11 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Manoharan Saman RM100 juta

Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Kota Alam Shah M.Manoharan, Jumaat memfailkan saman RM100 juta terhadap kerajaan Malaysia, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan tiga penerbit akhbar dengan mendakwa mereka mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Akhbar yang terlibat ialah The Star, New Straits Times dan Utusan Malaysia.

Writ saman itu difailkan oleh Tetuan M.Manoharan di Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, Jumaat.

Manoharan, yang merupakan penasihat undang-undang kumpulan Hindraf yang diharamkan, menuntut ganti rugi fitnah, ganti rugi teladan, ganti rugi keterlaluan dan perintah injunksi untuk menghalang Musa dan Abdul Gani atau agen mereka daripada mengulangi menerbitkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Beliau mendakwa kerajaan telah berkempen untuk memburuk-burukkan namanya dan Hindraf manakala

Musa dan Abdul Gani didakwa secara berniat jahat menyebabkan perkataan-perkataan berunsur fitnah dikeluarkan dalam akhbar-akhbar tersebut. -Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.