Jalan Diponegoro, Jakarta.

Penyelaras KAM, Muchtar Bonaventura, dilaporkan berkata tindakan itu sebagai amaran kepada Malaysia supaya tidak memberi layanan buruk kepada rakyat Indonesia atau mendakwa elemen budaya republik itu sebagai miliknya.

Beliau juga merancang untuk meluaskan operasi kumpulan itu dan menjadikan pejabat dan rumah milik rakyat Malaysia sebagai sasaran.

Seorang lagi pelajar Malaysia di Ukrida, Ahmad Akmal, berkata suasana agak tegang berikutan demonstrasi jalanan oleh kumpulan berkenaan yang menyokong kempen 'Sapu Malaysia'.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.