Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendirian Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali perlu meletakkan jawatannya susulan dengan tindakan yang dilihat tidak sehaluan dengan parti tersebut.
“Saya minta dia keluar... yang melantik dia (bertanding di Pasir Mas) saya dengan bendera Pas. Bila (Pas) kawasan Pasir Mas minta dia undur, dia kena berundur. Duit yang dia makan tu tidak betul, sembahyang Tuhan tak terima,” katanya.
Sebelum ini, menjawab cabaran Nik Aziz, Ibrahim yang juga bekas Ketua UMNO Pasir Mas menyatakan beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Mas kecuali jika diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.
Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan Ketua UMNO Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya dalam UMNO seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.
Ibrahim turut hilang wang pertaruhan selepas mendapat 415 undi semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkalan Pasir pada 2005 yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat
Ketika ditemui di kediamannya semalam, Menteri Besar Kelantan itu berkata, dalam keadaan kini, tiada guna Ibrahim mengekalkan jawatan itu jika masyarakat memandang lekeh kepada beliau.
“Lebih baik dia letak jawatan... perut kenyang tapi masyarakat pandang lekeh. Orang Pas yang undi dia dan memenangkan dia, hanya sedikit orang UMNO mengundi dia,” katanya.
Selain itu katanya, beliau tidak peduli sekiranya Ibrahim kembali bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon bebas dan Pas akan tetap meletakkan calon dalam pilihan raya tersebut.
Terdahulu, Nik Aziz berkata, beliau tidak bimbang jika Ibrahim meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil.

Aku kira jika kita katakan Ibrahim Ali ibaratkan
BalasPadam"Kacang lupakan kulit" memang tepat sekali.. dan
yg paling2 tepat ialah seperti "melepaskan anjin
tersepit. Begitulah perbandingan yg seharusnya
ditaarifkan kpd Berahim Ali. Beliau bolih di
ibaratkan sekor anjin yg dilepaskan,kemudian
telah mengigitkan orang yg melepaskannya. Begitulah jahatnya anjin itu dan tak mengunakan
otak utk membalas kebaikan orang yg melepaskann
nya. Seingat2nya aku semenjak aku mengikuti
perkembangan politik tanah air sehingga kini,
tidak ada saorang pun orang politik melompak
parti sebanyak empat kali sebagaimana Berahim
Ali. Dlm ceramah2 politiknya sentiasa mengunakan
perkataan2 kotor dan maki hamun yg langsung
tidak mengambarkan beliau saorang politik yg
waras dan berwibawa. Kebanyakan2 orang politik
yg aku nampak, hanya Berahim Ali sajalah orang
politik yg tidak mempunyai moral dan ahklak yg
paling rendah serta tidak mempunyai pendirian
dan berperinsip dalam politik, sentiasa saja
melompak parti utk kepentingan peribadi. Tidak
salah bagi raayat negeri kelantan memanggilnya
dgn gelaran Berahim katak dan ada jugak memanggil
nya dgn gelaran Berahim katak gomak. Seharusnya
Berahim Ali patut mengenangkan budi kpd Tuan
guru N.Aziz yg memberinya peluang bertanding dlm
PRU12 yg lalu diatas tiket PAS. Kalau tidak kerana TGNA, kemungkinan politik Berahim Ali
sudah terkubor dan ditelan zaman setelah dibuang
olih UMNO bahagian Pasir Mas. Secara peribadi,
aku kira karier politik Berahim Ali sudah pun
berahkir disini dan beliau akan dikenang olih raayat kelantan sebagai Berahim katak lompak.