Pilihanraya kecil di negara ini akan berlansung dengan aman tanpa penyertaan UMNO. Itulah hakikatnya.
Sebaik saja pilihanraya kecil Penanti berkahir dimana ketika itu UMNO tidak menyertainya tajuk sebuah akhbar tempatan menyatakan "Pilihanraya kecil paling aman". Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob sempena PRK Penanti. Sewaktu ditanya oleh pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam, Datuk Ayub berkata: “Keadaan aman dan terkawal dan ini adalah PR kecil paling aman”.
Terang lagi bersuluh. Keadaan tegang semasa pilihan raya adalah angkara provokasi Be End. Tanpa ugutan dan tekanan mereka, rakyat dapat melaksanakan tugas sebagai pemilih dengan lancar. Polis sendiri tidak perlu berkampung dengan jumlah yang luar biasa. Mereka boleh jaga keselamatan di kawasan kerja masing-masing. Juga, duit rakyat tak habis berjuta ringgit.
Jika polis dah buat peristiharan bahawa PR kecil aman tanpa kehadiran UMNO BN, maka fahamlah kita siapa sebenarnya yang mencetuskan ketegangan. Usah lagi menuduh Pakatan Rakyat yang cetuskan suasana panas sepanjang berkempen dan merayu undi.
Perlakuan UMNO BN yang terlampau telah dikenalpasti sebagai faktor utama kekecohan di dalam setiap kali berlakunya pilihanraya kecil di negara ini.
Ia bukan saja berlaku di masa pilihanraya kecil atau umum, malah di luar pilihanraya pun, kumpulan UMNO BN inilah yang merupakan kumpulan yang akan menimbulkan huru-hara dan kekecohan.
Perarakan kepala lembu di dalam isu pemindahan kuil Seksyen 19 dan juga kekecohan Majlis Dailog di Wisma MBSA menyaksikan kekecohan paling dasyat disamping hamburan kata-kata kesat, lucah dan mencarut, apatah lagi ianya berlaku di bulan Ramadhan menjelaskan bahawa UMNO BN tidak pernah tahu dan kenal erti akhlak serta tidak pernah mengenal pahala dan dosa.
Di alam siber ini sendiri, kita akan dapat mengesani bahawa blogger-blogger UMNO ini akan menggunakan kata-kata lucah yang jauh dari jiwa keimanan sehingga mendedahkan watak sebenar mereka apabila mereka menjadi golongan yang tidak segan silu mengeluarkan kata-kata nista yang ditegah oleh agama.
Mereka akan bergelandang di alam siber ini, mencicirkan beberapa perkataan lucah dan carut di dalam mana-mana aritkel, komen, forum, ruangan chat dan seumpamanya dan itu adalah watak tipikal UMNO yang sebenar, dulu kini dan selamanya.
Ia juga diekori dengan sikap kebangsaan melampau yang ditaja oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri dengan disokong oleh media massa arus perdana yang telah menjulang ciri-ciri perkauman sempit kononnya di atas nama "menyatu-padukan bangsa".
Yang nyata, dunia yang sedang beralih kepada perubahan teras untuk mewujudkan masyarakat berilmu dengan gagasan "k-world" (knowledge-based world) akan menjadikan UMNO hanya layak sebagai parti yang tersimpan di dalam arkib warisan dan tidak lagi relevan untuk bermain di tengah gelanggang politik nasional.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.